My Lovely Hubby
Bab 12
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 22 Disember 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
124

Bacaan






Nurul menyelak helaian demi helaian invois yang diberikan untuk disemaksebelum menaip semula data untuk dimasukkan ke dalam sistem perakaunan. Diamembaca dan mengira semula amaun yang ditulis. Ada yang diasingkan kerana tidakmempunyai tanda tangan yang diperlukan atau mempunyai amaun yang berbeza denganyang sepatutnya. Jumlah lain, amaun yang dituliskan lain. Pening kepala Nurul.Dah guna sistem pun macam mana boleh salah juga ini? Macam-macam. Kalau macamini bila nak habis buat benda alah ini?

“Nurul, nak hantar borang claim.” Sapa salah seorang pekerja disitu. Nurul menyambut kertas yang dihulurkan dan menyemak dahulu sebelummengecop borang tersebut. Semenjak dia ditugaskan untuk menjaga claim untukseluruh pekerja di situ, kadang-kadang ada pekerja yang dia tidak pernah nampakdan kenal datang berjumpanya. Maklumlah, syarikat inikan besar. Department punbanyak. Dia pun tidak rajin untuk bercampur dan bersosial denganpekerja-pekerja disitu. Kawan-kawannya hanya mereka di bahagian kewangansahaja. Bahagian-bahagian lain boleh dikira berapa orang sahaja yangdikenalinya. Ada yang dia tidak kenal langsung pun ada.

“Resit ini macam nak koyak dah. Tak apa, nanti saya photocopy balik.”Beritahu Nurul. Pekerja tersebut sempat mengucapkan terima kasih sebelumberlalu pergi. Nurul terus bangun menuju ke mesin photostate. Dia tiba-tibateringatkan sesuatu apabila terlihatkan Farhan.

“Farhan, nak stapler.” Ujar Nurul. Farhan menghulurkan stapler kepadaNurul. Tempat Farhan kadangkala serabut kerana tempat kerjanya berdekatandengan mesin photostate. Pekerja disitu suka meminjam barangnya danmeninggalkan dokumen yang ingin difotokopi di mejanya.

“Farhan, nanti lepas lunch Encik Harraz nak jumpa kau.” BeritahuNurul. Farhan berpaling.

“Asal pula?” Soal Farhan. Nurul membuka dawai kokot di kertas yangdipegangnya.

“Mana aku tahu. Dia nak jumpa kau dengan Encik Haziq dia bagitahu aku tadi.”Balas Nurul. Apa susah sangat nak buka benda alah ini? Berkerut dahi Nurul.

“Untung kau kan. Dapat kerja terus dekat sini. Aku juga terkapai-kapai nakkena cari kerja.”

“Dah rezeki. Alhamdulilah, Allah dah mudahkan jalan aku. Kau kalau nak carikerja, cari dari sekarang. Tinggal lagi berapa bulan sebelum kau habis interndekat sini.” Cadang Nurul. Dia masih berusaha untuk mencabut dawai kokotdari kertasnya.

“Aku dah try cari. Dah apply dah pun. Tinggal nak tunggu response.”Balas Farhan. Dia ketawa melihat Nurul. Dia menarik stapler dan kertasyang dipegang Nurul.

“Cabut benda alah ini pun muka nak serius sangat.” Farhan menyerahkansemula kertas tersebut kepada Nurul. Dia ketawa perlahan. Nurul menjelingFarhan.

“Amboi, rancaknya berborak. Apa yang disembangkan?” Soal Hariz. Farhan danNurul terperanjat. Mereka langsung tidak menyedari kehadiran Hariz. Mereka berduahanya tersenyum. Jarak Hariz yang berdiri terlalu dekat dengan Nurul membuatkanNurul tidak selesa. Dia segara berdiri di sebelah meja Farhan. Hariz mengambilbeberapa helai kertas yang keluar dari mesin cetak itu.

“Awak berdua memang rapat ke?” Soal Hariz. Nurul dan Farhan hanya mengangguk.

“Kita orang berdua intern dekat sini. Kerja pun sama. Itu yang rapatitu. Cuma kawan saya seorang ini dah naik pangkat sikitlah sebab dah dapatkerja tetap dekat sini.” Usik Farhan. Nurul memukul lengan Farhan menggunakankertas ditangannya.

“Wow! Really? Baguslah. Sekarang ini bukan senang nak cari kerja. Kerjarajin-rajin.” Nasihat Hariz. Matanya tidak lepas memandang Nurul. Muda betulnampaknya budak ini.

“Umur sebaya ke?” Soal Hariz lagi ingin tahu.

“Saya tua setahun dari Nurul.” Balas Farhan.

“Oh, berapa umur?” Soal Hariz lagi.

“Umur saya 21. Dia 20.” Balas Farhan lagi. Muka Hariz berubah.

Oh, I see.” Balas Hariz terperanjat. Budaknya lagi kalau aku nak ayatpun. Tapi, hati dah suka nak buat macam mana.

“Okaylah, saya sambung kerja dulu. Nurul, nanti tolong masuk bilik saya.”Arah Hariz. Nurul mengangguk. Nurul terus menyambung kerja untuk memfotokopi semularesit yang hampir koyak itu. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku