Jejaka sombong dan si cengeng
Bab 3
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Disember 2017
“I’m so disappointed with you Abril!” - Fred “I’m sorry dad. But, I’ve try my best.” - Hope Abriella “Alasan! Orang lain boleh, kenapa kau tidak boleh?! Apa yang susah sangat sampai kau tidak dapat straight A? Terlampau bercinta?!” - Fred Hope Abriella, walau sejauh mana kakinya melangkah bayang dua ditaktor yang terlebih mementingkan air muka mereka tetap ada dalam dirinya. “Hmmm, malasnya mahu berpanas. Sudahlah penat! Ahh, I didn’t want to end up like this!” - Bonavento (Ben) Lain pula kisahnya dengan Bonavento, si anak kampung yang berusaha sehabis baik mengubah taraf hidupnya melalui pendidikan. Dua figura sederhana (Ibu bapanya)banyak memberikan dorongan kepadanya untuk mengejar impian. “Do you want to be my friend then?” - Hope abriella “Mahu!” - Alfi Di kegelapan paling dalam, Alfi seolah hadiah paling berharga buat Abriella. Buat pertama kalinya ada insan yang mampu menebak isi hatinya selain Wade Walton. Saat bayu berbisik mengirim khabar takdir masa depan, satu persimpangan berbeza ternyata menemukan semua insan ini. Kala itu ada satu rasa menjentik halus. Mungkinkah? Mereka punya destinasi yang sama? Atau mungkin itu sekadar satu persinggahan?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
342

Bacaan






“Hey! Apa sedih-sedih ni? Kau kena marah lagikah?”

Hope Abrilla memanggung wajah yang ditundukkan sejak tadi. Kaki yang direndam di dalam kolam ikan peliharaan ibunya digoyang-goyangkan. Cuba mengusir ikan emas yang hendak menghampiri. Keluhan Abrilla mengundang sengihan di bibir Wade Walton. Anak sulung dalam rumah banglo itu.

“Kalau sudah mengeluh macam tu confirm kena marahlah tu kan?”

Abrilla angguk. Dalam banyak-banyak manusia yang tinggal dalam rumah itu, hanya si abang itu yang benar-benar memahaminya. Kacey Illyana si kakak dan Cloveron Marco si anak bongsu serta orang tuanya sama sekali tidak pernah ambil tahu. Masing-masing sibuk dengan hidup sendiri.

“Kali ni apa pula sebab dia orang marah kau?”

Result SPM.”

“Kenapa pula dengan result SPM kau? Okay sudah pun tu.”

It aren’t enough for mom and dad.”

Mendengar sepatah ayat itu, Wade pula yang mengeluh. Susah betul hendak berdiplomasi dengan dua ditaktor itu. Teringat peristiwa beberapa tahun lepas di mana adiknya dipulaukan hanya kerana tidak berjaya mendapat semua A dalam PMR. Siap dimarah dan dibanding-bandingkan dengan anak-anak jiran dan rakan mereka.

Seem like I could do nothing too. Mahu ikut pergi Poring?”

“Poring Hotspring?!”

“Ya. Bagus lagi kau ikut pergi Poring daripada kau rendam kaki kau dalam kolam ikan mama ni. Kalau mati tu ikan emas, kau kena marah lagi.”

“Malaslah mahu ikut.”

Sure?”

“100 percent sure.”

“Bah, mana sajalah kau.”

Abrilla memandang sayu kelibat abangnya yang sudah melangkah pergi. Alangkah mudahnya hidup bagi seorang Wade Walton, si jejaka keluaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang kini sudah bergelar doktor perubatan. Anak kebanggaan Tina dan Fred.

“Hai, Abril! Mahu mangga?”

Sergah Alfi yang entah dari mana munculnya. Tiba-tiba sahaja sudah terpacak di hadapan Hope Abrilla dengan bakul plastik dipenuhi dengan buah mangga. Abrilla menggeleng, tidak mahu diganggu.

“Ish, ambil saja bah orang bagi. Tidak baik tahu tolak rezeki.”

“Terima kasih.”

Akhirnya Abrilla beralah setelah didesak beberapa kali. Tidak ada gunanya berkelahi dengan jiran sebelah hanya disebabkan buah mangga.

“Kau tidak bosankah diam dalam rumah? Jarang betul saya nampak kau keluar. Hmm, mesti bestkan duduk rumah besar macam ni? Ada aircond, wifi laju, makan sedap-sedap, tiap kali mahu keluar naik kereta besar.”

Celoteh Alfi yang sudah mengambil tempat di sebelahnya. Abrilla sengih kecil. Best? Hakikatnya malah jauh terpesong dari apa yang difikirkan oleh jejaka naïf itu.

“Kau pula, tidak bosan tiap hari keluar? Mesti bestkan banyak kawan? Boleh lepak sama-sama, jalan sama-sama.”

“Mana ada best! Kena ejek sajalah.”

“Habis tu, kenapa masih mahu kawan dia orang kalau dia orang selalu ejek kau?”

“Sebab saya tidak ada kawan lain selain dia orang. Lagipun, dia orang bukan ejek sampai tahap membuli pun. Salah saya juga sebab tidak pandai macam dia orang.”

“Jadi kau kena ejek sebab tidak pandai macam dia orang?”

Alfi angkat bahu. Sendiri tidak pasti tentang hal itu.

You said you don’t have friend other than them?”

“Ya.”

Do you want to be my friend then?”

“Mahu!”

Jawab Alfi kuat. Mengundang secalit senyuman di bibir Abrilla. Kacey Illyana yang ketika itu berada di dapur menjenguk keluar apabila terdengar teriakan seseorang. Bising!

“Apa dalam plastik tu?”

“Mangga.”

Terus saja bakul plastik tadi dirampas. Terkejut Alfi melihat aksi tersebut. Kasarnya!

Thanks!”

“Tapi tu untuk si Abril!”

“Oh ya? Is that so Hope?”

Bakul plastik itu diletakkan di hujung jari telunjuk. Bersedia untukmenjatuhkan plastik berisi mangga itu ke atas lantai pada bila-bila masa.

“Ya.”

“Oh? Whatever, it’s mine now!”

Lalu tanpa segan silunya, Kacey membawa pemberian Alfi itu masuk ke dalam rumah. Sesaat kemudian, Kacey menghentikan langkahnya. Berpaling memandang Abrilla dan Alfi yang masih tercegat di belakang rumah berhampiran kolam ikan peliharaan Tina.

“Hmm, lupa pula mahu cakap tadi. Kalau mahu bising tu sila pergi ketempat lain ya?! Ganggu konsentrasi orang belajar saja!”

“Jom!”

Ajak Alfi. Tidak senang berlama-lama di sana setelah mendengar amaran Kacey Illyana.

“Mahu pergi mana?”

“Ambil mangga. Kan yang saya bagi tadi sudah kena rampas oleh troll!”

Sengaja Alfi berseloroh. Manalah tahu dapat mengundang senyuman pada wajah tidak beriak itu.

“Bah, jomlah!”

Tiba di destinasi, Hope Abrilla memandang Alfi dengan bauran rasa. Ragu-ragu dengan kebolehan Alfi. Risau juga jika terjadi sesuatu yang tidak diingini.

“Betul kau tidak mahu saya tolong?”

Soal Abrilla untuk kedua kalinya. Takut juga sahabat barunya itu jatuh tergolek atas permukaan bumi.

“Ya. Tidak payah risaulah. Part panjat-panjat ni saya champion bah!”

Alfi mendabik dada. Bangga mempamerkan bakat semula jadinya. Bukan semua orang mampu memanjat pokok mangga besar berusia lebih 10 tahun yang tidak jauh dari rumahnya itu.

“Yalah tu. Nanti kalau kau jatuh, saya tidak mahu tolong.”

“Pantang seorang Alfi jatuh dari pokok mangga!”

“Riak!”

“Gurau sajalah Abril. Serius juga!”

Lantas Alfi memanjat pokok mangga itu. Langkah diatur cermat kehujung dahan lalu sebelah tangannya menggapai ranting-ranting kecil di mana buah-buah mangga itu berada. Buah yang berjaya dipetik dijatuhkan untuk dikutip oleh Abrilla yang sedang menunggu di bawah pokok tersebut.

Ouch! Sakit!”

Abrilla mendongak ke atas. Menghantar jelingan tajam kepada Alfi yang sedang tersengih-sengih di atas pokok. Gembira dapat mengenakan orang!

Sorry! Tidak sengaja bah.”

Balas si pesalah. Lalu Abrilla membawa mangga-mangga yang berjaya dikumpul ke pondok terbuka sekitar tiga meter dari pokok mangga tadi. Kepalanya yang baru saja dihentam buah mangga gergasi diusap lembut.

“Sedap?”

Pandangan masih berfokus pada Abrilla yang sesekali memejamkan mata.Terasa benar masam mangga di dalam mulut.

“Sedap. Terima kasih.”

You’re welcome. Hmm,nanti kalau kau mahu lepak atau makan mangga datanglah sini. Panggil saja saya di rumah. Tapi, kalau kau dapat panjat ni pokok tidak payahlah panggil saya.”

“Eleh, menyindir!”

Alfi ketawa lepas mendengar kata-kata Abrilla. Entah kenapa Hope Abrilla kelihatan sangat lucu di matanya.

 

Bonavento merebahkan tubuhnya di atas lantai papan. Penat seharian membantu ayahnya menuai padi masih bersisa. Bunyi whisper dari chat whatsapp group dibiarkan sepi. Malas melayan gosip entah apa-apa dari bekas rakan-rakan sekelas. Kalau gosip bukan main rancak perbualan dalam kumpulan itu. Cuba saja ada rakan-rakan yang meminta pertolongan berkaitan maklumat-maklumat penting, tiada satu manusia pun yang menjawab!

Tiba-tiba telefon bimbit memainkan nada berbeza. Ada panggilan dari seseorang! Kali ini Bonavento tidak menunggu lama untuk mengangkat panggilan tersebut.

“Sayang! Sayang pergi mana satu hari ni? Langsung tidak call saya!”

Sorry babe! Saya tolong bapa saya di sawah tadi.”

“Betul ni? Awas Sayang kalau saya tahu sayang keluar sama perempuan lain!”

“Betullah. Buat apa saya mau tipu.”

Okay, I trust you. Anyway, jom jalan-jalan besok. Dia orang Mario pun ada sekali.”

“Jalan-jalan pergi mana?”

“Poring Hotspring. Hmm, Sabah Tea pun boleh atau pergi kundasang –Desa Cattle Dairy Farm?”

“Poring Hotspring sajalah. Dekat sikit.”

Yeah! I love you so much Ben! Hmm, jumpa besok.”

Goodnight babe and I love youtoo.”

Senyuman mekar di bibir lelaki itu. Hati mana yang tidak bahagia dapat berbual dengan buah hati tercinta? Hmm, nampaknya tidak dapatlah dia membantu ayahnya di sawah esok hari. Terasa seperti anak derhaka kerana lebih mengutamakan kekasih hati berbanding ibu bapa yang sudah banyak berkorban untuknya.

“Hmm, petang sikit baru saya turun pergi sawahlah. Pagi, pergi Poring sama dia orang dulu.”

Wajah si kekasih hati – Irdina yang dijadikan sebagai wallpaper telefon pintar ditatap seketika. Rindu pada gadis itu!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku