Siapa Online?
Bab 8
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Disember 2017
Jika cinta ditakdirkan bersama, tak kira dimana pertemuan. Hanifah percaya yang terbaik untuknya. Dia menjadi fobia untuk berbual dengan orang tak dikenalinya di media sosial setelah suatu peristiwa berlaku. Sebaliknya, seorang lelaki berjaya menawan hatinya. Ikuti kisah Hanifah.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
349

Bacaan






                                                                     Bab 8


Dua bulan di kampung. Seakan perlahan waktu berlalu. Menanti siang bertukar malam. Tak sabar – sabar memejamkan mata untuk melupakan apa yang telah berlaku. Kenangan lama menjenguk fikiran dia sekarang...

“Aku maafkan engkau Hanifah. Aku benar – benar mencintaimu”

Terkilan saat membaca ayat – ayat bermakna itu.

“Kalau awak cinta, kenapa nak minta duit dari saya? Awak tahu saya seorang pelajar. Mana saya ada duit sebanyak itu” 

“Maafkan saya. Sebab saya cinta awak, saya sanggup beritahu hal sebenar”

“Apa lagi?”

“Saya orang Nigeria. Tapi, saya fasih berbahasa Melayu”

Apa?! Hanifah rasa ingin menangis. Selama ini, dia menipu diri sendiri. Dia malu. Penipu!

“Hello, are you there?”

Hanifah melihat sepintas lalu. “Awak tipu saya. Saya putuskan hubungan kita. Saya minta maaf. Selamat tinggal!” Nama itu kini dalam senarai blocked. 

Kekesalan menyelubungi. Dia ingin menjerit sepenuh hati. Melepaskan tekanan yang memaksa jiwanya memberontak. Air mata tidak cukup menggambarkan betapa sakitnya hati dia. Lelaki yang dia kagumi ialah palsu. Liar! Dia sendiri tidak tahu apa akan terjadi kalau dia percaya bulat – bulat. Entah – entah kering poket dia dapat. Nasib baik bukan maruah digadai. Itulah Hanifah percaya sangat dekat gambar – gambar dia. Kan dah jadi macam ni. Don’t jugde the book by its cover! Amalan beringat selalu menyedarkan dia dari kebahagiaan dunia. Hati – hati dalam pergaulan. 

“Hanifah!”

“Ya, mak!” 

“Tolong sekejap” 

Hanifah lantas bangun menuju ke dapur. “Ada apa ni mak?” 

“Bawa ni pada makcik Husna” Endon menyerahkan mangkuk bersalut kertas perak pada anak perempuannya. “Elok – elok jalan” 

Berat hati hendak menghantar makanan ke rumah Aiman. Terpaksa berbuat begini. Mak ni pun satu. Ada saja resipi dia. Merungut tak baik pula. Silap tak direstui. Takut bala menimpa. Jatuh dari tangga pula nanti. Dia bukan apa. Si Aiman tu selalu buli. Mak dan makcik pasti ada sesuatu tak nak beritahu. Mungkin dijodohkan dengan jurutera tu. Makk… Tak nak! Dia lebih tua.

“Eh, masih berdiri di situ. Kenapa?”

“Nak hantarlah ni” Hanifah muncung.

“Kirim salam dekat Aiman” Bertuah punya anak. Tih..Tih..Tih

Hanifah menjawab lemah. Suaranya kedengaran barangkali tidak. 

“Cantik Hani. Suka abang tak?”

Hanifah geli. Suka hati dia tanya aku macam tu. Dia ingat dia tu apa. Lelaki gatal. Dia diam seribu bahasa. Aiman sedang melanjutkan pengajian di universiti masa itu. Dia pula berada di tingkatan lima. Asal balik dari UK, mak dia adakan kenduri secara kecil – kecilan. Saudara terdekat dan sahabat handai dijemput sekali. Maklumlah anak pengetua.

“Janganlah marah. Hani senyum. Kan nampak lebih manis” Aiman berbisik. “Marah ye?” 

“Sudahlah! Jangan ganggu saya”

“Garangnya anak makcik Endon” Aiman melopong. Dia berlari – lari anak mengejar Hanifah. 

“Aku bukan orang barat! Jangan nak lakukan perkara sebegitu!”

“Saya gurau tadi. Tak maksud apa – apa” Aiman tidak tahu mana salah dia.

“Sama juga!” Keras kepala sudah naik. Awas!

Aiman telan liur. Ganas! “Baiklah. Abang minta maaf” 

“Abang?! Awak bukan abang saya! Saya tak pernah panggil ‘abang’ pun!”

“Yalah. Awak lebih muda dari saya. Panggilah saya ‘abang’ gitu” Sengih.

“Tak nakkk!”

Degilnya… “Okey. Saya minta maaf” 

Hanifah membisu.

“Tak nak maafkan saya?”

“Ya. Saya maafkan awak” 

Akhirnya, dia mengalah juga. Baru umur tujuh belas. Hurmmm…

“Kenapa?”

“Jom makan”

Berdalih pula.

“Saya lapar” Aiman mengusap perut.

Yalah…




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku