Jejaka sombong dan si cengeng
Bab 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Disember 2017
“I’m so disappointed with you Abril!” - Fred “I’m sorry dad. But, I’ve try my best.” - Hope Abriella “Alasan! Orang lain boleh, kenapa kau tidak boleh?! Apa yang susah sangat sampai kau tidak dapat straight A? Terlampau bercinta?!” - Fred Hope Abriella, walau sejauh mana kakinya melangkah bayang dua ditaktor yang terlebih mementingkan air muka mereka tetap ada dalam dirinya. “Hmmm, malasnya mahu berpanas. Sudahlah penat! Ahh, I didn’t want to end up like this!” - Bonavento (Ben) Lain pula kisahnya dengan Bonavento, si anak kampung yang berusaha sehabis baik mengubah taraf hidupnya melalui pendidikan. Dua figura sederhana (Ibu bapanya)banyak memberikan dorongan kepadanya untuk mengejar impian. “Do you want to be my friend then?” - Hope abriella “Mahu!” - Alfi Di kegelapan paling dalam, Alfi seolah hadiah paling berharga buat Abriella. Buat pertama kalinya ada insan yang mampu menebak isi hatinya selain Wade Walton. Saat bayu berbisik mengirim khabar takdir masa depan, satu persimpangan berbeza ternyata menemukan semua insan ini. Kala itu ada satu rasa menjentik halus. Mungkinkah? Mereka punya destinasi yang sama? Atau mungkin itu sekadar satu persinggahan?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
48

Bacaan






“Macam ni saja resultkau?!”

Tengking Fred malam itu. Penat bekerja seharian sudah tidakdiendahkan lagi. Tina hanya memandang tanpa sekelumit rasa ingin membantu.Hakikatnya, dia juga malu dengan pencapaian anak perempuannya. Entah di manaharus disorok mukanya esok pagi. Sudah tentu rakan-rakan yang punya anak sebayadengan Hope Abrilla akan bertanya. Membandingkan kebolehan anak-anak mereka.Masing-masing tidak mahu kalah!

“Bikin malu! Kau tahu? Anak si Benson punya result pun lagi tinggi dari ni. Apa kau mahu jadi dengan result macam ni?! Kau fikir ada tempatyang mahu terimakah keputusan buruk macam ni?! Bersusun huruf B, C. A berapasaja? Empat?!”

“Hmmm, masuk tingkatan enam sajalah kau ni Abril. Malu betul mamasama keputusan kau ni. Anak-anak kawan mama punya result semua cantik-cantik. Kau pula… hmmm.”

Diam. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Kepaladitundukkan menekur lantai.

I’m so disappointed with youAbril!”

Jantung bagai direntap kala mendengar sebaris ayat itu. Kolam airmata sudah semakin penuh. Ayat itu… ayat yang menggambarkan betapa kecewanya siayah pada anaknya, menikam jauh ke dalam sanubari. Segala sendi terasa lemah.Mujur saja lutut masih mampu menampung berat badan agar tidak jatuh terduduk dilantai rumah.

I’m sorry dad. But, I’ve trymy best.”

“Alasan! Orang lain boleh, kenapa kau tidak boleh?! Apa yang susahsangat sampai kau tidak dapat straightA? Terlampau bercinta?!”

Marah Fred lagi. Slip SPM digeronyok lalu dicampak ke atas lantai.Tina diam saja. Tidak mahu membela anak ketiganya itu. Baginya, Hope Abrillasememangnya harus dihukum!

“Lepas ni, kau masuk tingkatan 6. Dengan result macam ni, mungkin kau masih dapat offer untuk belajar aliran sains. Masa tu belajar rajin-rajin.Bukan pergi dating saja sampai lupapelajaran faham?!!”

Tiada respon dari seorang Hope Abrilla.

“Abril! Bapa tanya tu jawablah. Fahamkah tidak?!”

Kali ini kedengaran suara Tina yang sudah meninggi. Pantang melihatmanusia yang tidak menjawab apabila ditanya.

“Faham.”

Hanya sepatah kata itu yang mampu diluahkan. Serentak dengan itu,Hope Abrilla melutut di hadapan ibu dan ayahnya. Mengutip kembali slip SPM yangsudah remuk di atas lantai itu. Kemudian, dia melangkah pergi dari ruang tamurumah tanpa bicara.

Abrilla menutup pintu bilik dengan perlahan. Hati seremuk tisu ituhendak protes pada dua kuasa veto di ruang tamu tadi. Tapi, mana ada pipit yangmampu melawan si helang gagah? Dan dia hanya mampu menangisi jalan hidup yangdikawal ketat oleh orang tuanya. Hakikatnya mereka tidak pernah tahu sekerasapa usaha yang diperlukan demi mendapatkan keputusan SPMnya itu. Mereka tidakmerasa malam panjang ditemani air mata serta tekanan yang mencetuskan kepadasakit kepala maha perit tiap kali gadis itu berusaha belajar subjek-subjeksains yang tidak diminatinya dan mereka juga tidak ingin tahu perihal itu! Yangpenting hasilnya nanti harus cemerlang – seperti yang mereka inginkan!

Hope Abrilla menangis perlahan. Lama-kelamaan tangisannya kianmenjadi-jadi. Tangan kiri digigit kuat. Tidak mahu bunyi esakan kedengaran diluar bilik. Nanti, pasti dia dimarahi lagi. Dilabel sebagai si cengeng yanghanya tahu menangis dalam segala hal mahupun si pencetus masalah yang selalumenyusahkan ibu bapanya. Tidak lama kemudian, gadis itu tertidur dalam esaktangisnya.

 

 

 

Onsikou oku noh kopio tunaka’anu ko keputusan irad diti Ben!” (Saya bersyukur sangat sebab kaudapat keputusan macam ni Ben!)

Luah Stella malam itu. Bangga dengan pencapaian anak sulungnya.Sebagai anak sulung, Bonavento sudah pasti menjadi harapan orang tuanya untukmengubah nasib keluarga. Slip keputusan SPM itu diberikan pula kepada Tommy.Seketika kemudian, lelaki separuh abad itu turut sama tersenyum. Bangga denganpencapaian si anak yang tidak pernah mengecewakan.

“Nah.”

Tommy menghulurkan enam helai wang kertas RM50 kepada Bonavento.Stella sudah tersenyum lebar melihat riak terkejut pada seraut wajah anaklelakinya. Macam tidak biasa pula dengan imbuhan-imbuhan yang diterima setiapkali prestasi akademiknya membanggakan mereka.

Poinsikou pak.” (Terimakasih pak.)

Amber dan Bain tersengih-sengih memandang abang mereka. Sebagai anaksulung dan abang kepada dua manusia itu, sudah pasti Bonavento faham denganmaksud tersirat di sebalik sengihan itu.

“Yalah, nanti besok saya belanja kamu ice cream.”

Yes! Besok arr?”

“Ya.”

Bain dan Amber menepuk tangan ke udara. High five! Murah rezeki abang mereka yang baik hati itu.

“Jadi lepas ni kau sambung matrikulasi?”

“Belum pasti mak. Kalau dapat asasi, saya pilih asasi sajalah.”

“Bah, dari kau sajalah Ben. Apa-apa pun, fikir baik-baik dulu. Kaujuga yang belajar. Bukan bapa sama mama yang jawab soalan peperiksaan kaunanti.”

Bonavento angguk. Memang benar apa yang dikatakan oleh ayahnya. Adalebih kurang 2 hingga  4 bulan sahajalagi sebelum dia melanjutkan pelajaran. Tetapi, esok ada banyak padi di sawahayahnya yang sedang menanti untuk dituai. Dalam diam Bonavento mengeluh. Tidaksuka melakukan kerja-kerja kampung. Bukan sombong, jauh sekali lupa dirimelainkan sudah penat dengan pekerjaan sebegitu. Bosan menahan lenguh pada tiapinci tubuhnya, panas matahari yang membakar, gatal-gatal akibat jerami padi dankeringat busuk yang membasahi bajunya tiap kali dia turun ke sawah untukmembantu ayahnya. Entah bagaimana Tommy yang hampir setiap hari turun ke sawahpada musim menanam padi sehinggalah menuai masih mampu bergelak ketawa denganmereka sedang Bonavento? Baru sahaja beberapa hari membantu ayahnya, dia sudahtidak mampu melayan karenah dua adiknya. Apa lagi mahu membantu mereka dalampelajaran.

Kokokan ayam jantan awal pagi itu mengejutkan Bonavento dari tidur.Jejaka itu menggeliat malas sambil bangun dari perbaringan. Lambat-lambat tualamandi dicapai sebelum langkah diatur untuk ke kamar mandi di belakang rumah.Stella dan Tommy sedang menjamah nasi goreng di dapur manakala dua adiknya barusaja berangkat ke sekolah awal tadi.

“Pak kau mahu pergi sawah sudah?”

Soal Bonavento sambil mengeringkan rambut pendeknya denganmenggunakan tuala. Awal betul Tommy berangkat ke sawah pagi itu.

“Ya.”

“Awal noh.” (Awal juga)

Mandad ko po noh alasu o tadauom mongoi nogi no pongomot?” (Kau mahu tunggu matahari semakin terik dulubaru mahu pergi menuai?)

Ujar Stella. Bonavento kehilangan kata untuk menjawab soalan berupasindiran dari ibunya.

“Bah, bapa pergi sawah dulu. Nanti lepas kau makan baru kau turunsawahlah Ben.”

“Bah.” (Baiklah.)

Tiba di sawah padi yang terletak sekitar 500 meter dari kawasanperkampunganya, Bonavento segera menapak ke arah pondok kecil yang dibina olehayahnya sebagai tempat menyimpan padi dan peralatan-peralatan yang akandigunakan di sawah. Sabit yang terletak di atas mesin pembajak tanah diambil.

“Hmmm, malasnya mahu berpanas. Sudahlah penat! Ahh, I didn’t want to end up like this!”

Keluh anak muda itu dalam nada berbisik. Takut digelar anak tidakmengenang budi oleh manusia yang berpotensi untuk lalu di hadapan pondok kecilitu. Walhal, dengan pekerjaan itulah Tommy membesarkannya dan adik-adik yanglain.

Come on man! You got this! Ya, you got this bruh!!”

Peha ditepuk beberapa kali. Memberi semangat kepada diri sendiriuntuk bangkit mengerjakan apa yang perlu dia laksanakan. Kelibat Tommy yangsudah jauh di depan dipandang sepi. Tidak berniat mahu memanggil ayahnya itu.Perlahan-lahan, Bonavento mencangkung. Mula memotong batang-batang padi laludilonggokkan di atas tanah sebelum diikat. Masih dengan cara tradisonal.Maklumlah, sawah itu bukannya sebesar mana. Hanya mampu menampung bekalan berasmereka sekeluarga untuk setahun dua sahaja.

Matahari semakin tegak di atas kepala. Panas mulai membahang.Sesekali peluh yang jatuh ke dahi dilap kasar. Rimas! Sedar tidak sedar,beberapa longgok padi sudah berjaya dikumpul. Bonavento lalu mengikatbatang-batang padi itu untuk diangkat ke luar pondok bagi memudahkan prosespengasingan nanti.

“Ben, nanti sajalah kau sambung buat tu kerja. Mari makan dulu.”

Tegur Tommy. Bahu anak sulungnya itu ditepuk lembut.

“Bah, bapa makan saja dulu. Saya angkat dulu ni padi.”

Tommy tidak terus berlalu. Sebaliknya, tangan lelaki tua itu turutsama mencapai dua longgokan padi lalu dipikul ke arah pondok. Bonaventotercengang melihat aksi itu. Ada rasa bersalah dalam hati kerana seringmengeluh tentang segala hal dalam hidupnya sedangkan orang tuanya telah banyakberkorban untuk mereka tiga beradik.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku