PSIKO
Bab 1
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Disember 2017
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana. Akibat sering diejek dan dihina, dia menjadi seorang pendendam. Sekali berdendam biar sampai mati!
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
130

Bacaan






 BAB 1

 

15Disember 2007/6.45 pagi.

BAS warna pinang masak yang disewa khas untuk membawa 20orang peserta ke tapak perkhemahan di Hutan Lipur Gasing itu mula meredah pagi yangberkabus menuju ke destinasinya. Suasana di dalam bas agak riuh rendah dengansuara mereka berbual dan bergurau senda sesama sendiri. Pagi itu masing-masingdiburu rasa riang yang tiada sempadan.

Mereka ingin menikmati keseronokan setelah masing-masingselesai menduduki peperiksaan SPM. Walaupun perjalanan hidup yang harusditempuh masih lagi panjang tetapi satu fasa dalam kehidupan ternyata telahditinggalkan nun di belakang. Mereka kini tidak lagi digelar pelajar sekolah.Justeru itu mereka tidak lagi perlu memakai pakaian seragam yang terasa membosankanserta terkongkong dengan peraturan sekolah.

“Kenapa kau nampak sedih aje hari ni, Ati?” Maizatul Akmabertanya ke arah Suriati yang duduk di sebelahnya.

“Aku tak berapa sihatlah. Kepala aku ni asyik pening ajesejak dua tiga hari ni.” Suriati menjawab, menyembunyikan hakikat daripadaMaizatul Akma bahawa awal pagi tadi dia telah bertengkar dengan ibunya yangcuba menghalang dia daripada ikut serta dalam rombongan itu.

Maizatul Akma segera menoleh ke arah Suriati lalumelekapkan belakang tangan kanan ke dahi temannya itu. Suriati tersenyum nipisdengan keprihatinan yang ditonjolkan Maizatul Akma. Gadis itu memang seorangteman yang baik.

“Tak panas pun.” Komen Maizatul Akma.

“Aku bukannya demamlah, Maiza. Kan aku dah cakap tadi akupening kepala aje.”

“Kalau tau tak sihat, kenapa nak ikut jugak rombonganni?” soal Maizatul Akma. “Berehat ajelah kat rumah.”

“Duduk kat rumah lagilah pening kepala.” Pantas sahajaSuriati menjawab.

“Dahlah, aku nak lelapkan mata kejap. Eh, boleh tak kau suruhbudak-budak kat belakang tu supaya jangan memekak?” Pintanya sambil merendahkankedudukan kerusinya.

Maizatul Akma segera menoleh ke belakang.

“Assalamualaikum, orang belakang!” tegurnya.

“Waalaikumussalam. Ye... cik Maiza? Ada apa-apa yangboleh kami tolong?”

“Ada! Boleh tolong senyap sikit tak? Kita orang kat depanni nak tidur.”

Malangnya permintaan Maizatul Akma itu langsung tidakdiendahkan mereka. Sebaliknya hanya disambut dengan gelak ketawa dan nadamengejek.

“Kau ni Maiza! Asyik nak buat taik mata aje. Nanti badan kau tu makin lama makin tembam, sebijikmacam orang yang duduk kat sebelah kau tu!” Sesedap rasa sahaja Razman mengutuktanpa memikirkan perasaan orang yang mendengarnya. Budak-budak lain mula ketawasehingga perut bas itu menjadi riuh.

“Hisy! Kau ni, Man. Tak baik cakap macam tu.” MaizatulAkma membidas.   

Dia menoleh ke arah teman di sebelahnya. Suriati dilihatnyatenang sahaja. Gadis itu seolah-olah tidak peduli dengan ejekan daripada‘budak-budak biadap’ yang duduk di belakang itu.

“Dahlah tu, Maiza. Mereka tu bukannya faham bahasa. Lagidilayan, lagi menyakitkan hati.” Suriati cuba menyabarkan temannya.

“Mereka tu asyik kutuk kau aje, Ati. Sakit hati aku ni.”

 “Biarlah kalau diaorang nak kutuk. Aku tak kisahpun. Memang betul apa yang dia orang cakap, akumemang gemuk. Dahlah, aku nak tidur!” tingkah Suriati sambil menyumbatkangumpalan tisu ke telinganya.

Maizatul Akma memandang wajah Suriati yang sudahpunmelelapkan matanya. Wajah temannya itu kelihatan muram. Sepanjang mengenaligadis itu, Suriati memang terkenal dengan sikapnya yang bersopan santun, sukamengalah dan agak pendiam. Temannya itu berkulit cerah, wajahnya agak cantikjuga. Cuma satu sahaja kekurangan Suriati. Dia mengalami masalah obesiti.   

Sebagai teman karib kepada gadis tembam itu, serbasedikit dia mengetahui gelojak perasaan yang ditanggung Suriati. Tiga tahunlepas, satu musibah besar telah berlaku dalam keluarganya. Ayah dan ibunyatelah bercerai. Setelah perceraian itulah berat badan Suriati mula naikberkilo-kilo. Tubuhnya seperti dipam-pam. Suriati pernah cuba berdiet tetapisehingga kini dia masih belum berjaya menurunkan berat badannya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku