Jambatan Vrbanjays
Jambatan Vrbanjays
Genre: Cinta
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 25 Disember 2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah dengan izinNya dapat saya hasilkan cerpen ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi singgah membaca cerpen saya yang kedua bertajuk "Jambatan Vrbanjays". cerpen ini merupakan kesinambungan cerpen pertama saya yang bertajuk " Pengkhianatan". selamat membaca ^_^.
Penilaian Purata:
400

Bacaan







Tentera sapta dharmaputra patik tidak mampu menahan serangan mereka yang semakin menganas dan kami terpaksa berundur dan bertahan di pangkalan Pancasila. malah sukar untuk patik sampaikan suatu khabar lagi dimana mereka sedang merancang untuk mara ke wilayah hutan hujan samudera!"

suasana menjadi senyap, tiada lagi suara-suara kemegahan yang kedengaran melainkan rasa gerun yang  hadir di setiap jiwa rakyatnya. naluri kebimbangan juga tidak terlepas dari fikiran sang penguasa muda itu. khabar yang disampaikan oleh  paglima datuk paduka tuan cukup mengusarkan hatinya . Kini puak maritim telah bersatu pula dengan kerajaan agraria lalu mewujudkan  kuasa yang kuat . penawanan  kota bengkalis yang  terkenal dengan kubu pertahanan kental suatu ketika dahulu  menjadi saksi  akan kekuatan tentera mereka yang sudah jauh mengatasi barisan sapta dharmaputra yang merupakan pasukan elit  empayar mesotoromia.   kini satu per satu musibah melanda mirfani lantas membuatkan dirinya mula  mengalami tekanan. ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, belum sempat dirinya merawat kepiluan atas  kehilangan insan yang disayangi, kini dugaan yang lain pula menerpa diri.


"Putri Nawartif!" 

bagaikan satu panahan kilat terpancar, nama itu hadir menyusup masuk ke kota  fikiran disaat situasi tegang melanda diri.  Jantungnya semacam luluh. dia hampir terlupa,  seorang gadis yang  dicintai sedang menantikan kepulangannya di  jambatan vrbanjays.  jambatan yang menjadi penghubung antara hutan kota tanjung piai dan wilayah hutan hujan samudera. di atas jambatan inilah menjadi  saksi segala kisah cinta mereka bersemadi . se-erat genggaman janji, kesabaran yang  dipertaruhkan demi mengejar kemanisan setia. airmata mirfani mula bertakung di kelopak  menahan sebak yang sukar untuk diluahkan. kini rindunya terhadap putri nawartif  sukar dibendung lagi. Fikirannya menerawang dikala semangatnya kian luntur  menghadapi segala dugaan yang mendatang. 

********************************
"Sungguh cantik permandangan hutan  ini ya da'ik, tidak pernah dalam seumur hidupku melangkah menyelusuri hutan yang sebegini indah. burung-burung berkicauan dan unggas yang berterbangan menzahirkan suatu perasaan yang belum pernah aku rasai selama ini.  tahukah kau apakah  yang aku  rasakan da'ik?" 
"Maafkan patik tuan mirfani, patik kurang arif akan soalan itu " da'ik menjawab jujur.


mirfani menghentikan langkah. dia kemudiannya menarik nafas sedalam-dalam sambil memejamkan mata. menghayati suasana alam semula jadi di hutan kota tanjung piai. Da'ik  hanya tersenyum memandang anak pasangan sang penguasa dan ratu walinur dayang seri itu yang jelas merasai kepuasan yang belum pernah dialami dalam hidupnya.
"da'ik  pernahkah kau melihat kawanan burung yang berterbangan di ruang angkasa raya?" 


"pernah tuan mirfani" balas da'ik sambil mata  melilau mencari sesuatu di hutan  tanpa sempat memaling  wajah ke arah tuannya itu.
"ketika aku berada di kamar, aku selalu mengimpikan untuk  terbang bebas seperti mereka. menjelajahi ke segenap dunia  tanpa segala kengkangan dan halangan. aku sudah bosan berada di singgahsanaku dimana setiap saat dikawal ketat. pergerakanku terbatas dan hanya menurut segala kehendak protokol yang menyusahkan diri. kau lihatlah sendiri sedangkan mahu keluar pun banyak soal yang ditanya." keluh sang penguasa muda itu. 
"tidak mengapa tuan mirfani, itu semua untuk kebaikan tuan mirfani juga mungkin  yang mulia penguasa  risau akan keselamatan tuan mirfani barangkali"


"hurm apa la guna aku diajar ilmu persilatan jika keselamatanku pula dipersoalkan" 
"haha entahlah tuan mirfani patik tidak berani berbicara apa-apa" tangan da'ik memetik sejenis tumbuhan di hutan itu lalu memasukkan ke dalam   botol yang sederhana besar. gelagatnya diperhatikan oleh mirfani lalu menimbulkan perasaan ingin tahu.
"da,ik  apakah gerangan tumbuhan yang kau ambil itu?" 

"owh ini Curcuma Caesia tuan mirfani ia sejenis herba asli. setakat ini patik dan ayah  sedang mengkajinya untuk  rawatan penyakit sendi, kusta dan penuaan." 

"menarik  bunyinya". mirfani tersenyum kagum.

" ya tuan mirfani, ia sememangnya menarik. di dalam dunia ini masih banyak lagi rahsia tumbuh-tumbuhan yang  bermacam manfaat perubatan. ia masih tersembunyi dan belum diterokai. dan patik dan ayah berusaha untuk terus mencarinya.  patik juga telah berjanji kepada ayah untuk membantunya menjayakan segala kajiannya itu." balas da'ik bersungguh.

"aku  kagum melihat kau da'ik. mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. ayahmu  pastinya berbangga memiliki anak seperti dirimu. dan aku juga beruntung kerana memiliki sahabat yang bijaksana sepertimu jua."

"tuan mirfani terlalu memuji patik. tidak layak diri patik digelar sahabat sedangkan taraf kita bagaikan langit  dan bumi. kebijaksanaan yang patik ada sekalipun hanyalah untuk sumbangan kepada mereka yang memerlukan dan  menambahkan pengetahuan tentang ilmu perubatan  di empayar mesotoromia. ayah patik juga berulangkali berpesan agar tidak termakan akan kata-kata pujian. dan lakukanlah sesuatu dengan ikhlas tanpa rasa riak dan berbangga diri. kerana sifat-sifat ini akan memakan segala kebaikan terhadap apa yang telah dilakukan"

"da'ik-da'ik, kau terlalu merendah diri. mulai hari  usahlah bertuan berpatik denganku lagi. panggil saja dengan panggilan mirfani dan kini kita adalah bersaudara"

"agak janggal patik mahu..."

"ah sudahlah da'ik aku tidak mahu mendengar lagi ungkapan sedemikian rupa."

"haha baiklah mirfani ayuh kita teruskan perjalanan." 
Hilaian tawa mereka memecahkan kesunyian belantara. Da'ik terus mencari tumbuhan herbanya sambil dibantu oleh mirfani. Adakala mereka terpaksa meredah lumpur dan  menyeberangi sungai yang mengalir dan setelah penat berjalan mereka kemudiannya berehat seketika di  sambil menikmati ikan bakar. Masa kian berganjak  tanpa sedar mereka sudah pun menghampiri penghujung hutan tersebut. 


"Candak perahu, candak perahu tuju ke hulu....

Candak berkias, candak berkias rasanya malu.

Umpama tepuk air di dulang... jangan dipikat burung di hutan.

Burung biasa terbang di awan, makan di tangan...."


"daik, adakah dikau mendengar  akan suara orang mengalunkan lagu?"

"ya, semacam ia datang dari arah sana"
















Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku