Siapa Online?
Bab 1
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Disember 2017
Jika cinta ditakdirkan bersama, tak kira dimana pertemuan. Hanifah percaya yang terbaik untuknya. Dia menjadi fobia untuk berbual dengan orang tak dikenalinya di media sosial setelah suatu peristiwa berlaku. Sebaliknya, seorang lelaki berjaya menawan hatinya. Ikuti kisah Hanifah.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
259

Bacaan






                                                                           Bab 1

Tap! Tap! Tap! Papan kekunci berbalas rentak. Jemari empunya menekan lembut. Satu persatu abjad dari A sampai Z keluar pada skrin komputer riba. Di bibir terukir sebuah senyuman. Kursor digerakkan pada suatu butang. Langkah terakhir sudah tentulah send.. Mulut ditekup dengan bantal. Geli hati pun ada. Hanifah menanti tidak sabar. Ting! Satu mesej diterima. Dia memukul – mukul bantal peluk sebab teruja. Pendek kata seluruh badan suka ria. Nasib baik tak berguling di atas katil. Dia segera membalas. Gambar profil di teliti. Rindu. Dia melihat pula koleksi gambar lain. Pose si buah hati menarik minatnya. Alamak! Handsome pula dia. Tapi, dia nampak biasa, bersederhana gitu. Bulat matanya memerhatikan wajah sang pria. Hidung mancung macam pelakon filem SRK tu. Rambut dia wahhh… Berkilau. Ke dia edit ni? Gara – gara filter maybe. Namun, hatinya berbunga. Muka penuh seri. Tak hairanlah rakan kuliah memujinya makin cantik.

Perkenalan bermula di Facebook. Rangkaian laman sosial yang meluas. Bahkan semakin meningkat penipuan internet pada masa kini. Hanifah sendiri tahu akan hal itu. Meskipun begitu, dia percaya akan takdir. Andai jodoh, yakin tak ke mana. Dia sering membaca rencana di laman sesawang berita harian. Hanifah teguh dengan pendirian dia. Tak terlintas di fikiran berputiknya cinta di antara dua hati. Hanifah berasa sedikit ragu – ragu. Leo mulanya menyapa si gadis manis itu. Mereka cuma kawan biasa. Selepas dua minggu, titik percintaan hangat dirasai. Leo ni agak menyimpang. Tapi, aku selesa dengan Leo. Tak macam bekas kekasih aku. Dia ambil berat tentang aku lebih. Tak kira susah senang, dia pandai ambil hati. Memanglah aku kan buah hati dia. Gila bayang. Hanifah dilamun cinta. Seperti bunga baru berkembang. Dia baring. Hujung selimut digigit akibat terlalu geram. Tak ubah perangai seperti kucing mengigit tikus. Bukan apa, Hanifah bahagia. 

Snif! Snif! Snif! Hidung kembang kempis. Bau wangi. Dari mana datangnya? Hanifah menghidu bau seharum bunga mawar. Wangi Avon pun ada. Angin menampar pipi dengan lembut. Kesejukan tadi berubah suhu air suam. Hanifah berdebar. Kedengaran nafas turun naik. Dia tak berani pandang. Entah apa di sisi dia sekarang. Katil pula menghadap tingkap. Tapi, tingkap tutup. Dari mana arah angin ni? Aduhai! Langsir sudah buka. Takkan nak lalu siling. Tak masuk akal. Hanifah merasai ada kelibat duduk di tepi katil. Rambut panjang mengurai. Tambah pula wangi yang menusuk lubang hidung. Hantu apa ni? Hanifah menggerakan tangannya. Dia memberanikan diri. Satu, dua, tiga! 

“Aduhh, sakitlah bodoh!”

“Awak rupanya, Fifah” Besar biji matanya.

“Ya. Kenapa?” Kepala mendongak.

“Nak cari pasal lah tu”

“Aku bukan nak cari masalah. Kau yang buat masalah tau”

“Aku pula”

“Yelah. Sekarang ni pukul berapa? Mata tak boleh pejam. Anda sakit mata?”

“Kau sendiri ada jam loceng. Tepi bantal pula tu. Buat apa tanya aku”

“Alahai, nasib baik malam. Kalau siang, puas aku kerjakan engkau. Esok ada kelas, pergilah tidur. Jangan nak berjaga depan laptop fa..vour..ite.. engkau” Afifah menekan – nekan perkataan favourite ketika menyebut. 

“Aku tahulah” Hanifah enggan mengalah.

Last sekali mengantuk”

“Sudahlah. Membebel kerja kau ni” Hanifah biasa dengan perangai asam Afifah. Memang dia kalah akhirnya. “Bau sangat wangi. Loya” Leher dicekik.

“Eh, jangan mengumpat wangi aku. Ni branded tau. Aku kumpul duit, baru dapat”

“Yeke?” Hanifah menjuih bibir.

“Betullah. Kalau kau lainlah. Tenung facebook tu” Sindir Afifah.

“Cakap baik sikit ye. Aku bukan seronok je menatap skrin laptop ni” Hanifah muncung.

“Sorry. Awak. Kenapa asyik tengok tu saja? Kenapa belum tidur? Awak busy?” Jari telunjuk menyentuh bahu. 

“Cukup” Tangan kanan diangkat.

“Hani merajuk? Fifah minta maaf” Mulutnya muncung ke depan.

Hanifah membisu. Membiarkan Afifah melayan kerenahnya sendirian.

“Hmph! Jomlah tidur” Afifah naik ke katilnya. Dia memerhatikan Hanifah dari atas.

“Sakit!” 

Bantal dibaling mengena tepat pada Hanifah. Kih! Kih! Kih! Selimut ditarik. Dia dibuai mimpi indah.

Sikit lagi. Jemarinya bermain pada setiap kotak. 

Good night. Butang enter ditekan. Hanifah meletakkan komputer riba di atas meja kecil. Dia melihat ke atas. Rakannya tentu lena tidur. Fikirannya menerawang. Siapa agaknya jejaka yang selalu berbual dengan aku?Suatu hari nanti, andai dia milikku, aku terima. Matanya berat untuk dibuka. Penglihatannya kabur.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku