My Lovely Hubby
Bab 10
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 22 Disember 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
177

Bacaan






“Mak cik, nenek, ayah. Nurul ada benda nak bagitahu ini.” Nurul bersuarasewaktu sedang makan malam. Salmah, Zaimah dan Pak Samad menoleh memandangNurul.

“Nurul, waktu makan tak elok bercakap.” Balas Pak Samad. Berkerut dahinyatidak senang dengan perbuatan Nurul.

“Nurul tahu, tapi Nurul excited sangat nak bagitahu tak boleh naktunggu lepas makan.” Balas Nurul teruja. Senyumannya lebar sehingga ke telinga.

“Apa dia?” Soal Salmah ingin tahu.

“Nurul dah dapat kerja tetap dekat tempat Nurul intern sekarang ini.Dia orang tawarkan Nurul untuk jadi account supervisor sekali dengan PAuntuk Encik Harraz.” Beritahu Nurul gembira.

“Alhamdulilah.” Zaimah, Salmah, Adam dan Pak Samad mengucapkan syukur.Gembira dengan berita yang diberikan.

“Nanti kita cerita lagi sekarang habiskan makanan dulu.” Arah Pak Samad.Nurul mengangguk. Senyumannya tidak lekang di bibir. Khadijah yang melihatmencebik menyampah.

 

Nurul menarik Merah kucing kesayangannya dan diletakkan di atas riba. Diamenggosok kucing itu perlahan. Merah hanya membiarkan. Senang dengan perlakuantuannya itu.

“Kau ini boleh tak letak kucing ini dekat luar. Aku rimaslah dengan kucingini.” Marah Khadijah sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik danterlihatkan kucing itu di atas riba Nurul.

“Dia tak kacau awak kan? Biarlah.” Balas Nurul menjeling Khadijah. Gedik!Khadijah mendengus marah apabila Nurul berani melawannya.

“Eh, kau ini kenapa? Tak habis-habis menyusahkan hidup aku!” Marah Khadijahlagi. Kali ini dia menjerit kuat.

“Apa yang saya buat sampai saya menyusahkan hidup awak?” Soal Nurul ingin tahu.Dia berdiri sambil memegang Merah ditangannya. Khadijah yang sememangnya bencidengan Merah terus merampasnya dari tangan Nurul dan terus melangkah keluardari bilik.

“Awak nak bawa dia pergi mana?” Nurul menjerit dan mengikut langkahKhadijah dari belakang. Adam yang sedang menonton televisyen di ruang tamusegera bangun untuk melihat. Jeritan Nurul menarik perhatian Zaimah, Pak Samaddan Salmah yang sedang bersembang di dapur.

Khadijah yang bagaikan sudah dirasuk terus menyarung seliparnya dan berjalanlaju. Nurul bergegas mengikut begitu juga Adam. Khadijah terus mencampakkanMerah di atas jalan raya dan terus berpusing memandang Nurul. Merah yangketakutan berlari tidak tentu hala. Belum sempat Nurul hendak menangkap Merah,tiba-tiba ada sebuah kereta datang melanggar Merah. Nurul terpempam seketika.Khadijah terperanjat. Adam terkejut. Mereka semua terkesima dengan apa sahajayang baru terjadi. Nurul menangis. Kereta tersebut terus meluncur lajumeninggalkan mereka. Nurul berlari mendapatkan Merah. Merah sedang menggelupurkesakitan.

“Merah!” Panggil Nurul. Dia menangis semahu-mahunya. Merah sudah dirasakansebahagian daripada keluarganya.

“Aku tak sengaja.” Ujar Khadijah. Dia memegang bahu Nurul. Nurul menepistangannya. Adam berlari masuk ke dalam rumah dan keluar membawa surat khabarsebelum berlari semula mendapatkan Nurul.

“Nurul, sabar.” Zaimah dan Salmah cuba menenangkan Nurul. Pak Samadmembantu Adam untuk mengangkat Merah daripada jalan raya. Takut nantimenyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Beberapa minit kemudian, Merah sudahtidak bernyawa lagi. Adam segera menanam Merah malam itu juga selepasmemastikan kucing itu benar-benar sudah tidak bernyawa lagi. Tangisan Nurulmulai reda. Usai menanam Merah, Nurul terus melangkah masuk ke dalam rumah.

“Sekarang ini apa masalah kau dengan dia? Dari dulu sampai sekarang kau takhabis-habis cari pasal dengan dia? Kau dah kenapa?” Soal Adam ingin tahu. Diaberang dengan perbuatan Khadijah.

“Aku tak sengajalah. Aku cuma nak buang kucing itu. Aku tak sangka pula dianak kena langgar.” Khadijah membela dirinya.

“Kalau nak bergaduh pun kenapa sampai awak nak bunuh kucing dia? Awaktahukan dia sayang sangat dengan si Merah itu?” Zaimah bersuara. Khadijahmendengus. Rasa menyampah pula dengan keadaan sekarang ini. Kenapa semua orangsayang sangat dengan si Nurul itu?

“Nenek, Ijah dah cakap tadikan yang Ijah tak sengaja. Ijah cuma nak campakkucing itu dekat tengah jalan. Ijah nak buang dia. Ijah tak sangka pula dia nakkena langgar. Lagipun, dia itu setakat kucing. Haiwan aja pun. Apa yang sedihsangat? Boleh ganti dengan yang lainlah, lagi cantik dari itu pun ada berlambakdekat kedai.” Balas Khadijah sebal.

“Ijah, selama ini mak diam bila Ijah buat apa pun dekat Nurul. Mak layanNurul baik-baik sebab mak ini malu dengan dia. Kita ini duduk menumpang dekatrumah dia. Tapi, perangai anak mak yang seorang ini sangat memalukan mak. Diasekalipun tak pernah tinggikan suara dekat mak, dia hormat dekat mak. Mak tahudia tak boleh nak terima mak sebagai mak tiri dia, tapi mak bersyukur sebab diamasih nak layan mak ini macam mak kandung dia yang dia tak pernah ada. Diasanjung mak, dia hormat mak lebih dari anak kandung mak hormat mak sendiri!”Marah Salmah sebelum bergegas masuk ke dalam rumah. Zaimah mengikut dibelakang.

“Sudahlah itu Ijah. Tak payah nak bising-bising lagi. Kamu masuk pergitenangkan diri kamu. Bawa istighfar banyak-banyak. Pergi solat. Lepas itu, esokkamu pergi minta maaf dekat Nurul. Dah, ayah masuk dulu.” Arah Pak Samadsebelum berlalu masuk. Tinggal Adam dan Khadijah sahaja di luar rumah.

“Kau jangan nak buat pasal lagi. Jadikan benda ini sebagai pengajaran.Jangan kau pula nanti mati menggelupur sama macam macam si Merah itu.” NasihatAdam sinis. Muka Khadijah berubah.

“Kau ini kenapa nak doakan benda macam itu jadi dekat aku?” Marah Khadijah.

“Aku kata jangan sampai nanti nasib kau sama macam kucing itu. Aku takmendoakan. Aku mengingatkan.” Balas Adam tersenyum sinis sebelum berlalu masuk meninggalkanKhadijah diluar seorang diri.

“Menyampah betul aku dengan perempuan itu! Siap kau nanti! Aku akan pastikanayah kau sendiri yang akan halau kau keluar dari rumah ini. Nanti kau aku kerjakan.”Khadijah mula merancang untuk memburukkan Nurul kepada Pak Samad. Dia tersenyumsinis. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku