Siapa Online?
Bab 3
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Disember 2017
Jika cinta ditakdirkan bersama, tak kira dimana pertemuan. Hanifah percaya yang terbaik untuknya. Dia menjadi fobia untuk berbual dengan orang tak dikenalinya di media sosial setelah suatu peristiwa berlaku. Sebaliknya, seorang lelaki berjaya menawan hatinya. Ikuti kisah Hanifah.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
54

Bacaan






                                                                            Bab 3


Aliza memandang setiap penjuru. Pelajar seramai seratus orang memeningkan kepala. Banyak ragam. Seperkara lagi, ada saja alasan. Tugasan belum dicetaklah entah banyaklah ayat – ayat yang keluar dari bibir pelajar. Alasan yang cik A tak mahu dengar ialah tugasan tertinggal. Alamak! Memang kena habis dengan dia. Muka secantik dia kalau dah marah memang tahap dewa. “Cik tak perlu berulang – ulang beritahu awak semua tentang assignment. Tak kira apa jua tugasan, awak kena hantar sebelum atau pada tarikh akhir yang telah ditetapkan” nada tegas pensyarah muda memenuhi ruang dewan. Dirinya harus berbuat begitu. Cik A sayang akan anak didikannya. Sebab itu dia selalu beringat – ingat. Kadangkala, kalau dia sudah puas menasihati tapi seperti mencurah air ke daun keladi, cik A minta maaf. Tak hiraukan lagi. “Telefon bimbit tidak dibenarkan ketika sesi kuliah. Matikan dan simpan” arahnya. Aliza menyediakan diri dengan tajuk kali ini. Terbentang maklumat di paparan skrin.

Hanifah menulis isi¬ – isi penting. Dia menanda nota untuk diulangkaji. Komitmen perlu jika ingin berjaya. Bukan setakat angan – angan dicipta sendiri. Tanpa pergerakan, impian tidak nyata. Ia bermula dari jiwa dan semangat membara. Kadangkala, ia mudah luntur. Sukar bangkit kembali. Dua perkara yang mengingatkan dia selalu iaitu tanggungjawab dan masa depan. Dia bukan berasal dari keluarga berada. Sebaliknya, golongan sederhana. Makan cukup cuma kekangan kewangan menjadi punca. Ayahnya seorang pemandu lori. Ibunya pula surirumah. Nasib baik tanggungan dua orang. Dia pernah terfikir menginginkan adik. Alangkah seronoknya kalau ada adik bongsu. Boleh tolong kemas rumah. Taklah sunyi jika tinggal seorang diri. Meskipun begitu, dia bersyukur. Hanifah gembira malah bangga akan kedua – dua orang tuanya atas kasih sayang yang cukup membesarkannya.

“Kita berhenti di sini. Jumpa minggu depan” Aliza kemudian melangkah keluar. Dia menuju ke pejabat. Hanifah menyimpan buku nota. “Eh, Hani. Jom makan” Pelawa Afifah. Kening diangkat.

“Tapi bungkus. Saya penatlah” 

“Hmph. Okey” Afifah setuju.

Skrin telefon dipandang entah ke berapa. Hanifah amat berharap. Kenapa tak ada mesej dari dia? Takkan sibuk sangat sampai satu mesej tak ada. Mesej aku pun tak reply. Dia bingung. Tangan menongkat dagu. Langit penuh dengan bintang. Cahaya bulan menyimbahi alam. Malam sunyi. Indah. Cantik. Berbanding isi hatinya sekarang. Berbaur perasaan. Waktu kecil terbayang di mata gadis itu. Dia dibuli ketika di sekolah rendah. Baru berumur tujuh tahun. Walau bagaimanapun, Hanifah tidak mengenal erti putus asa. Dia terus belajar. Dirinya pernah melalui detik duka seorang diri. Sifat berdikari yang ada membawa dirinya di mana sekarang. Dia bangga dengan dirinya dapat mengatasi cabaran mendatang. Dengkuran menganggu imbauan kenangan. Senyum. Dia bertemu dengan Afifah ketika sama – sama berusia enam tahun. Mereka tinggal di kampung yang sama. Tapi tak sekepala. Ada saja topik dibahaskan. Tak sehaluan. Hanifah tahu. Afifah baik orangnya. Selalu mengambil berat. Setiap kali cuti sekolah, ada saja perkara akan dibuat. Hal ini kerana, mereka belajar di sekolah yang berlainan. 

Ting! Hanifah cepat – cepat mengambil telefon. Yess! Gembiranya. Hanifah bangun dari kerusi. Lampu meja dipadam. Dia membaringkan diri di katil. Lebar senyuman. Malah dia membalas setiap mesej dengan segera. Tak nak tertangguh. Dia enggan mengecewakan orang itu. Baginya, lelaki itu sedang menunggu jawapan darinya. Adakah perasaan aku ini benar? Aku sering memikirkan perkara yang sama. Bertanya pada diriku persoalan yang aku takkan ada sebarang jawapan. Hanifah mengeluh. Dia serba – salah. Dia juga keliru. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Kadangkala dia enggan mengakui perasaan sebenar. Apakah aku harus meneruskan hubungan ini? Aku sendiri ragu – ragu. Hanifah berbelah bahagi. Ya, dia sayang. Cinta? Tak pasti. Hanifah meragui kebenaran kedudukan lelaki itu dalam hatinya. Apatah lagi jika soal hidup. Fuhhh…




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku