Siapa Online?
Bab 5
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Disember 2017
Jika cinta ditakdirkan bersama, tak kira dimana pertemuan. Hanifah percaya yang terbaik untuknya. Dia menjadi fobia untuk berbual dengan orang tak dikenalinya di media sosial setelah suatu peristiwa berlaku. Sebaliknya, seorang lelaki berjaya menawan hatinya. Ikuti kisah Hanifah.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
45

Bacaan






                                                          Bab 5


Hi. Good morning” Butang enter ditekan. Tiga bulan usia perkenalan mereka. Hanifah membaca mesej yang dihantar dua hari lepas. Tak dibalas. Kalau sibuk sekalipun, dia pasti akan menjawab. Katalah sibuk. Seperti bergantung tidak bertali. Hanifah offline setelah puas menunggu. Dia cuba menyenangkan hati yang luka. Di luar sana, tumbuhan menghijau membuka minda yang tengah kusut. Hanifah keluar bilik menikmati udara segar. Wahhh… Pokok – pokok bunga menghiasi taman. Hanifah duduk di bangku panjang menghadap tasik. Tempat sesuai untuk berteduh dari cahaya matahari. Pokok besar menghalang sinaran UV. Sekali lagi terdengar keluhan. Dia kesal. Benar kata Afifah. Dia menarik nafas. Bertanya kenapa pada diri. Apa yang dilalui perlahan menjenguk daya ingatan. Bercinta di alam maya barangkali sama di realiti. Lain pula hal terjadi.

“Saya perlukan duit untuk rawatan mak saya. Mak menghidap barah otak”

Hanifah risau dengan situasi begitu. Makin lama berfikir makin banyak maklumat yang digali. “Saya kasihan dengan nasib awak. Pasal duit, berapa awak nak?”

“Tiga puluh ribu”

Terbeliak mata Hanifah. Air liur terasa pahit ditelan. Ishh… Banyaknya. “Maafkan saya Leo. Saya tak ada duit sebanyak itu” Hanifah membela diri. Gerak hatinya memberitahu bahawa lelaki itu menipu. Kenapa aku tidak sedap hati? Satu persatu tajuk akhbar mahupun rencana yang pernah dibaca. Pelajar kolej ditipu oleh warga asing, pelajar perempuan ditipu oleh teman lelaki demi wang dan pelajar ditipu oleh kenalan dalam talian.

“Kalau awak tak mahu, tak apa. Awak tak sayang saya”

“Bukan saya tak sayang tapi saya tak ada duit sebanyak itu” Selepas dua jam, Hanifah melihat kembali mesej dihantar tadi. Tiada balasan dari Leo. Dia membuat panggilan. Hampa. Tiada sebarang jawapan.


Dipandang sekilas. Betul ke apa aku tengok? Azrul mencuri pandang. Hanifah ke tu? Ini peluang untuknya. Dia berfikir sejenak. Aku nak cakap apa? Nanti dia sangka aku ikut dia pula. Dia mendekati Hanifah. ”Hi”

“Eh, Azrul!”

Alamak! Senyuman dia. Dia kaku.

“Kenapa berdiri? Duduklah. Ada ruang”

“Hati awak ada ruang untuk saya tak?”

“Hah?!”

“Tak ada! Saya duduklah” Azrul menggigil. Tangannya terketar – terketar. Tiba – tiba dia berasa sejuk seluruh badan. Tapi, cuaca hari ini panas.

“Awak demam?”

Kepala digeleng.

“Jadi?”

“Hmm… Saya sihat” Kenapa aku tak dapat bercakap sepatah pun? Keluarlah cepat idea aku. “Awak sihat?” Bodoh! Kan dia depan mata mestilah dia sihat. Azrul pejam mata. Menunggu bilasan ekor berapi. Harap – haraplah…

“I’m fine. Aku okey. Tak apalah” Dahi berkerut. Dia sangsi. “Hah! Kau tu! Bagaimana tahu aku dekat sini?”

Bom meriam dilepaskan terkena padanya. “A..a..ku” Tergagap – gagap memberi pukulan balik. “Joging...” 

“Ooo… “ Mulutnya melopong. “Joging ye?”

“Ye…”

Kesunyian memecah. Masing – masing hanyut dalam fikiran. Kedengaran kicauan burung menemani seolah – olah irama dimainkan. Angin petang itu membawa dirinya jauh tenggelam. Malam itu agak suram. Hening. Suasana tenang membantu pembelajaran. Sebelum tidur Hanifah menulis sesuatu dalam diari miliknya. Dia berharap hari esok cerah kembali. 


Apalah nasib. Kata nak beritahu tapi tak menjadi. Apa harus aku buat? Jari telunjuk digigit. Dia memusingkan badan ke kanan. Azrul memikirkan cara memikat hati perempuan. Dilihat katil sebelah. Hakimi nyenyak tidur. Bunyi dengkur mengalahkan harimau jantan. Nak dikejutkan tapi tak sampai hati. Esok saja. Mata ngantuk ni…




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku