USOP SONTORIAN PRIVATE ACADEMY
Bab 13
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 01 Januari 2018
Genre: Parodi, fanfic, fantasy, adventure, action, saja-saja for fun bila kebosanan dalam opis. Reference: Frozen, Rise of the Guardian, How to Train Your Dragon, Fairy Tail, Soul Eater, Gintama, other Disney movie franchise, Hotel Transylvania, Boboiboy, Usop Sontorian... the list will goes on sepanjang progress, i guess. Author's note: I always fond of Elsa among other Disney Princesses. She's like... freakishly strong ice mage!! Dia boleh buat istana di atas gunung yang bukan atas tanah pamah, siap menari-nari without breaking a sweat atau penat. Dia boleh ubah fabrik baju permaisuri dia kepada baju ais yang lain color, style dan kepanjangan kainnya. Dia boleh ubah warna dress dia dan dress orang lain!! (Anna). Dia boleh buat benda terbang macam dalam short film Frozen Fever. Dia boleh buat kasut. Dia boleh buat jambatan, strong enough sampai boleh tahan beban beberapa orang lelaki dewasa dan raksasa ais dia si Marshmallow tu. Finally, kita semua tahu dia ciptakan Olaf yang overly optimis tu, dan Marshmallow yang ada purpose hidup untuk jagakan istana dia. Jadi arkitek istana, engineer jambatan, tukang buat baju and kasut is one thing, but making living thing with different personality and living purpose... itu dah macam kuasa Tuhan, and i dont like it! Logik di sebalik ice magic ialah it is extremely flexible and depended on the imagination - tapi takde la sampai boleh buat bunga terbang, melekat kat skirt dan tukar kaler skirt jadi hijau, kemon (refer Frozen Fever)... aku sebagai fan pun tahu itu mengarut overdose. So i make my own version - The Magic of Emotion - yang anda boleh bacakan dari kisah Elsa yang saya buat ini. Harap enjoy. Extra note: A promise i made for my older sister sbb dia minat Jelsa.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
85

Bacaan






ELSA menoleh bila terdengar bunyi letupan. Lah, siapa pula yang buat masalah waktu malam macam ni? Satu-satunya tingkap biliknya dibuka, dan kepala dipanjangkan ke arah kepulan asap hitam di sebalik semak tebal dan pokok-pokok kecil di sana. Itu ialah arah rumah kelab Disney Princess. Sekumpulan pelajar perempuan pula kelihatan berselerak seperti mencari seseorang. Mereka saling berteriak kerana tiada ketua yang memimpin pencarian.

“Ada penceroboh, kah?”

“Ha’ah. Hiccup datang nak curi spender korang.”

Gadis itu menoleh terperanjat.Namun tiada sesiapa yang berada di ruang pandangan. Aneh. Tapi iyelah, kini dia menetap di loteng asrama berbanding di bilik asal yang dah dimusnahkan. Pokok-pokok tak cukup tinggi nak sampai ke sini. Sepatutnya, tiada orang yang boleh mengganggunya lagi seperti sebelum ini.

“Hey.” Satu kepala memuncul di sebalik bumbung.

“Gaahh!!” Elsa terpekik terkejut.Spontan terundur namun terjatuh terus bila tersadung kaki sendiri. Gadis itu mengerang kemudian sambil menggosong punggung yang terasa pecah lemak.

Jack tersenyum kelakar. Sebelah tangan bertapak pada bumbung dan dia beralih pada birai tingkap yang dah terbuka. Duduk di situ. Seluruh ruang bilik yang kosong, di pandang. Ada katil bercadar putih, almari, meja, kerusi dan pintu keluar. Ais yang melekat di dinding dan siling juga ada, sekaligus menutup cahaya lampu yang menyinari bilik, menjadikan suasana tampak suram dan menyedihkan. Pemandangan yang macam pernah dilihat…

Wind, what do you think? Macam penjara peribadi, kan?” bisiknya pada angin yang berdesiran di telinga. Namun, bisikan pemuda itu turut sampai ke telinga Elsa.

“Bukan penjara. Bilik aku. Kid yang tunaikan permintaan aku walaupun cikgu dan yang lain-lain masih tak tahu. Mamat tu reti gunakan autoriti dia…” Nada jawapan itu berisi sedikit kagum. Elsa bangkit.  “Kau buat apa kat sini?”

Kayu di tangan diketuk ke bahu berkali-kali sambil berfikir dimana dia pernah melihat bilik yang dipenuhi ais seperti ini. “Kebetulan,” ujarnya tanpa menoleh.

“Macammana boleh kebetulan?”soalnya kehairanan.

Beats me. Aku follow Hiccup je dari tadi. Dia dah lead banyak benda menarik kat aku, hahaha…” Kayu panjang dimainkan dipusing-pusing di tangan sebelum direhatkan pada bahu. “Lepas semua yang dah berlaku siang tadi… kau okay?” soalnya sambil merenung gadis berbaju tidur nipis dengan tali spageti itu. Tiada pakaian dalam di dalam hingga mendedahkan pangkal dada. Rambut perang pudarnya dilepaskan bebas, malah masih lembap tanda baru lepas mandi. Bilik yang sempit dan nampak sendat ini cukup kelengkapan rasanya. Jack berpaling ke asap yang semakin mengecil, memikirkan jika Hiccup melihat keadaan Elsa ketika ini, mungkin rakannya itu tak dapat tidur malam dah.

Elsa mendiam. Kurang pasti relevan keprihatinan lelaki asing yang datang nak bertanya khabarnya. Dahlah baru kenal awal siang tadi. Keluh dihembus dan belakang kepala digaru. “Aku okay. Cuma aku risau sikit dengan kuasa aku…” ujarnya sambil bergerak ke katil.

“Risau? Kenapa?”

Punggung dilabuh di birai katil dan pahanya direnung. Mengingat kembali apa yang terjadi selepas bertembung dengan Kid petang tadi. “Dia bawak aku jumpa raksasa ais aku.”

“Dia?”

“Kid.” Elsa menjeling. “Aku baru nampak kenapa dia risaukan sangat pasal aku… pasal kuasa aku…. Raksasa tu… memang betul-betul menakutkan. Aku tak ingat rupanya masa aku bentukkan dia… tapi bila dilihat dua kali…” Anak mata dilarikan ke dinding, membayangkan semua usaha Kid cuba untuk mematikan raksasanya walaupun semua membuahkan gagal. Jika ketua pelajar itu tidak mengunci raksasa itu dengan betul, mungkin dia terus cuba mengganas dan mencari jalan keluar supaya boleh mengganas terhadap makhluk bernyawa yang lain. Fikir balik, kenapa sebenarnya dia mencipta raksasa yang tak mati itu? “Sampai ke sudah aku tak boleh nak kawal dia… atau buatkan dia berhenti mengganas…. Sebab tu aku minta Kid sediakan bilik ni untuk aku… supaya aku boleh mengelak dari bertembung dengan orang lain. Supaya aku takkan cederakan orang lain…”

Jack merenung muka muram si gadis. Benar-benar nampak tertekan. Anak matanya dikerling pula pada ais yang semakin menebal di dinding. Benar-benar seperti pernah dilihat… malah, dia macam pernah menerima tugas untuk menipiskan ais itu pada suatu masa lalu….

Enam tahun lalu… dia ialah gadis kecil itu. The little girl that were forbidden to have fun.

Desiran angin akhirnya memberi jawapan. Rahang Jack terjatuh, akhirnya berjaya ingat. Nafas turut tertarik sedikit, bernada sendat. Kayu diketuk ke dahi, kemudian. Elsa dikerling dari ekor mata. Budak kecil itu… ialah dia?? Beban mula terasa memberat di bahu.

Say… kau pernah dengar ayat ni? Magic reflect the user’s heart. Jadi, kekuatan magis bergantung kepada kekuatan hati pemegangnya.” Permukaan kaca disentuh dengan telunjuk. Ais terbentuk dalam corak paku pakis sebelum terus merebak hingga memenuhi seluruh permukaan kaca. “Kau suka bunga?” soal Jack tanpa berpaling.

“Ha?”

“Kau suka bunga tak?” ulangnya.

“Err…” Mata dijuling ke langit. Cicak yang terperangkap dalam ais di siling, direnung. Cuba memikirkan jawapan kepada soalan mudah.

Terlalu lambat menerima respon,Jack melukiskan sekuntum bunga pada permukaan kaca yang dah membeku. Telapak tangan dibentang di hadapan lukisan. Mata dipicing dan jari jemari dibengkokkan sedikit. Pop – bunga kartun ais berkelopak lima keluar dari lukisan.

Lelaki itu beralih kedudukan dari tingkap ke katil tanpa turun ke lantai mahupun berjalan. Seperti melompat jua, tapi lebih kepada terapung. Elsa ternganga, melihat Jack menghulur bunga kartun ais kepadanya. Siapa lelaki ini sebenarnya?

“Tahun lepas, North suruh aku datang ke sini sebab ada seseorang yang perlukan bantuan aku katanya. Aku datang, tapi masalahnya, aku tak jumpa sesiapa. Masalah apa yang dimaksudkan North, aku tak pasti. Tapi bila aku jumpa kau kali ini… aku memang kena stay sini lama sikit untuk teman kau…” ujarnya sambil mencapai tangan Elsa. Bunga itu dipindahkan ke jemari halus si gadis.

Elsa tersentak bila kulit mereka bersentuhan. Bukan kerana jarang disentuh, tetapi kerana tangan itu sejuk!! Dia tak sepatutnya mampu merasai rasa sejuk! Sedangkan dalam keadaan bilik yang dah macam gua ais dan dia berpakaian separuh telanjang, dia langsung tak merasa apa-apa. Tapi sentuhan kecil dari lelaki ini… memberinya rasa sentuh itu! Ini ganjil. Lalu wajah yang tersenyum itu ditentang lagi. Penuh dengan rasa ingin tahu kali ini.

“Kau siapa sebenarnya?”

Berkerut dahi lelaki itu seketika. “Aku Jack Frost.”

“Aku tau nama kau. Maksud aku…kau ialah apa? Aku tak pernah merasa sejuk, tapi kau… tangan kau sejuk. Manusia biasa… tak sepatutnya macam ni…” Hujung nadanya berisi getar. Takut.

Lelaki itu tersenyum lagi. Sekali backflip, dia beralih ke meja belajar Elsa. Sebelah kaki dibiarkan tergantung, manakala sebelah lagi dilipat rapat ke dada. Kayunya dipeluk. Elsa direnung bersama senyum lembut.

“Aku bukan manusia, then. Aku ialah Guardian. Kalau kau kenal Santa Claus, Easter Bunny, Tooth Fairy dengan Sandman, dorang officemate aku.”

Kelam.

“Tentang raksasa ais kau tu… it’s a creature with purpose. Kau bentukkan dia dengan tujuan spesifik dalam kepala, iaitu untuk menyerang manusia. Jadi, selagi dia tak habiskan orang yang kau suruh serang, dia akan terus pulih dengan sendiri… sama macam gelungsur ais kau. Kau ciptakan dia dengan tujuan menyelamatkan orang – jadi sebab tu dia terus pulih dan pulih. Untuk selamatkan orang yang nak bunuh diri,” jelas Jack kemudian.

Elsa mengerut dahi. “Tapi aku dah selamatkan kau.”

“Kau tak selamatkan aku, sebab aku tak perlu diselamatkan pun. Magis kau lebih tahu, sebab tu dia tak mampu lesapkan dia sendiri sebab tugasnya tak selesai. Dan sebab tu jugak, aku bantu dia,” sengih si lelaki.

Si gadis kelam lagi. Kenapa Jack bercakap macam dia boleh bercakap dengan gelungsur aisnya??

Lelaki itu melangut ke siling berais bersama senyum. “I told you. Magic reflect the user’s heart. Kebencian kau… kemarahan kau… berkumpul dalam ais kau. Dalam kes raksasa ais kau, sole purpose dia ialah untuk kemusnahan. Dan agak kebal juga… kerana orang yang menciptanya sebenarnya masih berdendam dan marah sampai sekarang. Punca dia tak mati… ialah sebab kau masih mahu dia hidup dan habiskan tugas asal dia.” Gadis berbaju tidur nipis di birai katil itu direnung redup.

Si gadis tergamam. Liur spontan ditelan. “Kau… kau cakap… aku sebenarnya masih marah kat Snow dan Cindy?? Karut. Kenapa aku nak marah dengan orang yang aku tak kenal?!”

“Aku tak tahu. Atau mungkin juga sebab kau masih keliru dengan apa yang dah berlaku beberapa hari ini. Hiccup bagitau aku yang kau hilang ingatan. Tekanan sebab tak mengetahui apa-apa… itu mungkin tekan mental kau. Dan bila kawalan pada ciptaan ais kau sendiri hilang… dorang pun buat sesuka hatilah.”

Ini jawapan selamat bagi menenangkan jiwa gadis itu. Kerana sesungguhnya, Jack pasti yang raksasa ais itu masih kekal hidup kerana Elsa sendiri mahu rekaannya menghabiskan tugas asal– yang dia tidak pasti apa dia. Tetapi kenapa gadis itu keliru dengan emosinya sendiri? Jack menjeling ruang bilik yang semakin sempit kerana ais yang semakin menebal, tanda sedang bereaksi dengan emosi si pemilik. Usaha Kid nak mengasingkan Elsa dari pelajar lain… mungkin sesuatu yang wajar… kerana masalah perempuan itu bukan saja tidak diketahui mereka, tetapi tidak diketahui oleh gadis itu sendiri. Sebarang bantuan dari luar ternoktah sendiri.

Elsa yang hilang ingatan ialah sejenis berita buruk buat masa ini.

Gadis berambut perang pudar itu terpejam kelip, memahami kata-kata pemuda di hadapannya. Genggaman dibawa ke dada. “Jadi… untuk kawal raksasa ais aku…”

“Ialah dengan mengawal perasaan kau sendiri.”

Gadis itu menggigit bibir. Riak bertukar keruh. “Ma-macammana… sedangkan… sedangkan… aku tak tau…” Kusut! Kenapa dia perlu memiliki kuasa seperti ini?? Dia dah taknak. Kuasa ini membebankan! Lebih baik dia jadi seorang manusia biasa yang cuba menggunakan magik dengan menggunakan Lakrima… dan bukannya pengguna magik yang magisnya tak berhenti-henti terlepas keluar hingga tak terkawal begini… hingga mampu membunuh… hingga mencipta raksasa pemusnah….

Dia dah taknak… dia dah taknak…dia taknak dia taknak dia taknak dia taknak dia taknak dia taknak dia taknak dia taknak dia taknak dia taknak dia taknak dia taknak dia taknak….

“Elsa… Elsa… cool off,” Jack memanggil lembut.

Gadis itu mengangkat wajah. Lelaki berambut perak itu dah beralih dari meja dan mencangkung di hadapannya. Tangan yang sejuk itu sedang mengusap mukanya. Mata Jack juga cukup lembut merenung.

“Kau patut tahu. Magic kau reacted dengan emosi kau… strongly. Aku takkan mintak kau belajar kawal kuasa yang terlalu besar tu. Tapi aku mintak kau… senyum. Be happy.”

“Haa??” Orang tengah tension, dia boleh suruh happy.

Look.” Jack memuncung pada seluruh bilik.

Elsa terlongo. Seluruh ruang sempit itu dah menjadi semakin sempit seperti berada dalam freezer peti sejuk! Stalagtite dan stalagmite ais juga menusuk di dinding, lantai dan siling. Jika bukan kerana bantuan cahaya bulan di langit, bilik itu dah bertukar gelap gelita. 

“Ack… aku yang…” Aku yang buat??

“Hahaha… even bunga aku dah jadi landak laut sebab kau…”

“Huh?” Elsa melihat bunga pemberian Jack di tangan sendiri. Ya, bunga yang sepatutnya sangat feminin, diukir cantik, halus dan berkelipan tadi… kini dah mencacak, malah mencucuk jarinya sendiri. Dia langsung tak perasan kerana kebal dengan kesejukan! Darah menitis ke katil, menjadikan aisnya ais berdarah.

Elsa bertambah takut. Bunga ais berduri terlepas dari tangan. Gadis itu lekas mengensot ke hujung katil dan memeluk lututnya di situ. Air mata bergenang di birai mata.

Jack mengeluh rendah melihat status mental gadis itu. Ais di dinding semakin tebal dan kasar. Duri ais turut memanjang, seolah-olah nak membentuk satu ruang tertutup hanya untuk Ratu Ais itu. Menyedihkan.

“Aku nak salahkan kau seratus peratus pun tak boleh…” keluhnya rendah sambil membentuk sekeping snowflakes di hujung jari. Dengan bantuan angin, snowflakes itu diterbangkan ke muka Elsa. Pecah bila bertemu hidung si gadis. Serpihan ais merebak ke seluruh wajahnya.

Elsa terpejam kelip. Matanya terasa berpinar, namun sebentar cuma. Mood yang memberat di jiwa perlahan-lahan memudar dan bertukar ringan. Majistik. Ruang mata yang gelap dan kesejukan tadi bertukar cerah dan semakin terang. Ruang pandang yang sempit dan kabur bertukar meluas. Nafas berat yang menekan jiwa, dihembus panjang. Bahunya berpisah dari leher. Elsa melangut, dan Jack yang masih mencangkung berak di hadapannya menjadi sasaran pandang. Anak mata biru lelaki itu direnung tak berkelip.

Jack tersenyum melihat perubahan rias itu. “Okay dah?” soalnya lembut.

Hati Elsa terdetik sedikit. Anak mata spontan dilarikan, segan. “Yea…” Keadaan bilik dipandang. Ais yang menebal tadi semakin menipis. “How’d you do that?” soalnya, sedikit kagum. Menyedari mood dalam diri berubah kerana perbuatan seorang Jack Frost. Ironi, kerana nama itu memberi makna seseorang yang dingin. Tetapi Jack juga yang membuat perasaannya menghangat sekarang.

“Kau kena jadi awesome macam aku, baru boleh buat, hahhaa…”

“Hahaha… jerk. Tapi ajarkanlah aku macammana nak kawal kuasa aku kalau kau awesome sangat.”

Jack melirik wajah yang tersenyum itu. “Sure. Aku ada banyak masa lapang, though. Lagi-lagi musim panas macam sekarang.” Kepala Elsa digosok. Bila gadis itu membongkok sedikit, perasan parut di tengah-tengah lurah dada si perempuan. Saiznya kecil, berlubang seperti daging yang dikorek keluar, dan kedudukan itu tepat ke jantung. Tanpa berfikir, tangan dibawa ke situ.

PANG!!


***

Saya tak sedar saya upload chapter ini tadi. Lepas Ctrl+V, saya tutup terus web sebab ingatkan nak edit dulu. Terfikir, betul ke nak go on dengan storyline ni. Tapi bila malam ni saya tengok balik, tup-tup bab 13 dah pun uploaded, so saya pun iyekan je la. 

Citer ni masih under construction dan saya sendiri tak jangka dia lebih panjang dari biasa, tapi imma make it end as fast as i can. 

Thanks for reading ne'way. Harap enjoy. Peace out.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku