USOP SONTORIAN PRIVATE ACADEMY
Bab 11
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 01 Januari 2018
Genre: Parodi, fanfic, fantasy, adventure, action, saja-saja for fun bila kebosanan dalam opis. Reference: Frozen, Rise of the Guardian, How to Train Your Dragon, Fairy Tail, Soul Eater, Gintama, other Disney movie franchise, Hotel Transylvania, Boboiboy, Usop Sontorian... the list will goes on sepanjang progress, i guess. Author's note: I always fond of Elsa among other Disney Princesses. She's like... freakishly strong ice mage!! Dia boleh buat istana di atas gunung yang bukan atas tanah pamah, siap menari-nari without breaking a sweat atau penat. Dia boleh ubah fabrik baju permaisuri dia kepada baju ais yang lain color, style dan kepanjangan kainnya. Dia boleh ubah warna dress dia dan dress orang lain!! (Anna). Dia boleh buat benda terbang macam dalam short film Frozen Fever. Dia boleh buat kasut. Dia boleh buat jambatan, strong enough sampai boleh tahan beban beberapa orang lelaki dewasa dan raksasa ais dia si Marshmallow tu. Finally, kita semua tahu dia ciptakan Olaf yang overly optimis tu, dan Marshmallow yang ada purpose hidup untuk jagakan istana dia. Jadi arkitek istana, engineer jambatan, tukang buat baju and kasut is one thing, but making living thing with different personality and living purpose... itu dah macam kuasa Tuhan, and i dont like it! Logik di sebalik ice magic ialah it is extremely flexible and depended on the imagination - tapi takde la sampai boleh buat bunga terbang, melekat kat skirt dan tukar kaler skirt jadi hijau, kemon (refer Frozen Fever)... aku sebagai fan pun tahu itu mengarut overdose. So i make my own version - The Magic of Emotion - yang anda boleh bacakan dari kisah Elsa yang saya buat ini. Harap enjoy. Extra note: A promise i made for my older sister sbb dia minat Jelsa.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
108

Bacaan






“KAU dah buat apa dengan android aku, Hiccup?!!” Hiro terpekik pucat bila melihat androidnya kini dah melecur teruk, terutama di bahagian muka. “Kau tau tak bahan nak buat ni mahal! Bukan senang nak carik!! Kapal supply datang setahun sekali je, tau dak?! Tu pun aku kena order dulu dua bulan sebelum dorang bertolak dari port! Nak mintak cikgu luluskan application aku lagi…. Kau ingat senang ke kerja buat robot nipis macam ni, ha!! Aku baru siap paperwork projek tahun akhir aku…” Nak menangis rasanya….

Hiccup mengerut dahi. “Kau baru second year, tapi dah buat projek tahun akhir?” Masih ada masa lagi lima tahun, kut.

Hingus cair yang nak keluar dari hidung, ditarik kasar. Air mata yang nak meleleh turut ditahan sepenuh hati dari keluar. “Apa salahnya aku buat persediaan awal…. Aku tak sempat nak buat power point presentation pun lagi…dah rentung!!” Air mata si budak betul-betul meleleh kini, dah tak dapat ditahan lagi. Hiro lekas mengesat air matanya dengan bahu. “Mujur masih ada spare dari produk yang gagal sebelum prototaip yang ni… tapi… isk isk iskk…” Tersedu-sedan!

Remaja lelaki itu memandang antara rasa bersalah dan kelakar. “Haha… kira ni bagi peluang kau buat projek lain, lah… tu la, pengajaran untuk kau. Terburu-buru sangat buat projek sedangkan akademi penuh dengan ancaman kerosakan.”

Hiro menoleh dengan mata merah berair. “Ah, tader!! Kau bayar balik hasil peluh aku sepanjang dua tahun nih!!”

“Ye… yee…” Hiccup mendapatkanToothless yang sedang tidur di atas bantal Hiro dan duduk di katil. Bulu kucingnya dibelai lembut bersama senyum kecil. Dirindui walau baru berpisah tadi. Budak lelaki yang memandangnya dengan muka marah dipandang lagi kemudian.“Tapi, bukan salah aku seratus peratus kalau diikutkan. Si Jack tu yang selamba berdiri tengah-tengah letupan bom Kid. Mentang-mentang dia tak merasa sakit….” Desisnya sambil membayangkan sengih lelaki berambut perak sebentar tadi. Itu bentuk dia yang sebenar… kah?

“Korang buat apa carik gaduh dengan mamat muscle-brain tu pulak?!” Sekali lagi budak lelaki terpekik. Menyerupai jeritan histeria kali ini. Dah macam perempuan yang baru dapat tahu suaminya kahwin dua di Thailand. Nyaring dan bingit… kerana Kid bukan satu gurauan!

“Bila pulak aku carik gaduh dengan dia!” Naik angin dituduh sesuka hati. “Mamat tu nak musnahkan ais Elsa punya pasal. Dia pakai rifle dengan bom tangan sekaligus. Kitorang kebetulan ada kat situ masa tu…” desisnya rendah.

“Kau buat apa pulak kat situ?”

“Kau jangan tanya banyak sangat macam girlfriend aku yang tak habis-habis saspek aku curang, boleh tak?”

“Memang patut dia saspek. Sebab kau memang curang!”

“Aku curangi dia denganToothless! Kalau dia tak boleh terima Toothless, dia tak patut jadi girlfriend aku!”

“Pandailah kau nak sembang! Kau mana ada girlfriend! Forever loner!! Buat group Whassap RomeoSejati tapi berwasap dengan diri sendiri!”

“Yang kau layan jugak dah kenapa?” sahut Hiccup akhirnya, sedikit malu sebelum terus melempar diri di atas katil si budak. Ah, selesa berbaring. Kedua belah tangan dilipat ke belakang kepala, dijadikan bantal. Mata dipejam, dan bayangan Jack melenyapkan ais Elsa yang gagal dimusnahkan oleh Kid dan Law dibayangkan kembali. Darah terasa berderau naik ke muka.

“Si Jack tu… aku ingatkan dia jenis macam aku walaupun dasarnya dia ialah makhluk lain. Aku ingatkan dia jenis biasa-biasa… tapi dia sebenarnya… unexpectedly kuat.”

“Heh. Dia dah hidup beratus tahun, kut. Kau mimpilah nak bandingkan dia dengan kau. Aku rasa, dia mungkin setaraf Daemon.” Android berat itu diheret ke bilik mandi nya.

Pendapat itu sangat impresif. Hiccup menjeling pada Hiro yang berada di sebalik pintu bilik mandi yang terbuka sedikit. “Macammana kau boleh nampak dia dari awal lagi, dowh? Aku tak rasa ada orang canangkan pasal Jack Frost macam Santa Claus atau Easter Bunny yang memang ada tarikh bekerja dorang setiap tahun.”

“Sebab aku banyak baca buku dan berilmu la aku boleh nampak dia. Tapi, kau tanya soalan tu… kira kau betul-betul dah percayakan kewujudan makhluk halus tu?” balas Hiro. Entah dia buat apa di dalam sana. Bersihkan android yang penuh dengan ais Jack, kah?

“Ermmm…” Hiccup menggetarkan anak tekaknya. Enggan mengaku. Dia bangkit bersila, kemudian. Kucingnya yang menggeliat, diusik-usik perutnya.

“Aku hairan je. Dia baru tahu pasal Lakrima… baru tahu pasal Daemon…. Muka dia muda, tak nampak macam dah hidup beratus tahun… tapi dia boleh lesapkan ais Elsa senang je. Kau tahu gelungsur ais yang minah sewel tu buat kat dewan kita tu… Law dengan Kid duk tembak macam-macam, takda kesan langsung. Tak musnah, tak jatuh. Tapi lepas tu,Jack tiba-tiba boleh lesapkan ais tu sekelip mata. Aku macam… what the hell, mamat ni kan? Kau siapa sebenarnya? Macam tu…” Dia menoleh kembali bila perasan Hiro keluar dari bilik mandi dengan android rentung yang dah menipis macam bentuk asalnya kembali.

Hiro mengangguk. “Aku takde la kenal dia sangat, tapi sebab dia pun datang setahun dua kali lebih kurang. Dia ialah makhluk halus, dia ada dunia dia sendiri. Dan mungkin penggunaan magis di dunia sana jauh lebih advance dari realiti kat dunia ni, sebab tu dia boleh handle magik Elsa yang Kid dengan Law takleh nak handle tu. Aku tak pasti teori ni betul ke tak, tapi ini je penjelasan yang aku boleh fikir bagi menjawab keganjilan peristiwa yang kau tengok hari ini.”

Android selesai dikeringkan dan dilipat.

“Hurmmm…” Hiccup melangut ke siling, memikirkan teori Hiro untuk diterima akal. Dia mengaduh bila tangan tiba-tiba digigit. Ah, Toothless dah bangun dari tidur rupanya. Aku kacau kau tidur, eh buddy?

Selesai meletakkan kotak android ke bawah katil, Hiro memanjangkan leher pada Hiccup yang mengerang kesakitan di atas katilnya. Toothless rupanya dah melompat ke bahu Hiccup dan mencakar-cakar kepala si tuan. Mungkin marah ditinggalkan sebentar tadi.

By the way, kau cakap kau nak ikut cakap aku kalau aku boleh buktikan Jack Frost wujud, kan?”

Hiccup mencemik pada sengih naka litu. Toothless dialihkan dari kepala dan dia turun ke lantai. “Fine. Kau nak aku buat apa? Belikan kau supplement meninggikan badan?”

“Aku nak kau goda Merida.”Sengih.

Langkah yang baru nak dibuat ke pintu, terhenti separuh jalan. Hiccup menoleh pada Hiro dengan mata membulat. “Merida…nama perempuan??”

“Habis kau ingat lelaki??”Sengal. Sebelum sempat Hiccup menjawab dengan jawapan menyakitkan hati, Hiro menambah lekas. “Dia ahli baru kelab Disney Princess,” jelasnya bersama leretan sengih yang bertukar nakal bila ditambah tanduk yang baru tumbuh di kepala.

Ahli kelab Disney Princess… wow. Hahahaha. Jadi perempuan pilihan Hiro ialah salah seorang dari jaguh elit akademi yang dikenali sebagai berbakat, cantik, berkaliber dan berpotensi menjadi pemimpin negara? Ketawa tanpa bunyi terlepas berkali-kali berupa sedakan.

What? Jadi kau nak aku sampaikan salam kau kat dia? Sejak bila kau reti berminat dengan perempuan sedangkan kau cuma reti ramas bontot robot-robot kau setiap malam??”

“Mana ada aku ramas bontot robot aku!!” Terpekik si budak dibuatnya. Hiccup tergelak suka hati. Hiro pula menahan rasa geram. “Bukannya aku nak kau goda dia untuk aku. Aku nak kau goda dia dan tinggalkan dia lepas kau hancurkan hati dia dan buat dia bankrupt!”

Ketawa mengejek termati. Hiro direnung dengan muka berkerut. Budak ni entah stabil ke tidak status mentalnya. “Sejak bila hati kau hitam sangat ni? Nak aku hantar kau ke bengkel doktor-mekanik?Mintak dia reboot sistem kepala kau dan install balik program budak 12 tahun yang sepatutnya innocent, pure, dan baru nak mula kenal ayat cinta?”

Hiro memuncungkan bibir. Dia beralih ke kerusi dan duduk di situ. Kaki yang pendek ditarik hingga bersila.“Dia layan aku macam budak kecik…”

“Sebab kau memang budak kecik.”

“Aku dah 12 tahun!” Tegas!

“Kau baru 12 tahun.”

Hiro mencemik. “Dia beri aku lollipop setiap kali jumpa aku.”

“Elok la tu. Kalau aku nak lollipop, aku kena bayar 20sen. Kau jangan lekas sangat nak membesar. Menyusahkan!”

“Apapun, aku nak kau goda dia! Jangan berani nak langgar janji yang kau sendiri buat kat aku!” Telunjuk dituding tepat ke muka Hiccup.

Pemuda bermata hijau itu sekadar merenung kosong. Toothless di bahu menggigit telinga dan mencakar kepalanya lagi, meminta makan. Hiccup mengeluh berat.

Fine…. Fine… aku akan godakan dia untuk kau. Satu benda aku nak tanya. Merida tu budak first year, ke?”

“Tak. Tahun empat rasanya.”

“Wow. Kau jenis minat perempuan yang lebih tua, eh.”

Geram lagi. “Dia sama umur dengan kau. Aku nak permudahkan kerja kau la, bongok…”

“Eh eh… kecik kecik dah pandai kutuk orang. Hahaha. Fine, aku akan goda dia. Tapi kau pun jangan lupa supply makanan Toothless setahun. Aku tagih sampai aku mati selagi kau tak sediakan,”ujarnya sebelum terus melangkah keluar dari bilik jurutera genit itu.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku