USOP SONTORIAN PRIVATE ACADEMY
Bab 9
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 01 Januari 2018
Genre: Parodi, fanfic, fantasy, adventure, action, saja-saja for fun bila kebosanan dalam opis. Reference: Frozen, Rise of the Guardian, How to Train Your Dragon, Fairy Tail, Soul Eater, Gintama, other Disney movie franchise, Hotel Transylvania, Boboiboy, Usop Sontorian... the list will goes on sepanjang progress, i guess. Author's note: I always fond of Elsa among other Disney Princesses. She's like... freakishly strong ice mage!! Dia boleh buat istana di atas gunung yang bukan atas tanah pamah, siap menari-nari without breaking a sweat atau penat. Dia boleh ubah fabrik baju permaisuri dia kepada baju ais yang lain color, style dan kepanjangan kainnya. Dia boleh ubah warna dress dia dan dress orang lain!! (Anna). Dia boleh buat benda terbang macam dalam short film Frozen Fever. Dia boleh buat kasut. Dia boleh buat jambatan, strong enough sampai boleh tahan beban beberapa orang lelaki dewasa dan raksasa ais dia si Marshmallow tu. Finally, kita semua tahu dia ciptakan Olaf yang overly optimis tu, dan Marshmallow yang ada purpose hidup untuk jagakan istana dia. Jadi arkitek istana, engineer jambatan, tukang buat baju and kasut is one thing, but making living thing with different personality and living purpose... itu dah macam kuasa Tuhan, and i dont like it! Logik di sebalik ice magic ialah it is extremely flexible and depended on the imagination - tapi takde la sampai boleh buat bunga terbang, melekat kat skirt dan tukar kaler skirt jadi hijau, kemon (refer Frozen Fever)... aku sebagai fan pun tahu itu mengarut overdose. So i make my own version - The Magic of Emotion - yang anda boleh bacakan dari kisah Elsa yang saya buat ini. Harap enjoy. Extra note: A promise i made for my older sister sbb dia minat Jelsa.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
79

Bacaan






PERSEKITARAN yang sudah retak dan pecah-pecah diperhati. Beralih pula pada ramp yang masih utuh, kemudian pada gelungsur yang juga masih berada dalam bentuk asal walaupun dah menerima pelbagai jenis serangan dari para pelajar –termasuklah letupan bom yang gila kuat tadi. Siapa punya serangan la agaknya.

Pinggir bibir Elsa tercuit sedikit ke atas, gagal menahan kagum dari merebak ke seluruh jiwa. Memiliki kuasa yang tidak mampu ditandingi oleh orang lain dalam akademi… sesungguhnya dia sangat kagum dengan diri sendiri. Jika ada lagi yang berani menentangnya….

Wajah Snow dan Cindy yang pernah menyerangnya dibayangkan di minda. Jika ada orang lain yang mahu menyerangnya selain mereka, dia tiada masalah nak menyerang balas dengan kekuatan kuasa ais yang dimiliki.

Kau dah boleh terima aku?

Suara yang berbisik di belakang telinga membuat Elsa spontan menoleh ke belakang. Siapa yang baru bercakap??Hiccup dan seorang lelaki yang tak dikenali dilihatnya sedang mendekat. Mereka…kah?

“Hey,” tegur Hiccup sambil menjungkit hidung.

“Hey, MNO. Kau buat apa kat sini.”

“MNO kepala bapak, kau!! Aku Hiccup! Ingatan kau masih tak pulih, kah?!”

“Eh eh… hahahaha… sorry. Aku ingat-ingat lupa. Jadi nama Batuk atau Kahak… pun bukan nama kau, kan?” Belakang kepala digaru dengan ketawa tak bersalah. Dia dah cuba ingat nama lelaki berjeragat ini, tetapi semua kategori masalah mulut yang diingati kecuali nama Hiccup.

Hembusan nafas pendek terlepas keluar, sekali dengan bahu jatuh. Tak percaya dengan apa mulut comel itu baru sebut. “Kau dah makin sadis berbanding dulu…”

“Bukan pasal aku yang sadis, tapi nama engkau pelik sangat.”

“Vikings are known untuk beri nama yang menakutkan kat anak-anak dorang,  hokay?”

“Ya… ya… nama Hiccup itu sangat menakutkan sampai buat confuse nak menangis ke nak ketawa bila dengar. Memang sangat scaryyy…”Sambil mengejek dengan muka tak bersalah, Elsa menukar renung pada pemuda di belakang rakannya itu. Lelaki berkemeja biru dan berambut coklat itu… mukanya hitam. Macam getah terbakar. Rambutnya juga macam terbakar sedikit.

Hiccup menahan sabar. “By the way, kenapa kau tiba-tiba buat gelungsur siap dengan gelanggang hoki ais tengah-tengah dataran macam ni?  Kau ni pelik la. Aku nak cakap kau bodoh,tapi kau lulus ujian kemasukan akademi,” tegur Hiccup sambil menoleh pada ais di dataran yang dah retak bahana impak letupan bom Kid.

Panas hati pula melayan si kawan yang macam ni. “Aku cuma nak selamatkan seseorang, tapi seorang pun taknak percaya!” bentaknya terus.

“Seseorang? Siapa?”

Si gadis spontan memuncung. Hiccup dipandang dengan muka nak tak nak. “Kalau aku cakap, kau jangan gelak pulak sebab kau sendiri cakap dia tak wujud semalam. Even cikgu pun cakap aku mengarut…”

Hiccup dan Jack sama-sama merenung si gadis. “Kenapa?”

Anak mata biru neon itu menjeling. “Aku selamatkan Jack Frost.”

Mata Hiccup membulat, spontan menoleh pada lelaki bermuka hangus di sebelahnya.

Elsa pula masih bercakap. “Aku siap describe kat cikgu yang dia ada mata biru… rambut perak… tapi cikgu cakap takda sapa orang yang macam tu kat sekolah ni. Tapi seriously, dia betul-betul ada depan aku… aku siap marahkan dia sebab cuba nak terjun dari tugu Usop atas nu… tapi somehow, takda siapa yang perasan dia. Aku tak faham kenapa…”

“Mungkin sebab dia hantu?” soal Hiccup bersama suara tenggelam timbul. Rasa percaya pada sejenis makhluk halus yang diklasifikasi sebagai Guardian kini mula bangkit sedikit demi sedikit walau masih ragu-ragu.

“Aku tak tau… tapi aku rasa macam aku pernah jumpa dia sebelum ni… masa aku masih kecil…” balas Elsa sambil memandang lelaki bermuka hangus menghampiri gelungsurnya. “Kawan kau tu kenapa? Kenapa muka dia macam hangus? Bau pun macam getah terbakar… dia sedar tak muka dia hitam??” getusnya sambil mengipas hidung.

Hiccup turut berpaling pada Jack yang masih menyentuh gelungsur. “Hey, si muka hitam. Kau pun dengar apa dia cakap, kan? Kau jangan ingat orang normal macam kitorang boleh ignore muka hodoh kau kalau kau berjalan dengan patung hantu macam tu,” tegur si pemuda bersama senyum mengejek.

Jack menjeling. “Kau diamlah, Kahak Hijau.”

Hiccup spontan mencerun. Oh, pandai melawan rupanya… “Kau pulak dah kenapa raba-raba skulptur ais orang? Kau nak sangat merasa nikmat raba, empunya ais tu kan ada depan kau ni.” Ibu jari ditunjuk pada Elsa di sebelahnya.

“Aku tengah cuba nak baca gelombang magis dia…” balas pemuda itu senada.

“Gelombang magis?”

“Ya… kalau tak boleh dicairkan dengan normal, kita maybe boleh selesaikan dari sudut yang tak nampak…”

Tercengang seketika, cuba menyelaraskan logik di kepala dengan teori yang baru diberi itu. “H-how is that, exactly??” soal Hiccup dengan muka berkerut, benar-benar keliru mendengar penyelesaian yang dicadangkan Jack.

Elsa terpaling lagi ke belakang, terdengar suara bisikan lagi. Tiada siapa di dataran itu selain dari mereka bertiga. Lalu cuping telinga digosok. 

Mystical beast…”

“Ha?” Pemuda dengan muka berjeragat itu menoleh pula pada Elsa.

“Makhluk yang boleh cairkan ais aku… aku tak pasti, tapi aku rasa dia boleh…” ujarnya rendah sambil merenung gelungsur yang utuh itu. Dia tak pasti kata-katanya sahih atau tidak, tetapi ini berdasarkan naluri yang menjerit-jerit sekarang.

“Makhluk apa?” soal Hiccup.

Anak mata hijau itu direnung tepat. Serius. “Haiwan mistik yang boleh gunakan api… naga mungkin boleh.”

Ternganga!! “Haaa?? Mana nak cari naga kat akademi ni?? Kau dengan Jack sama je! Sorang nak selesaikan masalah pakai benda halimunan, sorang lagi nak pakai haiwan yang tak wujud!! Nak bagi idea pun agak-agaklah!!” jerkah pemuda bermata hijau itu dengan suara naik satu oktaf.

Elsa memuncung. Takyah la nak jerit-jerit kat muka orang macam tu…. “Mana la aku tau. Instinct aku yang cakap!”

“Apa kata kau cipta naga kau sendiri lepas tu suruh naga kau cairkan gelungsur kau! Tengok boleh ke tak!”

“Habis macammana nak cairkan naga tu pulak! Kau nak bagi idea pun agak-agaklah!!”

“Amboi engkau! Curi ayat aku! Tak original langsung!!” Mata dicerlangkan.

“Kau sesuka hati nak marah aku dah kenapa!!” Mata turut dicerlangkan, semakin gasak bergaduh.

“Aku tak marah kau! Aku tengah bercakap dengan penekanan sebab kau bagi cadangan bodoh!!”

“Siapa bodoh?! Kau yang bodoh, bodoh!!”

"Aku tak cakap kau bodoh! Aku cakap cadangan kau bodoh, tapi kau memang betul bodoh!!"

Terasa berasap kepala dibuatnya!! "Ka-kau yang bodoh! Bodoh!!" Dipekik sekuat hati bagi melepaskan marah.

Jack mengeluh melihat gelagat dua remaja itu. “Tak perlukan naga. Mana-mana ahli magis boleh lesapkan ais kau ni,Elsa…”

Hiccup menoleh, masih dengan muka tegang. “Kau sembang macam menteri buat manifesto masa kempen mengundi, kau sedar tak Jack?! Masuk longkang! Takkan kau tak nampak Kid dengan Law tadi! Kuasa dorang kuasa sepuluh berbanding kuasa letupan Lakrima aku! Tapi langsung tak dapat musnahkan ais minah sewel nih!” Ibu jari ditunjuk pada Elsa di sebelahnya.

Si gadis menoleh lipat maut, geram dipanggil sewel.

Jack tersenyum kelakar. “Look. Free lesson untuk kau berdua. Tak susah nak cairkan ais yang dihasilkan dengan magik sebenarnya. Apa yang kau perlu buat cuma rasakan gelombang magis dan lesapkan macam biasa…”

“Apa maksud kau dengan gelombang magis… dan lesapkan macam biasa? Macam biasa tu macammana?”

“Perhatikan aku.” Telapak tangan dilekapkan ke dinding gelungsur. Jack menutup mata. “Aku sekarang ni sedang cuba nak merasai gelombang magis Elsa… ia carca marba, tapi tegang… macam batang-batang besi yang saling crossing satu sama lain. Aku cuma perlu susun balik...”

Lelaki bermuka hitam itu tiba-tiba berhenti bercakap. Fokus.

Elsa dan Hiccup sekadar menunggu dan melihat dari tepi. Entah kerlipan mata pada kali yang ke berapa, gelungsur ais tiba-tiba hilang. Poof. Permukaan dataran yang diliputi ais serta ramp di tengah dataran, turut menerima nasib yang sama. Sebarang bongkah ais yang dihancurkan Kid juga menghilang. Semuanya lesap macam tak pernah wujud walau sekali. Yang berbaki cuma suhu yang masih dingin.

WHOAAAAA!!!

Mata Elsa terjojol luas macam nak terkeluar. Rahang benar-benar terjatuh sampai hampir tertanggal. Selepas dimarahi dan ditengking oleh semua orang kerana mencipta ais kukuh yang tak mampu dicairkan, lelaki ini melesapkan aisnya dalam sekelip mata!! Siapa lelaki ini?? Cikgukah? Profesorkah?! Sorcererkah?!! Tidak, dia terlalu muda untuk menjadi seorang Sorcerer!!

Elsa bertambah terkejut bila Hiccup tiba-tiba meloncat ke hadapan dan menepuk belakang tubuh Jack sekuat mungkin. Lelaki bermuka hangus itu hampir tersungkur ke hadapan namun sempat menstabilkan diri dengan meloncat kecil berkali-kali.

“Kau pun boleh buat magik?!” jerkah Hiccup sekuatnya, betul-betul memekik di telinga si kawan lelaki. “Even Kid… even Law… whaaaattt?!!! Sedangkan kau baru tahu pasal kewujudan Lakrima kejap tadi… whaaaaatttt?!!” Macam nak histeria!

Jack menoleh dengan muka sengal. “Kau diam kejap. Aku kena bercakap dengan dia…” getusnya sebelum kembali berdiri stabil. Elsa yang melopong ditentang bersama renungan lembut. “Tak susah nak buat trick begini. Magis ais ialah magis yang paling fleksibel. Satu-satunya yang menjadi limitasi ialah imaginasi. Kau boleh bina sesuatu out of nowhere, dan hilangkannya macam tak pernah wujud… Kau cuma perlu faham itu. Asalkan kau boleh control nature magic kau, kau boleh control how it flow, macammana kau nak gunakannya, dan kawal di hujung jari kau…” Sekeping snowflake dibentukkan di hujung jari telunjuk. Dimasukkan ke dalam genggaman tangan, dan bila telapak tangan dibuka,snowflakes tersebut hilang tanpa kesan.

“Macam Kid tadi…” Hiccup menjeling ke kanan. Teringat macammana senjata-senjata berat itu muncul dan hilang sesuka hati di telapak tangan ketua pelajar itu. “Sebagai ahli magis ilusi, dia pun macam kau berdua. Jadi dia pun boleh kawal gelombang magis?”

Jack menjeling rakan lelakinya. “Aku tak pasti betul atau tidak dia ialah ahli magis ilusi. Aku rasa magis dia sebenarnya lain… bukan magis ilusi…”

“Tapi dia boleh hasilkan sesuatu hanya dengan imagine dalam kepala!”

“Dia yang cakap?” soal Jack kembali sambil merenung anak mata Hiccup tepat ke mata.

Hiccup tergamam. “Tak… aku curi-curi baca fail peribadi dia dalam simpanan rekod sekolah… ta-tapi kau sendiri nampak macammana dia hasilkan dan buang senjata-senjata dia… itu semua ialah ilusi yang dijadikan realiti…” Ragu-ragu mula memakan keyakinan diri.

Nafas dihembus pendek. “Tentang mamat serba hitam tu, aku tak pasti. Tapi, apa yang Head Boy takuti pasal minah tu, bagi aku itu wajar…” Jack melangkah, melepasi Hiccup dan mendekati Elsa yang masih tercengang melihat muka hitamnya. Anak mata biru neon itu direnung tepat ke dasar. “Ada kuasa yang sangat kuat tapi tak mampu nak mengawalnya ialah sejenis berita buruk. Kau capable of making your own undead army, topple a country, malah menukar satu dunia jadi neraka salji. Tapi aku rasa kau takda niat seteruk itu… sebab kau mampu tengok aku.” Renungan serius bertukar mesra bila bibir getah yang dah hilang bentuk, mengukir senyum. “Kau patut cari mentor lekas dan belajar macammana nak kuasai magis kau sendiri sebelum kuasa kau sendiri kuasai kau.”

Gadis itu mengerutkan dahi. Gagal memahami setiap bait perkataan itu sepenuhnya. Tapi berbanding 1001 satu soalan di kepala, hanya satu yang paling dikehendaki jawapannya. “Kau siapa sebenarnya?”

“Aku kawan dia.” Jack mengisyaratkan kepala pada Hiccup.

Hiccup berpeluk tubuh. “Aku tak mengaku ada kawan poyo macam tu.” Selamba menafi.

“Kau… macammana kau buat???”

Satu suara asing menyampuk perbualan mereka. Serentak ketiga-tiganya menoleh, cuma untuk memandang Kid yang sedang berdiri sekitar dua depa jaraknya dari mereka. Anak mata hitam pekat itu merenung tepat ke arah mereka – ke arah Jack, terutamanya.

“Macammana kau boleh hilangkan ais Elsa? Kau siapa??” soal Kid dengan mata mencerlang. Dengan langkah pantas,dia merapat.

Jack, Hiccup dan Elsa terkaku di tempat masing-masing.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku