Siapa Online?
Bab 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Disember 2017
Jika cinta ditakdirkan bersama, tak kira dimana pertemuan. Hanifah percaya yang terbaik untuknya. Dia menjadi fobia untuk berbual dengan orang tak dikenalinya di media sosial setelah suatu peristiwa berlaku. Sebaliknya, seorang lelaki berjaya menawan hatinya. Ikuti kisah Hanifah.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
62

Bacaan






                                                                             Bab 2


Azrul kusyuk meneliti assignment. Waktu begini agak ramai pelajar di café. Secawan kopi setia menemani sejak tadi. Dia tercari – cari sesuatu di celah – celah orang ramai. 

“Mana dua orang ni?” Perhatiannya kembali pada tugasan kumpulan. Dia beralih pada halaman sebelah. Sebagai ketua, dia perlu memastikan setiap coretan diolah dengan baik. Apatah lagi kajian dilakukan. Harus disusun mengikut perenggan. Azrul menutup fail berwarna biru. Hati tak keruan. Perasaan sekian lama dipendam. Cinta. Gambaran Hanifah dalam kepala. Orangnya ayu, tinggi lampai dan bijak. Cantik tu extra bagi dia. Bahu ditepuk. 

“Mengelamun” Afifah sengih. Bukan asing jika Azrul memanggilnya kaki sakat. 

“Datang akhirnya. Kenapa lewat?” Afifah dipandang. Bertentang mata pula dengan Hanifah. 

“Kami ni perempuan. Tolonglah faham encik lelaki” Afifah mula.

“Takkan bangun lambat. Awal lagi, cepatlah sampai” 

“Mestilah. Siapkan diri satu jam. Tambah mandi, hampir dua jam total” Tangan menyiku Hanifah minta sokongan.

“Jangan beri alasan”

“Tak tipu” Serentak menjawab.

Azrul kelu. Merah muka. Lebih – lebih lagi, pelajar lain nampak. Aduhai, jatuh maruah aku sebagai lelaki. Namun, dia berlagak biasa. Kopi di minum. Jauh di sudut hati, dia berbicara sendiri. Dia malu depan pujaan hati. Kalaulah ajaibnya dunia ini, dia hendak menghilang sesaat dalam kabus tebal.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku