USOP SONTORIAN PRIVATE ACADEMY
BAB 1
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 01 Januari 2018
Genre: Parodi, fanfic, fantasy, adventure, action, saja-saja for fun bila kebosanan dalam opis. Reference: Frozen, Rise of the Guardian, How to Train Your Dragon, Fairy Tail, Soul Eater, Gintama, other Disney movie franchise, Hotel Transylvania, Boboiboy, Usop Sontorian... the list will goes on sepanjang progress, i guess. Author's note: I always fond of Elsa among other Disney Princesses. She's like... freakishly strong ice mage!! Dia boleh buat istana di atas gunung yang bukan atas tanah pamah, siap menari-nari without breaking a sweat atau penat. Dia boleh ubah fabrik baju permaisuri dia kepada baju ais yang lain color, style dan kepanjangan kainnya. Dia boleh ubah warna dress dia dan dress orang lain!! (Anna). Dia boleh buat benda terbang macam dalam short film Frozen Fever. Dia boleh buat kasut. Dia boleh buat jambatan, strong enough sampai boleh tahan beban beberapa orang lelaki dewasa dan raksasa ais dia si Marshmallow tu. Finally, kita semua tahu dia ciptakan Olaf yang overly optimis tu, dan Marshmallow yang ada purpose hidup untuk jagakan istana dia. Jadi arkitek istana, engineer jambatan, tukang buat baju and kasut is one thing, but making living thing with different personality and living purpose... itu dah macam kuasa Tuhan, and i dont like it! Logik di sebalik ice magic ialah it is extremely flexible and depended on the imagination - tapi takde la sampai boleh buat bunga terbang, melekat kat skirt dan tukar kaler skirt jadi hijau, kemon (refer Frozen Fever)... aku sebagai fan pun tahu itu mengarut overdose. So i make my own version - The Magic of Emotion - yang anda boleh bacakan dari kisah Elsa yang saya buat ini. Harap enjoy. Extra note: A promise i made for my older sister sbb dia minat Jelsa.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
108

Bacaan






ELSA memuncung.

Keadaannya bilik penuh dengan debu-debu salji hingga menebal di dinding. Kuasa ais yang dimiliki sejak lahir ini, walaupun tidak terkawal, tetapi selalunya bereaksi dengan emosinya. Jika dia bergembira, kuasanya senyap dalam diri.Tetapi jika dia marah, sedih atau tertekan, ketika itulah kuasa ais ini mengganas dan menjadi tak terkawal hingga mampu membuat kerosakan dan memberi kecederaan pada mana-mana insan tak bertuah yang terdekat.

Dan sekarang, dia tengah merajuk. Maka, seluruh perhiasan dalam kamarnya menjadi mangsa. Tak kisa langsir, katil, lampu dinding, almari dan sebagainya sudah membeku seperti berada di dalam freezer. Hanya lampu tidur di tepi katil yang masih hidup walaupun dah macam hidup segan mati tak mahu, sekaligus menjadikan suasana bilik tidur itu dalam keadaan malap dan suram. Bertepatan dengan perasaan muram Elsa ketika ini.

Gadis berusia sepuluh tahun itu duduk terperuk di tepi tingkap. Kedua belah kaki dipeluk seeratnya dan dagu direhatkan di atas lutut. Pintu bilik tidurnya tertutup rapat kerana terlalu jarang dibuka. Satu-satunya benda yang pernah melalui pintu itu ialah hadiah Krismas dari Anna. Itupun bukannya dengan membuka daun pintu, tetapi diselitkan di tengah-tengah ruang sempit antara pintu dan lantai bilik.

Setiap tahun – sejak dia mencederakan Anna dengan kuasa aisnya tanpa sengaja pada malam Krismas bersejarah dahulu – lantas menjadi titik permulaan Anna hilang ingatan manakala dia menjauhkan diri dari adiknya – adik kandungnya itu akan memberikan hadiah sempena hari-hari istimewa, termasuklah Krismas. Tetapi pada malam ini, dia dah menunggu sejak Isyak tadi. Sekarang dah tengah malam, tetapi bawah pintu itu masih kosong tanpa sebarang objek dari luar.

Elsa membenamkan wajah pada lutut, menahan sebak. Anna dah tak pedulikannya kah??

Kepala terasa berat tiba-tiba. Sejenis rasa mencucuk juga terasa di kulit kepala. Tetapi tidak sakit. Cuma rasa… rasa apa ini? Dia tak pernah melalui rasa asing ini...

Kehairanan, Elsa mengangkat kepalanya. Tiba-tiba seekor arnab muncul di depan mata. Terkejut beruk dibuatnya. Elsa spontan tersandar ke dinding. Haiwan yang berkerlipan kerana pantulan bulan itu sedang melompat-lompat di tengah udara. Bila masa… dari mana dia datang?

Sang arnab terus menerus melompat-lompat mengajaknya bermain, lalu Elsa tersenyum ceria. Perihal hadiah Anna yang tak kunjung tiba tertimbus di belakang kepala. Dikejar sang arnab hingga dapat. Dikejar hingga meloncat di atas katil, di atas cabinet dan cuba ditangkap dengan melempar bola salji ke arahnya. Namun sampai ke sudah, haiwan magis itu tetap berjaya melepaskan diri.

Kepenatan, Elsa terbaring di atas katil. Dadanya turun naik mengepung nafas. Sang arnab pula duduk di sebelahnya. Masih majistik dari tadi. Elsa tersenyum lebar, cuba membelai haiwan yang bergemerlapan itu. Saat jarinya menyentuh permukaan ais – poof! Sang arnab meletup kecil.

Si kecil terperanjat, seraya duduk. Letupan kecil itu menghasilkan ais-ais kecil seperti confetti. Salah satunya jatuh ke hidung Elsa. Diketis lekas. Ini rasa yang sama bila arnab duduk di atas kepalanya tadi. Perasaan ini… sejuk!

Seketika, budak itu terkedu. Seluruh bilik dipandang. Masih dipenuhi aisnya macam tadi. Walhal, dia dah diselubungi ais ini sejak lahir, dia tak pernah merasa sejuk pun. Jadi macammana dia boleh merasa sejuk dari sekeping confetti ais?

Ini aneh.

Dan arnab itu pun… bukannya hasil rekaannya. Tapi orang lain…. Elsa terpanggil untuk menoleh ke tingkap yang terbuka. Seorang lelaki muda sedang duduk di sana. Hanya figura luaran. Dan kabur-kabur juga. Elsa mengerut dahi. Kepala dijengul dan mata digosok berkali-kali.

Itu… hantu?

“Aku tau arnab boleh mati sebab sunyi, tapi kau tak patut cuba ikut jejak langkah arnab hanya sebab adik kau terlupa hari ini hari jadi kakak dia. Mak ayah kau baru meninggal, tau. Dia masih ada benda lain yang dia kena fikir.”

Elsa ternganga luas. Lelaki itu sedang bercakap… dan semakin lama, suaranya semakin jelas di telinga. Pandangan kabur tadi juga semakin jelas. Lelaki itu mengenakan seluar coklat serta baju berhood biru lusuh. Rambut perak miliknya menari-nari dibelai angin malam, malah bersinar bila terkena pantulan cahaya bulan. Sebatang kayu tersandar di bahunya. Kayu itu bengkok di hujung. Namun cuma wajahnya yang tak nampak kerana masih dilindungi bayang-bayang.

“Jadi lain kali, ajar diri untuk berhibur walau hidup berseorangan, okay? Ada banyak benda lain yang kau boleh buat nak hilang bosan. Contohnya…”

Si lelaki masih berkata-kata walaupun Elsa langsung tak mengambil perhatian bahana leka berfikir macammana lelaki itu boleh melepasi kawalan pengawal-pengawal istana, malah duduk di tingkap biliknya yang sepatutnya berada di beberapa tingkat dalam istana ini. Elsa tergamam bila melihat lelaki itu menghasilkan sebiji bola salji di telapak tangan. Ah, dia pun ada kuasa ais sepertinya. Jadi arnab tadi… dia yang buat?

Mata membulat bila lelaki itu tiba-tiba membaling bola ais, tepat ke muka! Elsa terpelanting ke belakang hingga terjatuh dari katil. Berdebuk bunyinya bila kepala yang jatuh dulu. Aduh!!

Lelaki berambut perak itu ketawa berdekah macam langsung bersalah.

“Whoopsie!!”

Whoopsie? Sengaja serang orang, dia boleh cakap whoopsie?? Elsa menahan geram. Kepala yang sakit berdenyut sekadar ditahan. Kedua belah tangan bertahan pada katil, dan lelaki itu direnung tajam.

“Jangan buat orang macam tu la!” marahnya.

Ketawa si lelaki tertelan terus ke perut seperti menekan brek. Tidak nampak riak mukanya kerana bayang-bayang, tetapi ketara lelaki itu langsung tak bergerak walau sebatang jari. Seperti disumpah menjadi batu.

Gadis sepuluh tahun itu berdiri tegak. “Kau siapa?” soalnya kemudian, lebih berani bersuara kali ini kerana geram diserang tiba-tiba.

Lelaki asing itu tersentak. Tanpa sebarang pergerakan berlebihan, dia beralih kedudukan dari tingkap ke tepi katil seperti terapung. Elsa terus didekati tanpa sebarang bunyi. Wajahnya menjadi lebih jelas di bawah lampu tidur yang suram. Bermata biru terang, berkulit pucat, dan agak kacak riasnya.

“Kau… kau boleh nampak aku?? Kau-kau bercakap dengan aku??” soal Jack, antara keliru dan teruja.

Elsa masih dengan renungan serius, “Ya. Jelas sekali.”


...

“KALAU boleh nampak, bangunlah!”

Selajur, satu penumbuk menghentam kepala. Elsa merengkok terus, mengaduh kesakitan. Aduuhh… sakit berbisa!! Sambil menahan tangis, gadis itu menoleh. Seorang lelaki berambut coklat sedang mencerun padanya. Matanya hijau, jeragat penuh di pipi dan seekor kucing hitam bertenggek di bahu kanannya.

“Aku ingatkan aku seorang yang gila ponteng. Kau pun sama rupanya. Sejak bila kau reti buat perangai?”

Elsa bangkit dalam keadaan terpinga-pinga. Selain kehadiran pemuda yang tidak dikenali itu, dia kini berada di tengah-tengah hutan. Langit cerah di sebalik dedaunan lebat cukup nampak di atas sana.

Kawasan tropika.

“Ack… aku kat mana ni?” soalnya pelik.

“Belakang akademi, duh. Kan masih waktu P&P.”

Sekali lagi lelaki tu dipandang. “Akademi?”

Hiccup mengerut dahi. Pelik dengan kerut keliru di muka si rakan. “Ya.”

Dan perbualan termati. Tiada sebarang penjelasan lebih. Elsa mengeluh pendek, memandang dirinya. Berjeans dan berjaket biru tanpa lengan, manakala si pemuda yang tak dikenali mengenakan T-shirt hijau serta jeans hitam. Elsa mendehem.

“Kau… kau siapa?”

Hiccup mengerut dahi, lalu mencangkung. “Kau kenapa sebenarnya ni, El?”

“El? Nama aku El?”

Mata si pemuda memberat separuh. “Ye. Aku pula M N O,” balasnya malas.

“Oohh…”

Kerutan di dahi Hiccup semakin bertambah lapisnya. Lalu lengan Elsa ditarik supaya bangkit. “Aku tak tahu kenapa kau berbaring kat sini, tapi waktu rehat dah nak habis. Jom balik kelas.”

Dalam keadaan dipapah, Elsa memaksa diri untuk berjalan dan mengekori arah gerak lelaki yang tidak dikenali itu. Mereka sama-sama memasuki kawasan bangunan yang dipenuhi anak-anak muda. Ada yang berkumpulan, ada yang berseorangan, ada yang membentuk api dari sebatang kayu, ada yang membawa buku, dan ada juga yang memerhati dia dengan renungan membaca.

Merasa terancam dengan renungan pelik itu, Elsa merapatkan diri pada Hiccup, namun tindakannya menyebabkan kumpulan gadis cantik itu bertukar kelibut. Mereka dah kenapa?

Dipedulikan, Elsa menoleh kembali pada pemuda di sebelahnya.

“Kita kat mana ni, M N O?”

“Nama aku Hiccup, bengong. Kau hilang ingatan ke apa, ni?”

Elsa terpejam kelip merenung muka berjeragat itu. Hiccup of the Viking, salah seorang ahli kelasnya. Anak tunggal kepada Stoic the Vast yang merupakan penghulu Kampung Berk. Kelebihan Hiccup ialah pada ilmu praktikal dan teori, bukan ilmu magis. Lelaki itu juga memiliki seekor kucing hitam berkilat yang sentiasa mengekori dia ke mana-mana.

Bertalu-talu maklumat itu memasuki kepala tanpa perlu dikorek. Serta merta kepalanya merasa perit. Elsa menundukkan kepala, cuba menahan kesakitan tekanan asing itu. Tangan kiri memicit dahinya. Kenapa sakit sangat ni?? Tapi… kalau lelaki ini ialah Hiccup… dia pula siapa? Kenapa dia tak ingat?

Langit dipandang, cuba mencari sebarang maklumat. Namun kosong. Tiada apa yang berbaki di ingatan selain kilauan mata biru terang, senyuman gigi yang cerah umpama salji yang segar dari langit, serta rambut perak yang halus dan lembut. Lelaki itu bernama…

“Jack Frost,” bisik Elsa perlahan.

Hiccup menoleh. “Kau cakap apa?”

“Aku cuma ingat… Jack Frost. Lain-lain aku tak ingat.”

“Siapa Jack Frost? Boyfriend kau?”

Si gadis spontan menoleh. “Entah.”

Hiccup mencekak sebelah pinggang. “Kalau kau maksudkan jack frost sebagai personaliti dingin kau yang macam musim sejuk… preach to that.” Tangan kanan diangkat seperti mengangkat ikrar. Kepala siap ditundukkan sedikit sebelum kembali menentang anak mata biru milik Elsa. “Tapi kalau Jack Frost tu nama seseorang, takda siapa yang bernama Jack Frost kat akademi ni. Astrid pernah paksa aku key-in maklumat student akademi dalam database sekolah, so aku masih ingat nama dan maklumat setiap seorang.”

Sekali lagi Elsa menoleh dengan muka keliru. “Akademi?” soalnya lagi. Lelaki ini dari tadi mengulangi ayat akademi. Macamlah dia tahu sangat apa yang disebutkan.

Melihat muka keliru si rakan, Hiccup mengeluh pendek. Elsa terus dipapah ke bangunan pentadbiran akademi. Sebelum memasuki bilik sakit, dia menuding ke dewan besar yang bertentangan dengan bangunan pentadbiran.

“Kau nampak tugu muka lelaki jongang kat atas bumbung student hall nu?” soalnya sambil menuding ke langit.

Elsa menoleh sambil mengangguk. Di atas bumbung dewan besar itu, muka seorang lelaki bergigi jongang, jarang, dan bermata bulat sedang kukuh berdiri.

“Dia ialah Usop Sontorian, orang yang bertanggungjawab wujudkan akademi ni. Sekolah ni namanya Usop Sontorian Private Academy. Kau masuk akademi ni dua tahun lepas, jadi tahun ni kau ialah budak third year, sama kelas dengan aku. So, ada ingat sikit tak?”

Elsa kelam. Kepala dipicit lagi. “Sorry… aku betul-betul tak ingat…”

“Hm.” Hiccup mendehem. “Jadi kau ingat jugak tak kau ialah ahli magik ais?”

“Aku ialah apa?”

“Ahli magik ais. Salah seorang dari enam orang manusia dalam sekolah ni yang ada kuasa magik tulen dalam badan korang. Yang lain semua pakai Lakrima, macam aku.” Gelang berbatu hitam di tangan kanan ditunjuk.

Kepala terasa berasap kini. “Aku-aku-aku-aku tak faham…” Tergagap membalas bahana tak tau nak respon macammana.

Hiccup mengangguk. “Sahih la. Kau betul-betul hilang ingatan. Entah apa jadi sebelum aku jumpa kau pengsan tadi. Jom jumpa Cik Hana. Dia mungkin tau apa yang patut dibuat.” Dan tubuh kurus Elsa terus dipapah ke bilik sakit.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku