ESTODANIA
Bab 2
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Disember 2017
Kisah Fiksyen yang mengisahkan pengembaraan Ayyan mencari sahabatnya yang hilang ketika kota Estodania dilanda malapetaka. Estodania merupakan kota yang didiami oleh manusia dan jin yang bersama-sama untuk memajukan tamadun Islam. Tetapi, apabila kemodenan terlalu tinggi, manusia dan jin pun akhirnya mula lupa diri sehingga akhirnya tanpa mereka sedari musuh yang sudah lama berusaha menhancurkan kota suci Islam itu berjaya dikalahkan. Pengembaraan Ayyan menjejak sahabatnya, Faris telah menentukan bahawa dia juga perlu menyelamatkan kota Estodania itu. Apabila kita berusaha untuk menegakkan Islam, syaitan memang tidak akan tinggal diam. Mereka pasti akan mencuba menggagalkan usaha suci itu. Adakah Ayyan akan berjaya menemui sahabatnya, Faris? Berjayakah dia mengembalikan kegemilangan Estodania yang sudah kalah di tangan kejahatan? Temukan jawapannya dalam kisah ini.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
61

Bacaan






Februari 1993,

Kampung Pagung, Semporna.

            MATAHARIseperti enggan bersinar. Lima hari selepas jenazah anaknya selamat dikebumikan.Kilasan cahayanya hanya dipancarkan di balik awan yang kian menggelap disegenap langit. Pelahan-lahan angin dari arah tenggara berpuput membelai-belaikulit tuanya. Tasbih dimain-mainkan di jari-jarinya. Pandangan matanya  dihalakan ke arah hujung laut yang kelihatandilanda lebatnya hujan. Pada hari kebiasaannya, dari pangkin rumahnya ini, diaakan melihat wujud pulau sebelah yang tampak lebih kecil berbanding pulau yangmereka diami ini.

Kampung Pagung pada pagi itukelihatan suram seperti biasa. Berita kematian anaknya sangat menggemparkanpenduduk kampung. Walaupun mereka sudah terbiasa melihat kejadian-kejadianpelik di kampung ini, tetapi kematian anaknya merupakan kes pertama yangmelibatkan kematian. Mindanya masih dapat membayangkan kesan gigitan di leheranaknya. Tampak seperti digigit manusia. Di bahagian belakang anaknya,kesan-kesan cakaran jelas kelihatan. Seperti dicakar menggunakan kuku yangtajam. Dia teringat akan lembaga putih yang mengganggunya pada malam kematianEhsan. Sebenarnya, dia sudah seringkali mendapat kunjungan daripada lembagatersebut. Almarhum suaminya memaklumkan bahawa lembaga itu adalah jin suruhanbidan Kampung Pagung yang telah diusir keluar beberapa tahun yang lalu. NiyangRopek. Orang kampung telah berjaya membongkar kejahatan yang dilakukan olehNiyang ketika Niyang sedang bersedia untuk menyeru rakan-rakan jin untukmenyerang Tok Kandek. Kebetulan pada masa itu, Mak Kandik sedang sarat hendakmelahirkan anak sulung mereka. Walaupun akhirnya anak mereka itu meninggaldunia.

“Nek Seha..” dia menoleh.Farihah, cicitnya memandangnya dengan sayu. Farihah duduk di sebelahnya.Tangannya diletakkan di bahu cicitnya itu.

“Kenapa Reha?” Mak Seha bertanyakerana melihat muka sugul cicitnya itu. Farihah memeluknya. Gadis mungil yang baru berusia enam tahun itu masihbelum mengerti tragedi yang menimpa kampung mereka saat itu.

“Sabar nek. Nenek mesti sedihsebab Pak Ehsan dah tiada,” Farihah membelai-belai wajah tuanya. Mak Seha hanyamampu tersenyum melihat tingkah cicit kesayangannya itu. Farihah memeluknya.

“Oh… beratnya cicit nenek ni…”Mak Seha membalas pelukan cicitnya sambil tergelak. Hati tuanya rasa diciutmelihat kecomelan tingkah cicit mungilnya itu.

“Reha makan apa sehingga beratmacam ini? Makan ikan banyak sangat?” canda Mak Seha. Farihah meleraikanpelukannya. Tudung yang disarungkannya sedikit comot kerana berpelukan tadi.Tiada senyuman langsung di wajah mungilnya.

“Nek Seha mesti paksa diriuntuk ketawa sekarang ni kan?” ujar Farihah. Wajah sugulnya dikekalkan.Tergelak Mak Seha mendengar ujaran cucunya itu. Masih kecil sudah petahberkata-kata. Dipicit-picitnya pipi Farihah.

“Nenek memang sedih.. tapikita tak boleh meratap pemergian manusia lama-lama. Allah lebih sayangkan TokEhsan…” Mak Seha menerangkan isi hati tuanya kepada Farihah.

“Kita yang masih bernyawa nikena teruskan hidup ni. Perbanyakkan ibadah dan amal. Dekatkan diri denganAllah,” terang Mak Seha.

“Nyawa tu apa nek?” pintasFarihah. Mak Seha mengulum senyuman. Dia terlupa bahawa dia sedang berbualdengan kanak-kanak yang masih belum mengenal dusta dunia.

“Nyawa adalah anugerah yangAllah berikan kepada kita supaya kita boleh hidup di muka bumi ini. Nyawaadalah lambang kekuasaan Allah yang mampu menghidupkan dan mematikan. Jadi,maksudnya kita yang hidup ini akan mati. Macam Tok Ehsan. ..” terang Mak Seha.Walaupun dia tidak pasti sama ada Farihah dapat memahami butir penerangannyaitu, tetapi dia tetap cuba untuk memberikannya faham.

“Kalau Allah dah beri dekatTok Ehsan, kenapa Tok Ehsan mati?” tanya Farihah lagi.

“Maksudnya, nyawa yang Allahberi itu hanya pinjaman. Sampai satu masa.. Allah akan ambil semula. Sebab tukita wajib pelihara nyawa yang kita ada. Jangan sia-siakan. Islam juga anjurkankita pelihara nyawa dengan baik,” sambung Mak Seha. Farihah termangu. Otakkecilnya cuba memproses nasihat yang diberikan oleh nenek tuanya itu.

“Reha tahu macam mana nakpelihara nyawa?” tanya Mak Seha. Pantas Farihah mengelengkan kepalanya.

“Macam ni…. Cuba tengok apayang ibu dan ayah Farihah selalu buat? Apa yang Tok Ehsan selalu buat? Solatmereka tinggalkan tak? Setiap malam apa yang ayah Reha buat? Tudung ni… kenapaayah suruh pakai?” tanya Mak Seha bertalu-talu sambil memegang tudung merahjambu yang dipakai cicitnya itu. Dia memaksa cicitnya itu berfikir.

“Ayah kata… supaya Reha masuksyurga…” jawab Farihah lambat-lambat.

“Betul… kita buat semua tadi..supaya kita masuk syurga. Sebab.. dengan masuk syurga.. barulah nyawa kitabetul-betul terpelihara. Solat yang kita wajib lakukan salah satu cara kitapelihara nyawa. Tudung yang Reha pakai ni… untuk jaga nyawa Reha. Supaya nantitidak ada mata-mata nakal yang tenung Reha sambil fikir yang bukan-bukan. NantiReha kena culik!” sambung Mak Seha lagi panjang lebar. Farihah masih termangu.Entahkan faham atau tidak penjelasan neneknya itu.

            SedangMak Seha kusyuk memberi tazkirah ringan kepada Farihah, tiba-tiba Pak Syahriyandatang dengan kalut. Derapan lari kakinya menyebabkan Mak Seha dan Farihahmenoleh ke arahnya. Dia berlari. Syahriyan. Anak kepada adik iparnya. Walaupunsudah berusia 50 tahun, tetapi kudratnya masih seperti pemuda berusia 20-an.Berkat kerajinannya mengamalkan ilmu-ilmu persilatan barang kali.

“Kau dah kenapa lari macam takcukup tanah ni? Cuba bawa bertenang sikit,” bebel Mak Seha.

“Anak saya Mak… Anak saya…”Pak Syahriyan tercungap-cungap.

“Tarik nafas dulu. Bertenang.Aku peliklah orang kampung ni… macam semua tak pandai nak bertenang. Kalau adamasalah sekalipun, tak payah nak lari macam tak cukup tanah. Risau jatuhtersadung bertambah lagi masalah..”bebel Mak Seha lagi. Pak Syahriyan menariknafas panjang lalu menghembuskannya. Dia tersengih macam kerang busuk.

“Hah.. kenapa dengan anakkamu?” tanya Mak Seha.

“Dia nak melahirkan dah Mak.Alhamdulillah.”

“Alhamdulillah. Dia ada katmana?”

“Rumah Tok Ketua. Cepat MakSeha..” Pak Syahriyan kembali kelam-kabut.

“Sabarlah Riyan. Aku ni dahtua. Tak larat bukan macam kau…” terkedek-kedek Mak Seha menurunkan Farihahdari pahanya.

“Pak Benayat kata dia nakbidankan!” perlahan suara Pak Syahriyan menuturkannya. Mak Seha mendongak. Adaraut kerisauan pada garit wajah tuanya. Benayat? Keparat tak guna itu. Apa pularancangannya kali ini?.

“Tak guna. Mari Farihah. Kitapergi selamatkan adik kamu. Dukung cucu kamu ini Riyan. Aku tak larat dah,” MakSeha terbongkok sambil bertongkak lutut menggagahkan dirinya untuk berdiri. PakSyahriyan membantunya. Farihah yang dari tadi hanya terpinga-pinga mendengarperbualan mereka segera didukung. Mereka beriringan ke rumah Tok Kandek yangterletak di hujung sebelah kampung mereka. Jauh bagi Mak Seha.

“Lajulah Mak Seha. Aku risauni,” desak Pak Syahriyan.

“Sabar. Bertenang. Kau kenafaham orang tua macam aku ni bagaimana keadaannya..” Mak Seha tidak sukaapabila dia didesak seperti itu oleh Pak Syahriyan.

“Tak tua manalah. Kita cumabeza 20 tahun.” rungut Pak Syahriyan. Farihah di tangannya diturunkan.

“Reha jalan sendiri. Dahbesar. Pergi lari..” arah Pak Syahriyan. Mak Seha hanya tercengang. Belumsempat dia menambah bebelan, Pak Syahriyan dengan pantas mengangkat tubuhtuanya lalu diletakkan di pundaknya.

“Mak Seha lambat sangat…”ujarPak Syahiran sambil tergelak.

“Riyan… turunkan aku Riyan…adoiii.. patahlah tulang-tulang tua aku….” Kata Mak Seha sambil mengetuk-ngetukkepala Pak Syahriyan. Tanpa mempedulikannya, Pak Syahriyan segera berlaridengan pantas sehingga dapat meninggalkan Farihah yang sedang terkedek-kedeklari. Kaki pendek. Getus hati Pak Syahriyan.

            Setibanyadi rumah Tok Kandek, orang kampung sudah ramai berkumpul di luar rumah. TokKandek sedang mundar-mandir di hadapan pintu. Bertalu-talu pintu di ketuk olehbeberapa orang. Ada yang sedang menendang-nendang pintu. Pak Syahriyanmenurunkan Mak Seha di hadapan Tok Kandek. Ketibaan mereka menimbulkankehairanan di benak penduduk kampung. Mungkin disebabkan Pak Syahriyan yangmendukung orang tua seperti Mak Seha. Dari dalam rumah Tok Kandek, kedengaransuara dua orang wanita sedang menjerit kesakitan. Tok Kandek memandang merekalalu segera memeluk Pak Syahriyan.

“Mengapa lama sangatSyahriyan?” ujar Tok Kandek. Pelukan dileraikannya. Belum sempat Pak Syahriyanmenjawab, Mak Seha segera mencela.

“Isteri kamu juga hendakmelahirkan?” tanya Mak Seha kepada Tok Kandek. Pak Syahriyan terkejut. Diasangkakan hanya anaknya sahaja yang akan melahirkan.

“Sebenarnya bulan dia taksampai lagi. Tetapi Nayat arahkan isteri saya masuk. Dia halau semua ibu-ibukeluar lalu pintu rumah semua dikunci. Saya risaulah Mak Seha. Entah apa dianak buat dengan bayi-bayi kami kelak,” Tok Kandek memegang pundak PakSyahriyan.

“Mana Hafizul?” tanya MakSeha.

“Dia masih belum pulang darikebun. Saya dah arahkan Ethihar panggil dia,” jawab Tok Kandek. Raut wajahnyajelas menampakkan kebimbangan. Kredibiliti seorang ketua kampung jelas tidakdipamerkan pada gayanya. Mak Seha memahami keadaan Tok Kandek. Lagipun, jawatanKetua Kampung itu dia ambil alih tanpa kerelaan hatinya selepas kematian suamiMak Seha.

“Abanggggggg…!!! tolongbanggggg…!!!” tiba-tiba kedengaran suara Mak Kandik menjerit dari dalam rumah.Semua orang kampung mula kaget mendengar jeritan itu. Kekagetan ditambah lagidengan suara hilai tawa yang kedengaran dari arah dalam rumah. Langit yangcerah tiba-tiba berpetir. Angin yang tadinya tenang tiba-tiba menderu denganganas.

“Astaghfirullah. Apa yangNayat cuba lakukan ini? Tolonglah Mak Seha,” rayu Tok Kandek. Matanya kuyumeminta simpati.

“Yang kau pergi benarkan diajadi bidan mereka kenapa? Tak boleh tunggu aku ke?” bebel Mak Seha bermula.Dalam keadaan gawat seperti itu, dia masih sempat memarahi anak-anak didikalmarhum suaminya itu.

“Tak payah nak marah-marahsekarang Mak Seha. Selamatkan isteri kami dulu,” pintas Pak Syahriyan. Orang-orang kampung yang tadi berusahamembuka pintu sudah bersurai dan memberi ruang kaki lima rumah Tok Kandekkepada ketiga-tiga orang tua Kampung Pagung itu.

“Aku cuba. Ingat. Aku ni dahtua. Kudrat tak sama macam dulu. Kamu berdua pergi ke bawah. Baca apa-apa yangpatut. Aku malas nak ulang. Pastikan Hafizul sampai dengan segera,” ujar MakSeha tegas. Dengan pantas Tok Kandek dan Pak Syahriyan menuruni tangga rumah.Mak Seha mengetatkan simpulan rambutnya yang sudah memutih itu. Zikir Basmalahdigunakan sebagai pembuka bunga langkahnya. Terketar-ketar lutut wanita tua itucuba mengagahkan tubuh kedingnya. Dia menghela nafas panjang lalu dihembuskanke daun pintu.

“Kandek! Arahkan orang kampungbaca Isti’adha! Kuat!” jerit Mak Seha tanpa menoleh ke belakang.

Mak Seha segera menyarungkanselendang yang dililit dilehernya ke kepala. Dia tawakkal kepada Allah. Langkahseterusnya, dia mulakan dengan membaca ayat keempat dari Surah Al-Anbiyaa’.

“Tuhanku mengetahui tiap-tiap perkataan (perbuatan) di langit dan di bumidan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” 

Orang kampung sedang membacaIsti’adha dengan lantang. Pada saat itu, suara hilai tawa mula menerawangdengan kuat di sekeliling mereka.

Langit yang tadinya sedikitcerah mulai mendung. Tiupan angin semakin mengganas. Tetapi, pintu danjendela-jendela rumah Tok Kandek masih kejap walaupun dipukul-pukul anginbertalu-talu. Dari dalam rumah, kedengaran suara tangisan dan jeritan MakKandik semakin kuat. Hanya suara Mak Kandik. Mana suara anak saudaranya?

Mak Seha menutup mata lalududuk bersila. Rasa sakit dilutut tuanya diabaikan. Dia cuba mengumpulkankembali kekuatan dalaman yang pernah diajarkan almarhum suaminya dahulu.Terkumat-kamit bibir tuanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan memuji keesaanAllah. Terasa tubuhnya seperti ditolak-tolak ke belakang. Mak Seha segeramenepukkan tangannya pada lantai. Kedengaran sedikit suara ghaib meraung. MakSeha melanjutkan bacaaanya dengan melagukan doa yang pernah diajar olehMalaikat Jibril kepada Rasulullah dahulu ketika peristiwa Israk Mikraj. DoaTa’awudz.

“Akuberlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allahyang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala kebaikan mahupun keburukandari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar darinya dandari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan darikejahatan fitnah di malam dan siang hari dan dari kejahatan jalan-jalan dimalam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai yangMaha Penyayang.”

Doa Ta’awudz yang pernahdigunakan oleh Rasulullah untuk menewaskan Ifrit itu dibaca sebanyak tujuhkali. Sedang kusyuk membaca, suara jeritan Mak Kandik yang sudah tidakkedengaran mewujudkan kegalauan di hati Mak Seha dan juga orang kampung. Denganpantas Mak Seha menghentakkan telapak tangan kirinya ke atas lantai.

“Allahu’akbar!” tangan dihentakkan. Seiringan dengan itu,darah merah mengalir keluar dari hidung kiri Mak Seha. Dibiarkannya. Jantungnyaterasa sakit seperti direntap-rentap. Mak Seha cuba bertahan dan berusahamenewaskan jin terkutuk yang dia yakini menjadi rakan sekutu Pak Benayat. DoaTa’awudz dibaca dengan kuat kali ini.

Suasana di hadapan rumah TokKandek terlihat tegang. Orang kampung masih gigih membacakan kalimah isti’adhasecara berjemaah. Hujan mencurah-curah namun diabaikan oleh orang kampung. MataMak Seha masih dipejamkan rapat. Dengan menggunakan mata batinnya, dia dapatmelihat tubuh Mak Kandik dan anak saudara sedang terkujur lintang di sebalikpintu tersebut. Mak Kandik sudah mula sekarat. Kaki kedua-duanya berlumurandarah. Anak saudaranya, Umairah nampak kojol dengan wajah pucat. Dicelah-celahkakinya, tampak lembaga yang pernah menyerangnya dulu sedang menghisap darahyang mengalir. Air mata Mak Seha menitik. Tahulah dia bahawa anak saudaranyaitu sudah menemui ajal. Pertahanan Mak Seha semakin longgar. Hatinya tidakdapat menahan sebak. Seluruh temulangnya terasa bergoyang. Lelehan darah dihidungnya semakin deras.

Suara hilai tawa semakin kuatkedengaran. Mak Seha dapat melihat Mak Kandik sedang cuba mengesot ke belakang.Dia hanya mampu menangis teresak-esak. Tiba-tiba, Pak Benayat muncul dalampandangannya lalu mengheret kaki Mak Kandik mendekati lembaga yang menghisapdarah Umairah. Dia terdengar suara tangisan bayi yang sedang merengek. Mak Sehamembuka kedua matanya.

“Cicit aku,” ujarnya. Mak Sehasegera bangun. Berdiri menghadap pintu. Bibirnya terkumat-kamit membaca salahsatu kalimat Isti’anah. Kedua tapak tangan dirapatkan antara satu dengan yanglain dengan hala jari disilangkan. Jari kanan dihalakan ke atas, manakala jarikiri dihalakan ke bawah. Mak Seha mengerahkan seluruh kudrat tuanya yang masihtersisa. Peluh dingin mulai membasahi segenap tubuh kedingnya itu. Dalamterketar-ketar, Mak Seha akhirnya berjaya berdiri tegak betul-betul berhadapandengan pintu rumah. Mindanya sempat berdoa kepada Allah agar Hafizul segerasampai membantunya. Dia dapat rasakan kudrat tuanya semakin lemah. Namun,tekadnya kuat untuk menyelamatkan cucunya.

Lahaula Wala Quwata Illa Billahil Aliyil Adzim….”

“Allahu’akbar!”


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku