Siapa Online?
Bab 7
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Disember 2017
Jika cinta ditakdirkan bersama, tak kira dimana pertemuan. Hanifah percaya yang terbaik untuknya. Dia menjadi fobia untuk berbual dengan orang tak dikenalinya di media sosial setelah suatu peristiwa berlaku. Sebaliknya, seorang lelaki berjaya menawan hatinya. Ikuti kisah Hanifah.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
46

Bacaan






                                                                               Bab 7


“Tengok ni” 

“Ni Azrul ,kan?” 

Perbualan dua orang pelajar junior menarik perhatian Hanifah. Sambil bersandar pada tiang, dia berpura – pura membelek buku rujukan.

“Kacaknya dia. Nak lagi”

“Tengok gambar ni”

“Siapa bagi dekat awak Ana?” 

“Abang Azrul. Siapa lagi, takkan ambil kat facebook” Kedua – dua gelak.

“Bertuahnya awak”

Abang. Hanifah rasa nak cekik leher sendiri. Nak muntah dengar. Brother erk… Tapi, dia berasa cemburu sikit. Secubit. Facebook? Dengar saja buat hatinya panas serta merta. Peristiwa beberapa minggu lalu sukar dihapuskan. Aduhai, kenapa dengan aku ini? Fokus pada exam! Hanifah marah pada dirinya.

“Kenapa?” 

“Tak ada” 

“Muncung sampai ke meja. Apa hal?” 

“Betul. Tak ada apalah” 

Afifah menyerah kalah. 

“Hani! Fifah!”

Mereka berpaling ke arah datangnya suara. Azrul dengan wajah ceria semakin menghampiri. Senyum. Gaya hari ini lain sikit. Agak kasual tapi nampak lawa. Susah nak terangkan dia tu Azrul. Entah – entah salah orang. Sebab rambutnya kelihatan berminyak macam model  iklan TV. Seluar jean dan berkasut jenama Nike. Kemeja T biru menyejukkan mata memandang. Hanifah ternganga. Rahangnya seakan – akan jatuh ke bawah. Tak boleh jadi ni. Aku mimpi. Dia ingin menampar muka sendiri.

“Wahhh… Kemana Azrul?”

Afifah… Boleh jadi raja sehari. Hanifah mencebik.

“Nak keluar sekejap lepas ni” Azrul bersikap acuh.

Jumpa sweetheart lah tu...

“Okey”

“Nak ikut tak?” 

“Saya okey je. Hanifah?”

“Aku… ada kerjalah!” Hanifah cepat meninggalkan mereka. Afifah terkebil – kebil. Azrul terkedu.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku