ESTODANIA
Bab 3
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Disember 2017
Kisah Fiksyen yang mengisahkan pengembaraan Ayyan mencari sahabatnya yang hilang ketika kota Estodania dilanda malapetaka. Estodania merupakan kota yang didiami oleh manusia dan jin yang bersama-sama untuk memajukan tamadun Islam. Tetapi, apabila kemodenan terlalu tinggi, manusia dan jin pun akhirnya mula lupa diri sehingga akhirnya tanpa mereka sedari musuh yang sudah lama berusaha menhancurkan kota suci Islam itu berjaya dikalahkan. Pengembaraan Ayyan menjejak sahabatnya, Faris telah menentukan bahawa dia juga perlu menyelamatkan kota Estodania itu. Apabila kita berusaha untuk menegakkan Islam, syaitan memang tidak akan tinggal diam. Mereka pasti akan mencuba menggagalkan usaha suci itu. Adakah Ayyan akan berjaya menemui sahabatnya, Faris? Berjayakah dia mengembalikan kegemilangan Estodania yang sudah kalah di tangan kejahatan? Temukan jawapannya dalam kisah ini.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
380

Bacaan






Mak Seha menghentakkan telapaktangan kanannya ke pintu rumah Tok Kandek. Seiring dengan itu, tubuh tuanyaterpelanting ke belakang seperti ada kuasa yang menolaknya. Mak Seha tersungkurdan hampir terjatuh ke tangga. Mujurlah tangannya sempat berpaut padasendi-sendi rumah. Mak Seha terbatuk-batuk. Darah tersembur keluar darimulutnya. Mak Seha mengelap mulutnya dengan bajunya.

Bahu Mak Seha disentuhseseorang. Mak Seha mendongak memandang orang itu. Hafizul. Mak Seha tersenyumgembira sambil menahan kesakitan. Dia lega. Hafizul merupakan pewaris almarhumsuaminya untuk menguruskan ilmu persilatan Kampung Pagung itu dan secara tidaklangsung menjadi penjaga kepada seluruh penduduk kampung mereka. Dia? Zamannyasudah berlalu. Tubuhnya sudah dimamah usia. Hari ini dia hanya berusaha untukmenyelamatkan anak dan cucunya. Walaupun nampaknya dia kecundang. Mak Sehamerebahkan dirinya di lantai rumah itu. Tubuhnya sangat lemah. Dia menutup matasambil tersenyum. Dia dapat rasakan tubuh tuanya diangkat dan diusung turundaripada rumah Tok Kandek. Kemudian, segalanya terdengar senyap. Dia penat.

Hafizul membaca  kalimat-kalimat Al-Fatihah lalu diiringkandengan surah tiga Qul. Seraya kakinya dihalakan ke arah pintu dan ditahantegak. Dia membaca ayat 1 sehingga 4 dari Surah Al-Fath. Surah yang menjanjikankemenangan kepada Rasulullah dalam peristiwa Hudaibiyyah dulu. Dengan kuatkakinya menendang pintu rumah tersebut. Pintu terpelanting dan terbuka seiringdengan raungan kesakitan suara ghaib.

            Didalam rumah, tampak lembaga hodoh sedang membongkok memegang kepala Umairah.Lembaga itu meraung marah. Mulutnya terbuka luas. Anak matanya membuntanghitam. Rambutnya kusut-masai meliuk-lentuk seperti ular. Jarinya yang runcingdihalakan ke arah hadapan menunjuk Pak Hafizul yang sedang berdiri gagah dihadapan pintu. Darah memenuhi segenap ruang. Jasad Mak Kandik sudah terlihatkojol di atas tikar yang berlumuran darah. Pak Benayat tidak kelihatan dimana-mana sudut. Pak Hafizul segera menerpa masuk mengambil kedua-dua bayi yangsedang menangis di sebelah Mak Kandek. Tali pusat bayi itu masih belum dikerat.Kedua-duanya hanya dibungkus menggunakan kain yang berwarna kuning. Pak Hafizulberistighfar di dalam hati melihat kesyirikan yang berlaku di hadapan matanyaitu.

Pak Hafizul menapak keluarlalu melompak tinggi mendekati orang kampung yang sudah menjarakkan diri darirumah Tok Kandek itu. Titisan hujan sudah mulai kebah. Namun, deruan anginmasih menggila dan langit masih kelabu. Pokok-pokok kelapa yang sekelilingkampung mereka meliuk-lentuk ditiup angin menambahkan lagi suasana seram ketikaitu. Halaman rumah Tok Kandek sudah dipenuhi ramai orang. Mak Seha telahdibaringkan di atas tanah sambil diribakan oleh Pak Syahriyan. Wanita tua itukelihatan sangat tenat selepas memaksa seluruh kudratnya melawan kekufuran PakBenayat.

“Pegang bayi-bayi ini.Lindungi mereka!” Pak Hafizul menyerahkan bayi-bayi tersebut kepada Tok Kandekyang menapak ke hadapan.

“Isteri aku macam mana Izul?”tanya Tok Kandek. Risau jelas terpampang pada wajahnya. Pak Hafizul hanya mampumenepuk-nepuk pundak sahabatnya itu. Dia tidak tahu bagaimana hendakmemaklumkan kebenaran kepada sahabatnya itu.

“Kita perlu redha kepadaketentuan Allah,” ujar Pak Hafizul lalu memalingkan badannya semula menghadaprumah Tok Kandek. Pertarungan belum selesai.

“Kurang ajar kau keparat…!”parau dan lantang kedengaran suara Pak Benayat mengaum dari dalam rumah.Suaranya bergema memenuhi segenap ruang.

Angin mula mengelilingi rumahTok Kandek sehingga membentuk satu pusaran kecil. Semakin lama semakin padatdan menghimpit rumah Tok Kandek. Rumah Tok Kandek akhirnya pecah. Papan-papandan bumbung rumah berterbangan ke udara. Terpusar-pusar dalam pusaran beliungyang wujud di hadapan mereka.

Pak Hafizul membaca isti’adhadan dilanjutkan dengan bacaan isti’anah. Kakinya dihentakkan ke bumi denganiringan kalimah takbir. Hentakan kaki itu diikuti dengan bunyi deruman dan alurangin yang tajam menuju ke arah pusaran. Apabila angin hentakan kaki PakHafizul menyentuh pusaran angin itu, kedengaran suara raungan ghaib menjeritsakit. Terlerai pusaran angin itu diikuti dengan bilah-bilah papan yangbertaburan di udara jatuh ke bumi.

            Dibalik pusaran angin itu, tampak tubuh Pak Benayat sedang terapung. Matahitamnya membulat gelap. Tangannya didepakan. Ada bulatan bebola putih dikedua-dua tangannya.

“Terkutuk kau Benayat!” jeritsatu suara wanita dari kelompok orang kampung. Sakinah. Isteri Pak Hafizul.

Pak Benayat merengus marah.Dengan menggunakan kekuatan sakti hasil bantuan jin, bilah kayu yang tajamdihumbankan ke arah Sakinah. Tujuannya agar wanita berlidah lancang itu matitertusuk kayu. Namun, ketangkasan Pak Hafizul berjaya menyelamatkan isterinya.Kakinya segera dilayangkan menyepak bilah kayu itu. Menepisnya  ke kanan. Pak Benayat menjerit marah. Kaliini tubuhnya bertukar menjadi kepul-kepul asap hitam.

Bau busuk mula menyengathidung. Meloyakan dan menyebabkan Pak Hafizul terasa mual hampir termuntah. PakHafizul hanya mengeluarkan ludah. Pandangan matanya dihalakan tajam melihatperubahan Pak Benayat. Tubuh manusia terkutuk itu berubah menjadi sosok wanitatua yang menyeramkan. Berkurudung hitam dan gaun hitam panjang. Bibir wanitaitu berwarna hitam. Matanya tajam seperti disolek. Wanita itu tersenyum.Menyeringai.

“Adakah kalian merindukanaku?!” ujarnya dengan suara yang kuat. Kemudian dia tertawa kuat. Apungbadannya diturunkan menyentuh lantai rumah yang masih belum hancur. Di kakinya,mayat Umairah dan Mak Kandik bergelimpangan.

Niyang Ropek. Wanita terkutukyang menjadi punca kekacauan di kampungnya beberapa tahun dulu. Wanita terkutukyang menjadi punca kematian tok gurunya. Penyembah Syaitan dan hamba JinLaknaktullah! Terlalu banyak kejahatan yang dia lakukan sehingga akhirnyatersebar luas hampir ke seluruh nusantara.

“Niyang Ropek??” Orang kampungtercengang kehairanan melihat wujud wanita di hadapan mereka ini. Tok Kandekmenapak ke hadapan. Berdiri di samping sahabatnya.

“Bagaimana kamu bolehterlepas?!” marah Tok Kandek. Hatinya terasa panas. Dia masih ingat lagi. Diamembantu Pak Ediris memenjarakan wanita terkutuk ini dan menghantar kurungannyajauh ke Tanah Emas. Dikurung di satu lokasi yang tidak diketahui oleh sesiapakecuali dia, Pak Syahriyan dan Mak Seha.

Niyang Ropek tergelakmendengar soalan yang diajukan oleh Tok Kandek. Hilai tawanya sangatmenyeramkan sehingga boleh menyebabkan sesiapa yang mendengarnya merindingseluruh tubuh.

“Apa kau ingat aku terlalulemah untuk kau tangkap sesuka hati?” ujar Niyang Ropek lalu tertawa lagiseperti orang gila.

“Isterimu sudah ku bunuh.Darahnya habis ku hisap!” sambung Niyang Ropek.

Mayat-mayat Mak Kandik danUmairah ditendang dengan kasar sehingga jatuh tergolek betul-betul di hadapanPak Hafizul dan Tok Kandek. Pak Syahriyan hanya mampu memandang mayat anaknyadari jauh. Air mata jantannya menitis perlahan-lahan. Bayi-bayi dalamdukungannya dikecup perlahan-lahan. Hatinya sayu. Farihah yang berada disampingnya hanya memandang kosong. Wajah mungilnya kelihatan tidak ikhlasbersedih. Mungkin kerana dia masih belum mengerti peristiwa yang berlaku ketikaitu.

“Keparat kau Niyang!”bertempik marah Tok Kandek lalu berlari meluru Niyang. Pak Hafizul segeramenahan langkah sahabatnya itu.

“Lepaskan aku Izul. Biarkubunuh orang tua kutuk ini!” ujarnya.

“Sabar Dek.. Sabar.. IngatAllah. Sollu alan Nabi,” Pak Hafizulmenyapu-nyapu dada sahabatnya itu.

“Biar aku yang uruskan. Kamujaga orang kampung kita. Bawa semua berlindung di rumah Allah,” arah PakHafizul. Dia tahu, jika Tok Kandek mengikut rasa marahnya, dengan mudah sahabatIblis di hadapan mereka ini akan membunuhnya. Tambahan pula, ilmu persilatanTok Kandek masih mentah jika dibandingkan dengan kesaktian yang Niyang Ropekmiliki.

Niyang Ropek mendapat peluangyang dinantikan, segera melayang terbang melepaskan satu tumbukan padu ke arahrusuk Pak Hafizul. Kepantasan pukulan Niyang Ropek itu tidak dijangka oleh PakHafizul kerana kawalannya terleka ketika cuba menenangkan Tok Kandek.

Orang kampung segeraberbondong-bondong meninggalkan halaman rumah Tok Kandek lalu menuju ke masjid.

Dbuuuk!!! Pak Hafizulmenyerang balas. Tumbukan ghaib kuat dan tepat mengenai sasaran. Bergema kuatjeritan Niyang Ropek kesakitan lalu terlambung 10 depa kebelakang danterjelopok ke tangga rumah Tok Kandek yang masih belum musnah dek pusaranjelmaan Niyang Ropek sebentar tadi. Tangga itu patah tertolak tubuh NiyangRopek.

Niyang Ropek memegang dadakanannya. Ada darah pekat mengalir. Hitam likat. Rupanya, Pak Hafizul telahmembenamkan belati perak di situ. Darah tersembur keluar dari mulut NiyangRopek. Dia terbatuk-batuk kasar.

“Keparat kamu Hafizul!” sumpahNiyang Ropek. Pak Hafizul tidak mempedulikannya. Dia segera mengatur bungasilat. Kalimat-kalimat Kursi kali ini disulangkan dengan setiap gerak yang dialakukan. Seraya jurus angin dikeluarkan. Dihalakan ke arah Niyang Ropek yangsemakin lemah. Bertubi-tubi pukulan angin dilayangkan. Peliknya, Niyang Ropekhanya mampu tersenyum Tubuhnya renyuk dan kemek seperti tin yang dipukul-pukulsehingga senyuman di bibirnya membiut.

“Aku akan kembali. Tanah initidak akan pernah aman tanpa aku…” ujar Niyang Ropek sebelum tubuhnya bertukarmenjadi api. Bilah-bilah kayu dikelilingnya terbakar dijilat api.

Pak Hafizul menarik nafaslega. Dia memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah. Matahari mulai menampakkandirinya. Deruan angin yang tadinya ganas mula bertukar lembut. Suasana yangtadinya suram mula bertukar tenang. Pak Hafizul mengukir senyuman. Puas hatidan berterima kasih atas bantuan yang dihulurkan. Dia rasa tenang apabilamenyedari keyakinan kepada Allah berjaya menewaskan kebatilan yang dipentaskanoleh syaitan dan sekutu-sekutunya di muka bumi ini.

Melihat kepada perubahancuaca, tahulah penduduk kampung bahawa Pak Hafizul berjaya menewaskan NiyangRopek. Terasa pantas sangat Pak Hafizul menewaskan musuh Islam yang nyata itu.Mereka kembali ke halaman rumah Tok Kandek yang telah musnah dalam pertarungantadi.

Pak Hafizul sedangmengumpulkan mayat Mak Kandik dan Umairah di kawasan lapang hadapan tangga yanghangus dijilat api. Dia menoleh memandang rombongan orang kampung menujunya.Terlihat indah apabila Jemaah seramai itu keluar dari masjid. Terserlahkebergantungan mereka kepada Allah agar mereka sentiasa dipelihara. Subhanallah. Semoga penduduk KampungPagung ini akan terus-menerus meyakini Allah. Cukuplah hanya Pak Benayat yangakhirnya berpaling tadah menyekutukan Allah. Termakan hasutan Niyang Ropek.

Pak Hafizul melambaikantangannya ke arah penduduk kampung sambil mengukir senyuman sebagai simbolikkedamaian. Walaupun mungkin damai itu hanya sementara. Tiba-tiba, isterinyameluru lari dengan reaksi wajah yang takut.

“Abangggggg!” jerit isterinya.Isterinya hanya beberapa tapak lagi hampir dengannya.

“Awas, belakang!” sambungisterinya.

Belum sempat Pak Hafizulmenoleh ke belakang, lehernya dikelar menggunakan pisau tajam. Perlahan-lahan,tubuhnya terjatuh menyembah bumi. Badannya terlentang memandang langit yangmembiru. Terpancut darah merah dari lehernya. Terasa perit, dan nafasnya rasatersekat. Tahulah dia bahawa ajalnya sudah tiba.

Pak Benayat sedang berdiri disebelahnya. Tersenyum puas. Pak Benayat membaling pisau yang tajam ke hadapan.Arah isterinya yang berlari. Pak Hafizul pasrah. Jika hari ini adalah hari diadan isterinya dijemput Allah. Perlahan-lahan dia mengucap syahadah dankesaksian bahawa hanya Allah yang layak disembah. Matanya ditutup perlahan.

“Lindungi kampungku, YaAllah…”



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku