Spy Hati Dari Chantilly
Prolog2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Januari 2018
Andai Harus Memilih..Hidup Bahagia Atau Hidup Dalam Bahaya
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
62

Bacaan






Tahun 1994 – Kuala Lumpur…

 

DIA terjaga daripada tidur secara tiba-tiba. Terganggu oleh mimpi ngeri yang sering dialaminya saban malam sejak bertahun yang lalu. Ada bayang-bayang hitam di dalam mimpinya, menghunus sebilah pisau yang diacu di lehernya. Dan setiap kali lembaga hitam itu bersedia untuk mengelar lehernya, dia akan terjaga dari tidurnya secara automatik.

Peluh merenek di dahi.Jauh di sudut hati, mimpi yang sama dan berulang-ulang itu masih tidak mampu dibiasakan. Seolah-olah ada dosa yang tertinggal di setiap laluan kehidupannya.

“Sayang? Kenapa ni?”Lelaki di sebelahnya turut terjaga dari tidur

 “Tak ada apa-apa, I okey. You tidurlah dulu,”ujarnya cuba berlagak tenang.

“Mimpi lagi?” Renungan lelaki itu menjamah simpati wajahnya.

Dia tahu lelaki itu cukup prihatin dengan keadaan dirinya. Tetapi entah kenapa, dia selalu berasa seperti telah banyak menyusahkan lelaki itu selama ini.

I’m so sorry, sayang.” Entah kenapa ada kesedihan pada kata-katanya yang tidak mampu dilafaz dengan panjang lebar kecuali memohon maaf.

“Tak buat salah, kenapa nak minta maaf pulak?”

“Sebab I banyak susahkan you,hubby.”

Ketawa si lelaki bergema.

“You yang rasa macam tu.Bagi I, you tak pernah menyusahkan. I love you so much.”

I love you more.”Dia membalas seraya memeluk lengan lelaki itu erat-erat.

Tetapi kemesraan itu tidak dapat bertahan lama kerana telinganya tiba-tiba mendengar bunyi telefon bimbitnya. Wajahnya segera berubah. Dia mengecam bunyi deringan itu. Itu bukan deringan biasa. Nada deringan itu sengaja diatur berbeza jika yang memanggilnya berada nun jauh di pelusuk luar negara.

“Siapa call lewat-lewat macam ni? Bukan ke you cakap yang you tengah bercuti?” Ada keluhan meniti keluar dari bibir lelaki itu.

“I kena jawab ni,” ujarnya.Dia segera mengambil telefon bimbitnya lalu keluar dari bilik tidur. Perbualan seterusnya dianggap sulit dan sebagai seorang agen terlatih, dia sudah memahami setiap protokol yang harus diikutinya.

“Helo, Johanna sini.” Dia menyapa dengan Bahasa Inggeris.

Diam.

Beberapa minit berlalu dia hanya mendengar dan bukannya berkata-kata. Wajahnya berubah drastik.

“Tak mungkin. Dia dah mati!”

Diam.

Panggilan telefon ditamatkan.Namun isi perbualan masih menjerat fikiran. Dia terduduk lemah di atas sofa diruang tamu. Berita yang dibawa oleh salah seorang agen SBI tadi benar-benar diluar dugaan. Terdapat lima orang agen mati dibunuh dalam minggu ini. Dan dia kenal kesemuanya. Itulah kawan-kawan yang membantunya dalam Black Ops beberapa tahun yang lalu.

Lebih mengejutkan, imej satelit pemantauan SBI berjaya mengesan suatu wajah yang muncul di LapanganTerbang Antarabangsa Heathrow.

“Dublin!” bisiknya dengan perasaan bercelaru dan keluh kesah.

Apakah lelaki itu masih hidup? Mata dan kepalanya sendiri melihat mayat lelaki itu yang teruk melecur diangkat dan dibersihkan oleh petugas-petugas SBI sendiri di tempat kejadian.Tak mungkin dia masih hidup!

“Sayang? Kenapa ni?” Si suami menegur dari balik pintu. Dahi lelaki itu jelas berkerut.

Dia memandang lelaki itu dengan perasaan sayu. Hidupnya baru hendak bahagia, tetapi apakah badai dan taufan akan kembali melanda?

“Tak ada apa-apalah.” Dia tersenyum akhirnya.

“Siapa yang call?Ibu pejabat?” soal lelaki itu lagi.

Dia hanya mengangguk.

 “Belum ada tugas lain. Mereka cuma telefon untuk mengesahkan keberadaan I. Standard procedure,” ujarnya,berbohong.

“Mujurlah.” Wajah itu seakan-akan lega.

Baru dia hendak membalas,telinganya menangkap bunyi tangisan kecil.

“Hmm… anak you dah bangun tu. Lapar agaknya.”

Dia hanya tersenyum hambar.

“Tak apalah sayang, you sambunglah tidur. Biar I tengok-tengokkan dia,” ujar lelaki itu sebelum melangkah ke suatu arah.

Tanpa disedari dia juga mengekori langkah lelaki itu. Si kecil sudah terjaga dan merengek-rengek. Dia berdiri di tepi pintu, sekadar memerhatikan suaminya yang sibuk memujuk anak kecil mereka yang sudah menginjak tiga tahun usianya.

Itulah permata hatinya selama ini. Insan-insan yang paling ingin dilindunginya dengan apa jua cara sekalipun. Dia tidak fikir dia mampu hidup lagi jika apa-apa yang buruk berlaku pada kedua-duanya. Matanya dipejam seketika. Cuba mengawal emosi diri yang sedang menghambat dirinya dalam kesedihan yang panjang. Ya ALLAH! Aku cuma ingin bahagia di sisi mereka!




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog1 | Prolog2 | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku