USOP SONTORIAN PRIVATE ACADEMY
Bab 5
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 01 Januari 2018
Genre: Parodi, fanfic, fantasy, adventure, action, saja-saja for fun bila kebosanan dalam opis. Reference: Frozen, Rise of the Guardian, How to Train Your Dragon, Fairy Tail, Soul Eater, Gintama, other Disney movie franchise, Hotel Transylvania, Boboiboy, Usop Sontorian... the list will goes on sepanjang progress, i guess. Author's note: I always fond of Elsa among other Disney Princesses. She's like... freakishly strong ice mage!! Dia boleh buat istana di atas gunung yang bukan atas tanah pamah, siap menari-nari without breaking a sweat atau penat. Dia boleh ubah fabrik baju permaisuri dia kepada baju ais yang lain color, style dan kepanjangan kainnya. Dia boleh ubah warna dress dia dan dress orang lain!! (Anna). Dia boleh buat benda terbang macam dalam short film Frozen Fever. Dia boleh buat kasut. Dia boleh buat jambatan, strong enough sampai boleh tahan beban beberapa orang lelaki dewasa dan raksasa ais dia si Marshmallow tu. Finally, kita semua tahu dia ciptakan Olaf yang overly optimis tu, dan Marshmallow yang ada purpose hidup untuk jagakan istana dia. Jadi arkitek istana, engineer jambatan, tukang buat baju and kasut is one thing, but making living thing with different personality and living purpose... itu dah macam kuasa Tuhan, and i dont like it! Logik di sebalik ice magic ialah it is extremely flexible and depended on the imagination - tapi takde la sampai boleh buat bunga terbang, melekat kat skirt dan tukar kaler skirt jadi hijau, kemon (refer Frozen Fever)... aku sebagai fan pun tahu itu mengarut overdose. So i make my own version - The Magic of Emotion - yang anda boleh bacakan dari kisah Elsa yang saya buat ini. Harap enjoy. Extra note: A promise i made for my older sister sbb dia minat Jelsa.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
43

Bacaan






ANGIN bertiup kencang hingga ke kawasan hutan tebal. Suhu terasa bercampur aduk antara haba berbahang dan lembap dingin kerana di sebelah hutan sana ialah gurun pasir. Tekanan udara yang tunggang langgang menjadikan keadaan cuaca di sini tidak menentu,termasuklah juga pergerakan angin. Usaha nak terbang menjadikannya terhuyung hayang.

Perasan bumbung bangunan tinggi di tengah-tengah hutan, Jack meletakkan kayu di bawah kakinya dan melungsuri tekanan angin seperti snowboarding.Pemuda itu terus mendarat di atas kepala tugu yang melekat di bumbung bangunan megah itu. Kayu panjang miliknya disepak ke tengah udara. Disambut dengan sebelah tangan dan direhatkan pada bahu. Dari atas bumbung bangunan tersebut, dia melata renung ke seluruh kawasan.

Jarang datang ke sini, tapi tempat ini memang tak berubah langsung. Kumpulan pelajar yang berselerak di merata tempat, ada yang keluar dari bangunan tempatnya bertapak, ada yang memasuki sebuah dome separuh bulat,dan kebanyakannya memenuhi sebuah bangunan yang dah separuh musnah.

Eh eh? Jack menjungkit kening.Bangunan lain semuanya berada dalam keadaan elok kecuali itu. Siapa yang kuat sangat sampai mampu musnahkan asrama perempuan itu? Hiro pernah memberitahu yang asrama perempuan itu dilindungi kumpulan elit perempuan. Mereka bergaduh sesama sendiri sampai musnahkan rumah sendiri, kah?

Sambil menahan sengih, Jack menunduk ke bawah. Perasan seseorang sedang memandangnya. Jack tidak melarikan renung, tenang menentang gadis berambut tocang itu. Comel wajahnya. Di tangan si gadis penuh dengan buku. Mungkin baru keluar dari perpustakaan. Entah budak perempuan itu sedang melihat apa. Melihat langitkah?

Jack melangut ke langit. Awan putih dan langit biru. Cerah sekali. Syok bersukan. Tapi datangnya dia ke sini bukan nak mengintai awek, tapi kerana janji dengan seorang budak genius bernama Hiro.

Dengan sekali langkah, Jack membiarkan dirinya jatuh ditarik graviti.

Wind! Take me – auch!!”

Mengaduh sakit bila punggung terhentak sebuah gelungsur ais. Sakit bertambah bila ais-ais kasar pada gelungsur mencucuk paha dan punggung sepanjang dia melungsur jatuh ke bawah.Jack menghala penghujung kayu ke hadapan. Magiknya ditebak dari hujung kayu di sepanjang gelungsur, menukar permukaan menjadi lebih halus dan mesra pengguna.

Setelah beberapa ketika, Jack akhirnya tiba ke bawah. Permukaan foyer dewan kini turut bertukar menjadi permukaan ais. Impak lungsuran membuatkan Jack terseret jauh dan akhirnya terhenti bila dia menggelungsur di atas sebuah ramp ais. Kelakar dengan apa yang baru berlaku, Jack tergelak hingga dia benar-benar berhenti skidding.

Pemuda kurus itu bangkit duduk.Tidak faham apa yang baru berlaku, tetapi difahami gelungsur ais yang dibuat itu adalah hasil kerja pelajar yang tak mempedulikan undang-undang akademi. Iyelah, siapa yang cukup gila nak buat gelungsur ais gergasi di tengah-tengah kawasan yang penuh dengan manusia? Ada di antara mereka dah pun terbersin berkali-kali kerana perubahan suhu sekeliling. Ada juga yang terjatuh kerana tergelincir, mahupun terperangkap di dalam dewan kerana gelungsur menutup pintu dewan –

Buk!!

“Adeh!!” Kepala tertunduk terus dek impak tumbukan di belakang kepala. Jack memegang benjol yang berdenyut dengan kedua belah tangan sambil menoleh ke belakang. Gadis bertocang yang dilihatnya tadi kini berdiri dengan muka garang di belakangnya.

“Kau bodoh ke apa?!!” tengking gadis itu.

Tanda soal terasa menimbul di atas kepala. Kehairanan. Minah ni dah kenapa?? Kepala dipaling, nak melihat siapa yang sedang dimarahi sehingga dia yang menerima tempias dan dipukul dengan percuma – eeehh?? Dia baru pukul aku??

Mata Jack membesar. Sakit menghilang bila menyedari apa yang baru berlaku. Gadis ini baru menyentuh dia. Gadis ini nampak dia… dan sedang berinteraksi dengan dia!! Jack bingkas berdiri sambil memandang wajah garang itu dengan mata dibulatkan.

“Kau-kau… kau boleh nampak aku??”

“Haa??” Elsa menahan pelik. Sudah tentu dia boleh nampak lelaki ini! Kalau tak, buat apa dia bina gelungsur semata-mata nak selamatkan lelaki bodoh bangang yang nak terjun dari bangunan tujuh tingkat ini!

Jack merapat setapak dan Elsa berundur dua tapak, merasa terancam. Anak mata biru terang Jack terus menerkam mata neon gadis itu dengan penuh rasa teruja bercampur rasa ingin tahu.

“Kau betul-betul… kau bercakap dengan aku??” soalnya dengan senyum tenggelam timbul. Perasaan Jack bercelaru!!Tidak pernah manusia yang dah akil baligh mampu melihatnya. Selama beratus-ratus tahun dia wujud… ini pertama kali!! Dia tidak pasti nak bergembira atau on-guard.

Darah menyirap terus naik ke kepala. “Aku bukan bercakap dengan kau… aku marahkan kau! Yang kau pergi buat kerja gila berdiri kat atas bangunan tertinggi dekat sekolah ni dah kenapa?! Kau boleh mati kalau jatuh dari situ, kau tahu?” Telunjuk dituding tepat ke arah tugu Usop Sontorian, tempat Jack berdiri tadi.

Lelaki itu ternganga rendah sebelum menoleh ke tugu. Jadi gadis ini nampak dia… dari tadi? Rupanya. Lalu gadis berambut perang pudar itu direnung sambil cuba memikirkan sesuatu.

“Kau… umur kau berapa?”

Elsa terkebil seketika. Tidak memahami logik soalan itu. Orang yang nak bunuh diri memang semuanya akal pendek macam ni, kah? Kepala digeleng kemudian. “Aku takda masa bermain ayat dengan orang macam kau. Tolong sedar yang nyawa kau masih berharga daripada dibuang macam tu je. Jangan berfikir macam budak tak matang!”

“Aku yang macam budak atau kau yang macam budak?” bidasnya bersama sengih nakal. Hidung turut dijungkit sedikit, merenung Elsa dengan pandangan rendah. “Plus, aku berdiri kat di situ bukan sebab nak menempah maut, but to enjoy some view. Tapi terima kasih daun keladi, aku dapat enjoy gelungsur tujuh tingkat.” Senyumnya sambil berkalih.

Gadis bertocang satu itu masih mencerun tajam. “Aku ialah orang yang baru selamatkan kau. Jangan layan aku macam budak.”

There, you being grumpy. Senang sangat diusik macam budak, hahah…”ujarnya. Sesekali diselit ketawa kecil. Jemari ditarikan ringkas hingga terbentuk sekeping kristal ais di tengah udara. Ukirannya berseni halus.Cantik! Tidak seperti sebarang rekaan ais Elsa yang sangat kasar. Snowflake yang sekeping itu terapung ke hadapan muka Elsa dan poof, meletup kecil.

Gadis itu terperanjat. Tetapi tempoh sedetik itulah si lelaki lesap. Marahnya turut lesap, bertukar relaks. Elsa ternganga, terkelip-kelip.

Kedengaran suara-suara bisikan. Elsa menoleh, melihat para pelajar yang memandang dirinya sambil bertukar kata-kata nipis. Bisikan itu berbunyi sinis. Pahit rasanya. Elsa mengerutkan dahi. Lagi-lagi bila pengawas disiplin datang selepas dipanggil pelajar. Itu Astrid, salah seorang ahli Lembaga Disiplin Akademi. Elsa spontan mengeluh. Baru saja dilepaskan dari tahanan, takkanlah dia ditahan lagi.

“FYI, aku buat gelungsur ni sebab nak selamatkan orang!” ujarnya lekas bila Astrid berada dalam jarak beberapa langkah.

Gadis berambut perang terang itu mencekak sebelah pinggang. “Kat mana orang yang kau dah selamatkan tu?”

Elsa terpempan. “Dia… dah hilang. Aku tak tipu, dia ada depan aku tadi! Mungkin pengguna magis dimensi atau cermin atau udara atau… apa-apa!”

“Sini ni takda pengguna magismacam tu. Menurut laporan, saksi-saksi tengok kau gunakan magis kat tempat terlarang, rosakkan fasiliti sekolah, ganggu pergerakan pelajar… rosakkan persediaan Feisty Festival kat padang nu…” Ibu jari ditunjuk ke belakang.

Elsa menjengulkan kepala pada arah yang ditunjukkan. Baru perasan aisnya dah merebak sampai ke padang sekolah. Beberapa gerai dan perhiasan untuk festival sekolah yang akan diadakan hujung minggu nanti turut membeku. Erk. Dia kini turut keras beku macam disihir aisnya sendiri.

Astrid menyambung kata. “Dan sekarang, kau berbohong depan muka aku pasal orang yang tak wujud.”

Gadis berambut perang pudar itu membulatkan mata. “Berbohong pasal orang yang tak wujud?? Aku tak bercakap dengan orang yang tak wujud! Takkan seorang saksi pun tak nampak?! Tadi ada lelaki yang turun menggelungsur dari lungsuran yang aku buat! Berambut pendek…perak! Aku bercakap dengan dia!!” ujarnya dengan suara yang sudah naik kini.Emosinya carca marba kerana tidak memahami apa yang dah jadi. Semua orang cuba nak memboikot dia kah?!!

Salah seorang dari pelajar yang menontoh drama Elsa dan Astrid, menggelengkan kepala. “Kami tak nampak sesiapa. Kau bercakap… tak, kami nampak kau bergaduh dengan diri kau sendiri.

Elsa terpaku. “Ta-tapi… dia cuba nak bunuh diri… sebab tu aku buat…”

“Takda siapa yang nak bunuh diri.Kau tiba-tiba buat gelungsur ais, dan kau tiba-tiba memekik seorang diri. Aku dengar kau pengsan kat belakang blok akademik semalam. Mungkin otak kau masih tak betul… atau, ni pendapat aku, aku rasa kau berangan siang,” tambah seorang lagi.

Elsa terus tergagau.

Tanpa disedari sesiapa, sepasang mata biru kilat memerhati dari jauh. Jack kini berada di asrama lelaki dan bertenggek di sebuah tingkap milik bilik pelajar. Kedua belah siku ditongkat pada lututnya dan kayu panjangnya juga tak lari dari pegangan. Bila berada di kedudukan tinggi, baru perasan jarak kawasan yang dah dibekukan Elsa. 

Luas! 

Dalam masa beberapa saat, gadis itu membentuk gelungsur setinggi tujuh tingkat, membekukan seluruh pekarangan dewan pelajar termasuklah padang sekolah, malah siap membentuk ramp ais di tengah-tengah bagi menghalang dia terseret jauh. Magik ais Elsa seolah-olah mempunyai nyawa sendiri kerana mampu terbentuk sendiri mengikut kehendak asal perekanya walau ketika gadis itu tidak memberi perhatian.

Elsa yang menggelebah di tengah-tengah kerumunan pelajar, direnung redup. Ahli magis tulen. Jumlah yang sangat sedikit dalam dunia ni, dan dia bertuah kerana jumpa seorang. Cantik juga, tapi sayang, otak masih otak budak.


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku