Jejaka sombong dan si cengeng
Bab 1
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Disember 2017
“I’m so disappointed with you Abril!” - Fred “I’m sorry dad. But, I’ve try my best.” - Hope Abriella “Alasan! Orang lain boleh, kenapa kau tidak boleh?! Apa yang susah sangat sampai kau tidak dapat straight A? Terlampau bercinta?!” - Fred Hope Abriella, walau sejauh mana kakinya melangkah bayang dua ditaktor yang terlebih mementingkan air muka mereka tetap ada dalam dirinya. “Hmmm, malasnya mahu berpanas. Sudahlah penat! Ahh, I didn’t want to end up like this!” - Bonavento (Ben) Lain pula kisahnya dengan Bonavento, si anak kampung yang berusaha sehabis baik mengubah taraf hidupnya melalui pendidikan. Dua figura sederhana (Ibu bapanya)banyak memberikan dorongan kepadanya untuk mengejar impian. “Do you want to be my friend then?” - Hope abriella “Mahu!” - Alfi Di kegelapan paling dalam, Alfi seolah hadiah paling berharga buat Abriella. Buat pertama kalinya ada insan yang mampu menebak isi hatinya selain Wade Walton. Saat bayu berbisik mengirim khabar takdir masa depan, satu persimpangan berbeza ternyata menemukan semua insan ini. Kala itu ada satu rasa menjentik halus. Mungkinkah? Mereka punya destinasi yang sama? Atau mungkin itu sekadar satu persinggahan?
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
350

Bacaan






Bab 1 (Burden in our heart)

“Wow! 9 A?! You’re the man!”

Cyril mengangkat ibu jari kiri dan kanan serta jari telunjuknyasambil menunjuk ke arah Bonavento. Bangga dengan pencapaian rakannya itu.Mario, Alfi, Adam dan Karl masing-masing turut mengucapkan tahniah kepadaBonavento. Keputusan sebegitu sememangnya tidak asing lagi dengan seorangBonavento.

Siapa yang tidak kenal dengan jejaka Dusun (Etnik) terakhir itu? Berkulitsawo matang dengan badan sasa ditambah pula dengan minda kelas satu miliknya.Pakej sempurna bukan? Sudah pastilah menjadi idaman kalbu para pelajarperempuan di sekolah itu.

Thanks bro! Result kamupun okaylah.”

“Bolehlah sekadar cukup-cukup makan. Jadi apa plan kau lepas ni?”

Tanya Alfi. Antara mereka berenam Alfi seorang sahaja yang mendapatkeputusan yang agak rendah. Mungkin disebabkan itu juga perwatakkannya sedikitberbeza jika dibandingkan dengan Mario, Adam, Cyril, Karl dan Bonaventosendiri.

“Sambung studylah bah. Apalagi? Kau Fie macam mana? Tidak mahu sambung belajarkah?”

“Kalau saya sambung belajar pun, saya rasa saya masuk form 6 saja ni.”

Keluh Alfi. Sedikit terpukul dengan soalan Adam.

“Aik, Fie takkan form 6saja?”

Tanya Karl pula. Kedengaran seperti menyindir. Bonavento dan Mariodiam menyepi. Kasihan melihat Alfi hanya tidak terfikir mahu membantu.

“Bah mari lepak tempat biasa? Kita celebrate si kawan yang dapat resultpower ni.”

Lalu keenam-enam jejaka yang baru memperoleh keputusan SPM itumelangkah meninggalkan perkarangan bilik guru. Saat itu bermulalah satu babbaru dalam hidup mereka berenam. Sudah tentu jalan yang ditempuh juga berbeza.Tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa dan tidak pula jalanbergandingan dengan rakan-rakan yang sama. Kerana jauh di depan sana adapersimpangan yang memisahkan jalan tiap satu dari mereka.

 

 

Di satu celah bumi yang lain, Hope Abrilla memegang slip peperiksaanSPM dengan debar di dada. Berfikir bagaimana harus dia sampaikan keputusan yangbaru diterima kepada ibu bapanya. Mahukah mereka mendengar apa yang bakaldisampaikannya? Atau mungkin dia bakal menerima hukuman beserta leteran mahahebat dari orang tuanya? Ah! Mengapa dunia begitu memandang pada huruf-hurufyang tertera pada sehelai kertas putih itu? Bukankah nantinya nasib juga yangbakal menentukan segalanya?

“Abril! Macam mana resultkau?”

Soal Ifrah, si gadis kacukan melayu dan anak negeri Sabah. Sudahterbiasa menetap di negeri bawah bayu itu sehingga slang yang digunakan sudahbegitu sebati dengan slang anak-anak sabahan.

“4A saja. Kau?”

“Serius? Samalah!”

“Sama? Congratulation!Jadi kau apply maktablah ni kan? Mestikau mahu jadi cikgu macam mama bapa kau.”

Ifrah angguk sambil tersenyum malu apabila Hope Abrilla dapatmenebak isi hatinya.

“Bah, good luck! Saya balik dululah.”

“Eh, Abril kau tidak mahu joinkita orang lepak di mama kopitiam?”

No, thanks.”

Jawab Hope Abrilla dengan senyuman yang dipaksa keluar menghiasibibir merah itu. Sedikit cemburu melihat kegembiraan yang terpancar pada serautwajah Ifrah. Kalaulah dia boleh memilih jalan hidup yang perlu dilaluinya,sudah pasti jalan yang ringkas tanpa ranjau berliku menjadi pilihan. Namun,siapalah seorang Hope Abrilla? Hanya insan kerdil yang cuba mencorak jalanhidup sendiri.

Terik mentari yang memancar di dada langit tidak dipedulikan.Sesekali peluh yang jatuh ke dahi dilap perlahan. Sengaja gadis lepasan SPM itutidak meminta orang tuanya datang mengambilnya di sekolah tengah hari itu.

“Macam manalah saya mahu bagitau mama sama bapa pasal result saya ni?”

Keluhnya dengan wajah buntu. Melenting lagilah orang tuanya baliknanti! Tin 100 plus yang dibuang olehmanusia tidak bertanggungjawab di tepi jalan itu ditendang kuat. Segala rasakesal dan kecewa juga marah cuba ditendang bersama tin itu.

“Aishhh!!! Bodoh betullah siapa yang tendang sampah ni! Siap aim kasi kena kepala saya lagi tu.”

Marah Mario. Sisa air tin itu turut tertumpah mengenai belakangbajunya. Dengan segera remaja lelaki itu berdiri sambil menggenggam tintersebut. Mata melilau mencari si pelaku durjana yang ingin merasa penumbuknyapada hari itu.

Bulat mata Abrilla melihat arah ‘terbangnya’ tin yang ditendang itu.Ditambah pula dengan susuk tubuh jejaka yang sudah berdiri sambil memegang tin100 plus tersebut. Cepat-cepatAbriella mengatur langkah untuk berlalu dari tempat itu. Namun, si jejaka lebihdulu mengangkat tangan kanannya sambil memberi isyarat, memintanya datang ketempat dia dan rakan-rakannya sedang duduk melepak.

“Tin minuman kau?”

Soalnya dengan wajah garang sambil mengangkat tin minuman tersebut.Hope Abrilla menggeleng.

“Kau yang tendang tadi kan?”

Terkebil-kebil seorang Abrilla memandang Mario. Lalu kepalanyadigelengkan sekali lagi. Mario mendengus geram. Mujurlah yang berdiri dihadapannya itu seorang perempuan. Kalau lelaki sudah lama ditumbuknya manusiaitu.

“Kau bisukah? Tidak boleh cakap? Sudahlah tendang tin kena kepalaorang. Minta maaf pun tidak! Atau kau memang mahu cari masalah sama saya ni?!”

“Abril!”

Panggil Alfi sedikit kuat sehingga menarik perhatian lima orangrakannya – Mario, Adam, Cyril, Karl dan Bonavento. Minuman tin yang dibeli daridalam kedai runcit itu diserahkan kepada Adam untuk dibahagikan antara mereka.

“Alfi?”

Alfi angguk sambil tersenyum. Senang hati melihat Hope Abrilla sijiran sebelah rumah yang berat mulut. Hanya memandangnya tanpa riak tiap kalimereka terserempak.

“Kau mahu balik sudah? Mana kereta si uncle? Kau jalan kakikah?!”

“Ya.”

Sepatah jawapan yang diberi. Alfi terkedu. Hope Abrilla si gadispendiam itu berjalan kaki pulang ke rumah? Biar betul?!

“Saya balik dululah Fie. Bye.”

Abrilla melambai Alfi dan segera berlalu. Kekok! Mario memandangAlfi dengan rasa tidak puas hati. Baru sahaja dia ingin mengajar adab sopankepada gadis tadi tetapi tidak kesampaian dengan kehadiran Alfi.

“Fie, kau kenalkah sama budak perempuan tadi tu?”

“Kenal. Jiran saya. Err, saya pun balik dululah. Ada masa kita lepaksama-sama lagi.”

Usai mengucapkan sebaris ayat itu Alfi turut meninggalkan kedairuncit tersebut. Sekejap sahaja hilang sudah kelibatnya. Laju benar langkahlelaki itu mengejar Abrilla.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku