USOP SONTORIAN PRIVATE ACADEMY
Bab 3
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 01 Januari 2018
Genre: Parodi, fanfic, fantasy, adventure, action, saja-saja for fun bila kebosanan dalam opis. Reference: Frozen, Rise of the Guardian, How to Train Your Dragon, Fairy Tail, Soul Eater, Gintama, other Disney movie franchise, Hotel Transylvania, Boboiboy, Usop Sontorian... the list will goes on sepanjang progress, i guess. Author's note: I always fond of Elsa among other Disney Princesses. She's like... freakishly strong ice mage!! Dia boleh buat istana di atas gunung yang bukan atas tanah pamah, siap menari-nari without breaking a sweat atau penat. Dia boleh ubah fabrik baju permaisuri dia kepada baju ais yang lain color, style dan kepanjangan kainnya. Dia boleh ubah warna dress dia dan dress orang lain!! (Anna). Dia boleh buat benda terbang macam dalam short film Frozen Fever. Dia boleh buat kasut. Dia boleh buat jambatan, strong enough sampai boleh tahan beban beberapa orang lelaki dewasa dan raksasa ais dia si Marshmallow tu. Finally, kita semua tahu dia ciptakan Olaf yang overly optimis tu, dan Marshmallow yang ada purpose hidup untuk jagakan istana dia. Jadi arkitek istana, engineer jambatan, tukang buat baju and kasut is one thing, but making living thing with different personality and living purpose... itu dah macam kuasa Tuhan, and i dont like it! Logik di sebalik ice magic ialah it is extremely flexible and depended on the imagination - tapi takde la sampai boleh buat bunga terbang, melekat kat skirt dan tukar kaler skirt jadi hijau, kemon (refer Frozen Fever)... aku sebagai fan pun tahu itu mengarut overdose. So i make my own version - The Magic of Emotion - yang anda boleh bacakan dari kisah Elsa yang saya buat ini. Harap enjoy. Extra note: A promise i made for my older sister sbb dia minat Jelsa.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
42

Bacaan






“SAYA dah cakap, saya tak tahu! Saya tiba-tiba terbangun kat hutan belakang nu…” Telunjuk dituding ke luar tingkap. “-ditemui lelaki bernama Batuk… erk… Kahak… erk… MNO something, saya tak ingat! Tapi dia macam kenal saya. Kalau diikutkan, semua orang kat sini kenal saya. Tapi saya tak tahu apa-apa!! Macammana saya ada kat sini, bila masa saya mendaftar kat sekolah ni… saya betul-betul tak tahu! Apatah lagi nak buat musuh dengan dua orang pelajar yang saya langsung tak kenal! Mereka yang datang serbu saya kat bilik saya sendiri! Siap cuba nak menyerang saya! Takkanlah saya nak biar je dorang lukakan saya tapi tak cuba nak pertahankan diri?!”

Satu persatu diluahkan dengan nada keras. Sesungguhnya dia marah bila ditangkap oleh Lembaga Disiplin Akademi dengan tuduhan menyerang dua orang pelajar perempuan yang juga ahli elit kelab Disney Princess. Hanya kerana mempertahankan diri, kini dia dihadapkan di mahkamah pelajar. Kebodohan apakah ini?!

Dah la bangun tidur dalam keadaan hilang ingatan, sekarang tersepit dalam situasi bangang sebegini. Siapa yang tak berang?

Kid selaku Head Boy juga merangkap wakil pembela, merenung anak mata biru neon itu. “Jadi kau mengaku tak bersalah?”

Obviously!” bentak Elsa kembali. Tegas!

Kid mengangguk. “Aku mengaku aku pun tak sukakan ahli kelab Disney Princess tu. Kalau diikutkan, apa-apa complain yang dorang pernah failkan, aku buang terus kat tong sampah. Tapi sekarang ni, yang buat kesalahan ialah raksasa ais ciptaan kau. Apa-apa maklumat yang kami berjaya tangkap kat tempat kejadian ialah kesan kemusnahan benda alah tu. Raksasa kau dah musnahkan separuh bangunan asrama kau tu, tau tak? Even sekarang, dia masih mengganas kat dalam tahanan kami. Cindy dan Snow traumatize… Snow siap patah tangan dan tulang rusuk! Dan bukan mereka saja, semua pelajar perempuan yang duduk bawah tingkat bangunan asrama kau terkesan sebab kes ni. Ini dah bukan atas kesalahan bergaduh dalam kawasan sekolah sebab berebut lelaki, tapi kesalahan mencederakan pelajar akademi ini serta merosakkan harta benda sekolah. Satu-satunya punca ialah kau ciptakan raksasa salji kau… yang kau sendiri tak mampu nak kawal. Kau masih taknak mengaku salah?”

Satu persatu kata-kata itu menghentam telinga. Setiap pertuduhan dah pun dibacakan pengerusi, tapi kini jiwa semakin terhambat rasa bersalah bila diulang oleh satu-satunya wakil yang sepatutnya membantu dirinya. Elsa menundukkan kepala.

Kid merapatkan tubuh ke platform defendan. Sebelah lengan direhatkan di atas pagar platform manakala wajah murung pelajar tahun tiga itu direnung.

“Elsa, tengok aku.”

Elsa menjulingkan matanya dalam keadaan tertunduk.

“Mengaku salah je. Kesalahan kau akan diringankan. Bukannya kes jarang bila pelajar Mage tulen macam kau tak mampu kawal kuasa kau. Benda ni kerap kali berlaku, tapi masalahnya, mereka terlalu degil nak mengaku silap. Kau mengaku silap, aku boleh bantu ringankan hukuman kau.”

Keluh dilepaskan. “Kalau… kalau aku mengaku salah… apa hukumannya?” soalnya pada si pemuda bermata hitam pekat macam kopi terlebih serbuk itu. 

“Buat kerja amal seluruh sekolah.Dan apa-apa jenis hukuman yang aku boleh beri.”

“Kau yang beri?”

Kid mengangguk. “Kau akan diletakkan bawah pengawasan Lembaga Disiplin, sekaligus bawah pemerhatian aku. Asalkan kau boleh yakinkan aku yang kau boleh kawal kuasa kau, barulah aku lepaskan kau dari pertuduhan pihak akademi.”

Elsa terkebil. “Jadi… selagi akutak boleh kawal kuasa aku…”

“Selagi itu aku akan pantau kau.”

Basicallyendless?”

Kid spontan meraup muka. Terbeban dek tanggungjawab di bahu. “Look, tolong jangan susahkan aku. You need help dan aku boleh bantu. Tawaran ni not half-bad, kan? Atau kau lebih prefer digantung akademi? Jadi kat mana kau nak pergi dalam tempoh detention sedangkan kau hilang ingatan?”

Elsa mengerut dahi, terusmerenung senyuman sinis si ketua pelajar.

Kid menjungkit kedua belah kening. “Cik Hana dah maklumkan kat aku apa yang jadi kat kau, Miss Elsa Frozen. Secara tak langsung, kau dah berada di bawah tanggungjawab aku, jadi aku akan bantu kau. Sekarang, aku cuma nak kau mengaku salah supaya kerja aku jadi lebih senang,” ulangnya lagi bagi menarik keyakitan Elsa untuk mempercayai kata-katanya.

Elsa masih mendiam. Pengerusi mahkamah iaitu guru disiplin sedang merenungnya. Panel juri termasuklah guru-guru, manakala orang yang mempertahankannya ialah ketua pelajar – Kid. Pihak yang mendakwa ialah ketua Lembaga Disiplin bernama Law, namun pelajar berambut putih itu sekadar duduk di kerusinya tanpa mengatakan apa-apa. Ahli-ahli kelab Disney Princess memarahi dan menghina ketua Lembaga Disiplin itu dari tadi kerana tak buat kerja, tetapi Law cuma membalas dengan mengorek tahi hidung.

“Macammana kalau aku tetap taknak mengaku salah? Aku berpeluang balik ke rumah, kan? Mungkin aku lebih berpeluang nak korek balik ingatan aku kalau kat rumah.”

Law menjeling tajam. Anak matanya berwarna merah wine, menjadikan renungan itu benar-benar menggerunkan. Seperti dah bersedia nak membunuh. Elsa terundur sedikit, terasa tekanan daripada renungan tajam itu.

Kid berdiri di antara Law dan Elsa, sekaligus menghalang renungan membunuh Law. Ketua pelajar itu memanjangkan leher ke arah Elsa yang masih dihambat gerun.

“Kerja dia akan bertambah. Dan bila kerja si pemalas tu bertambah, dia akan susahkan semua orang. Believe me, kau taknak tengok dia meroyan,” bisik Kid.

Elsa merenung belakang kepalaKid. Sekurang-kurangnya, Kid nampak bersungguh membantunya. Berbanding ketuaLembaga Disiplin itu, Ketua Pelajar nampak lebih membantu dan ramah. Sekaligus memberi imej boleh dipercayai.

Elsa mengeluh pendek. “Baiklah.Saya mengaku bersalah.”

Kid menjeling bersama senyuman dan anggukankecil - bagus.


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku