USOP SONTORIAN PRIVATE ACADEMY
Bab 7
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 01 Januari 2018
Genre: Parodi, fanfic, fantasy, adventure, action, saja-saja for fun bila kebosanan dalam opis. Reference: Frozen, Rise of the Guardian, How to Train Your Dragon, Fairy Tail, Soul Eater, Gintama, other Disney movie franchise, Hotel Transylvania, Boboiboy, Usop Sontorian... the list will goes on sepanjang progress, i guess. Author's note: I always fond of Elsa among other Disney Princesses. She's like... freakishly strong ice mage!! Dia boleh buat istana di atas gunung yang bukan atas tanah pamah, siap menari-nari without breaking a sweat atau penat. Dia boleh ubah fabrik baju permaisuri dia kepada baju ais yang lain color, style dan kepanjangan kainnya. Dia boleh ubah warna dress dia dan dress orang lain!! (Anna). Dia boleh buat benda terbang macam dalam short film Frozen Fever. Dia boleh buat kasut. Dia boleh buat jambatan, strong enough sampai boleh tahan beban beberapa orang lelaki dewasa dan raksasa ais dia si Marshmallow tu. Finally, kita semua tahu dia ciptakan Olaf yang overly optimis tu, dan Marshmallow yang ada purpose hidup untuk jagakan istana dia. Jadi arkitek istana, engineer jambatan, tukang buat baju and kasut is one thing, but making living thing with different personality and living purpose... itu dah macam kuasa Tuhan, and i dont like it! Logik di sebalik ice magic ialah it is extremely flexible and depended on the imagination - tapi takde la sampai boleh buat bunga terbang, melekat kat skirt dan tukar kaler skirt jadi hijau, kemon (refer Frozen Fever)... aku sebagai fan pun tahu itu mengarut overdose. So i make my own version - The Magic of Emotion - yang anda boleh bacakan dari kisah Elsa yang saya buat ini. Harap enjoy. Extra note: A promise i made for my older sister sbb dia minat Jelsa.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
89

Bacaan






“GUARDIAN? Apa tu? Macam Watson?”

“Watson??”

Kedua-dua lelaki sama tinggi itu berpandangan. Hampir sejam berlalu selepas perkenalan mereka di bilik Hiro baru sekejap tadi, kini Hiccup lebih tenang. Mereka sama-sama melangkah ke kafeteria.

“Aku tak tau nak jawab macammana. Kalau kau kenal Santa Claus, aku makhluk yang sama macam dia.” Kedua belah tangan diseluk ke dalam poket seluar yang dipinjam dari Hiccup. Bahkan, kemeja berpetak biru yang dipakainya kini ialah milik pelajar lelaki itu memandangkan saiz tubuh mereka sama. Boleh jadi Hiro membina android ini berdasarkan pada saiz tubuh Hiccup sendiri.

“Santa Claus yang bagi hadiah masa Krismas tu?”

“Ya. Dia, Tooth Fairy… Easter Bunny… Sandman…the kind of creature yang wujud solely on child’s imagination and pure innocence or trust. On rare cases, mungkin applicable pada late teen jugak…” Langit direnung, membayangkan wajah Elsa di langit sana. “Tugas kami…ialah jagakan mereka…” Dan kali ini, mungkin juga dia…. Bisik hati Jack. Inikah sebab Santa Claus hantarkan dia ke akademi ini, kali ini?

I see. Santa wujudkah?? Kalau aku mintak dia hantarkan makanan kucing Krismas kali ini… tak apa, kah?”

Jack tersenyum. “Itu bergantung.”

Hiccup mengangguk. “So aku takkan nampak dia… ataupun kau… selagi aku tak percaya kewujudan korang. Even kalau kau keluar dari kostum kau ni?”

Anak mata coklat Jack, menjeling. “Itu bergantung dengan kau.” Jawapan yang sama.

Senyum terukir di pinggir bibir. “Say, macammana rupa kau yang sebenar?”

Handsome.10 kali ganda berbanding kau.”

“HAHAHAHA! Dream on, sucker! Aku jauh lebih handsome. Lagipun, Hiro cakap kau dah hidup beratus tahun. Aku rasa kau sebenarnya dah tua kerepot macam Santa Claus, kan?”

“Kalau ikut logik kepala manusia biasa macam kau, mungkin boleh dipakai. Tapi lebih mudah kalau kau bayangkan aku sebagai mystical beast. Tak berumur,dan tak mati.”

Mystical beast eh… tua berbulu, then.”Mata hijaunya dijuling ke langit, membayangkan Jack yang dah tua dan berbulu lebat macam Beast dalam cerita Beauty and the Beast.

Jack meleret senyum kelakar, membiarkan.

Mereka semakin menghampiri pekarangan dewan pelajar yang masih berlantaikan ais. Hiccup mula berpeluk tubuh, cuba mengekalkan haba pada badan sendiri. Suhu persekitaran cukup dingin. Jumlah pelajar yang melalui pekarangan dewan sangat sedikit memandangkan masing-masing mengenakan pakaian nipis memandangkan sekarang musim panas. Maka tiada yang nak bertahan dengan kesejukan di kawasan berkecuali ini.

Hiccup menoleh pada Jack yang berdiri selamba di sebelahnya. Lelaki patung itu mendongak ke langit, melihat hujung gelungsur yang bersambung terus ke tugu muka Usop Sontorian di atas sana.

“Kau tak sejuk?”

“Tak. Suhu rendah yang boleh bekukan orang… takda effect kat aku.”

“Hm. Sama macam Elsa. Semua ahli magis ais macam ni, kah?”Curious.

Jack tak menjawab. Mata terpicing,perasan sesuatu terbang di langit. Dua orang. “Someone datang,” tuturnya rendah.

Hiccup melangut sama. Mengenali insan  yang terbang itu, lekas Jack ditarik supaya bersembunyi di sebalik koridor. Sama-sama mengintai. Seorang pelajar berkemeja putih dan berseluar hitam menurunkan seorang lagi pelajar yang bersut hitam penuh.

Law dan Kid.

“Yang berambut putih dan ada sayap tu, Law L Liet. Dia ialah Ketua Lembaga Disiplin. Dia yang tak pernah habis buat pelbagai jenis peraturan kat akademi ni. Dia juga tak habis-habis mengarah Astrid buat kerja,” jelas Hiccup tanpa disuruh.

Jack menjeling. Nada suara itu ada sedikit marah di hujungnya. “Astrid?”

Buat tak dengar. “Dia ada kuasa buat undang-undang. Sebab tu dia dilantik sebagai Ketua Lembaga Disiplin kat akadem ini. Aku paling benci kat dia. Yang pakai sut macam yakuza tu pula, Kid the Shinigami. Dia headboy.”

Air muka Jack berubah mendadak. “Shinigami?? Dia ialah dari clan Shinigami tu??” Perkataan ‘clan Shinigami’ ditekankan sekerasnya.

Hiccup membalas dengan muka blur. “Clan Shinigami what?”

Dan diam, berganti desiran angin antara keduanya.

“Kau cakap dia dari clan Shinigami!” desis Jack, naik angin. Clan itu bukannya sejenis topik yang dia ingin jadikan perbualan kosong! Lagipun setahunya, clan itu dah lama pupus – semuanya meninggal disebabkan berlakunya perang dalaman antara mereka. Tiada yang terselamat. Baik perempuan, lelaki, budak-budak, orang tua, semuanya terkubur tak bertanda. Dia tahu, kerana dialah yang membenamkan mereka di bawah runtuhan salji selepas perang itu.

“Tak, aku tak tahu. Aku cuma tahu dia dipanggil sebagai Kid the Shinigami sejak aku masuk akademi dulu. Sebab kenapa,aku tak pasti. Mungkin sebab dia ialah fighter terkuat kat akademi. Rumour siap cakap dia lebih kuat dari pengetua dengan semua cikgu yang lain.”

I see. Kalau setakat gelaran kosong, aku maafkan.”

“Apa benda pulak yang kau maafkan nii…”getus Hiccup bernada leceh. Bahunya turut jatuh, malas rasanya.

Jack tidak membalas. Belakang tubuh Kid direnung. Berbanding Law dan Hiccup, aura yang dibawa Kid sememangnya agak lain. Kid… berbau ancaman dan hanyir darah. Walaupun sekadar berdiri tegak di sana, namun personanya tidak menampakkan dia akan jatuh dengan mudah walaupun cuba diserang hendap. Seperti seseorang yang dah biasa berada di medan tempur dan bermandi darah. 

Shinigami… bisik hatinya. Jack menahan rasa tidak senang yang menular dalam diri.

Hiccup terus merenung sayap Law perlahan-lahan bertukar kepada bola-bola hitam sebelum menghilang di tengah udara. “Kid dan Law… ialah appreantice Daemon. Sebab tu kekuatan mereka jauh lebih kuat dari penuntut lain dalam akademi ni,” lanjut Hiccup lagi, masih nak bercakap.

Jack menoleh lagi, keliru. “Siapa pula Daemon??”

“Eh, kau tak kenal Daemon? Dia dikenali oleh semua pengguna magik seluruh dunia, kut.”

“Oh, maksud kau Doraemon dengan poket 4 dimensi dia.”

“Bukan la bangang!!” Hiccup berhenti bercakap seketika, memikirkan macammana nak memulakan penjelasan. “Tapi Hiro cakap kau pernah datang ke akademi sebelum ni…”

“Jarang-jarang.”

“Yea, whatever. Aku rasa kau familiar dengan pengkelasan pelajar kat sini. Kami terbahagi kepada tiga. Mage, Fighter dan Tamer… FYI, aku ialah Tamer. Mamat dua orang kat depan tu, dua-dua kategori Fighter. Hiro ialah Mage. Dia gunakan lakrima dia untuk aktifkan emosi kat A.I.yang dia reka, walaupun dalam jangka masa pendek.”

“Lakrima… as inmagical item tu?” Rasanya dia pernah dengar….

“Yea. Benda tu digunakan oleh semua pelajar kat akademi ni kecuali enam orang. Untuk pengetahuan kau jugak, dalam sekolah ni ada tiga cara nak gunakan magis. Satu ialah mereka yang dilahirkan dengan kuasa magis dan bebas menggunakannya sampai meninggal – commonly Mages. Kedua ialah mereka yang ada kuasa magis tapi hanya mampu gunakan bila pakai medium magis tertentu macam Lakrima atau haiwan, macam aku. Kucing aku tu magical beast dan aku ialah Tamer dia. Yang ketiga ialah mereka yang langsung tiada kuasa magis, dan kena belajar gunakan Lakrima untuk buat magis. Mereka ni golongan kreatif macam Hiro tu. Ada sesetengah kumpulan elit Disney Princess tu pun mulanya dari golongan ni.”

“Ooohh… jadi Lakrima tu hanya boleh dapat kat tempat tertentu macam kedai jual tongkat sihir Harry Potter?”

“Eh, taklah. Aku order Lakrima aku kat Lazada.” Gelang berbatu hitam kat tangan kanan ditunjuk.

“Kau tengah melawak?”

“Muka aku ada macam buat lawak?” soal Hiccup kembali dengan muka serius. “Magical item hanya boleh digunakan oleh orang yang tahu gunakan. Kat tangan orang biasa, gelang ni gelang biasa. Tapi kat tangan aku, benda ni berfungsi sebagai katalis untuk keluarkan potential magic dalam diri aku. Tapi kebanyakan kes, kuasa magik kami limited. Satu lagi fungsi Lakrima ialah sebagai senjata, terutama bagi mereka yang langsung takda kuasa magis. Muggle,bak kata Harry Potter. Dan satu-satunya supplier Lakrima kat bumi ni ialah Daemon.”

Kening Jack terjungkit tinggi. “Si Demon ni dah macam important figure….”

Hiccup menjeling lagi. “Bukan Demon. Dae-mon. Dan dia bukan Syaitan… tapi aku tak nafikan perangai dia memang macam Syaitan sikit.”

“Gitu.”

“Bekas penuntut kat sini, dan dia dah jadi bisnesman kat London. Kalau aku tak silap, dia dah dinaikkan taraf menjadi Sorcerer…” Mata dijuling ke langit. “Untuk info kau, setiap Lakrima yang dipakai kitorang bukannya beli, tapi sekadar dipinjam dan dibayar sewa pakai roh kitorang sendiri. Sesiapa yang nak gunakan Lakrima akan diberi kontrak. Setiap tahun Daemon akan kumpulkan secubit roh dari setiap peminjam, dan digunakan ntuk dirinya sendiri.”

Jack ternganga lagi buat kesekian kali.“Roh?”

“Ya. Sebab tu dia sangat berkuasa sekarang, disebabkan pengumpulan roh semua pengikat kontrak dia termasuklah aku.”

“Roh??” Masih bertanya.

“Ya, roh.”

“Dia buat apa dengan roh?”

“Ada banyak benda yang dia boleh buat dengan roh. Kemon!”

“Aku dah hidup beratus tahun, dan terus terang, aku memang tak faham. Ini pertama kali aku dengar benda macam ni.”

“Hmm… kau tahu tak potensi sebenar roh ialah apa? Roh ialah nyawa. Benda tu ada tenaga yang tak terkata jumlahnya, dan benda tu ialah magis terbesar yang tiada siapa boleh buat sesuka hati, dan semua orang dah pun ada dalam diri mereka. With that in mind, Daemon ambil secubit roh peminjam dia, enhance magis dia sendiri dengan menggunakan roh sebagai katalis, dan berikan sedikit magisnya dalam bentuk Lakrima pada sesiapa yang meminta. Give and take. Cuma… kalau kau boleh nampak di luar kotak, dia sebenarnya dah kutip untung sekitar 500juta dari setiap 10ribu jumlah peminjam dia. Selebihnya, pemahaman ringkas. Dia gila punya kuat sampai layak digelar Sorcerer.” Senyum.

Jack tergagau, membayangkan betapa berkuasanya ahli magis bernama Daemon itu sekarang. “Aku teringin nak jumpa dia.”

You better not.” Sengihnya sambil kembali memandang Kid dan Law yang sedang menyiasat kawasan persekitaran. “Sebab itulah, sekolah ini lebih ramai pengguna Lakrima berbanding ahli magis tulen macam Law dengan Kid. Though, satu akademi tahu kumpulan Disney Princesses naturally boleh gunakan Lakrima mereka dengan sangat baik sampai dinaik taraf sebagai ahli magis elit macam duo tu. Tapi, dorang dua tu masih yang terkuat dalam akademi la…”

“Belum lagi…” Jack menoleh pada gelungsur ais yang membekukan seluruh padang sekolah itu. “Ada seorang lagi prodigy yang tak perlukan Lakrima dan mungkin boleh dibentukkan jadi permata macam mereka…”

 “Kau cakap pasal Elsa, kan? Aku setuju.”Hiccup mengangguk.

Jack spontan menoleh. “Siapa Elsa?”

Hiccup menoleh sama, merenung muka keliru rakan barunya. “Elsa ialah awek yang cipta gelungsur ais tu. She’s really strong. Selain Law dengan Kid, kau patut berhati-hati dengan Elsa jugak walaupun dia langsung tak pandai bertarung. Dia hilang ingatan sekarang though, jadi dia lebih selamatberbanding dulu… atau mungkin juga tidak… considering apa yang dah jadi dengan Snow dengan Cindy. Elsa tu… tak pernah tahu macammana nak kawal kuasa dia… dan sepanjang aku kenal dia tahun lepas, kuasa dia macam takda limit. Sebab itulah dia ialah orang yang paling merbahaya dalam akademi sekarang ni, jauh lebih bahaya dari mereka tu.”


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku