Siapa Online?
Bab 4
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Disember 2017
Jika cinta ditakdirkan bersama, tak kira dimana pertemuan. Hanifah percaya yang terbaik untuknya. Dia menjadi fobia untuk berbual dengan orang tak dikenalinya di media sosial setelah suatu peristiwa berlaku. Sebaliknya, seorang lelaki berjaya menawan hatinya. Ikuti kisah Hanifah.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
46

Bacaan






                                                            Bab 4


“Fifah”

Temannya berpaling. Peperiksaan akhir semester akan bermula dua minggu lagi. Memandangkan minggu ulangkaji jadi mereka bercadang untuk tinggal di asrama. 

“Kenapa ni?” Dia bertanya sebaik Hanifah senyap.

“Tak ada apa” Hanifah meneliti nota tadi.

“Kenapa nampak muram?” Afifah syak sesuatau. “Gaduh dengan jantan ke?”

“Afifah. Cukuplah” Dia terluka.

“Cakaplah” Afifah mendesak.

“Aku tak tahu nak cakap ke tak hal ni” Kali ini dia memandang muka Afifah. 

“Aku akan mendengar akan kau” Dia setia dengan sahabat.

Hanifah menghela nafas. “Aku berkenalan dengan seorang lelaki”

“Mana? Dah jumpa?”

Hanifah geleng. “Facebook” Pendek jawapan.

“Hah! Facebook?! Banyak menipu Hani” Terbeliak mata Afifah. Kalau ada strok dia pasti pengsan di situ.

Hanifah angguk. Sebaris ayat menghilang tanpa diucap. 

“Awak sayang dia?” Ajukan pertanyaan itu menjadikan dia tidak selesa duduk.

“Fifah, aku tak pasti. Biar aku jujur. Aku masih ada sayang tapi cinta…” Hanifah berhenti.

“Kau ragu – ragu?”

Hanifah angguk. “Hm”

“Kalau aku beritahun pun, belum terlambat lagi kan? So, macam ni. Apa kata awak teruskan berhubung dengan dia. Mana tahu, suatu hari nanti awak berdua bersama” Cadang Afifah.

Hanifah angkat bahu. Tak yakin. “Mungkin…”

Afifah memberi semangat. Beberapa hari lalu, Hanifah nampak sedih. Makan tak lalu. Asyik bertongkat dagu. Termenung. Selepas itu, baring. Macam perempuan mati kucing. Afifah sekadar menjadi pemerhati. Tak berani bertanya. Nanti ribut melanda. Apapun dia sentiasa menjadi tulang belakang. Sedih mahupun gembira dikongsi bersama.


“Hani, awak okey tak?” Azrul bertanya apabila menyedari Hanifah tidak bersuara sejak tadi. “Hanifah..”

Hanifah kaget. “Ya, Azrul? Kau tanya apa?”

“Awak okey?”

“Aku tak ada apa – apa. Jangan risau” Senyuman manis dilemparkan.

Hatinya cair. “Woi, Azrul! Kau pekak ke?”

Dia cepat – cepat bangun. “Apa?”

“Kau senyum seorang sana. Kenapa?” Rakan sebiliknya memperli.

Sengih. “Tak ada”

“Aku panggil tiga kali tau. Nak tak karipap ni?” Bekas berwarna biru laut dibuka.

“Letaklah dekat situ. Aku makan nanti” Azrul menarik bantal. Dia melelapkan mata. Berharap berjumpa bidadari.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku