My Lovely Hubby
Bab 14
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 22 Disember 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
286

Bacaan






Hari minggu begini sahajalah yang Nurul dapat merehatkan badannya. Semenjakmenjadi personal assistant kepada Harraz, beban kerjanya bertambah. Mananak menguruskan Harraz lagi, menyiapkan kerjanya lagi. Pening kepala dibuatnya.Dulu hari minggu begini, dia bermain-main dengan Merah. Sekarang Merah dah takada, sunyi rasanya. Kesian kau Merah, tak sempat merasa sangkar baru. Ini semuaKhadijah punya pasal. Kalau tak mengenangkan dia itu anak mak cik Salmah,memang aku tampar muka dia malam itu. Suka-suka hati nak buang kucing orang.Dahlah duduk menumpang rumah orang, tak sedar diri!

Adam duduk mengambil angin di luar. Dia berbaring di atas pangkin sambilbermain dengan handphone. Dia sedang mencari sesuatu untuk diberikankepada seseorang. Berkerut-kerut dahinya merenung skrin telefon tersebut.Kadang-kadang tersenyum sendirian. Jumpa apa yang dicarinya terus dia dudukdari pembaringannya. Dia membaca sekali lagi alamat kedai tersebut sebelumberlalu masuk ke dalam rumah.

Khadijah sibuk menonton tutorial-tutorial make-up ­yang ada diinternet. Dia mencuba gaya-gaya yang diajarkan. Dalam sebulan sahaja, hampir RM1000 dihabiskan hanya untuk membeli barang make-up sahaja. Duit gajinyabanyak dihabiskan untuk dirinya sahaja. Tidak pernah langsung menghulurkan duitkepada Pak Samad mahu pun Salmah. Hanya Adam sahaja yang menghulurkan duitkepada Pak Samad dan Salmah setiap-setiap bulan. Tidak pernah kurang,kadang-kadang berlebihan.

 

“Nurul, nanti lepas makan tengahari ikut abang. Kita keluar.” BeritahuAdam. Dia segera menarik kerusi untuk duduk. Nurul mengambil tempat dihadapannya.

“Nak pergi mana?” Soal Nurul.

“Adalah. Ikut aja. Tak payah banyak soal.” Balas Adam. Nurul mengangguk.Adam bangun untuk membasuh tangannya. Salmah merapatinya.

“Jadi ke?” Soal Salmah separuh berbisik sambil memerhatikan Nurul takutgadis itu terdengar perbualannya dengan Adam.

“Jadi. Adam dah cari tempatnya. Komen orang-orang pun okay. Nanti Adam nakbawa dia pergi sana. Dekat Shah Alam.” Balas Adam separuh berbisik juga. Salmahmengangguk.

“Mesti dia suka nantikan. Dah, basuh tangan cepat.” Salmah terus berlalupergi. Nurul sibuk menghidangkan makanan tengahari di atas meja. Zaimah jugaturut membantu.

“Salmah, mana pergi laki kamu ini tak balik lagi? Dah tengahari ini. Lamasangat di kebun itu.” Zaimah bersuara. Dia duduk menghilangkan lelah.

“Sekejap lagi baliklah itu kot. Kalau umi lapar, umi makanlah dulu.” BalasSalmah. Zaimah mengangguk.

“Kita tunggu dia dulu.” Balas Zaimah. Adam mengambil tempat di sebelah Zaimah.Nurul meletakkan mangkuk berisi nasi putih itu di atas meja sebelum mengambiltempat di hujung meja.

“Ijah!” Jerit Salmah. Tiada sahutan.

“Ijah! Turun makan!” Jerit Salmah lagi.

“Sekejap!” Balas Khadijah.

“Apa nak jadi anak dara seorang ini? Duk melepek dalam bilik. Entah apadibuatnya pun tak tahu. Esok dah kahwin macam mana?” Rungut Zaimah.

“Biarlah umi. Esok dah kahwin pandai-pandai dialah nak hidup. Masa itu dia dahada suami. Tahulah nanti itu.” Balas Salmah.

“Bercakap pasal kahwin ini, nenek nak tanya Adam lah. Bila awak ini nakkahwin? Umur dah berapa? Tak kahwin lagi.” Soal Zaimah. Adam hanya tersenyumtidak menjawab.

“Orang tanya dia duk sengih macam kerang busuk. Anak mak ini tak laku keapa?” Soal Salmah pula. Adam hanya tersenyum tidak menjawab lagi. Nurul ketawakecil melihat ‘drama’ di hadapannya.

“Awak jangan nak gelakkan orang cik adik. Awak itu muda lagi. Jangan gatal-gatalnak kahwin.” Zaimah memberi amaran. Nurul hanya mengangguk sambil tersenyum.

 

“Abang daripada beli, baik kita ambil dekat tepi jalan itu. Lagi elok. Lagipunkucing-kucing mahal macam ini susahlah nak bela. Nanti makan pun nakmahal-mahal. Merah kucing kampung itu pun makan nak frieskies tak naknyamakanan murah-murah.” Bebel Nurul.

“Habis itu, tak naklah ini?” Soal Adam. Nurul menggeleng.

“Orang dah offer tak nak. Boleh tahan gedik juga kau ini kan?” ProvokKhadijah. Adam menekup mula Khadijah.

“Aku tak ajak kau datang sini pun tadi. Yang kau nak meroyan tak tentu halaitu kenapa?” Marah Adam.

“Yalah, aku ikut sebab aku tak nak perempuan ini nanti kikis duit kau. Itu aja.”Balas Khadijah. Matanya mencerlung memandang Nurul. Adam berlalu keluar darikedai. Rimas dengan perangai Khadijah. Nurul mengikut langkahnya dari belakang.

“Abang, alang-alang dah sampai sini. Kita jalan-jalan nak?” Soal Nurul. Adammengangguk. Mengikut kehendak adiknya.

Mereka bertiga berpusing mengelilingi pusat membeli-belah tersebut. Nurulduduk menunggu di luar. Dia bukannya seperti Khadijah yang suka membeli-belah. Diamembeli bila perlu sahaja. Sebulan tak sekali pun dia pergi membeli-belah. Kalaumembeli pun hanya di kedai-kedai biasa bukannya di butik yang berjenama sepertiKhadijah. Adam pula sibuk menemankan Khadijah di butik itu. Nurul tersenyummelihat Adam. Penampilannya ringkas sahaja hari ini. Adam hanya memakai seluar jeansbewarna hitam dan baju lengan panjang bewarna hitam berbelang merah. Nampakringkas tapi kacak dan bergaya. Selalunya dia hanya melihat Adam memakai tshirtlengan pendek di dan berkain pelikat di rumah. Kalau keluar pun selalunya memakaijeans, tshirt lengan pendek dan sweater hitamnya itu. Hari iniAdam nampak bergaya sekali.

Bosan menunggu Nurul menapak masuk ke dalam sebuah beg tangan berjenama. Tidakmempunyai tujuan untuk membeli pun, hanya ingin mencuci mata. Dia melihat-lihatreka bentuk beg yang ada. Cantik semuanya. Harganya pun boleh tahan. Boleh letakdeposit rumah. Dahsyat tak dahsyat? Harga beg tangan sahaja mencecah ribuan ringgit.Nasib baiklah dia tidak tergolong dalam golongan yang ‘biar papa asal bergaya’.Contoh sudah ada didepan mata. Khadijah gemar membeli barangan berjenama. Bila dahtak ada duit, minta dekat mulalah merengek macam nak mati dekat mak cik. Gedik!Perhatian Nurul tertarik pada sebuah beg tangan yang terletak di atas rakpameran. Cantik! Simple. I like. Nurul menarik tag harga. Terbeliak matanya.Astaghfirullahalazim! Mahal mak datok! Daripada aku beli beg ini, baik aku belikereta. Boleh buat pergi kerja. Tak payah naik motor lagi. Terkejut melihatharga beg tangan itu. Simple macam itu pun sampai beribu. Kaya betulorang yang beli beg dekat sini.

Seorang lelaki datang berdiri di sebelah Nurul. Nurul menjarakkan dirinyasedikit dari lelaki itu. Perhatian lelaki itu tertumpu pada beg yang dilihatNurul tadi. Nurul berpusing untuk menapak keluar dari kedai itu.

Excuse me, miss.” Lelaki itu memanggil Nurul. Dia menoleh.

“Ya.” Balas Nurul.

“Saya nak belikan hadiah untuk adik saya. Jadi, saya nak minta pendapatcik. Boleh?” Soal pemuda tersebut. Nurul mengangguk.

“Adik encik lelaki ke perempuan?” Soal Nurul ingin tahu. Pemuda itu tergelak.

“Mestilah perempuan. Tak akan saya nak bagi adik lelaki saya hadiah handbagkan?” Balas lelaki itu. Nurul tergelak.

“Betul juga itu.” Balas Nurul. Kau dah kenapa tanya soalan macam itu dekatdia? Kalau dah handbag tak akan nak bagi lelaki.

“Kalau cik lebih prefer style yang simple atau yang macammana?” Soalnya. Lelaki itu merenung Nurul meminta jawapan. Nurul tidak menjawabsebaliknya merenung muka lelaki itu. Kenapa muka dia ada iras-iras Encik Harraz?Kaum-kerabat dia ke?

“Kalau saya lebih suka style yang simple. Tak terlalu heavy.Just nice.” Balas Nurul. Lelaki itu mengangguk.

“Dulu saya selalu belikan dia teddy bear. Dah masuk sekolah menengahtak akan nak bagi teddy bear juga lagi kan? Dia SPM tahun ini.” Lelakiitu bercerita. Nurul mengangguk.

 

Sedang dia sibuk membelek-belek baju di butik itu, Khadijah terlihat Nurulsedang bersembang dengan seorang lelaki. Dia segera merapati Adam.

“Kau tengok itu Adam. Bukan main gatal lagi. Berborak dengan lelaki itu.”Khadijah merenung Nurul. Adam berpaling untuk melihat.

“Biarlah. Kawan dia agaknya. Cepatlah beli baju apa kau nak. Penatlah tunggu.”Balas Adam.

“Itu bukan kawan dia. Dia masuk kedai itu sebab nak menggatal dengan lelakiitu.”

“Kau mana tahu kawan dia ke bukan? Kau selalu dengan dia ke? Kau ingatkawan dia dekat Banting aja? Entah kawan kerja dia ke apa ke. Tak payah sibukhal dialah. Cepatlah beli!”

“Eh, kita sama-sama tahu dia tak mampu nak beli barang dekat kedai itu. Jadi,apa tujuan dia masuk kedai itu kalau dia tak mampu nak beli? Cuba fikir sikit!”

“Dia ada mata. Dia nak tengok beg dekat situ. Biarlah dia. Cepatlah beliapa yang kau nak beli!”

“Buka mata kau sikit boleh tak? Dia nak mengorat lelaki kaya supaya senanghidup dia nanti.”

“Kau boleh tak jangan sibuk hal dia? Lantak dialah nak cari suami kaya pun.Kalau dia kaya, kan senang kau nak kikis duit dia? Kau kan memang suka kikisduit orang. Cepatlah beli baju yang kau nak itu!”

“Boleh tak kau buka mata kau luas-luas! Jangan nak tengok dia itu macam diaitu baik sangat. Boleh tak?”

“Habis itu, aku nak tengok dia macam mana? Aku nak kena tengok dia jahataja. Macam itu? Macam yang kau selalu tengok dia itu? Macam itu? Tak, sebenarnyakau nak beli baju ke tak nak? Kalau tak nak kita keluar dari kedai ini bolehtak?” Soal Adam. Dia membetulkan kedudukan cermin matanya. Merenung Khadijah. Khadijahmerengus dan terus berlalu keluar dari butik itu.

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku