USOP SONTORIAN PRIVATE ACADEMY
Bab 2
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 01 Januari 2018
Genre: Parodi, fanfic, fantasy, adventure, action, saja-saja for fun bila kebosanan dalam opis. Reference: Frozen, Rise of the Guardian, How to Train Your Dragon, Fairy Tail, Soul Eater, Gintama, other Disney movie franchise, Hotel Transylvania, Boboiboy, Usop Sontorian... the list will goes on sepanjang progress, i guess. Author's note: I always fond of Elsa among other Disney Princesses. She's like... freakishly strong ice mage!! Dia boleh buat istana di atas gunung yang bukan atas tanah pamah, siap menari-nari without breaking a sweat atau penat. Dia boleh ubah fabrik baju permaisuri dia kepada baju ais yang lain color, style dan kepanjangan kainnya. Dia boleh ubah warna dress dia dan dress orang lain!! (Anna). Dia boleh buat benda terbang macam dalam short film Frozen Fever. Dia boleh buat kasut. Dia boleh buat jambatan, strong enough sampai boleh tahan beban beberapa orang lelaki dewasa dan raksasa ais dia si Marshmallow tu. Finally, kita semua tahu dia ciptakan Olaf yang overly optimis tu, dan Marshmallow yang ada purpose hidup untuk jagakan istana dia. Jadi arkitek istana, engineer jambatan, tukang buat baju and kasut is one thing, but making living thing with different personality and living purpose... itu dah macam kuasa Tuhan, and i dont like it! Logik di sebalik ice magic ialah it is extremely flexible and depended on the imagination - tapi takde la sampai boleh buat bunga terbang, melekat kat skirt dan tukar kaler skirt jadi hijau, kemon (refer Frozen Fever)... aku sebagai fan pun tahu itu mengarut overdose. So i make my own version - The Magic of Emotion - yang anda boleh bacakan dari kisah Elsa yang saya buat ini. Harap enjoy. Extra note: A promise i made for my older sister sbb dia minat Jelsa.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
53

Bacaan






TIADA sebarang diagnosis akhir yangdibuat oleh Cik Hana si penjaga rumah sakit akademi kerana Elsa berada dalam keadaan sihat walafiat. Juga tiada sebarang kesan serangan di mana-mana bahagian tubuhnya yang boleh menyebabkan Elsa menerima impak yang super kuat di kepala hingga menyebabkan amnesia. Gagal diselesaikan dalam tempoh office hour, kes gadis itu diletakkan dalam status K.I.V.  Ariel, si head girl dipinta untuk menghantar Elsa ke bilik asramanya kemudian kerana Elsa lupa dimana biliknya.

Asrama perempuan tidak jauh dari kawasan lingkaran bangunan-bangunan akademi. Bentuknya segi empat dan ada ruang di tengah-tengah yang dijadikan taman. Malah ada tasik buatan! Terdapat pagar di sekitar asrama, dan kedudukannya sedikit tersembunyi bagi mengelakkan penceroboh cuba mencuri masuk. Pokok-pokok kecil dan semak yang merimbun di sekitar pagar besi turut menjadi pagar semula jadi kota terlarang itu.

Sambil memimpin Elsa ke arah bilik tidur gadis itu, Ariel menjeling gadis tahun tiga yang berjalan dibelakangnya. “Awak langsung tak ingat apa-apa?” soalnya, kehairanan. Entah apa yang dah jadi sampai salah seorang individu yang mempunyai kuasa magis tulen boleh hilang ingatan. Jika diserang dengan serangan magis, kuasa serangan sudah pasti sangat kuat hingga mampu menyaingi magis Elsa sendiri. Dan dia sendiri mengaku, walaupun dia telah dipilih sebagai Head Girl, Elsa memiliki kuasa yang jauh lebih kuat darinya.

Gadis berambut perang pudar itu menggeleng sambil terus mengekori gerak langkah ketua pelajar perempuan itu. Terus terang, dia menahan pukau dari tadi. Ariel cantik gila orangnya!!! Berambut merah terang, bertubuh kurus langsing malah lembut gila suaranya! Merdu macam…merdu ya amat!! Mampu menarik perhatian lelaki, perempuan, mahupun haiwan. Elsa terus menerus terpesona bagi setiap pergerakan yang dibuat seniornya itu.

“Hurm… takpe. Kid dengan Law akan bantu awak. Tapi buat masa ni, kita bersyukur je takda apa yang berlaku kat awak.” Bahu Elsa ditepuk dan dia terus melangkah masuk ke dalam bangunan asrama lima tingkat itu. Bilik Elsa berada di hujung wing kanan, malah duduk berseorangan. Selepas memberikan kunci bilik kepada Elsa, Ariel bergerak pergi.

Gadis berambut perang pudar itu terus memerhati lenggok langkah Head Girl itu meninggalkan koridor wing kanan asrama.Hati masih tak hilang keinginan memerhati kecantikan alam itu. Hingga lebih sepuluh minit Ariel hilang dari pandangan, Elsa terus menerus menahan kagum.

Selesai mengagumi, pintu ditutup.Elsa melabuh duduk di hujung katil bujangnya. Ruang bilik yang sepatutnya menjadi miliknya direnung setiap sudut. Hiasan bilik ini… kosong. Tak macam pernah didiami. Yang ada cuma katil, meja belajar, whiteboard di dinding, dan rak buku yang cuma berisi satu dua buku. Almari dibuka kemudian. Yang ada cumaT-shirt labuh dan jeans. Mungkinkah dia ialah seorang yang ringkas dan gemarkan kekosongan sebagai satu bentuk perhiasan?

Telapak tangan dibuka. Pucat.Sememangnya kulitnya lebih putih dan pucat berbanding manusia lain. Kerana dia seorang ahli magis ais. Senyum terukir sebaris, lalu jari ditarikan. Kerlipan magis keperakan itu terbentuk di hujung jari dan menari-nari di sekitar telapak tangannya.

Cantik. Magisnya… tulen, dancantik…. Kelebihan ini mengalir di seluruh urat darahnya tanpa perlu dipaksa-paksa. Kalau penuntut lain memerlukan lakrima sebagai magical item, dia tak memerlukannya. Sedikit rasa bangga menimbul di hati.

Teringat macammana Cik Hana mengajarnya untuk mencipta sesuatu daripada ais walaupun tiada ais dimana-mana. Mata dipejam, mengingati kembali setiap ajaran doktor itu.

Mula-mula bayangkan bentuk yang dikehendaki dalam kepala. Contohnya bunga. Visualise betul-betul di dalam kepala… dan ta-daaa!

Elsa membuka mata, melihat produk di atas telapak tangan. Cis. Bunga itu langsung tidak feminin kerana penuh dengan duri. Ini bukan bunga namanya, ini landak laut. Sama macam keadaan perhiasan biliknya, terbukti dia langsung takda taste walaupun memiliki magis yang cantik.

Keluh kecewa dilepaskan sambil meletakkan landak laut ais itu ke tepi. Sebelah tangan ditongkat ke belakang,manakala sebelah lagi memotong udara, menghasilkan ais dan salji di dalam biliknya sendiri. Perlahan-lahan ais menebal di dinding, tingkap dan kipas disiling. Suhu bertukar dingin. Suasana bertukar gelap dan muram. Elsa spontan melentok kepala ke kanan. Mata dipejam, dan nafas dihembus panjang. Terasa selamat. Terasa selesa…

Tanpa dipaksa-paksa, bayangan kabur memasuki kepala. Pada seorang perempuan yang mengamuk, pada letupan magis yang saling bertembung, pada raksasa bermata hitam dan anak mata kuning, pada malam bersalji penuh yang disinari bulan purnama, dan pada lelaki berambut perak.

Mata dibuka sedikit dan anak matanya dijeling ke kiri. Dia yang bernama Jack Frost…

Pintu tiba-tiba dibuka dengan kasar dari luar. Elsa menoleh terperanjat.

“You b*tch! Kau berani menggatal dengan Hiccup depan kitorang!! Kau tau tak kitorang siapa?!! Bilik ni pulak dah kenapa sampai berais macam ni?!!”

Datang tak bersalam, sergah bilik orang dan tiba-tiba menjerit macam orang meroyan. Dia yang dah kenapa?? Elsa bangkit berdiri, tidak mengenali siapa perempuan berambut pendek, hitam dan ikal itu. Kulitnya putih sekali. Tidak putih pucat sepertinya, tetapi putih glowing. Seperti salji.

“Awak siapa?” soalnya.

Snow menahan bara di hati. “AkuSnow White!! Pemenang Ratu Cantik Akademi berturut-turut sebelum kau datang!!”pekik gadis itu lagi.

Elsa kelam. Maklumat itu pentingkah sampai dirinya kena dijerkah tiba-tiba begini.

“Kau diamlah Snow. Ratu Cantik Akademi dah jatuh kat Ariel sejak dia datang kat sekolah ni. Jangan malukan kelab DP,”sahut seorang lagi perempuan yang baru memasuki bilik tidurnya. Pinggang dicekak sebelah sambil mengeluh. “Aku sendiri tak tau macammana nak kalahkan dia…”

Snow berpeluk tubuh sambil menjeling. “Kau seorang je ke? Mana Aurora?”

“Tertidur kat koridor nu,” ujar Cindy sambil memuncungkan bibir ke luar pintu. Pandangan tajamnya dialihkan pada Elsa pula. “Jadi kaulah perempuan yang dorang duk sebut-sebut tu…” ujarnya dengan suara menderam.

Elsa mengerut dahi.

“Kitorang takkan biarkan kau permainkan perasaan Belle… lagi-lagi aku dengar kau berani nak saingi Ariel masa pertandingan Ratu Cantik Feisty Festival nanti. Kau jangan ingat kau cantik sangat,” ujar Cindy sambil mengeluarkan dua batang besi sebesar genggaman tangan. Kedua belah besi itu diletakkan di kiri dan kanan kepala.

Elsa sekadar memandang ulah pelik itu dengan muka berkerut, masih gagal mencerna apa yang terjadi dan apa yang mereka nak lakukan. Snow dilihatnya bergerak ke sudut bilik sambil menekup kepala.

Beberapa anak rambut tiba-tiba terasa terangkat. Bulu roma turut meremang tanpa sebarang sebab yang difahami. Elsa cukup terasa tekanan dalam biliknya bertukar berat. Setiap sel di tubuhnya menjerit – bahaya!! Lalu Cindy yang masih berdiri di muka pintu ditoleh.Perempuan itu sedang mengukir senyum lebar.  

Keganjilan ini berpunca dari diakah??

Zap!!

Elektrik statik menyentap seluruh tubuh Elsa. Setiap urat otot dan darah merasa tegang setegangnya. Mujur kuasa voltan tak kuat hingga menyebabkan rentung, namun mampu membuat Elsa hilang kekuatan pada kaki sendiri. Gadis kurus pucat itu terjelupuk terus ke lantai. Seluruh otot di tubuhnya terasa bersemut, lantas menyukarkan pergerakan. Elsa mengerang.

“Hahah. Itu sebab kau peluk Hiccup. Dia, Belle yang punya,” ujar Snow.

Cindy menoleh. “Bukan. Itu sebagai amaran jangan berani merampas kedudukan Ariel sebagai pelajar paling cantik dalam sekolah ni.”

Snow mencemik sambil menjuling mata ke langit. “Ye. Itu juga.”

Elsa terus menerus menahan sakit sambil memikirkan dari mana serangan elektrik itu datang. Yang pasti, punca utama ialah dari perempuan berbaju tidur biru itu. Jadi, Cindy ialah pengguna magik elektrik? Elsa memaksa diri untuk bangun. Sebelah lutut bersokong pada lantai manakala tulang belakang ditegakkan agar mereka mampu ditentang.

“Aku tak tau apa-apa pasal semua ni. Aku hilang ingatan. Aku pertama kali jumpa Ariel tadi, dan aku langsung tak teringin nak masuk pertandingan ratu cantik ke apa… jadi jangan salah faham.Aku tak buat apa-apa…”

Snow dan Cindy sekadar membalas kata-kata itu dengan renungan seperti memandang sampah kotor.

“Nak berlakon hilang ingatan pulak… kau ingat kitorang tak tau yang kau sendiri yang letakkan nama kau dalam Pertandingan Ratu Cantik Feisty Festival?!”

“Ratu cantik feisty what?” Kelam lagi.

Snow mendengus. “Aku dah cakap jangan berlakon!!” Tangan kanan dilintangkan ke udara.  “Aku jarang gunakan kuasa aku sebab aku tak suka, tapi kali ni kau memang patut dilanyak…” ujarnya rendah sambil menggenggam penumbuk. Perlahan-lahan, tangan kanan kurus yang feminin itu bertukar berotot tegap macam ahli bina badan. Hanya pada seluruh tangan kanan,bukan di seluruh badan.

Elsa ternganga luas. Refleks kakinya berundur laju ke belakang. Takut andai Snow menyerang fizikal!

Snow menjungkit hidung melihat Elsa melarikan diri.  Puas pula hatinya. “Kalau betul kau lupa, biar aku perkenalkan diri aku. Aku ialah Snow White. Boleh panggil aku, Snow. Aku boleh gunakan kuasa ketujuh-tujuh manusia genit. Salah satu kegunaannya ialah tumbuk muka perempuan sundal macam kau!!” ujarnya sambil menerpa dengan penumbuk kekar.

Elsa terpekik. Tangan kanan spontan menampar angin, berniat mahu menepis Snow ke tepi macam menampar nyamuk. Tanpa sengaja, sebuah tangan salji sebesar ketinggiannya terbentuk danterus melempang tubuh Snow ke tepi.

Buk!! Gadis berambut hitam ikal itu terhentak ke dinding. Tangan ais juga dah jadi timbunan ais di lantai.Hilang bentuk asal selepas menjalankan tugasnya.

Cindy ternganga. Terkejut beruk.Snow lebih-lebih lagi. Sambil menahan sakit dan melepaskan batuk, dia memandang Elsa yang tengah kebingungan. Dia tidak menjangka sebarang serangan balas dari mangsa yang sedang dilanda ketakutan.

“Kau tak guna!!” Sekali lagi Snow menerpa, bersama amarah yang melambung kali ini.

“Eiikkk!!” Teriak kecil terlepas.Lekas Elsa menghasilkan dinding ais di antara dia dan Snow White. Namun,dinding ais itu hancur ditumbuk oleh tangan yang luar biasa berotot itu dengan hanya sekali serangan. Penumbuk besi itu semakin dekat menhampiri, lalu Elsa meloncat ke tepi sebelum sempat serangan itu mengenainya. Dia terseret ke dinding. Penumbuk Snow mengenai meja belajar hingga musnah hancur. Kekuatan tangan pinjaman itu sememangnya destructive.

Ahli magis ais itu termengah.Hilang kekuatan dan sendat nafas kerana dijerut ketakutan. Snow di depan mata dah macam setan bertanduk. Tetapi atas dasar apa perempuan itu nak menyerangnya tanpa sebarang niat kukuh! Dia belum lagi berbuat apa-apa kat akademi ini…sekurang-kurangnya, itu yang dia tahu dalam tempoh sehari di sini. Mungkin disebabkan oleh apa yang dah jadi sebelum dia hilang ingatan… tapi apa dia yang dah jadi?!! Siapa dia sebenarnya?? Apa yang dia dah buat sampai dibenci begini?! Tapi alasan yang baru diberi tadi tidak berkait dengan sebarang kejadian silam… Jadi, itu tak bermakna dia layak dibelasah disebabkan oleh alasan bodoh itu!!

Takut bertukar marah. Snow dan Cindy dipandang dengan mata berapi, bersedia menyerang balas. Jika mereka mampu melukakan dia kerana alasan bodoh, dia juga boleh buat. Jika mereka tidak teragak-agak nak mencederakannya atas kepentingan peribadi… dia memiliki alasan yang jauh lebih kukuh untuk membalas balik pembulian yang dah dibuat.

Kedua belah tangan dibentang.Raksasa ais dibayangkan dalam kepala. Memiliki rahang yang besar serta gigi taring yang besar. Bahu raksasa itu lebar agar boleh menampung beban tanganyang panjang dan kekar, malah berkuku ais tajam. Beberapa ketulan ais keras dicampuraduk di dalam salji buatannya, menjadikan ciptaannya lebih kukuh seperti simen yang bercampur batu bagi menghasilkan konkrit. Tujuan rekaan – bunuh mereka!

Snow dan Cindy sama-sama melopong, melihat orang salji terbentuk di hadapan mereka. Kepala perlahan-lahan melangut, menyamai ketinggian raksasa yang bersaiz tiga kali ganda dari saiz mereka. Mata orang salji yang mulanya hitam kosong, bertukar merah. Bersifat ganas. Masing-masing menelan liur, lagi-lagi bila raksasa itu memandang tepat ke arah mereka.

Mangsa – locked on.

Mode – attack.

“ROAAAAAAARRRR!!” Raksasa salji itu mengaum,sekaligus memuntahkan debuan salji ke tubuh kedua-dua ahli kelab Disney Princess itu. Cindy dan Snow sama-sama kelam kabut membersihkan diri. Ketika itulah raksasa salji menerpa.


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku