Jejaka sombong dan si cengeng
Bab 4
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Disember 2017
“I’m so disappointed with you Abril!” - Fred “I’m sorry dad. But, I’ve try my best.” - Hope Abriella “Alasan! Orang lain boleh, kenapa kau tidak boleh?! Apa yang susah sangat sampai kau tidak dapat straight A? Terlampau bercinta?!” - Fred Hope Abriella, walau sejauh mana kakinya melangkah bayang dua ditaktor yang terlebih mementingkan air muka mereka tetap ada dalam dirinya. “Hmmm, malasnya mahu berpanas. Sudahlah penat! Ahh, I didn’t want to end up like this!” - Bonavento (Ben) Lain pula kisahnya dengan Bonavento, si anak kampung yang berusaha sehabis baik mengubah taraf hidupnya melalui pendidikan. Dua figura sederhana (Ibu bapanya)banyak memberikan dorongan kepadanya untuk mengejar impian. “Do you want to be my friend then?” - Hope abriella “Mahu!” - Alfi Di kegelapan paling dalam, Alfi seolah hadiah paling berharga buat Abriella. Buat pertama kalinya ada insan yang mampu menebak isi hatinya selain Wade Walton. Saat bayu berbisik mengirim khabar takdir masa depan, satu persimpangan berbeza ternyata menemukan semua insan ini. Kala itu ada satu rasa menjentik halus. Mungkinkah? Mereka punya destinasi yang sama? Atau mungkin itu sekadar satu persinggahan?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
118

Bacaan






"Tingkatan 6 saja?"


masih terngiang-ngiang di telinga Abrilla sindiran kakak kandungnya sendiri siang tadi. Hina sangatkah mereka yang memilih untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 sedangkan sijil yang bakal para pelajar pra universiti itu perolehi juga mendapat pengiktirafan? Bahkan peperiksaan STPM juga dilabel sebagai antara peperiksaan tersusah di dunia.


Abrilla merenung kosong ke atas syiling putih yang dihiasi 

denganbunga-bunga kertas buatan sendiri. Air mata yang

 bergenang akhirnya jatuhmembasahi pipi. Sedih! Kenapa sejak dulu 

tidak pernah ada ruang untukpendapatnya? Sedangkan hidup itu 

milik seorang Hope Abrilla. Untuk apa sebarisayat di hadapan namanya

 itu jika memang dia tidak diberi peluang untukberharap? 

Dan kalau ya, dia punya hak bagi memasang harapan 

serta impian setinggiKinabalu apa ertinya jika ia sekadar angan 

kosong yang tidak mungkin tercapai?

Abrilla bingkas bangun dari perbaringan. Mulai mencoret isi hati 

kedalam journal miliknya.

There is nothing much inthere, just a simple thought I can’t 

get rid of. Though everything seem finefor others. I kept holding 

back to the pain because fear strike everytime Ithink of taking 

another step. It’s not the failure that I’m afraid of! It justthat… the 

feeling of ‘not good enough’ and ‘the don’t deserve’ made me felt 

pathetic. I want to just cry and scream out loud. Hoping that 

everyone will understand– I just want to be me, live freely 

and enjoy every moment of life! But then,would anyone at 

least try to understand? Or they’ll simply stare and smirk thus 

go away?”

“Saya tidak mahu belajar subjek sains lagi!”

Luah gadis itu. Kali ini dia nekad melanggar nasihat berupa 

arahandari Fred dan Tina. Hukuman yang menanti tidak lagi 

diendahkan. Minda ‘gila’nyasudah mengambil alih sehingga 

Hope Abrilla tidak takut dengan segala hal yangbakal terjadi di 

masa depan. Saat ini, hanya satu hal yang penting – dia mahu 

mengikut kata hati yang sudah lama merintih ingin belajar subjek 

sastera yangdiminatinya.


Sesekali Bonavento memandang ke arah Irdina selang dua 

kerusidaripadanya. Bukan main gembira gadis itu bertepuk 

tampar dengan lelaki lain.Tiap kali pandangan Irdina berpaut 

dengan anak mata Bonavento, gadis itu senyumlebar sama seperti 

dulu dan saat itu seorang Bonavento tahu bahawa dia tidak 

seharusnya meragui ketulusan hati Irdina.

“Sayang! Jom keluar pergi One Borneo.”

“Jom! Saya pun mahu pergi shoppingni. Baru saya mahu ajak 

sayang keluar tadi tau!”

Shopping lagi?!”

Irdina angguk. Senang hati dapat keluar degan si kekasih hati.

 Budakdekan yang menjadi kegilaan ramai siswi Universiti 

Malaysia Sabah itu. Irdinamemaut lengan Bonavento di khalayak 

umum tanpa segan silu sambil berjalan yakinpenuh bangga 

menayang teman lelakinya kepada para siswi yang hanya

 mampumemandang cemburu.

“Kau nampak tu, bukan main bangga lagi si Dina jalan 

berpegangtangan sama si Ben. Banggalah tu menayang 

boyfrienddia!”

Bisik seorang pelajar perempuan. Dalam diam, ada 

cemburu mulaibersarang. Bengang kerana lelaki yang diminatinya

 sejak dari hari orentasi lagirupanya sudah berpunya. Semakin 

benci pula apabila mengetahui wanita bertuahitu adalah seorang

 Irdina! Bekas rakan sekelasnya semasa di sekolah rendahdahulu.

“Biasalah bah tu. Kalau saya pun, saya bangga juga mahu 

tayang boyfriend yang macam si Ben. Sudahlah handsome

pandai, famous lagi tu! Satu UMS ni kenal dia.”

“Buta bah si Ben tu! Banyak-banyak perempuan cantik di 

UMS ni, siIrdina tu juga yang dia mahu. Sombong! Berlagak!”

“Aik, marah nampak?!”

“Eii, tiada masa mahu cemburu okay!”

“Hmmm, tapi… kalau tidak silap saya si Ben couple dengan

 Irdina sejak sekolah menengah lagi. Untung si Dina 

dapat Ben tu kan? Mana mahu dapat lelaki fullpackage 

yang setia macam dia tu!”

“Ceh! Berlambak pun lelaki fullpackage di luar sana tu.”

“Ya, tapi playboy!”

“Jadi kau fikir Bonavento kau tu tidak playboylah konon?”

“Ish, kau ni! Kalau si Irdina dengar…”

Kedua-dua orang gadis itu saling berbalas pandangan. Entah 

apa yangtersimpan dalam hati masing-masing.

”Sayang jom masuk Watson pula! Saya mahu beli barang 

makeup lagi.

Tanpa menunggu jawapan, Irdina segera menarik lengan 

Bonavento masukke dalam premis tersebut. Para pekerja dan beberapa orang pelanggan yang beradadalam ruangan itu hanya memandang tanpa riak. Mungkin sudah biasa melihatpemandangan sebegitu.

“Sayang, mana yang lebih cantik? Ini atau ini?”

Dua batang gincu berlainan warna diangkat tinggi untuk tatapanjejaka itu. Dalam penat dan bosan melayan karenah teman wanitanya, Bonaventotetap menjawab soalan tersebut. Nanti merajuk payah pula nak pujuk cik adikseorang tu.

“Hmm, yang pinkish tu cantik.”

“Tapi yang maroon ni pun cantik juga…”

Bonavento pandang Irdina yang sudah rombong mata. Dalam diam jejakaitu mengeluh berat. Payah betul ada girlfriend kaki shopping ni!

“Saya mahu yang ni! Tapi, yang maroon ni pun saya mahu juga… sayang…”

Suara digedikkan. Sengaja mahu meraih simpati. Manalah tahu si diaterbuka hati mahu membayar kesemua barangan yang diingininya itu.

“Bah, ambillah.”

“Tapi…”

“Saya bayar okay?”

Yeah! Thank you. I love youso much!”

I love you too.”



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku