USOP SONTORIAN PRIVATE ACADEMY
Bab 4
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 01 Januari 2018
Genre: Parodi, fanfic, fantasy, adventure, action, saja-saja for fun bila kebosanan dalam opis. Reference: Frozen, Rise of the Guardian, How to Train Your Dragon, Fairy Tail, Soul Eater, Gintama, other Disney movie franchise, Hotel Transylvania, Boboiboy, Usop Sontorian... the list will goes on sepanjang progress, i guess. Author's note: I always fond of Elsa among other Disney Princesses. She's like... freakishly strong ice mage!! Dia boleh buat istana di atas gunung yang bukan atas tanah pamah, siap menari-nari without breaking a sweat atau penat. Dia boleh ubah fabrik baju permaisuri dia kepada baju ais yang lain color, style dan kepanjangan kainnya. Dia boleh ubah warna dress dia dan dress orang lain!! (Anna). Dia boleh buat benda terbang macam dalam short film Frozen Fever. Dia boleh buat kasut. Dia boleh buat jambatan, strong enough sampai boleh tahan beban beberapa orang lelaki dewasa dan raksasa ais dia si Marshmallow tu. Finally, kita semua tahu dia ciptakan Olaf yang overly optimis tu, dan Marshmallow yang ada purpose hidup untuk jagakan istana dia. Jadi arkitek istana, engineer jambatan, tukang buat baju and kasut is one thing, but making living thing with different personality and living purpose... itu dah macam kuasa Tuhan, and i dont like it! Logik di sebalik ice magic ialah it is extremely flexible and depended on the imagination - tapi takde la sampai boleh buat bunga terbang, melekat kat skirt dan tukar kaler skirt jadi hijau, kemon (refer Frozen Fever)... aku sebagai fan pun tahu itu mengarut overdose. So i make my own version - The Magic of Emotion - yang anda boleh bacakan dari kisah Elsa yang saya buat ini. Harap enjoy. Extra note: A promise i made for my older sister sbb dia minat Jelsa.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
37

Bacaan






KEPENATAN.

Elsa keluar dari Bangunan Pentadbiran dengan muka malas. Bahunya memberat kerana penat. Anak tekak kering dan dahaga. Sepanjang hari dihakimi dan melalui pelbagai pertuduhan oleh ahli-ahli Disnes Princess memberinya rasa sengal yang amat. Walaupun baru dua hari di akademi ini, dia mula membenci nasibnya di sini.

Merasa dirinya malas ke kelas –dan tak tahu kelas berada di mana – Elsa memutuskan nak balik ke asrama. Nak tidur dan berehat. Baru teringat, bangunan asrama telah dihancurkan oleh raksasanya malam tadi. Elsa menepuk kepala. Memang benar dia salah dalam kes ini. Raksasa itu masih mengganas di bawah tanah, bak kata Kid. Entah macammana mereka nak menenangkan raksasa itu. Dimatikankah?

Mungkin.

Kid memberitahu dia akan cuba membantu Elsa memulihkan ingatan dengan memberikan fail pelajar kepada Elsa sebagai langkah pertama. Ya, maklumat berdokumen. Itu mungkin membantu. Syukur pelajar itu benar-benar sudi membantu.

“Hey.”

Elsa menoleh, melihat Kid berlari anak mendekatinya. Ah, panjang umur. Rambut hitam pekat yang hampir menutup mata itu menari-nari semasa berlari. Ketua Pelajar itu turut mengenakan sut hitam. Tak macam pelajar-pelajar yang lain. Mungkin kerana dia menguruskan kes pada hari ini. Di tangannya memegang satu fail.

“Itu fail aku?” soal Elsa.

“Ya. Nah.”

“Okay. Thanks.”

Kid menoleh ke belakang, kiri dan kanan. “Aku ada benda nak bincang dengan kau, tapi hal ni sulit. Even cikgu-cikgu pun tak tahu. Jom berjalan sambil bercakap.” Lengan Elsa digenggam dan ditarik supaya terus berjalan.Gadis itu menurut. “Sejak bila kau tau yang kau boleh gunakan ice magic?” soal Kid terus.

Elsa mengerut dahi. “Sejak aku sampai kat sini. MNO bagitau, dan Cik Hana yang bagi pendedahan sedikit macammana nak guna.”

Ketua pelajar berkerut dahi,pelik. “Siapa MNO?”

“Budak kelas aku katanya. Aku tak ingat namanya. Aku ingat MNO je…” Dagu ditunjal.

“Kenapa MNO? Buruk benor alias yang dia pakai.”

“Entah. Dia panggil aku L. Maybe pendek untuk Elsa.”

Ketua pelajar itu mendiam, dah tak peduli dengan maklumat itu. Elsa direnung lagi.“Kau sebenarnya… bukan pelajar sekolah ni. Aku tak pernah jumpa kau. Aku tak pernah tukar maklumat analog kau kepada digital. Aku masih ingat setiap muka budak baru yang ikut induksi… kau tak pernah ada dalam memori aku.”

Elsa terkedu. “Tapi… MNO cakap aku budak kelas dia sejak dua tahun lepas…”

“Ye, aku maklum. Dalam database pun cakap macam tu. Fail tu pun…”Fail coklat kekuningan itu dimuncung. “Tapi aku langsung tak ingat bila masa aku masukkan data pasal kau dalam database sekolah. Dua hari lepas, jumlah fail pelajar adalah seramai 107. Semalam tiba-tiba jumlah bertambah 108.” Anak mata biru neon itu direnung tajam. “Kau siapa sebenarnya? Dari mana kau datang?”

Langkah Elsa termati, terasa terancam dek renungan tajam dan nada bahasa yang bertukar kasar itu. Fail terus digenggam erat. Lelaki ini juga meragui identitinya… sama macam dia meragui diri sendiri.

“Aku tak tau… semua orang layan aku sebagai Elsa Frozen, jadi aku ialah Elsa Frozen la kan?” soal Elsa pula.

Kerut di dahi Kid bertambah lapisnya. Tanpa dapat ditahan, keluh berat dihembus. Muka diraup dengan sebelah tangan sebelum menggenggam rambut hadapan sekuatnya. Kalau boleh, nak ditarik sekali semua kesakitan yang menyengat kepala. Parut yang tegak di atas kening kiri kini nampak di pandangan Elsa.

“Soalan itu… aku tak boleh jawab. Semua cikgu… even Law… Ariel… semua mengaku yang kau dah pun ada kat akademi ni sejak awal lagi. Aku tak faham. Siapa yang kuat sangat yang mampu mengubah memori semua orang dalam akademi ni?” Anak mata hitam pekat itu menjeling lagi pada si mata biru neon. “Apa dia pasal kau yang istimewa sangat??”

Elsa menelan liur. “Aku tak istimewa. Berbanding aku, aku rasa kau lebih pelik. Yang lain semuanya kenal aku. Kau seorang je yang menafi… yakin gila pula tu. Entah-entah kau yang salah.”  

Kid tidak bereaksi. Tenang menerima bidasan itu. “Itu, kau tak perlu tahu. Tapi selagi kita masih boleh berlakon, kita terus berlakon. Kau tetap di bawah tanggungjawab aku, dan aku akan selesaikan misteri ni. Jangan buat masalah lagi, kalau tak aku yang kena.”Kepala Elsa diketuk ringan sebelum meneruskan langkah.

“Hey, fail ni macammana?”

“Simpan je. Itu salinan. Aku tak pasti maklumat dalam tu membantu ke tidak sebab boleh jadi dipalsukan memandangkan kau sendiri tak boleh nak sahihkan identiti kau sendiri.”

Liur tertelan. Satu-satunya dokumen yang dirasakan boleh membantu mengorek ingatannya… berpotensi palsu?Ergh, ini berat! Elsa memicit dahi, mula terasa beban kerana tidak memilikiapa-apa. Apa yang ada cuma magik, serta nama yang dirujuk padanya berkali-kali.

Elsa Frozen.

Siapa sebenarnya identiti Elsa Frozen yang digunakannya sekarang ini? Fail direnung. Mungkin dia patut bermula dengan mengkaji seberapa maklumat yang boleh walau sekarut mana sekalipun.Sebagai permulaan, maklumat akademi ini.

Langkah dibina ke perpustakaan.


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku