My Naughty Tengku (update)
Prolog
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Disember 2017
Seringkali aku cuba berjauhan, hati ini tetap mahu dia miliki
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
661

Bacaan






AKU melajukan langkahku tatkala diriku berasa diekori. Jeritannya aku abaikan. Aku hanya memikirkan keselamatan aku saja.


"Berhenti, pencuri!" Katanya dalam nada tegas. 


Mahu tak mahu aku terpaksalah behenti. Lelaki itu memusingkan tubuh aku agar menghadapnya. Aku terkaku melihat keindahan yang tercipta didepan mata. Kacak! Bisik hatiku. Segera aku menggeleng menidakkan perasaanku tika ini.


"Asyik lari aje. Tak larat aku nak kejar". Keluhnya secara tiba - tiba.


Kening aku bertaut. Wajahnya aku pandang hairan. 


"Saya kenal encik ke?" Soal aku hairan. Kedua - dua keningku bertaut. Lelaki itu tersenyum manis tatkala mendengar soalanku.


"Aku Eryyan Dayln. Selamat berkenalan pencuri". Katanya sambil tersengih.


"Pencuri?"


"Yalah, kau memang pencuri kan? Masa kali pertama aku ambil anak buah aku kat tadika tu. Kau dah curi sesuatu dari aku. Lepas tu suka hati aje kau lari".


"Bila masa saya curi barang awak?" Soal aku tak berpuas hati. Datang tiba - tiba main tuduh aje aku ni pencuri. Orang makan nasi. Nanti ada juga orang depan aku ni makan penampar aku.


"Tengok. Kau dah curi lepas tu tak nak mengaku. Memang pencuri zaman sekarang ni pandai berlakon eh?" Soalnya pula.


"Berlakon? Bila masa saya berlakon?" Soal aku dalam nada geram. Mamat ni, membuang masa aku aje. 


"Kau ni, aku nak buat report!" Dia menyeluk poketnya mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor seseorang didailnya. Aku hanya memandangnya dengan pandangan kosong. Well, kita lihat apa yang mamat sewel ni nak buat.


Dia tersengih sambil memandangku. Bermakna panggilannya sudah disambut.


"Waalaikumusalam, pak cik. Saya ni nak beritahu yang anak pak cik ni dia dah buat kesalahan besar". Katanya sambil tersenyum senget.


Aku tergamam.


Dia call ayah aku?! Tapi, macam mana?


"Pakcik nak tahu? Ish.. teruk sangat kesalahan dia pakcik". Katanya sambil menggeleng.


Teruk? Aku tak sengaja ambil barang dia ke? Atau terambil duit dia?


"Dia dah curi hati saya pak cik". Katanya sambil memandang ke arahku. Aku tergamam.


"Jadi, saya nak minta persetujuan pak cik untuk menghukum dia". Tambahnya lagi. Apa yang lelaki ni tiba - tiba mengarut? Tadi panggil aku pencuri. Then, dia kata aku curi hati dia. Sekarang, senang - senang aje nak menghukum aku atas kesalahan yang aku tak lakukan? Mimpi ngeri apa ni!?


"Saya rasa hukuman yang paling sesuai adalah.., dia kena berkahwin dengan saya dan hidup bersama saya sehingga akhir hayat". Katanya bersama senyuman. Matanya tidak berkalih dari memandang wajahku.


Aku terkedu.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | Bab 1 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku