USOP SONTORIAN PRIVATE ACADEMY
Bab 10
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 01 Januari 2018
Genre: Parodi, fanfic, fantasy, adventure, action, saja-saja for fun bila kebosanan dalam opis. Reference: Frozen, Rise of the Guardian, How to Train Your Dragon, Fairy Tail, Soul Eater, Gintama, other Disney movie franchise, Hotel Transylvania, Boboiboy, Usop Sontorian... the list will goes on sepanjang progress, i guess. Author's note: I always fond of Elsa among other Disney Princesses. She's like... freakishly strong ice mage!! Dia boleh buat istana di atas gunung yang bukan atas tanah pamah, siap menari-nari without breaking a sweat atau penat. Dia boleh ubah fabrik baju permaisuri dia kepada baju ais yang lain color, style dan kepanjangan kainnya. Dia boleh ubah warna dress dia dan dress orang lain!! (Anna). Dia boleh buat benda terbang macam dalam short film Frozen Fever. Dia boleh buat kasut. Dia boleh buat jambatan, strong enough sampai boleh tahan beban beberapa orang lelaki dewasa dan raksasa ais dia si Marshmallow tu. Finally, kita semua tahu dia ciptakan Olaf yang overly optimis tu, dan Marshmallow yang ada purpose hidup untuk jagakan istana dia. Jadi arkitek istana, engineer jambatan, tukang buat baju and kasut is one thing, but making living thing with different personality and living purpose... itu dah macam kuasa Tuhan, and i dont like it! Logik di sebalik ice magic ialah it is extremely flexible and depended on the imagination - tapi takde la sampai boleh buat bunga terbang, melekat kat skirt dan tukar kaler skirt jadi hijau, kemon (refer Frozen Fever)... aku sebagai fan pun tahu itu mengarut overdose. So i make my own version - The Magic of Emotion - yang anda boleh bacakan dari kisah Elsa yang saya buat ini. Harap enjoy. Extra note: A promise i made for my older sister sbb dia minat Jelsa.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
105

Bacaan






“KAU siapa?” tegurnya terus, keras dan tegang. Lelaki bermuka hitam yang baru melesapkan ais Elsa tiada dalam memorinya. Lelaki itu bukan pelajar sekolah ini, bukan juga seorang guru. Staf bukan akademik, kah? Tukang kebun? Pembantu kantin? Pemandu pengetua??

Hiccup dan Elsa refleks mengeras di tempat mereka, gagal membalas. Masing-masing tahu pengaruh ketua pelajar itu di seluruh akademi. Dia ialah seorang yang genius dalam pertarungan, genius dalam menggunakan magis, malah dilabel sebagai The Strongest Fighter dalam sejarah akademi. Walau baru tahun empat, Kid dilantik sebagai Ketua Pelajar atas kekuatannya semata-mata, dan satu-satunya manusia yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pemuda bersut hitam itu ialah Law, Ketua Lembaga Disiplin.

"Hey, Jack. Nak jawab macammana ni," bisik si rakan lelaki.

Jack mencerun. “Cakap je aku tak suka dia.”

"Huh??" Hiccup menoleh keliru.

Angin tiba-tiba terhembus kuat hingga debu dan dedaunan berterbangan. Serentak, Jack terjatuh ke bumi umpama batang kayu yang hilang sokongan. Bum, menyembah bumi.

Hiccup terkejut beruk. “Hey! Jack!” Lekas si rakan didapatkan. Tetapi  patung plastik itu kini tinggal patung getah yang hangus. ‘Jantung’ android itu tidak berfungsi, bermakna Jack dah keluar dari samarannya.

Bengong!! Laju je kau lari bila jumpa Kid! Yang kena menjawab ialah aku! Pekik hati Hiccup, menahan berang.

Kid berlari lekas, mendekati mereka. “Kenapa ni? Apa dah jadi? Hiccup, explain!” arahnya.

“Erk… hahah. Ini android terbaru Hiro.”

“Hiro?”

“Ya, budak Asian yang genius tu.Dia ciptakan robot sebab nak buktikan cakap dia kat aku bila aku cakap aku tak percayakan Baymax dia mampu merasai emosi…” Itu benar. Hiro mempunyai satu robot yang mempunyai emosi, atas bantuan Lakrima yang dipelajari dan digunakan untuk improvise robot-robotnya.

Kid mengerutkan dahi. “Kau jangan nak tipu. Tadi robot ni bergerak macam manusia normal. Siap lesapkan gelungsur ais sekelip mata!”

“Yang tu kerja Elsa.” Lekas fokus cerita diletakkan pada ahli magis ais itu. Namun perhatian Elsa bukan pada mereka, tetapi pada bumbung dewan. Hiccup dan Kid turut mendongak ke arah yang sama.

Di mata Hiccup, dia kini sedang melihat seorang lelaki yang sedang mencangkung di atas bumbung sana. Lelaki itu sedang menundukkan kepala, melihat mereka. Kepalanya dipenuhi rambut putih yang bersinar keperakan. Berbaju biru lusuh dan seluar ketat coklat, mendedahkan bentuk tubuh kurus yang dimiliki. Di tangannya terdapat kayu yang bengkok di hujung. Lelaki itu memberi sengih sebelum mengangkat tangan – meminta maaf. Dia tiba-tiba meloncat. Namun, berbanding terjatuh, lelaki itu terapung tnggi ke langit ke arah awan hingga langsung tak ternampak di mata kasar.

Hiccup dan Elsa sama-sama ternganga luas.

Kid tertoleh-toleh memandang keduanya. Memahami mereka mampu melihat sesuatu, namun dia langsung tak nampak.

“Kau berdua tolong jelaskan apa yang baru jadi!” ujarnya, penuh tegas.

“Aku juga nak tahu apa yang baru terjadi…” balas Elsa perlahan, hampir berbisik. “Siapa dia sebenarnya?”

“Katanya, dia ialah Guardian…” bisik Hiccup pula, didengari Elsa dan Kid sekaligus.

“Guardian? Siapa? Guardian of the Galaxy? Siapa?” ulang Kid berkali-kali.

Hiccup menoleh. “Jangan tanya aku lebih-lebih. Aku tak tahu. Apapun, robot ni prototaip dari Hiro. Aku rasa dah rosak. Mungkin aku patut hantar kat dia cepat-cepat…” Kerana ais yang terkumpul di dalam patung getah itu, robot itu menjadi keras dan sejuk. Hiccup walaubagaimanapun hanya mampu menahan sejuk beku yang membiuskan jari. Lekas Android Jack diangkut ke bahu macam mengangkut balak sebatang. Dia bergerak pergi dari situ, meninggalkan Elsa dan Kid berseorangan.  

“Yang lesapkan ais kau… siapa?”soal Kid lagi, tanpa melarikan renung pada Hiccup. Langsung tak penat bertanya berkali-kali selagi tidak mendapat jawapan.

“Jack Frost,” tutur Elsa pada tugu Usop Sontorian.

Ketua pelajar itu serta merta menoleh. Kehairanan. “Jack frost as incold winter?”

Gadis itu terdiam seketika. Kepala ditundukkan, memikirkan logik menceritakan pada Kid. Lelaki ini tak nampak Jack, jadi apa-apa yang dia ceritakan pun mungkin akan ditepis. “Aku tak kenal dia… dan aku masih confuse apa yang baru jadi. Aku tak pernah tengok orang lesapkan ais orang lain sesuka hati…” tuturnya dengan suara tenggelam di tekak. Buku lima digenggam, membayangkan wajah Jack yang menyamar dengan android Hiro.

Kid mengangguk. “Kalau kau tak kenal dia, kenapa dia tiba-tiba berbaik hati nak selesaikan masalah yang kau buat kat akademi?” soalnya sambil merapat.

Elsa berundur setapak, terasa terancam. Mata hitam itu… tajam!! “Manalah aku tau. Dia datang dengan Hiccup. Kau patut tanya dia! Lagipun, masa pertama kali aku jumpa dia… orang lain tak nampak dia.”

Kid mengerut dahi. “Siapa dia?”

“Jack Frost!” ulang Elsa, naik geram pula. “Rambut putih, mata biru, kulit pucat… dia terbang ke atas bangunan tadi. Kau tak perasan??”

Kelam si ketua pelajar dibuatnya. Kepala didongak ke tugu Usop Sontorian. Tiada apa di situ.

Jack Frost…. Mata dipicing pada awan pula. “Jadi, orang yang kau claim kau selamatkan… tapi orang lain tak nampak… ialah dia??”

“Ya.” Yakin.

“Kau sure dia ialah orang?” tambah Kid lagi.

“Itu… aku pun dah mula ragu-ragu…”

Kid mengeluh pendek. Dengan rentak perbualan sebegini, dia takkan dapat mencungkil apa-apa maklumat mengenai lelaki misteri itu. Tetapi, untung ditemui Elsa selepas bersungguh dicari memandangkan Law juga dah lari kerana kebosanan menemaninya, tangan gadis itu ditangkap dan digenggam erat.

Elsa terperanjat.

“Jack Frost tu kita letak K.I.V.dulu. Aku nak kau tengok sendiri raksasa ais kau.” Ditarik terus si gadis dan dibawa ke sebuah dome separuh bulat seperti Tokyo Dome. Salah satu bangunan akademi itu berada bertentangan dengan dewan pelajar, dimana ditengah-tengah kedua-dua bangunan ialah dataran.

Dalam dome itu terletaknya medan yang menjadi tempat latihan bagi para pelajar Fighter seperti Kid dan Law, mahupun Tamer seperti Hiccup dan Astrid. Ianya sebuah bangunan yang penuh dengan senjata, dilengkapi dengan bilik yang boleh ditukar pelbagai jenis pemandangan dan kawasan tak kira kawasan berair, kawasan panas seperti gurun, atau di planet lain yang mempunyai graviti yang lebih berat berbanding bumi. Malah, terdapat juga bumbung yang turut boleh ditukar siang dan malamnya. Selain itu, dalam dome itu juga terdapat bilik yang menempatkan raksasa-raksasa pelajar Tamer. Raksasa yang Elsa cipta telah dikunci dalam salah sebuah bilik kebal tersebut.  

“Huh?? Kenapa??” soal Elsa sambil terus cuba melepaskan diri dari genggaman lelaki itu.

Kid menjeling. “Kau dah buat satu makhluk yang tak mampu mati. Mohon bertanggungjawab.”

“Erk…!”


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku