My Lovely Hubby
Bab 11
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 22 Disember 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
110

Bacaan






“Ini dah kenapa muncung memanjang ini?” Soal Hilman. Ketika itu dia danKhadijah sedang duduk berduaan di sungai. Hilman memeluk bahu Khadijah.

“Saya tengah geram ini.” Balas Khadijah pendek.

“Geramkan siapa?” Soal Hilman lagi ingin tahu. Dia melentokkan kepalanya dibahu Khadijah.

“Saya geram dengan si Nurul itu. Semua orang nak bela dia sangat. Menyampahbetul!” Khadijah melampiaskan amarahnya.

“Apa pula lagi dia buat dekat sayang saya ini?” Soal Hilman ingin tahu. Diamencuit hidung Khadijah.

“Apa lagi? Biasalah dengan drama dia itu. Buat orang kesian dengan dia.Sukalah itu bila semua orang dekat rumah itu side dengan dia.” BalasKhadijah. Dia menghembuskan nafasnya kasar.

“Geram betul rasanya! Dia buat sampai mak saya benci dengan saya. Dia ingatbila semua orang sebelahkan dia, dia akan menang. Saya tak akan biarkan. Sayaakan pastikan dia keluar dari rumah itu!” Khadijah melepaskan perasaannya.Hilman menyelitkan rambut Khadijah yang terjuntai ke belakang telinganya.

“Awak nak buat apa?” Soal Hilman. Khadijah mengangkat bahunya.

“Saya tak ada plan lagi.” Balas Khadijah pendek.

“Kalau awak nak halau dia dari rumah awak kenalah cari kelemahan dia. Awakkena cari satu kesalahan yang besar yang boleh buatkan Pak Samad mengamuksampai tak nak tengok dia lagi.”

“Memanglah. Tapi apa dia?” Soal Khadijah bingung.

“Mana saya tahu. Awak kan duduk serumah dengan dia. Mesti awak tahu apayang Pak Samad paling benci sekali.” Balas Hilman tersenyum. Khadijahmengerutkan dahinya berfikir. Tiba-tiba dia tersenyum.

“Saya ada idea tapi awak kena tolong saya.” Pinta Khadijah. Hilman menolehmemandang Khadijah, buah hatinya.

“Apa dia?” Soal Hilman ingin tahu. Khadijah tersenyum memikirkan rancanganjahatnya itu.

 

“Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Minta perhatian.” Suara Zalikhamenarik perhatian semua pekerja di situ termasuk Nurul.

“Ini saya kenalkan Hariz. Dia akan gantikan tempat Encik Syazril. Silaperkenalkan diri.” Arah Zalikha.

“Assalamualaikum semua. Nama saya Hariz Azman. Boleh panggil saya Hariz.”Seorang pemuda berkulit sawo matang dan kacak memperkenalkan diri.

“Ada apa-apa soalan nak tanya dekat Encik Hariz?” Soal Zalikha kepada semuaorang. Mereka semua menggeleng.

“Okay, kalau tak ada. Mari saya bawakan jumpa dengan Encik Harraz.” Zalikhamengatur langkah ke bilik Harraz. Dia sempat lagi memberi isyarat kepada Nuruluntuk masuk ke dalam bilik Harraz. Nurul hanya mengangguk. Beberapa minitkemudian, interkom Nurul berbunyi.

“Ya, Encik Harraz. Baik.” Nurul terus mencapai pen dan buku notanya untukmencatat arahan daripada Harraz nanti. Nurul mengetuk pintu bilik Harrazperlahan sebelum memulas tombol pintu.

“Nurul, saya nak kenalkan dengan awak. Ini Hariz. Dia akan gantikan tempatSyazril nanti. Saya nak awak bawa dia kenal-kenalkan dengan staff kitadekat sini. Saya nak keluar ada meeting dengan Dato’. Lepas itu, nantilepas lunch suruh Haziq dengan Farhan datang jumpa saya. That’s all.”Nurul segera mencatit arahan Harraz. Dia mengangguk faham.

“Farhan finance atau Encik Farhan HR itu?” Soal Nurul ingin tahu.

Finance.” Balas Harraz sepatah. Nurul mengangguk.

“Okay, Ika. Thank you very much.” Ucap Harraz. Zalikha mengangguksebelum meminta diri untuk keluar dari bilik Harraz.

“Kalau tak ada apa-apa lagi, Nurul...” Harraz memberikan isyarat. Nurulmengangguk faham.

“Silakan Encik Hariz.” Hariz sempat bersalaman dengan Harraz sebelummengikut langkah Nurul untuk keluar.

“Siapa nama awak?” Soal Hariz ingin tahu. Nurul menoleh tersenyum.

“Nama saya Nurul Aishah. Panggil saya Nurul.” Balas Nurul.

“Awak PA Encik Harraz?” Soal Hariz lagi. Senyuman Nurul membuatkanjantungnya berdebar.

“Saya account supervisor dan PA untuk Encik Harraz.” Balas Nurullagi.

“Dua jawatan awak pegang. Dahsyat awak ini.” Nurul tergelak kecil.

“Tak adalah. Dah rezeki saya. Jom, saya kenalkan dengan staff dekatsini.” Nurul membawa Hariz dan memperkenalkannya dengan pekerja-pekerja yanglain. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku