USOP SONTORIAN PRIVATE ACADEMY
Bab 6
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 01 Januari 2018
Genre: Parodi, fanfic, fantasy, adventure, action, saja-saja for fun bila kebosanan dalam opis. Reference: Frozen, Rise of the Guardian, How to Train Your Dragon, Fairy Tail, Soul Eater, Gintama, other Disney movie franchise, Hotel Transylvania, Boboiboy, Usop Sontorian... the list will goes on sepanjang progress, i guess. Author's note: I always fond of Elsa among other Disney Princesses. She's like... freakishly strong ice mage!! Dia boleh buat istana di atas gunung yang bukan atas tanah pamah, siap menari-nari without breaking a sweat atau penat. Dia boleh ubah fabrik baju permaisuri dia kepada baju ais yang lain color, style dan kepanjangan kainnya. Dia boleh ubah warna dress dia dan dress orang lain!! (Anna). Dia boleh buat benda terbang macam dalam short film Frozen Fever. Dia boleh buat kasut. Dia boleh buat jambatan, strong enough sampai boleh tahan beban beberapa orang lelaki dewasa dan raksasa ais dia si Marshmallow tu. Finally, kita semua tahu dia ciptakan Olaf yang overly optimis tu, dan Marshmallow yang ada purpose hidup untuk jagakan istana dia. Jadi arkitek istana, engineer jambatan, tukang buat baju and kasut is one thing, but making living thing with different personality and living purpose... itu dah macam kuasa Tuhan, and i dont like it! Logik di sebalik ice magic ialah it is extremely flexible and depended on the imagination - tapi takde la sampai boleh buat bunga terbang, melekat kat skirt dan tukar kaler skirt jadi hijau, kemon (refer Frozen Fever)... aku sebagai fan pun tahu itu mengarut overdose. So i make my own version - The Magic of Emotion - yang anda boleh bacakan dari kisah Elsa yang saya buat ini. Harap enjoy. Extra note: A promise i made for my older sister sbb dia minat Jelsa.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
44

Bacaan






AIS Elsa masih tidak cair walau matahari tegak di langit. Tiada juga ahli magis api yang mampu mencairkan ais itu. Mungkin sibuk dengan benda lain. Tapi yang menjadi masalah ialah pada pelajar yang lain. Tidak semua pelajar kebal dengan sejuk yang tiba-tiba, tambah-tambah sekarang masih musim panas. Summerflu la jawabnya.

Kedengaran bunyi pintu dibuka.Jack menoleh, melihat seorang budak kecil memasuki bilik tidur itu. Sengih diukir lebar. 

“Yo Hiro.”

“Tiap kali kau datang je ada masalah yang timbul kat sekolah ni. Aku tak mintak kau datang sini supaya kau boleh unleash troublemaker dalam badan kau tu kat properti akademi ni!”

Tersengih si kacak dibuatnya. “Amboi.Marah. Kau tengah puberti ka apa?”

Hiro mendengus. “Kau buat apa kat Elsa sampai dia buat gelungsur sampai ke muka Usop?” soal budak itu terus. Rias mukanya memenuhi ciri-ciri seorang rakyat timur. Bermata sepet, berkulit cerah dan rambut hitam lebat. Sebagai seorang budak 12 tahun, ketinggiannya cuma separuh pintu biliknya.

Jack menyandarkan kepala padatingkap. “Dia nampak aku.”

Hiro yang meletakkan beg bertali satu ke atas meja belajar, lalu menoleh. “Nampak kau?? Maksud kau… nampak macam… macam aku tengah nampak kau sekarang??”

Angguk.

“Huh. Tapi aku ingatkan budak-budak je yang boleh nampak kau. Paling tua pun usia aku.”

“Kan. Aku pun ingat benda yang sama…” balas Jack tenang. Senyuman lebarnya bertukar nipis, namun, seri ceria masih tidak lari dari wajah kacak, tanda dia langsung tidak kecewa mahupun bersedih.

Hiro merenung redup. “Kau happy eh?”

Jack menjeling.

Good for you, tapi benda yang elok ke bila ada orang boleh tengok kau? Aku tak cakap benda ni seratus peratus benda buruk, tapi kau dah hidup lebih lama dari moyang aku. Kes ganjil macam ni dah macam bug dalam system. Maybe nampak harmless sebab cuma dia seorang buat masa ni, tapi kalau dibiarkan, bug ni berpotensi merebak dan system boleh berhenti berfungsi. Sebagai engineer, aku cadangkan kau cari punca dia cepat dan selesaikan bug ni.”

Kata-kata itu tak macam disebut oleh seorang budak kecik. Hiro genit saiznya, tapi usia mentalnya lebih matang dari rupa fizikalnya.

Sometimes, aku masih pelik macammana kau masih boleh nampak aku,”ujar Jack kagum.

Hiro tersenyum. “Benda akan jadi lebih senang kalau syarat ‘to see is to believe’ tu ada age limit, tapi   kalau aku tak nampak kau, kau akan berseorangan. Takda siapa yang aka layan kau lagi setiap kali kau datang ke akademi ni.”

“Kau bercakap dengan siapa,Hiro?” Seseorang memotong dari belakang.

Hiro dan Jack sama-sama memandang ke pintu. Seorang lelaki berambut coklat dan bermata hijau memasuki bilik tidur tersebut. Seekor kucing berbulu hitam berkilat tergantung di bahu bidangnya. Itu Hiccup.

“Jack Frost. Dia datang,” tuturHiro tulus sambil menunjuk ke tingkap yang terbuka luas.

Hiccup menoleh ke tingkap. Kosong tanpa orang. Lalu Hiro dipandang bersama senyum kecil. Kepala budak kecil di paras dadanya itu digosok.

“Hahaha… kau masih sangat comel.Tunggulah kau bila besar nanti. Kecomelan kau hilang berganti bulu-bulu jantan.” Punggung dilabuhkan ke katil Hiro. Kucing hitamnya menggeselkan kepala ke bahu Hiccup, membuatkan lelaki itu tersenyum-senyum pada kucingnya pula. Dialihkan tubuh lembik kucing dari bahu dan diletakkan ke riba. Diusap bulunya.

Hiro mencekak pinggang. “Kau masih tak percaya cakap aku, eh?”

Jack frost cuma sekadar… apa kita panggil tu? Figure of speech. Macam apa yang berlaku masa ribut salji tahun 1986. Everything is jack frost!” Hiccup berbaring. Baru teringat Elsa juga menyebut istilah jack frost semalam. Ah, mungkin kebetulan.

Jack menoleh. “Tapi memang ribut salji tu dibuat oleh aku!” getus Jack. “Bunny masih tak hilang marah sebab benda tu! Hiro, kau ketuk sikit kepala dia untuk aku.”

“Bunny?” Hiro menoleh ke tingkap.

“Bunny?” Hiccup memandang Hiro pelik. “Kenapa tiba-tiba cakap tentang Bunny? Aku cakap pasal Jack Frost.”

“Easter Bunny. Blizzard 86 terjadi masa hari Easter…” jelas Jack.

“Easter Bunny pun wujud??” Hiro ternganga rendah.

“Yeah, he’s real alright. Real noisy. Real grumpy. Really annoying…”

Hiccup ternganga rendah melihat Hiro yang bercakap pada tingkap kosong. Apalah yang dah jadi dengan budak genius yang seorang ni. Mungkin betul pepatah yang cakap ada garisan nipis di antara kepandaian dan kegilaan, dan Hiro nampaknya gemar melompat-lompat di garisan nipis itu.

“Kau nak aku tolong betulkan otakkau, Hiro? Aku tak master magik ilusi macam Kid, tapi aku masih boleh hasilkan gerudi nak gerudi otak kau yang senget semacam tu,” getusnya sambil menjatuhkan kaki pada lantai.

Hiro menjeling geram. “Aku dah cakap, Jack Frost ada kat situ. Aku boleh tengok dia bukan sebab aku budak-budak, tapi sebab aku percaya dia wujud!” Telunjuk dituding ke tingkap.

“Ya… ya… kau berhutang ngan aku sebab aku berjaya rampas jam tangan Boboiboy untuk kau. Mana makanan Toothless macam yang kau janjikan?” Sebuah jam tangan dilempar ke arah budak lelaki berambut lebat itu.

Hiro menyambut jam itu dengan kedua belah tangan. “Kau berjaya rampas jam tangan dia? Dia kuat kut.”

“Ya… yaa… dia boleh pisahkan badan dia jadi beberapa jumlah dan ada macam-macam kuasa dan macam-macam perangai bagi setiap badan sampai boleh buat pasukan tentera dia sendiri, tapi dia masih tetap budak. Senang sangat percayakan orang. Aku letak ubat tidur dalam air Milo dia, lepas tu dia pengsan tak sedar apa-apa.” Selamba memberitahu taktiknya tanpa sebarang reaksi pada muka.

Jack memerhati dengan senyum kelakar.

Budak kecil 12 tahun itu mengeluh pendek. “Aku mana ada duit nak beli makanan setahun untuk Toothless. Tapi aku boleh buktikan kat kau yang Jack Frost tu wujud.”

Hiccup menggaru leher. “Ya… ya…Jack Frost wujud. Santa Claus wujud. Sajat tu perempuan. Semua mitos kat dunia ni, semuanya benar tanpa perlukan bukti kukuh. Yang penting, percaya membuta. Puas hati?? Aku tak kira. Kau kena bayar servis aku dengan makanan untuk Toothless.”

Hiro buat-buat pekak. Dia mendekati katilnya dan mencangkung di situ. Sebuah kotak polymer merah ditarik keluar dari bawah katil. Jika dibandingkan dengan kotak android Baymax yang pernah dibuat Hiro, kotak ini lain bentuknya.Tiada butang-butang, tiada skrin hitam, tiada nombor-nombor digital berwarna hijau ataupun apa-apa bentuk mesin yang lain. Kotak ini… macam kotak aiskrim.

Hiccup terkebil. Terlupa nak terus membebel. Berminat juga nak tengok rekaan robot Hiro. Semua robot rekaan budak genius ini cukup mantap dan mampu membuat dia dilamun kagum kerana dia juga meminati bidang kejuruteraan.

Jack turun dari tingkap, berminat nak ambil tahu. “Ini benda yang kau nak tunjukkan kat aku tu?”

Hiro tersengih. “Ha’ah.”Sekeping… atau sebuah… benda dikeluarkan dari dalam kotak. Seperti sebuah baju hujan tetapi berbentuk manusia. Cukup tangan kaki dan kepala. Cukup sepuluh jari pada kaki dan tangan. Juga cukup dengan lubang pada hidung, telinga, matadan mulut. Cuma rambutnya tiada.

“Whazzat?” soal Hiccup dan Jack serentak.

“Android,” balas Hiro bersama sengih. Hiccup dipandang. “Kau, tunggu kejap.” Pandangan dialihkan pada Jack.“Aku buat ni untuk kau, supaya kau boleh berjalan kat tanah macam manusia normal.”

Kedua-dua pemuda itu ternganga.Hiccup menggelengkan kepala manakala Jack terus merapat.

“Aku seorang Guardian. A spirit of some sort! Aku bukan hantu.Aku takda abiliti nak rasuk some sortofandroid… lepas tu berjalan sebagai manusia normal…. Kalau aku boleh buat dari awal lagi, aku dah rasuk patung Goku.” Terasa kecut jantungnya menyebut kemungkinan menjadi manusia normal. Lalu muka diraup dengan sebelah tangan. “I can’t believe we talked about this…”

Hiro memuncung. “Kalau kau tak cuba dulu, mana tau akan menjadi ke tidak.”

Yes, well, whatever! Aku berterima kasih dengan niat kau, tapi benda macam ni takkan berfungsi!”

“Aku dah cakap, cuba dulu! Bahan dia aku dapatkan dari plastik kulit untuk buat topeng. To increase the flexibility and durability, aku tambahkan sedikit metal iron inside. Tapi yang paling penting ialah ni.” Sebiji objek berbentuk makanan tin yang melekat di dada android itu ditunjuk. Jack dipandang tepat ke mata. “Benda ni ialah jantung kau. Dia cuma boleh berfungsi dengan kuasa angin dengan ais macam yang kau miliki. Kau akan tahu macammana nak guna once you maneuver.”

Jack terpaku.

Sebiji bantal tiba-tiba melayang dari belakang, menembusi tubuh Jack dan terus ke muka Hiro. Kedua-duanya terperanjat. Jack berpaling, melihat Hiccup bersila di atas katil.

“Kau gila ke apa, berbual sengsorang. Buat android nipis satu hal, tapi pasal jadi manusia normal… Budak yang terlalu pandai semuanya gila macam ni, kah?” soalnya sambil bangun.

Hiro meraup muka. “Aku tak tipu.Jack Frost wujud, sama macam Santa Claus ataupun Easter Bunny. Yang bezakan kewujudan dia ialah kau tak percaya di wujud tapi aku percaya.”

I love your innocence but don’t let it get over you head.” Toothless yang berbaring di hujung katil Hiro didapatkan, berniat nak balik ke kamar sendiri. Juga dah penat meminta upah mencuri jam tangan budak tahun satu itu.

Hiro mendengus. “Apa kata kita bertaruh. Jack Frost ada di dalam bilik ini buat masa ni. Aku akan minta dia gunakan patung aku untuk bergerak dalam kalangan manusia macam kita. Kalau betul menjadi, aku akan tunaikan janji aku belikan makanan kucing kau, tapi aku juga nak kau kejar perempuan yang kau dok cerita dari dulu!”

Tangan yang nak memeluk tubuh lembut si kucing hitam, terhenti di udara. Hiccup menjeling bila perihal gadis impian disebut. “Its either you’re stupidly serious atau seriously stupid. First of all, macammana aku nak tahu kalau yang bergerak tu Jack Frost… atau sekadar artificial intelligence yang kau dah install dalam robot engkau? Buat cerita hantu yang powerful sikit kalau nak tipu aku.” Dahi Hiro dijentik.

Jack mencerun. Dia panggil aku hantu? Geram pula dibuatnya. Patung nipis di atas lantai didekati. Dengan satu langkah, Jack lesap ke dalam patung seperti jatuh ke dalam gaung.

Hiro terpaling ke belakang bila terdengar bunyi detikan jam. Jack sudah tiada di mana-mana, manakala mesin sebesar tin sardin bulat itu pula sudah ada kelip-kelip merah. Budak lelaki itu terkedu seketika.

“Jack?”

Warna LED bertukar hijau. Patung getah nipis itu perlahan-lahan menebal dan semakin menebal membentuk saiz seorang remaja lelaki. Pada masa yang sama, bola mata patung juga bergerak-gerak, mencari lubang keluar di soket mata. Setiap sendi patung menghasilkan pergerakan, sedikit demi sedikit. Jack sedang membiasakan diri. 

Hiro bertambah teruja.

Hiccup bergerak ke sebelah budak 12 tahun itu, perasan perubahan pada patung yang sepatutnya kaku nipis tak bernyawa di atas lantai. Patung itu… sedang cuba untuk hidup! Darah panas terasa merebak ke seluruh tubuh hingga ke jari kaki. Hiccup terundur, menahan seriau dan gerun. Darah di muka mula terasa sejuk.

“Kegilaan apa ni Hiro…” soalnya,terketar-ketar. Bola mata coklat milik patung itu yang sedang bergerak-gerak kini statik menonong pada siling. Sistem dah hilang kawalan?!

Budak lelaki itu menoleh bersama sengih. “Aku dah cakap. Dialah Jack Frost.”

Hiccup terloncat sedikit, keras tubuh bila melihat patung itu bangun dari perbaringan. Patung berambut coklat itu memegang muka sendiri. Tangan digenggam sekali dua dan sendi-sendi tubuh juga diperiksa. Lengan kanan dikepak ke belakang, sama juga dengan lengan kiri. Dah macam manusia yang dah lama koma dan baru merasa hidup kembali.

Warna di muka bertukar pucat lesi bila patung itu menoleh padanya. Hiccup menahan pundi kencing dari meletup melalui corong dan seterusnya membasahi jeans yang dipakai. Lutut juga bergegar tanpa kawalan.

“Erk… Hi-Hi-Hi-Hi-Hiro….? Ex-explanation?” Terketar!!

“Hahahaha… aku dari dulu cakap benda yang sama, kau taknak percaya!”

Jack tersenyum sedikit, masih cuba untuk membiasakan diri dengan kejanggalan memakai objek yang dipakainya sekarang. Tangan ditapakkan pada lutut dan dia cuba bangkit. “Aku Jack Frost…aku seorang Guardian…” tuturnya sambil cuba menstabilkan diri untuk berdiri.

Hiccup masih tergagau menentang patung bermata coklat itu. Kepalanya terasa berasap! Langsung tak boleh memikirkan logik kejadian yang berlaku di hadapannya sekarang ini! Patung itu kini benar-benar nampak hidup!! Liur yang terasa keras macam batu, ditelan ke perut.

“Ka-ka-ka-ka-ka-ka kau… hantu…atau ro-robot?”

Jack melentokkan kepalanya ke kanan, serius menentang Hiccup yang masih berasap di kepala. “Aku ulang. Aku ialah Guardian.Selamat berkenalan.”


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku