ESTODANIA
BAB 1
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Disember 2017
Kisah Fiksyen yang mengisahkan pengembaraan Ayyan mencari sahabatnya yang hilang ketika kota Estodania dilanda malapetaka. Estodania merupakan kota yang didiami oleh manusia dan jin yang bersama-sama untuk memajukan tamadun Islam. Tetapi, apabila kemodenan terlalu tinggi, manusia dan jin pun akhirnya mula lupa diri sehingga akhirnya tanpa mereka sedari musuh yang sudah lama berusaha menhancurkan kota suci Islam itu berjaya dikalahkan. Pengembaraan Ayyan menjejak sahabatnya, Faris telah menentukan bahawa dia juga perlu menyelamatkan kota Estodania itu. Apabila kita berusaha untuk menegakkan Islam, syaitan memang tidak akan tinggal diam. Mereka pasti akan mencuba menggagalkan usaha suci itu. Adakah Ayyan akan berjaya menemui sahabatnya, Faris? Berjayakah dia mengembalikan kegemilangan Estodania yang sudah kalah di tangan kejahatan? Temukan jawapannya dalam kisah ini.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
87

Bacaan






Januari 1993,

Kampung Pagung, Semporna.

            MALAM.Kurang lima minit mencecah tengah malam. Dendangan pungguk mulabersahut-sahutan. Di kejauhan, lolongan anjing hutan semakin galak kedengaran.  Jendela rumah terkuak bertalu-talu seiringderuan angin yang menganas disulangi titis mata awan yang kejap. Belintar kilatmenyabung memecah hening malam yang kelam. Api jamung di penjuru rumahterlentok ke kiri kanan mengikut tarinya deruan angin. Di tengah-tengah rumahyang kian usang itu, terlantar lemah wanita tua. Matanya melilau memerhatisiling rumahnya. Malap. Hanya ada suluhan jingga rembesan lampu jamung. Wanitatua itu berusaha untuk duduk. Tangan kanan dipasakkan untuk menampung beratbadannya. Dia tidaklah terlalu besar. Hanya serangka tulang yang jelas tampakdibaluti kulit kendurnya. Sesekali dia terbatuk. Tangan terketar-ketar menuangair ke dalam gelas. Kembang Semangkuk. Nama ubat yang cuba diminumnya.Terketar-ketar jemari tuanya menyuakan gelas kaca ke bibir tuanya yang mengelupas.Giginya sudah lama rongak dan hitam kerana sirih yang selalu dikunyah sejak 13tahun yang lalu.

            Digagahkantubuh tuanya untuk berdiri. Sambil membongkok, kakinya diseret melangkah kejendela rumah. Dia rimas dan sedikit gerun melihat jendela yang terbuka. Deruanangin dan lolongan anjing ibarat penambah rasa seram yang menyelubungi rumahusangnya itu. Jauh tersisih dari rumah jiran-jirannya yang lain. Semakin dekatlangkah tuanya pada jendela, bau kemanyan mula menerawang di segenap rumahnya.Hati tuanya semakin kecut. Takut sendiri. Dalam keadaan terketar, bulu romanyasemakin meremang. Dengan pantas dia berpaling. Terkocoh-kocoh kembali kepembaringannya. Dia takut jika dia tiba di jendela, akan ada yang munculmenggigit tengkuknya. Seram.

            Hujandi luar semakin lebat. Kilat dan petir semakin rancak. Kibasan daun jendelarumahnya semakin laju selaju degupan jantung tuanya yang semakin takut.Tiba-tiba, api jamungnya terpadam. Dia tersentak. Berdiri bongkok di dalamgelap. Pelahan-lahan telinga menangkap bunyi deraman kasar dari arah belakang.Tanpa memandang ke belakang, wanita tua itu cuba mencari pemetik api yangdisembunyikan di dalam gulungan kain batiknya. Tidak ada. Dia duduk lalumerangkak menuju tikar mengkuangnya. Sedaya-upaya dia cuba mencari tikar itu.Esakan tangisnya mula kedengaran. Dia boleh rasakan ada lembaga sedangmerangkak masuk melalui jendela rumahnya.

“Jangan ganggu aku!”jeritnya.

Tangannya masih galakmeraba-raba dalam gelap. Tangannya diunjurkan ke hadapan untuk mencari kedudukantikarnya. Akhirnya, dia berjaya mencapai tikarnya. Rabaan tangan diteruskanlagi ke arah bantal. Dia sangat menggeletar saat itu. Air mata ketakutan sudahmula mengalir. Dia cuba gagahi rasa takut yang semakin memuncak di dada. Seramsejuk terasa semakin mengitari suasana. Bantal berjaya ditemui. Diamenggerakkan tangannya mencari pemetik api yang dia sembunyikan di bawahbantal. Risau. Kelak tangannya tersentuh benda lain. Mujurlah dia menemuipemetik api berwarna biru itu. Dia nyalakan lalu dia menuju ke jamung yangterletak di penjuru kiri rumahnya. Dipaksanya tubuh tua yang penuh kedut itumerangkak sehingga tiba di jamung.

            Jamungdicapai lalu dinyalakan api. Percubaan pertama, dia gagal. Api yang dinyalakanterpadam seperti ditiup angin. Dia mencuba lagi. Gagal lagi. Wanita tua itumula menangis. Esakan semakin kuat.

“Jangan ganggu akulagi.. aku dah penat..” rintihnya.

Dia mencuba sekalilagi. Jamung dinyalakan. Akhirnya dia berjaya. Ruang rumahnya terang bercahaya.Masih suram. Dia menarik nafas lega. Jamung diangkatnya bercadang untuk membawajamung tersebut ke tepi tikar. Ketika dia berpusing ke belakang. Tiba-tiba satulembaga sedang menyeringai memandangnya. Dengan gigi yang tajam dan matamembundar hitam. Rambut panjang mengurai. Badannya dilitupi kain berwarnaputih. Wanita tua itu terkejut bukan kepalang sehingga jamung di tangannyaterlepas. Dia terjelopok jatuh. Terduduk. Lembaga itu menghalakan tangannya.Jari-jemarinya tajam dengan kuku yang runcing. Pelahan-lahan dia mengilai. Tangisanwanita tua itu semakin kuat. Dia menjerit-jerit meminta tolong.

            Tiba-tiba,pintu rumahnya ditendang kuat sehingga terbuka. Satu susuk tubuh lelaki berdiridalam gelap. Dia sedang menggenggam sesuatu. Hujan diluar masih lebat. Dalamgelap, wanita tua itu nampak lelaki yang baru muncul itu lencun kebasahan.Laungan meminta tolong wanita tua itu dia kuatkan. Tangannya dihalakan ke arahlelaki itu sambil meminta bantuan. Saat itu, lehernya terasa dijerut olehlembaga di hadapannya.

“Aahhhhhuuurghh!”Lembaga itu menjerit. Garam dibaling oleh lelaki itu bertalu-talu sehinggaakhirnya lembaga itu hilang. Lampu suluh kemudian dihalakan ke arah wanita tuaitu.

“Mak, okey mak?”lelaki itu mendekati lalu memeluknya. Dia melepaskan tangisan di bahu lelakiitu.

“Jangan tinggalkanmak lagi, nak.. mak takut,” ujarnya sambil menangis.

“Baiklah. Saya takkan tinggalkan mak. Sekarang kita baiki dulu lampu. Baru kita makan. Ehsandapat banyak ikan ni.” Ujar anaknya. Dia dibaringkan kembali di atas tikar.Kemudian, anaknya cuba pergi ke belakang rumah.

“Ehsan.. jangantinggalkan mak, nak..” panggilnya.

“Baik mak. Ehsan nakbaiki lampu sebentar.”

“Jangan lama nak.”

            Anaknya,Ehsan hilang di balik pintu belakang rumah. Dia masih terlantar baring. Matanyamelilau melihat kalau-kalau Lembaga tadi muncul kembali. Tiupan angin sudahmula tenang. Daun jendela rumahnya sudah tidak terkuak-kuak lagi. Di luar,Lembaga putih tadi sedang bertenggek terapung di dalam hujan. Tangannya masihdihalakan ke depan dengan jari-jemari yang tajam.

“Ehsan..! Cepat nak!”Lampu rumah menyala. Seluruh rumahnya kembali terang-benderang. Ehsan kembali.Dia menenangkan emaknya itu.

“Dia masih ganggumak, nak. Padahal kita dah buang dia jauh-jauh.” Ujarnya.

“Sabar mak. Mungkinmasih ada yang belum selesai. Selepas makan kita jumpa Pak Benayat. Tanya apayang berlaku. Kenapa dia masih kacau mak,” ujar anaknya itu.

Dia hanya mengangguk.Ehsan, anaknya itu basah lencun. Paras wajahnya tak tumpah macam arwah suaminyayang hilang di laut lima tahun yang lepas. Kehilangan suaminya menjadi puncaanaknya itu terpaksa berhenti sekolah. Walaupun baru berusia 21 tahun, tetapiEhsan sudah terpaksa menjadi nelayan untuk menyara hidup mereka berdua.

“Dah. Mak rehat dulu.Ehsan nak siang ikan. Minum air ni dulu.” Ehsan membantunya untuk duduk. Airputih dihulurkan. Dengan tangan yang terketar-ketar, dia minum. Kemudian, diadibaringkan semula. Ehsan kembali ke belakang rumah selepas dia memasang radiodan memainkan bacaan Yaasin. Hujan sudah mulai redah. Akhirnya dia dapatmenarik nafas yang lega.

“Ehsan, nak masakmacam mana nak? Nak goreng ke rebus?” dia bertanya. Namun, tiada jawapan.

“Ehsan?” panggilnyalagi.

“Nakk… ikan tu nakmasak macam mana? Mak nak makan ikan goreng ni,” sambungnya lagi. Masih tiadasebarang jawapan. Dia melepaskan nafas. Agaknya Ehsan tidak mendengar suaranyayang perlahan itu. Dia cuba untuk bangun. Kalau boleh, dia tidak mahuberenggang dengan anaknya itu. Takut di hatinya masih ada.

            Diaberdiri membongkok. Cuba mengatur langkah menyusul anaknya di dapur. Tiba-tiba,pintu rumahnya diketuk.

“Seha…! Oooo MakSeha.” panggil satu suara.

“Siapa??” tanyanya.

“Benayat ni. Bukapintunya Mak Seha,” jawab suara tersebut.

“Jap jap.. Nayat..aku datang.” Dia menukarkan arah langkah ke pintu. Pintu dibuka. Pak Benayatberdiri tercengang seorang diri di hadapannya sambil memegang payung.

“Ada apa? Aku baru jebercadang nak ke rumah kamu selepas makan malam.” Dia memulakan bicara.

“Macam ni.. anak kamuEhsan..” ujar Pak Benayat.

“Kenapa dengan anakaku, Nayat?” dia mula risau. Pintu ditutup. Dia dapat rasakan Pak Benayatmembawa berita yang tidak elok berkaitan anak kesayangannya itu. Dia risaukelak Ehsan terdengar apa yang Pak Benayat khabarkan.

“Anak kamu orangkampung jumpa mati di tepi pantai tengah malam tadi. Ada kesan gigitan ditengkuknya. Mayat dia ada kat rumah aku. Orang kampung bawa.” Khabar yangdisampaikan oleh Pak Benayat itu mengejutkannya. Mana mungkin anaknya sudahmati padahal baru sahaja tadi dia bersembang dengan anaknya.

“Kamu janganmain-main Nayat. Tak mungkinlah anak aku dah mati...” bidas Mak Seha.

“Betul Seha. Buatapalah aku nak tipu kamu.” Pintas Pak Benayat.

“Mari ikut aku kerumah aku. Tengok dengan mata kamu sendiri. Lagipun, tak selamat kamu dudukseorang diri di sini,” sambung Pak Benayat.

Mak Seha termangusebentar. Kalau anaknya dah mati, jadi siapa yang tadi datang menyelamatkannya.Tak kanlah Pak Benayat ini menipu. Sebagai orang yang disegani di kampung ini,mustahil Pak Benayat menipunya.

“Seha… kau kenapatermenung? Tak percaya?” tingkah Pak Benayat mengejutkan Mak Seha.

“Sebentar. Aku nakambil tudung sebentar. Kau tunggu di luar,” ujar Mak Seha lalu menghilang dibalik pintu.

Mak Seha mengaturlangkahnya ke dapur. Dia ingin memastikan bahawa dia tidak bermimpi tadi.Memang benar Ehsan yang telah datang tadi menyelamatkan dia daripada gangguanNiyang Ropek lagi. Jadi, siapa yang ditemui mati oleh orang kampung.

Mak Seha tiba didapur. Ehsan sedang kusyuk menyiang ikan. Tanpa memakai baju hanya menggenakanseluar kaos berwarna biru. Mak Seha dapat melihat tanda lahir anaknya di bahusebelah kiri. Dia baru sahaja hendak menegur anaknya itu. Tiba-tiba Ehsanbersuara.

“Mak dah tahu?” ujarEhsan, anaknya.

“Tahu apa, nak?”tanya  Mak Seha.

Ehsan menoleh kebelakang. Hanya bahagian kepalanya sahaja yang terpusing. Namun, badan masihmembelakangkannya. Terkejut bukan kepalang Mak Seha melihat keadaan itu. Hampirsahaja dia menjerit. Tetapi melihat wajah sayu anaknya, rasa takutnya memudar.

“Seha!! Cepatlah.Ramai orang sedang tunggu kamu di rumah aku. Jangan lama sangat cari tudungnya,”ujar Pak Benayat dari luar rumah.

Mak Seha menangismelihat anak tunggalnya itu menangis. Walaupun dia tidak pasti sama ada itubetul-betul Ehsan atau tidak.

“Maafkan Ehsan, mak.Ehsan tak dapat jaga Mak lagi. “ ujar Ehsan. Badannya sudah dipalingkanmenghadap Mak Seha. Air matanya mengalir. Pelahan-lahan, kulitnya bertukarwarna daripada sawo matang kepada putih kebiru-biruan.

“Apa yang terjadidengan kamu nak?”  Mak Seha tidak dapatmenahan sebak di dadanya lalu menangis. Ehsan tidak menjawab. Lalu menghilang.Tangisan Mak Seha semakin galak. Ehsan muncul kembali dengan sehelai selendangkuning di tangannya. Selendang itu disarungkan di kepala Mak Seha.

“Maafkan Ehsan takdapat jaga mak lagi. Mak jaga diri ye.” Ehsan menyeka air mata Mak Seha yangsudah berjejeran di pipi.

“Baik, Ehsan. Makakan jaga diri. Ehsan pergilah dengan tenang, nak. Jangan risaukan mak di sini.Pak Benayat ada.” Tiba-tiba wajah Ehsan bertukar marah. Amarah jelas tampak padaaura matanya. Ehsan mengepal-ngepalkan penumbuknya.

“Jangan percayadengan Pak Benayat, Pawang tak guna tu! Dia…”

“Seha! Dah siapbelum!” Pintu rumah ditendang dan terkuak. Ehsan hilang. Mak Seha mengelap airmata.

“Lambat sangat…” omelPak Benayat. Mak Seha memandangnya tersenyum. Pak Benayat sendu melihat kesanair mata di hujung mata Mak Seha.

“Maaflah Seha akubawa berita buruk ni. Aku faham kau mesti sedih dan terkejut.” Ujar Pak Benayatserba salah. Rupa-rupanya Mak Seha sedang menangis. Mungkin itu punca dialambat bersiap tadi.

“Tak mengapa, Nayat.Aku cuba redha. Jom, kita pergi rumah kamu. Aku nak tengok wajah anak aku.”Ujar Mak Seha. Dia cuba menyembunyikan kebimbangan di hatinya. Pesanan terakhiranaknya tadi mengejutkannya. Mengapa Ehsan melarangnya percaya kepada PakBenayat?! Apa yang sahabat setuanya ini telah lakukan?.

            Merekamenapak beriringan ke rumah Pak Benayat yang terletak di tengah-tengah kampungmereka. Jarak rumahnya ke rumah Pak Benayat lebih kurang dalam 200 metersahaja. Terbongkok-bongkok dia berjalan sambil dipimpin Pak Benayat. Setibanyadi sana, orang kampung sudah ramai berkumpul. Masing-masing menunjukkan rautwajah yang bersimpati kepadanya. Mana taknya, Ehsan merupakan satu-satunyakeluarga dan penjaga yang dia ada. Kematian Ehsan ini bermakna dia akan hidupseorang diri di dunia. Pak Benayat membawanya ke ruang tamu.

            MayatEhsan terbaring kaku di atas tikar. Dia hanya memakai seluar kaos berwarnabiru, sama dengan seluar yang dia pakai rumah tadi. Memang ada kesan gigitan dileher anaknya itu. Sebahagian leher anaknya itu terkoyak. Bibir anaknya sudahbiru memucat. Mak Seha tidak dapat membendung air matanya, lalu menangis danmeraung sekuat hatinya. Orang-orang kampung di situ hanya memandangnya. Sayu.Tidak kurang juga yang turut sama mengalirkan air mata. Mak Seha mengucup dahianaknya untuk kali terakhir. Dia hanya mampu menatap wajah anaknya untuk kaliterakhir malam itu. Dinihari. Pukul 3 pagi. Hari Rabu. Kali terakhir dia akanmelihat jasad anaknya. Dia tahu, kematian anaknya ini bukan kematian biasa.Kematian ini pasti ada kaitan dengan Niyang Ropek. Gangguan yang dia alamisebelum jelmaan anaknya muncul pasti ada kaitan dengan kematian anaknya ini.

            TangisanMak Seha diteruskan. Kali ini dia telah ditenangkan oleh beberapa kampung. MakSeha membaringkan bahunya di bahu isteri ketua kampung, Mak Kandik. Matanyamemerhatikan Pak Benayat yang sedang berbua-bual dengan Pak Kandek, ketuakampung Kampung Pagung. Kematian anaknya ini pasti ada kaitan dengan pawang kampungmereka itu. Dia pasti.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku