USOP SONTORIAN PRIVATE ACADEMY
Bab 12
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 01 Januari 2018
Genre: Parodi, fanfic, fantasy, adventure, action, saja-saja for fun bila kebosanan dalam opis. Reference: Frozen, Rise of the Guardian, How to Train Your Dragon, Fairy Tail, Soul Eater, Gintama, other Disney movie franchise, Hotel Transylvania, Boboiboy, Usop Sontorian... the list will goes on sepanjang progress, i guess. Author's note: I always fond of Elsa among other Disney Princesses. She's like... freakishly strong ice mage!! Dia boleh buat istana di atas gunung yang bukan atas tanah pamah, siap menari-nari without breaking a sweat atau penat. Dia boleh ubah fabrik baju permaisuri dia kepada baju ais yang lain color, style dan kepanjangan kainnya. Dia boleh ubah warna dress dia dan dress orang lain!! (Anna). Dia boleh buat benda terbang macam dalam short film Frozen Fever. Dia boleh buat kasut. Dia boleh buat jambatan, strong enough sampai boleh tahan beban beberapa orang lelaki dewasa dan raksasa ais dia si Marshmallow tu. Finally, kita semua tahu dia ciptakan Olaf yang overly optimis tu, dan Marshmallow yang ada purpose hidup untuk jagakan istana dia. Jadi arkitek istana, engineer jambatan, tukang buat baju and kasut is one thing, but making living thing with different personality and living purpose... itu dah macam kuasa Tuhan, and i dont like it! Logik di sebalik ice magic ialah it is extremely flexible and depended on the imagination - tapi takde la sampai boleh buat bunga terbang, melekat kat skirt dan tukar kaler skirt jadi hijau, kemon (refer Frozen Fever)... aku sebagai fan pun tahu itu mengarut overdose. So i make my own version - The Magic of Emotion - yang anda boleh bacakan dari kisah Elsa yang saya buat ini. Harap enjoy. Extra note: A promise i made for my older sister sbb dia minat Jelsa.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
50

Bacaan






PADA malam itu, Hiccup memulakan langkah pertama menggoda Merida iaitu dengan tugas penyiasatan dan mencari maklumat. Pemuda keturunan Viking itu menyeludup masuk ke asrama perempuan dengan jayanya bersama satu objektif di kepala, iaitu mengintai rumah kelab Disney Princess.

Skirt hijau berbunga kuning, menutup pinggang ke bawah. Long sleeve kuning pudar serta jaket sleeveless hitam pula pasangan skirtnya. Rambut palsu panjang yang menyamai warna rambut menutup kepala. Cermin mata bulat di hidung ialah pelengkap penyamaran.

Dengan langkah kepit, Hiccup melalui bangunan kota larangan itu. Bila bertembung dengan beberapa orang gadis di pekarangan asrama, Hiccup memalingkan wajah ke lain. Langkah dikawal agar tidak nampak janggal. Dengan penuh profesional, kerumunan yang wangi dan penuh dengan dugaan pada seorang lelaki sihat itu ditinggalkan, dan langkah terus dipandu pada sebuah rumah dua tingkat yang berada agak terpinggir dari bangunan asrama.

Pokok-pokok dan semak samun yang merimbun pada kawasan pagar dijadikan tempat bersembunyi. Hiccup mengeluarkan binokular dari dalam beg sandang yang juga diangkut bersama. Rumah yang terasing dari bangunan asrama itu hampir menyerupai banglo dua tingkat. Walaupun tujuan asal ialah pusat aktiviti kelab, rumah itu lebih digunakan sebagai rumah kediaman mereka. Sebab itu Hiccup yakin sangat Merida juga bermalam di rumah itu, sama seperti Snow, Cindy, Ariel dan lain-lain.

What an ugly broad, you are.”

Suara itu tiba-tiba kedengaran,diiringi pergerakan angin yang tiba-tiba berubah. Rambut palsu yang mengusik muka, ditolak ke tepi. Hiccup mendongak ke langit, pada dedaunan yang berkocak sebelum terus menoleh ke tepi, pada pemuda berambut putih keperakan yang baru sahaja turun dari apungan dan berdiri di sebelahnya.

“Kau tau-tau je aku kat sini,”getus Hiccup sambil terus bersandar pada pokok di belakangnya.

“Sebab aku tak pernah tengok perempuan yang lebih hodoh dari kau. Apa benda yang kau buat ni sebenarnya??” soal Jack, antara kehairanan dan menahan rasa kelakar. Budak-budak akademi ini, ada-ada je yang dibuat sampai membuatnya rasa rugi jika terbang ke tempat lain.

“Jangan sibuk la! Kau buat apa lagi kat sini?! Bukan ke kau ada kerja yang lebih penting yang kau kena buat kat budak-budak seluruh dunia??” Herdikan di tahan di rengkung hingga sempit suaranya.

I’m a spirit of fun. Apa yang kau buat ni nampak jauh lebih fun. Ajaklah aku sekali,” pinta Jack dengan muka berseri.

Hiccup merenung pelik pada si Guardian. Dah kenapa perangai macam troublemaker. Memang itu perangai dia, kah? Dipedulikan Jack, Hiccup meneropong kembali ke rumah itu. Dari tingkap yang terbuka, dia nampak beberapa orang gadis yang melalui tingkap siap berbaju tidur. Terasa meremang pula bulu romanya. Yang mana Merida… yang mana Merida… muncullah Merida....

“Hoi… kau tengok apa… aku dah cakap ajak aku kan… kau jangan syok sengsorang… oi Hiccuperina bodoh lesbian…”

Sambil mengutuk, Jack menunjal-nunjal kepalanya dengan kayu yang selalu dipegang itu. Hiccup menahan sabar. “Aku nak tengok si Merida…” jelasnya akhirnya.

“Siapa Merida? Girlfriend kau?”

“Awek yang Hiro cabar aku untuk godakan.”

“Jadi kau nak cari maklumat pasal dia sampai bertukar jadi Hiccuperina? Kenapa tak baca fail peribadi dia kat dalam rekod simpanan akademi, je Hiccuperina? Kau jenis manusia bodoh kan, Hiccuperina? Kau dah bedah alat sulit kau belum, Hiccuperina??”

“Kau ni annoying la!!” Geram terlepas jua akhirnya, hanya untuk menerima sengih tak bersalah dari Jack. “Aku nak tengok muka dia je,” sambung pemuda berjeragat itu.

“Ohh… jadi kenapa tak baca fail peribadi dia kat dalam rekod simpanan akademi, je? Gambar dia sepatutnya ada sekali, kan?” Diulang.

Sabar terus ditahan. “Tengok gambar saje, mana cukup. Aku nak tengok dia jenis cantik yang macammana di depan mata, yang waktu dia selesa dalam bilik dia sendiri dengan muka bersih dari make up, baru aku boleh decide nak proceed ke tak. Aku suka cute type, bukan seksi macam Ariel atau elegan macam Aurora. Walaupun semuanya masih boleh buat adik aku happy,” getus Hiccup, kembali meletakkan binokular ke mata dan mengintai ke arah tingkap terbuka itu. Keadaan dalam rumah nampak sangat senyap. Tiada yang mundar-mandir. Sekarang sepatutnya drama TV3 dah habis. Takkan semua tengok Berita Terkini TV3 kut? Atau berkumpul depan laptop tengok drama Korea??

“Kau ada adik? Kat dalam akademi jugak ke?” Suara Jack kedengaran lagi.

“Hantu macam kau takkan faham,”Hiccup menoleh dengan senyum bermakna. Mata biru kilat milik Jack direnung.Sebagai lelaki, dia tak malu mengaku si hantu ini memiliki rias yang kacak juga. Bagi sesiapa yang meminati muka ala-ala anime atau K-Pop, mungkin mudah terpaut dengan Jack. Tapi sayang. Satu-satunya perempuan yang boleh melihat si hantu ialah Elsa.

Entah-entah Elsa dah pun ada crush pada Jack, sebab tu dia boleh tengok dari awal lagi.

“Macammana kau lahir, Jack?”soalnya kemudian.

“Huhh??” Mata kiri Jack spontan terjengil.

“Kau ada clan kau sendiri ke? Ada majlis berdaerah ke… kampong ke… mak ayah nenek datuk ke… I don’t knowanything?”

Jack mengerutkan dahi. “Kenapa tiba-tiba tanya?”

“Aku cuma nak tau kut-kut kau ada mak ayah. Jadi, aku boleh buat hipotesis yang even makhluk macam kau boleh merasa feeling nak berkeluarga. Kalau iye, aku ada calon untuk kau.”

Guardian itu lekas menggelengkan kepala bersama ketawa kosong. “Benda bodoh apa la yang kau fikir hahhahaha. Aku takda family. Atau feeling nak berkeluarga atau feeling bercinta, benda macam tu dah lama hilang sejak aku wujud dulu. Tapi itu tak bermaksud aku tak faham apa yang kau cakap….”

“Macammana kau boleh wujud?” potong Hiccup.

Lidah terasa kelu seketika. Muka serius Hiccuperina membuatnya memikirkan jawapan yang lebih memuaskan hati si transvestite. Namun kosong. “Aku takda explanation.”Langit gelap dipandang kemudian. Tiada bulan atau bintang di mana-mana. “Yang bertanggungjawab bukan air mani lelaki atau rahim perempuan, tapi kuasa yang lebih tinggi. Aku tak boleh nak jawab soalan kau. Aku cuma wujud… just like that.”

“Ohh…”

“Tapi itu tak bermaksud aku langsung tak faham apa itu cinta dan perasaan…” Kayu diketuk pada bahu sambil tersenyum lembut. “Aku dah hidup beribu tahun, aku dah perhatikan bermacam-macam romance berbanding kau yang mungkin cuma tengok mak ayah kau dating kat dapur rumah kau.” Tingkap yang terbuka itu dipandang lagi. Seorang gadis berambut coklat dan berbaju kuning berdiri di situ, malah sedang mengusap kepala seekor ular. Pemandangan yang aneh. Mampu menjinakkan makhluk ganas, mungkin dia seorang Tamer seperti Hiccup. 

Ular itu dilepaskan kemudian,membebaskan si ular untuk merayap ke luar.

Hiccup mendiam seketika, masih merenung wajah Jack. Jadi dia ni dah berseorangan sejak beribu tahun? Tambah-tambah bila tiada siapa yang boleh diajak berbual selain budak-budak. Patutlah terus berminat nak join acara pecah perintah akademinya malam ini.

Keluh nipis terhembus.

“Kau cakap ada Guardian lain selain kau. Kau takda girlfriend dalam kalangan dorang, kan?”

Sekali lagi Guardian itu berkerut dahi. “Kau kenapa sebenarnya ni? Nak sangat tau pasal love life aku. Aku takda girlfriend!”

“Ohh… boyfriend?”

Jack merenung datar. “Whoop!! Peluru sesat!” jeritnya tiba-tiba. Selajur, kayu dilibas sekuatnya ke pelipat lutut Hiccup hingga terjatuh melutut si rakan. Sebatang anak panah melayang melepasi kepala rakannya dan terus melekat ke pokok di belakang. Jack menjeling ke arah tingkap rumah kelab tanpa mengalihkan kepala. Perempuan-perempuan di dalam rumah itu bukan sebarangan....

Hiccup pula mula berasap kepala. “Jilake… peluru sesat bapak kau!!” jerkahnya kembali sambil bangun. Baru saja nak melepaskan penumbuk ke arah Jack, Toothless yang sedari tadi menyorok di dalam baju Hiccup supaya membentuk payudara, mengeluarkan kepalanya di ruang kolar baju. Kucing hitam itu mendesis deras ke arah semak.

Seketika, Hiccup kehairanan melihat kucingnya bertukar garang. Seluruh bulu kucingnya siap menegak naik. Kenapa?

“Kau dah kantoi. Baik kau lari cepat,” ujar Jack senada.

Hiccup menoleh pelik. Guardian itu sekadar meleretkan senyum sebelum terbang terus ke ruang udara, meninggalkannya terpinga-pinga. Pemuda itu terkejut bila Toothless tiba-tiba meloncat keluar dari bajunya pula. Kucing hitam itu melepaskan bola api ke satu arah – pada seekor ular yang merayap ke arahnya dalam gelap.

Lampu spotlight tiba-tiba dihalakan ke arahnya. Darah Hiccup berderau turun meninggalkan kulit mula. Pucat lesi, benar-benar mengerti dia dah pun kantoi. Figura tiga orang gadis yang berdiri di hadapan spotlight membentuk bayang-bayang besar di tanah. Siapa mereka bertiga, tidak diketahuinya.

Pembesar suara kedengaran dihidupkan. “Perhatian! Perhatian!! Semua ladies dalam asrama!! Kami berjaya kesan penceroboh yang dah menyeludup masuk ke dalam asrama! Macammana dia boleh berjaya ceroboh, semuanya salah korang semua sebab terlalu bodoh!!”

Sempat memarahi.

Aduh! Sakit menyentap tangan. Hiccup memandang lengan kirinya, pada anak panah yang entah sejak bila dah pun ditebak ke arahnya.

“Mulan dah  permudahkan kerja korang untuk kesan jejak dia,” ujar suara halus itu lagi. “Tamer yang mempunyai raksasa yang boleh hidu darah, utilize raksasa kau immediately. Ahli magis yang specialize dalam pertahanan, pertahankan pintu pagar dengan semua lubang pagar yang korang tahu. Selebihnya, bantu pasukan Tamer cari penceroboh tu! Aku nak dia ditangkap hidup-hidup dan dihantar ke rumah kami! Buktikan korang semua berguna berbanding cuma tahu cemburu dan mengumpat belakang!!”

Asrama mula kecoh, bertindak lekas selepas menerima arahan yang diberikan. Suara-suara kecil milik mereka kedengaran di sana sini hingga meninggalkan bunyi dengungan seperti lebah.

Jack masih berdiri di tempatnya, merenung tepat ke arah tiga bayang itu dengan sebelah tangan menggenggam lengan kiri yang semakin banyak hilang darah. Kumpulan elit Disney Princess… ternyata dia dah pandang rendah kumpulan wanita itu!

You despicable bullies…”

“Kami bukan pembuli. Kami elit. Kau pula ialah penceroboh yang tak tahu malu!”

Ah, dia dengar. Jadi dia mungkin ialah Snow, ahli Disney Princess yang memiliki tujuh Lakrima yang dinamakan sebagai kuasa tujuh manusia genit. Salah satu Lakrima miliknya berbentuk anting-anting bagi menghaluskan pendengaran.

Ular yang sedang bertarung denganToothless pula mungkin milik Belle. Gadis itu ialah Tamer yang terbaik di akademi – memiliki jumlah raksasa yang sangat banyak yang disimpan baik di Dome,mahupun di dalam kawasan asrama ini sendiri. Jumlah sebenar raksasa miliknya, masih tidak diketahui dengan spesifik.

Dan gadis yang membuat gaya memanah di sebelah Snow itu pula ialah Fa Mulan, seperti yang dimaklumkan Snow sebentar tadi. Seorang Fighter dan tomboy juga. Kerap kali mencari masalah dengan Kid dengan bertarung secara terus dengan ketua pelajar itu, lantas menjadikannya dikenali seluruh akademi sebagai Fighter perempuan terkuat. Berbanding melawan semua sekali ahli kelab Disney Princess, ketiga-tiga mereka dah pun di kira ancaman hebat kala ini!

“ITU DIA!! CEPAT TANGKAP DIA!!”

Suara jeritan di belakang menandakan semua kumpulan pelajar perempuan itu sudah merapat. Hiccup spontan menggigit lidah. Bahaya jika ahli kelab Disney Princess berjaya menangkapnya! Perempuan-perempuan itu sadis!!

Buddy!! Come!” ujar Hiccup pada Toothless yang kini dibelit ular hitam itu. Si ular membuka  mulut seluasnya, bersedia menggigit Toothless dan membenamkan racun ke badan si kucing. Toothless membalas dengan melepaskan bola api biru ke dalam mulut ular.

K.O.

Toothless menang. Si kucing melepaskan diri dari belitan yang melonggar dan terus meloncat ke bahu tuannya. Hiccup terus memecut ke belakang rumah kelab Disney Princess bagi melarikan diri dari lampu spotlight yang masih menyala terang itu. Namun, beberapa orang gadis dah pun berada di situ dan menghalang pergerakannya.

Hiccup menggigit daging pipi, tersekat. Tangkas la pulak mereka ini laksanakan arahan. Memang dah praktis ke apa? Kumpulan pengejar di belakang juga dah bertambah ramai dan semakin mendekat!! Nak tukar Toothless kepada bentuknya yang sebenar dan terus melarikan diri pun tak sempat!

“Berhenti!! Jangan lari!!”  pekik mereka lagi bersama raungan kemarahan.

Gila kenamanya kalau tak lariboleh kena sula kalau dibiarkan… desis Hiccup. Sampai dia keluar dari akademi, dia akan dilabel sebagai lelaki sangap atau penceroboh atau akan hidup dalam kehinaan!

Penumbuk kanan digenggam. Magisnya difokuskan dan dikumpulkan di Lakrima di pergelangan tangan kanan. Gelang berbatu hitam itu mula bertukar warna, menjadi kuning terang, malah menyala terang.

“Kau menyerah je la, penceroboh,”ujar Snow lagi, perasan penceroboh itu mahu menyerang balas.

“Lepas tu apa? Kau benarkan aku masuk ke rumah peribadi korang dan perhati badan korang dari jarak dekat? Sebenarnya aku tahan excited je dari tadi sebab aku nampak bentuk tubuh kau yang perfect tu bila korang bertiga berdiri depan spotlight tu, kau sedar tak?” Datar selamba, namun offensif.

“Ka-ka-ka-kau!! BUNUH DIA!!”Terpekik terus.

Hiccup tersenyum menang dalam cuak. Sememangnya perempuan makhluk yang lemah. Buku lima semakin erat digenggam. Perhatian diletakkan penuh pada kuasa yang berkumpul di gelang. Nyalaan bertukar terang benderang hingga menyinari laman asrama buat beberapa ketika. Menyilaukan, sekaligus menghalang penglihatan semua gadis-gadis yang dirasuk amarah itu.

“Graaahhh!!” pekiknya sambil melepaskan penumbuk ke tanah.

BOOMM!!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku