My Naughty Tengku (update)
Bab 1
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Disember 2017
Seringkali aku cuba berjauhan, hati ini tetap mahu dia miliki
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
118

Bacaan







“LIN!” Bahu aku ditepuk perlahan.

Aku menoleh memandang wajah Syazrey yang sudah tersengih seperti kerang busuk.

“Cantik betul kau ni. Pakailah gaya macam mana pun kau tetap cantik”. Pujinya. Aku memandang Syazrey dengan pandangan kosong. Sikit pun aku tak cair dengan pujian yang dia berikan. Bukan aku tak kenal Ednan Syazrey playboy dan sweet talker. Kawan baik aku dari bangku sekolah lagi. Tak hairanlah aku terlebih mengenalinya.

“Sudahlah semalam berlakon sampai menangis - nangis suruh aku datang. Tadi aku datang kau tak sambut aku pun. Aunty Rossa dan Uncle Eric yang sambut kedatangan aku”. Aku menjelingnya. Tangan dilipat kedada.

Syazrey sudah tersengih seperti kerang busuk. Dia menggosok batang lehernya lalu memandang wajahku dengan perasaa serba - salah.

“Maaflah, aku pergi jumpa kawan - kawan lama. Dia orang semua yang beria tarik aku suruh ikut. Aku minta maaf Lin”. Balasnya lembut. Aku memandangnya tajam.

“Habis, aku siapa? Aku bukan kawan kau?” Soalku dalam ada geram.

“Kau kawan aku la. Tapi kau ada kat tempat special sikit. Dia orang semua tu biasa - biasa aje pada aku”. Syazrey tersengih.

“Tempat special kat mana tu?” Soalku hairan.

Syazrey meletakkan tangan kanannya pada dada kirinya.

“Kau dalam ni. Dalam hati aku”.

Aku menjulingkan mata. Kalau Syazrey ni bukan kawan aku, dah lama selipar jepun yang aku selalu pakai kat rumah hinggap kat muka dia ni!

Aku tersenyum sinis sambil memandang ke arahnya.

“Sudah - sudahlah kau buat pick-up line kat aku. Menyampah aku dengar tau”. Aku jelingnya sekilas.

Wajah Syazrey bertukar kelat.

“Takkan kau tak cair kut? Kalau aku buat pick-up line kat perempuan lain, confirm dia orang semua dah cair. Tapi kau? Hati batu ke sampai tak ada sebarang effect?” Soal Syazrey.

Aku tersenyum senget.

“Ednan Syazrey bin Dato Eric Sofian, aku dah masak dengan perangai kau tu. Kita dah berkawan lama. Dari bangku sekolah lagi. Apa yang kau tak suka dan apa yang kau suka semua aku tahu”.

Syazrey senyum sehingga ke telinga.

“Sebab itulah aku sayang kat kau”. Balasnya sambil tersenyum nakal.

Aku hanya menjulingkan mata ke atas.

“Jom ikut aku”. Dia menggamit aku mengikut langkahnya. Keningku bertaut.

“Nak ke mana?” Soal aku hairan.

“Dah datang rumah aku, takkan nak biar tetamu lepak kat luar aje. Jom masuk dalam aku nak kenal - kenalkan kau dengan cousin aku”. Balasnya lembut. Lengan aku berlapik baju dicapai.

“Tapi....,”

“Lin, please. Banyak kali aku nak kenalkan kau pada cousin aku. Tapi, kau asyik menolak. Aku teringin nak kenalkan orang yang istimewa macam kau pada cousin aku. Aku mohon sangat, Lin. Ikutlah aku. Hari ni kan kita celebrete birthday aku. Apasalahnya kau ikut aku”. Rayunya. Wajah aku dipandang dengan penuh harapan.

Aku mengeluh.

“Yalah, dah tua bangka pun nak sambut birthday lagi. Tak malu”. Tuturku sebelum tergelak kecil menutup perasaan serba - salah.

Syazrey tergelak kecil.

“Biarlah. Aku muda lagi okey. Baru dua puluh enam tahun. Dahlah, om cepat. Aku rasa dia orang semua mesti sedang tunggu kita”. Balasnya sebelum menarik lembut lengan aku supaya mengikutnya.

AKU hanya memperbetulkan kedudukan aku. Sungguh aku betul - betul rasa tak selesa dengan sepupu Syazrey. Merenung aku gaya macam nak telan. Rasa macam nak menangis aje sekarang.

Lengan baju Syazrey aku tarik perlahan. Memandangkan dia duduk bersebelahan aku, aku rasa sedikit selamat.

“Kenapa ni Lin?” Soal Syazrey lembut. Wajah aku dipandang risau. Aku memandangnya sekilas sebelum tertunduk. Aku malu nak bersuara. Aku lihat sepupu perempuannya seperti tidak menyukai aku. Bukan aku tak tahu Syazrey ini orang ada - ada. Tapi Syazrey langsung tak kisah tentang pangkat dan harta membuatkan aku selesa berkawan dengannya.

Syazrey melemparkan pandangan pada sepupunya yang duduk berhadapan denganku. Syazrey tersengih. Mungkin dia sedang mengutuk aku dalam hati.

“Faliq, kau janganlah pandang dia macam nak terkam. Dia bukan macam perempuan kat luar sana tu. Dia lain sikit. Nampak, tudung litup - litup ni. Tandanya dia berbeza dari Fasha dan Ninie tu”. Kata Syazrey berbaur perlian.

Aku hanya diam mendengar kata - katanya.

“You Syaz, sejak bila ada kawan yang jenis litup - litup ni? Euww, selekeh”. Herdik seorang gadis yang berada bersebelahan lelaki yang bernama Faliq tadi.

Wajah aku berona merah. Malu dihina sebegitu rupa.

“Kau jaga mulut Ninie. Kalau tidak mulut kau aku hiris! Biar tak ada rupa terus mulut kau tu”. Jerkah Syazrey.

Barangkali dia naik angin tatkala mendengar herdikan sepupunya.

Ninie buat muka. Wajahnya jelas tegang dan marah. Dalam masa yang sama riak wajah ketakutan terpamer pada wajahnya.

Aku mengeluh.

Dari tingkatan tiga hingga kini, api barannya masih belum hilang? Harapnya bila usia menjangkau tiga puluh tahun api barannya hilanglah. Kasihan bini dia nanti dapat lelaki yang baran.

“Apa you ni Syaz, marah Ninie sampai macam tu. Bela sangat perempuan kampung ni kenapa? Ke you lupa you tu anak orang kaya. Entah, perempuan ni kawan dengan you sebabkan harta”. Sindirnya.

Aku menahan tangis. Pedih hati mendengar hinaan yang dilemparkan. Syazrey mengepal penumbuknya. Bibirnya bergetar seakan menahan amarah. Janganlah Syazrey buat perangai lamanya.

Melihat aku terdiam gadis berambut kerinting berwarna coklat kemerah - merahan tersenyum sinis sebelum menyambung hinaannya.

Lengan Syazrey yang berlapik aku sentuh perlahan. Aku mendongak memandang wajahnya yang sudah merah. Dia memadang wajahku yang sudah bertakung dengan air mata.

“Perempuan yang litup - litup yang kau bela ni dah rosak agaknya. Itu yang dia berlakon baik. Konon nak raih sim...”

Pang!

Tangan kekar milik Syazrey hinggap dipipi kanan milik gadis yang berada bersebelahan Ninie.

Suasana yang riuh - rendah bertukar menjadi sunyi sepi.

“Kau hina dia macam kau hina aku lah perempuan! Kau tak layak nak bezakan dia dengan perempuan lain. Hakikatnya dia jauh lebik baik dari kau berdua. Kau Fasha dan kau Ninie, jangan fikir kau akan terlepas!” Tengkingnya sebelum menarik tanganku jauh dari sepupunya.

MAJLIS sambutan hari lahir Syazrey sangat meriah dan sempurna. Untungnya Syazrey dapat layanan seperti seorang raja. Tambahan pula mempunyai kedua ibubapa yang penuh kasih sayang. Tapi aku hairan dia mahu berkawan dengan gadis seperti aku ini. Haih...,

“Sedih lagi ke?” Soalnya risau. Kepala aku yang berlapik tudung diusap lembut.

Aku pantas menggeleng.

“Maafkan Fasha dan Niena ya. Dia orang berdua tu cemburu dengan kau. Itu yang dia orang mengutuk kau habis - habisan. Tambahan pula cousin yang paling handsome ni berkawan dengan kau lagilah marak api cemburu dia orang semua tu”. Syazrey tergelak kecil tatkala melihat jelingan maut yang aku berikan.

“Kau dan perasan tu memang tak boleh dipisahkan ke? Menyampah aku tengok”. Aku mencebikkan bibir.

Syazrey tersenyum.

“Mana ada aku perasan. Kalau aku perasan tak adanya awek - awek tu menjerit macam orang kena histeria bila aku kenyit mata kat dia orang semua. So, memang kau tak boleh nak nafikan la yang aku ni kacak”. Balasnya berserta sengihan nakal.

Aku memandang wajahnya.

Memang aku tak mampu nak nafikan yang dia kacak orangnya. Sentiasa maskulin dan bergaya. Tak hairanlah ramai yang gila - gilakan dia. Cuma satu perangai aje yang membuatkan aku tak suka. Perangai suka tukar perempuan macam tukar baju yang buat aku sakit hati.

“Tahulah aku handsome, janganlah pandang aku macam nak telan. Malulah!” Katanya sambil membuat suara gedik. Dia menekup wajahnya sambil tersenyum malu.

Aku membuat wajah toya.

Menyampah dengan perangai Syazrey tak ubah seperti sotong yang membuatkan aku hampir muntah. Sotong darat namanya!

“Dah - dah lah jadi sotong. Kalau semua awek tu tengok kau macam ni arwah dah dia orang semua”. Perliku. Kedua - dua tangan yang menekup wajahnya aku alihkan.

Eh, memang wajahnya sudah merona merah. Malu atau marah?

Aku merenung wajahnya lama. Syazrey melemparkan pandangan ke arah lain. Mesti ada something yang buat Syazrey blushing. Comel!

“Syaz, kenapa kau blushing? Kau malu atau marah?” Soalku hairan.

Aku cuba merenung anak matanya tapi tiap kali bertembung, Syazrey aku memadang ke arah lain.

“Kau marah ke aku panggil kau sotong tadi? Sorry, aku just nak bergurau aje dengan kau tak tahu pula kau marah”. Pujukku lembut. Lengan kanannya yang berlapik aku sentuh.

Dia menggeleng.

Maksudnya, Syazrey tak marahkan aku. Habis muka dia merah sebab apa pula?

“Habis kenapa pipi kau merah? Nampak comel aje aku tengok”. Aku tersenyum nakal. Sengaja mahu mengusiknya.

Makin merah wajahnya tatkala mendengar usikkan yang aku lemparkan.

Eh, takkan Syazrey malu kut sebab aku puji dia?

“Kau malu sebab aku puji kau ke, Syaz?” Soalku hairan. Lama dia berdiam. Rasa keadaan agak janggal tanpa suaranya.

“Tak..,” Akhirnya Syazrey bersuara setelah lama dia berdiam diri.

“Habis, kenapa muka kau merah?”

“Sebab kau pandang aku sampai macam tu. Aku...aku jadi malu”. Balasnya perlahan.

Aku menggeleng melihat gelagat Syazrey.

“Syaz, aku rasa aku nak balik lah. Dah lewat ni. Aku takut ibu dan ayah aku risau”. Kataku lembut.

“Ala, aku tak puas berbual dengan kau lagi. Sekejap lagi aku hantarlah kau pulang”. Pujuknya.

“Ednan Syazrey, hantar aku balik sekarang. Kalau tidak aku balik naik teksi dan kau jangan nak berangan aku akan keluar jumpa kau lagi”. Kataku berbaur ugutan.

Lelaki macam Syazrey ni kena main ugut dulu baru dia nak dengar.

“Fine, kau pergi hidupkan enjin Kelly kesayangan aku tu. Aku nak ambil barang sekejap”. Kunci kereta dihulurkan padaku. Segera aku menyambutnya. Siapa Kelly? Kelly tu kereta kesayangan si Syazrey ni. Dia dah anggap Kelly ni macam bini dia sendiri. Siapa yang calarkan Kelly dia memang cari nahas.

“Ada peluang la aku nak calarkan kereta kau”. Aku tersenyum nakal. Sengaja mahu melihat riaksi yang terpamer pada wajah Syazrey.

“Aku tengok ada calar pada Kelly aku, aku paksa kau kahwin dengan aku. Malam ni juga”. Katanya berbaur ugutan.

Wajahnya kelihatan ketat bermakna dia tidak bergurau. Aku menelan liur.

Pantas aku menggeleng.

Wajah ketat Syazrey mula kendur saat bibirnya tersenyum manis.

“Tahu takut. Dah, pergilah hidupkan enjin Kelly kesayangan aku tu. Aku nak pergi ambil barang kejap”. Syazrey mengenyitkan mata kirinya kearahku lantas melangkah masuk ke dalam rumahnya.

Aku membuat muka toya.

Ednan Syazrey dengan sikap playboy memang tak boleh dipisahkan!

Kelly yang berada aku pandang dengan penuh makna. Yes, peluang keemasan untuk hidupkan enjin Kelly. Bukannya Syazrey selalu beri



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | Bab 1 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku