USOP SONTORIAN PRIVATE ACADEMY
Bab 8
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 01 Januari 2018
Genre: Parodi, fanfic, fantasy, adventure, action, saja-saja for fun bila kebosanan dalam opis. Reference: Frozen, Rise of the Guardian, How to Train Your Dragon, Fairy Tail, Soul Eater, Gintama, other Disney movie franchise, Hotel Transylvania, Boboiboy, Usop Sontorian... the list will goes on sepanjang progress, i guess. Author's note: I always fond of Elsa among other Disney Princesses. She's like... freakishly strong ice mage!! Dia boleh buat istana di atas gunung yang bukan atas tanah pamah, siap menari-nari without breaking a sweat atau penat. Dia boleh ubah fabrik baju permaisuri dia kepada baju ais yang lain color, style dan kepanjangan kainnya. Dia boleh ubah warna dress dia dan dress orang lain!! (Anna). Dia boleh buat benda terbang macam dalam short film Frozen Fever. Dia boleh buat kasut. Dia boleh buat jambatan, strong enough sampai boleh tahan beban beberapa orang lelaki dewasa dan raksasa ais dia si Marshmallow tu. Finally, kita semua tahu dia ciptakan Olaf yang overly optimis tu, dan Marshmallow yang ada purpose hidup untuk jagakan istana dia. Jadi arkitek istana, engineer jambatan, tukang buat baju and kasut is one thing, but making living thing with different personality and living purpose... itu dah macam kuasa Tuhan, and i dont like it! Logik di sebalik ice magic ialah it is extremely flexible and depended on the imagination - tapi takde la sampai boleh buat bunga terbang, melekat kat skirt dan tukar kaler skirt jadi hijau, kemon (refer Frozen Fever)... aku sebagai fan pun tahu itu mengarut overdose. So i make my own version - The Magic of Emotion - yang anda boleh bacakan dari kisah Elsa yang saya buat ini. Harap enjoy. Extra note: A promise i made for my older sister sbb dia minat Jelsa.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
137

Bacaan






SELESAI meneliti kawasan sekeliling dan mengira-ngira nilai kerosakan dari ais Elsa, Law dan Kid berdiri sebelah menyebelah di hadapan gelungsur ais yang berselirat macam naga DragonBall itu. Kid berpeluk tubuh sambil mendongak ke langit, merenung hujung gelungsur yang mencecah tugu Usop Sontorian. Kagum terbit di hati. Tinggi, kukuh, stabil,dan dicipta dalam masa yang sangat singkat – bak kata saksi.

 

“Kalau festival tangguh, maybe kita boleh buat pertandingan hoki ais,” tutur Law tiba-tiba.

 

“Tak lawak, Law.”

 

“Hahah. Tapi, aku tetap nak komen. She’s strong,” ujar Law rendah.

 

Too strong…” tambah Kid, menukar renungan pada tugu Usop Sontorian.“Laporan cakap dia buat gelungsur ni sebab nak selamatkan seseorang.Tapi takda siapa nampak seseorang tu…”

 

Jadi, selain ada unlimited power, dia pun boleh lihat makhluk yang tak dapat dilihat manusia biasa. Elsa, tolonglah kawal sikit kuasa kau… bisik hati Kid.

 

Law menjeling. “Jadi? Kau nak cakap apa?”

 

Kid tidak menjawab, sebaliknya dia berundur dua tiga tapak. Tangan dikepakkan ke kanan, dan sebuah flame thrower tiba-tiba muncul di tangan. Flame thrower dihala ke arah gelungsur ais itu. Picu ditekan dan itu dia! Api marak membaham permukaan ais. 

 

Law mengangkat lengan, melindungi mata dan wajah dari haba. Setelah beberapa ketika, api berhenti ditembak, namun gelungsur langsung tidak cair. Walau seketul zarah sekalipun! Ketua Lembaga Disiplin itu mengherot sengihnya ke tepi. Kerja kali ini mungkin lebih susah dari yang dijangka.

 

Kid membuang senjatanya ke tepi.Senjata itu lesap terus tanpa sempat menyentuh bumi. Hilang tanpa kesan seperti air yang disejat matahari.

 

“Laporan itu betul. Ada antara pelajar yang cuba nak cairkan ais ni, tapi langsung tak boleh,” tutur Kid rendah sambil memikirkan sebarang kaedah lain yang dia mungkin boleh gunakan.

 

“Macammana dengan impak letupan?”soal Law pula.

 

Kid mendepangkan tangan kanannya lagi dan sebuah GPMG pula berada di genggaman. Muncul tanpa bunyi dan tanda. Berat senjata itu memaksa Kid untuk menggunakan sedikit tenaganya untuk meletakkan senjata berat itu ke permukaan ais yang licin. Laras machine gun dihala ke arah gelungsur. Tapak senjata distabilkan dan Kid juga menyelesakan diri di belakang machine gun. Mata kanan ditilik ke fokus. Baki nafas di dada dilepaskan rendah… dan tembak!!

 

Picu ditekan. Berdas-das peluru meletup keluar dari muncung laras, tepat mengenai permukaan gelungsur. Bertalu-talu. Tak berhenti. Selesai satu magazine,satu lagi dimasukkan. Kid terus menembak tanpa henti dan penat. Machine gun juga mula bertukar panas. Peluru kosong berterbangan diudara hingga memenuhi jalan. Walau bagaimanapun, langsung tiada retak yang terhasil pada gelungsur walau satu sentimeter sekalipun.

 

“Huuuuhh…” Kid mengeluh nafas panjang, panas hati dengan ais yang jauh lebih kukuh dari hubungan suami isteri artis Malaysia itu. “Other idea?”soalnya sambil menoleh. Pelik bila melihat Law berada beberapa tapak di belakang. “Kau kenapa?”

 

“Bingit,” balasnya sambil mengorek telinga dengan jari kelingking. Seketul batu dicapai. Beberapa perkataan Sanskrit ditulis di atas batu, lalu dilempar ke gelungsur itu. BOOM!! Letupan menghasilkan getusan angin panas, dan terus tertolak ke kawasan tekanan rendah. Kid dan Law kekal berdiri tegak sambil menahan udara deras yang melalui mereka, manakala Hiccup dan Jack berlindung di sebalik dinding dewan.

 

Gelungsur itu kelihatan retak sedikit, namun retak yang sedikit itu merapat kembali seperti dirawat sendiri.

 

Jack mengerut dahi, perasan anomali itu.

 

Kid memicing, turut perasan. Telapak tangan dibuka, dan sebuah bom tangan M67 berwarna biru terbentuk di tangan. Ditarik kuncinya dan dilempar ke gelungsur.

 

BOOMM!!

 

Letupan yang lebih kuat dari tadi meledak keluar, menggegarkan ruang udara akademi. Gelombang letupan menghentam objek terdekat, menyebabkan ais-ais nipis di permukaan jalan retak dan hancur.Pokok terdekat juga tertolak ke belakang hingga ada yang patah. Hiccup melindungi diri di sebalik koridor, manakala Jack terus memerhati tanpa mempedulikan patung plastik yang dipakainya melecur sedikit dek haba letupan yang tinggi.

 

Asap letupan memudar bila ditolak angin. Jack nampak Kid berdiri tegak di depan gelungsur tanpa sebarang kecederaan. Kulit, pakaian dan rambutnya cukup bersih dari kesan letupan. Law pula melindungi diri dengan membalut diri dengan sayap hitamnya. Perhatian Jack jatuh pula pada gelungsur.

 

Retak. Malah ada beberapa bongkah ais pecah yang jatuh ke bumi. Serangan Kid berjaya. Tetapi tak lama, kerana ais itu memulihkan diri, sama seperti tadi. Jack spontan keluar dari persembunyiannya dengan mata membulat.

 

Wadepak

 

“Jack, jangan keluar! Nanti dorang perasan kau! Sini!!” desis Hiccup sambil menarik tangan Jack supaya kembali bersembunyi di sebalik koridor.

 

Kid merapat. Telapak tangan ditemukan pada permukaan ais yang sudah kembali licin. Sebarang retak dan lubang yang dihasilkannya tadi hilang tanpa kesan. Jahanam betul. Ilham tiba di kepala, lalu senyum cuak terukir di muka. Dia melangut lagi.

 

You don’t say…” Liur yang terasa berpasir, ditelan.

 

Law turut merapat. “Kenapa?”

 

“Kau tau tak… raksasa ais yang dia cipta sebab nak lindungi diri dari Snow dengan Cindy… masih hidup dalam tahanan aku?”

 

“Yea, so what? Buat makhluk yang boleh bergerak bukannya isu besar. Even aku boleh buat makhluk aku sendiri.”

 

“Makhluk kau rapuh. Aku hancurkan, dia hancur. Tapi makhluk yang Elsa cipta… tak mati.” Law dipandang dengan mata mencerlang. Senyuman gerun masih tak hilang dari muka. “Aku tembak, aku bakar, aku cincang, aku cuba cari jantung dia… none. Takda apa. Raksasa dia tulen ais. Aku cuba cucuk sampai jadi tempat letak jarum sekalipun… aku hancurkan rahang dia supaya dia berhenti mengaum…  aku hancurkan kaki dia supaya dia tak boleh berjalan… aku buat semua benda yang aku boleh. Ais dia… tetap hidup. Tetap kembali ke bentuk asal dia.” Gelungsur dipandang lagi. “Sama macam gelungsur ni… walau macammana kita cuba nak hancurkan ia… ia akan kembalikan diri ke bentuk asal. Seolah-olah dia ada nyawa sendiri….”

 

Law mengerut dahi. “Bullshit. Benda macam tu tak mungkin berlaku.”

 

“Habis kau ada teori kenapa ais dia boleh pulih ke rupa asal walaupun kita dah cuba hancurkan?”

 

Law mendengus. “Perempuan tu… aku pasti dia boleh kawal ais dia! Takda siapa boleh buat benda bernyawa, bodoh! Jangan terlalu taksub dengan magis! Kalau kita tak boleh nak musnahkan untuk dia, dia kena musnahkan sendiri ais dia! Sama jugak dengan raksasa ais dia tu!”

 

Kid mengangguk. “Mungkin kau betul. Tapi kemampuan magis macam ni… ini berita buruk namanya.”

 

“Berita buruk apa pulak ni…” getus Law, menahan leceh.

 

“Berita buruk?” ulang Hiccup pula, turut gagal memahami.

 

Kid tidak menjawab. “Apa yang penting sekarang ialah cairkan ais ni sebab ganggu persiapan Feisty Festival. Cari Elsa. Suruh dia datang ke sini, ASAP. Kalau tak aku yang kena menjawab.”

 

Law mencemik. “Padan muka kau. Nak sangat bertanggungjawab sedangkan tak perlu pun. Aku masih tak faham kenapa kau nak pegang tanggungjawab pantau dia. Cikgu kelas dia boleh buat, kan.”

 

“Orang bebal macam kau takkan faham. Jom teman aku carik dia! Aku rasa dia ada kat bilik sakit. Dia sepatutnya ada kaunseling dengan Cik Hana hari ni.” Bahu Law ditepuk dan Kid terus melangkah pergi.

 

Jack dan Hiccup sekadar memandangKid dan Law bergerak ke Bangunan Pentadbiran. Pada masa yang sama,sebatang tubuh langsing mendekati kawasan itu dari arah bertentangan.

 

Itu Elsa. Pandai dia memilih masa menghadirkan diri. 


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku