My Lovely Hubby
Bab 13
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 22 Disember 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
188

Bacaan






Nurul, Farhan, Irham dan Adnan rancak bersembang sesama mereka selepasmakan tengahari bersama. Terletus tawa dari mulut masing-masing apabila merekamengusik sesama sendiri. Itulah kawan-kawan Nurul disini. Semuanya lelaki.Nurul meletakkan jarinya di mesin pengimbas ibu jari. Menandakan waktu diamasuk semula ke pejabat. Ada lebih kurang 15 minit lagi sebelum waktu rehatnyatamat. Mereka berpisah di hadapan surau yang disediakan di tingkat itu. Usaimenunaikan solat zohor, Nurul keluar dari surau. Dia berjalan kembali ketempatnya.

“Nasib baik Nurul sampai. Kebetulan sangat. Receptionist call. Diakata ada orang nak jumpa Encik Harraz. Nurul pergilah tengok.” Beritahu Nurin.Nurul mengangguk dan berlalu semula ke hadapan.

“Cik, ini PA Encik Harraz.” Nurul menghulurkan tangan untuk bersalam.Seorang gadis dengan rambut keperangan memakai blaus bewarna putih danberseluar slack hitam menyambut huluran tangan Nurul. Dia tersenyum.

“Saya Nurul.”

“Safiyah.” Nurul mengangguk.

“Cik Safiyah nak jumpa dengan Encik Harraz?” Soal Nurul. Safiyahmengangguk.

“Saya minta maaf. Tapi, Encik Harraz tak balik lagi dari lunch. Diakeluar dengan Dato’.” Beritahu Nurul.

“Oh, ya ke? Agak-agak pukul berapa dia masuk balik ke pejabat?” SoalSafiya.

“Itu saya tak boleh nak pastikan. Cik Safiyah tunggu sekejap. Saya telefondia.” Nurul bergegas ke tempatnya untuk mengambil handphone. Beberapasaat kemudian, panggilan diangkat.

Yes, Nurul. Ada apa?” Soal Harraz.

“Encik Harraz, ada orang datang nak jumpa Encik Harraz. Encik Harraz dekatmana?” Soal Nurul.

“Saya ada dekat surau bawah ini. Baru habis solat. Sekejap lagi saya naik.Suruh dia tunggu sekejap dalam bilik saya. Awak layan dia.”

“Baik, Encik Harraz.” Nurul kembali semula ke depan untuk berjumpa dengangadis tadi.

“Encik Harraz suruh cik tunggu dalam bilik dia. Jom, saya bawakan.” Gadistersebut terus mencapai handbag nya dan mengikut langkah Nurul.

“Cik Safiya nak apa-apa ke? Tea or coffee?” Soal Nurul prihatin.

Coffee, please.” Balas Safiyah. Nurul mengangguk dan bergegaskeluar. Nurul menelefon seseorang.

“Assalamualaikum. Tolong hantarkan kopi untuk dua orang dekat financedepartment sekarang. Terima kasih.” Nurul meletakkan semula gagang telefonke tempat asalnya.

“Dia ada dekat dalam?” Soal Harraz ingin tahu. Nurul mengangguk.

“Sekejap lagi saya hantarkan kopi ke dalam.” Beritahu Nurul. Harrazmengangguk faham. Dia terus berlalu masuk ke dalam biliknya. Dia terpempamdengan kehadiran gadis itu. Dia menutup pintu biliknya. Tidak mahu perbualannyadidengari oleh orang-orang diluar sana.

“Nak apa lagi datang sini?” Soal Harraz. Dia terus bergerak duduk dikerusinya.

“Sayang, tak akan marah lagi dengan I?” Soal Safiyah manja. Diaberjalan merapati Harraz. Cuba memeluk lelaki itu dari belakang. Harrazmenolak.

“Tolong keluar dari bilik I sebelum I panggil sekuriti untukhalau you.” Balas Harraz. Dia mencapai fail yang ada diatas mejanya.Tumpuannya tidak ada langsung pada fail tersebut. Dia mencapai pen danberpura-pura menyemak fail tersebut.

“Sayang, I janji I tak akan curang dengan you lagi. Idah berubah. Percayalah.” Pujuk Safiyah manja. Harraz tidak membalas.

“Baik keluar sebelum I seret you untuk keluar dari sini danmemalukan diri you sendiri. Please, get out.” Harraz masih cubabersabar melayan Safiya. Gadis itu tersenyum.

I tahu. You sengaja layan I macam ini sebab masihmarah lagi dengan I kan? It’s okay, sayang. I faham.You cuba nak sakitkan hati I, tapi sebenarnya hati you lagisakitkan sebab buat I macam ini?” Soal Safiyah. Harraz tergelak sinis.

“Memang hati I sakit sebab muka you ini menyemak dekat officeI ini. Jadi, tolong keluar.” Harraz cuba menahan sabarnya.

“Kalau I tak nak?” Soal Safiyah mencabar. Harraz mengangkat kepalamemandang Safiya.

I dah bagi you peluang untuk keluar secara hormatnya butyou waste the chance. So, let me show you.” Harraz terus bangun darikerusinya. Dia menarik lengan Safiyah dan memulas tombol pintu sebelum menolakSafiyah keluar dari biliknya. Nurul yang sedang menatang dulang terlanggarSafiyah. Air kopi tertumpah terkena pada baju Safiyah. Nurul terperanjat.

“Kau buta ke apa?” Jerit Safiyah. Safiyah melihat bajunya yang sudah ‘bercorakkan’air kopi itu. Dia berasa bengang dengan tidak semena-menanya.

“Kau tahu tak baju ini mahal? Eh, gaji kau pun tak akan mampu untuk belibaju ini tahu tak?” Marah Safiyah lagi. Nurul hanya mendiamkan diri. Harrazmenghembuskan nafasnya kasar. Dia berlalu semula ke dalam biliknya dan mencapaiblazer hitamnya. Dia menyarungkan blazer tersebut ke badan Safiyah. Bajunya yangtertumpah air kopi itu mulai menunjukkan bentuk badannya.

“Pergi balik. Tak payah pulangkan balik dekat I sebab I taknak ada kena-mengena dengan you lagi.” Arah Harraz sebelum melangkahmasuk semula ke dalam biliknya. Dia duduk semula dikerusinya. Terdengar suaraSafiyah memarahi Nurul sebelum berlalu pergi. Tiba-tiba dia terlihatkan begtangan Safiyah di atas kerusi. Dia terus mencapai beg tangan tersebut sebelummemulas tombol pintu. Dia membaling beg itu keluar.

“Sakitlah!” Jerit Nurul. Harraz terperanjat. Dia segera merapati Nurul. Begtangan yang dibaling itu tepat kena ke muka Nurul yang baru sahaja selesaimengutip cawan yang terjatuh tadi. Safiyah tiada di situ. Dia cuba melihat mukaNurul.

“Encik Harraz ini kenapa? Kalau marah orang lain janganlah sampai saya kenasekali!” Marah Nurul lagi. Dia menggosok mukanya. Sakit terkena beg tangan tadi.

“Saya minta maaf. Saya tak sengaja. Sakit ke?” Soal Harraz.

“Encik Harraz nak rasa?” Soal Nurul geram. Harraz menggeleng. Dahlahbalingannya kuat tadi. Kenapalah aku tak tengok dulu sebelum baling beg itutadi?

“Nak saya bawa pergi klinik ke?” Soal Harraz prihatin. Dia memberikanisyarat kepada Nurin supaya mengutip semula cawan yang terjatuh tadi. Nurin segeramengutip cawan-cawan tersebut dan terus berlalu pergi.

“Tak payah!” Balas Nurul pendek. Dia masih memegang mukanya. Beg tanganperempuan itu isi batu ke apa? Sakit gila kot!

“Sakit sangat?” Soal Harraz lagi.

“Sakitlah!” Balas Nurul lagi. Dia menurunkan tangannya dan memandang Harraztepat.

“Kalau macam itu, jom saya bawa pergi klinik. Mana tahu ada gegar otak ke?”Soal Harraz sengaja mengusik.

“Encik Harraz ini kenapa? Saya tengah marah dengan Encik Harraz ini! Bolehbergurau pula lagi. Saya tak nak kawan dengan Encik Harraz!” Marah Nurulsebelum berlalu pergi ke tandas untuk melihat wajahnya.

“Habislah Encik Harraz kita ini. Nurul dah merajuk dah itu.” Kak Hasnahmengusik.

“Saya tak sengaja, kak Hasnah.” Balas Harraz.

“Baik Encik Harraz pujuk. Nanti kalau dia bagitahu abang dia nanti barupadan muka Encik Harraz.” Azam menyampuk.

“Awak kenal ke abang dia?” Soal Harraz ingin tahu.

“Encik Harraz ini, abang dia ada datang interview untuk jawatanEncik Syazril hari itu. Tapi, bila diaorang tahu yang Nurul dengan orang ituadik-beradik, diaorang hantar abang dia ke cawangan Putrajaya. Jaga branch dekatsana.” Jelas Anuar.

“Adam? Itu abang dia ke? Asal nama ayah tak sama?” Soal Harraz.

“Kitaorang pun tak tahu itu abang dia. Tapi HR cerita bagi tahu diaorang adaternampak Nurul pergi makan dengan Adam lepas interview. Rupa-rupanyadiaorang adik-beradik tidak seibu dan tidak sebapa.” Jelas Zeti. Harrazmengangguk.

“Encik Harraz ingat nama ayah dia apa ya? Dahsyat ini. Ada apa-apa ke?” SoalFauziah mengusik lagi.

“Mestilah kena ingat. Nanti nak akad nikah senang.” Sampuk Kak Hasnah.  

“Kak Gee dengan Kak Hasnah jangan nak mengusik saya. Saya ingat sebab sayaada tanya apa nama ayah dia senang saya nak tahu yang mana abang dia. Bila sayatengok tak ada, saya ingatkan abang dia tak lepas screening. Manalah sayatahu diaorang adik-beradik tiri.” Jelas Harraz seraya tersenyum. Mereka semuatergelak.

“Dah, sambung kerja.” Arah Harraz sebelum berlalu masuk ke biliknya untukmenyambung kerja. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku