Spy Hati Dari Chantilly
Bab 3
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Januari 2018
Andai Harus Memilih..Hidup Bahagia Atau Hidup Dalam Bahaya
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
49

Bacaan






JENNYtersenyum mendapat perkhabaran baik itu. The Grand Conde kini dalam tanganmereka. Dia memang tidak pernah meragui kebolehan lelaki itu.

“Barang yang you mahu tu,dah ada dalam tangan. You boleh masukkan baki wang selebihnya dalam dua akaun Swiss.Tuan Glock lebih suka kalau urusan kita dibereskan secepat mungkin,” ujar Jenny.

“Baik, urusanpenghantaran barang sedang dilakukan. Keep in touch okay.”

Gagang diletakkan. Jennytersenyum puas. Hanya beberapa minit lagi dan urusan mereka dengan klien inibakal selesai.

“Dia dah masukkan duit.You boleh lakukan penghantaran sekarang.” Jenny bercakap dengan seseorang ditalian peribadinya.

Dia mendail satu laginombor. Tiga panggilan untuk orang-orang yang berbeza. Setiap satu panggilanhanya bermula dengan permulaan ringkas. Tetapi panggilan ketiga agak berbeza.Suara Jenny berubah nada. Lembut dan tanda menghormati.

“Penghantaran sedangdilakukan sekarang. Dia dah lakukan tugas tu seperti yang kita inginkan.”

Diam.

Wajah Jenny berubah.

I still need him. Andhe’s not ready yet and you know it very well.” Suara lembut itu tiba-tibasahaja berubah nada.

Diam.

Jenny meletakkan gagangtelefon dengan hati membara. Damn it! Bagaimana dengan perjanjian merekaselama ini? Apa yang boleh dilakukannya tanpa Tuan Glock? Semua kliennya bukanorang biasa. Mereka semua orang ternama, berpengaruh dan punya pangkat pentingdi setiap negara yang mereka wakili. Dan dia memiliki aset paling dikehendakidunia, seorang yang mahir menyelesaikan masalah.

Jenny ialah seorangperantara berbangsa Chinese-Thai yang mahir bertutur pelbagai bahasa. DigelarMadam X dalam dunia jenayah antarabangsa. Pihak Interpol hanya mengenali TuanGlock sebagai orang yang paling dikehendaki dan melupakan Madam X yang kononnyatelah lama mati. Walhal dia menghapuskan jejaknya dari pihak berkuasa Thaidengan berpura-pura mati. Kereta yang dinaikinya meletup ketika sesi kejar-mengejardengan pihak berkuasa Thai di Songkhla, Thailand beberapa tahun yang lalu.Semuanya atas bantuan seorang lelaki yang paling digeruninya.

Dengan hanya meletakkanDNAnya di tempat kejadian, polis Thai menyangka mayat wanita yang hancurrentung itu adalah dirinya. Bermula dari saat itu, hilang sudah Madam X

dari dunia jenayah. Tiada lagi wanita yang mempeloporiperniagaan senjata terbesar di Thailand ketika itu. Tiada lagi bekalan senjatauntuk mereka yang memerlukan.

Kerana mahu membalasbudi, dia berkhidmat dengan lelaki yang menyelamatkan dirinya. Menjadi orang dibelakang tabir yang menguruskan serangkaian penjenayah dan pencuri handalankepunyaan lelaki itu. Dan Tuan Glock adalah kegemarannya yang paling utama!

 

DI SungaiSeine, bot yang membawa beberapa penumpang pelancong dikejutkan dengan beberapaletupan yang agak kuat berdekatan dengan kedai-kedai di sepanjang sungai Seine.Masing-masing menerpa mahu melihat. Asap berkepul-kepul kelihatan dari jauh.

Lelaki yang duduk dibelakang bot langsung tidak berganjak. Dia diam-diam mengeluarkan kotaksegiempat diperbuat dari kain flanel berwarna hitam bersaiz 10x10mm dalam sakubajunya lalu mencampakkannya ke dalam Sungai Seine tanpa disedari sesiapa. Silelaki mengeluarkan telefon bimbitnya. Menekan-nekan beberapa keypadpada telefon yang sebenarnya bertindak sebagai alat kawalan.

Dari bawah, beberapa orangpenyelam berlegar-legar di bahagian bawah bot. Salah seorangnya mula ternampakcahaya kebiru-biruan bersinar-sinar dari kotak itu. Ini memudahkanpencariannya. Dia memberi isyarat pada temannya dan kedua-duanya kini bergegas,meluru ke arah kotak yang kian tenggelam.

Si lelaki tersenyummulus. Kain flanel seakan-akan baldu, tetapi jika disapu dengan cat akrilik dandikeringkan menggunakan sinaran gama, ia akan bertindak balas dengan air danmengeluarkan cahaya seakan-akan kebiruan. Itu akan memudahkan pencarian.Lagipun dia tahu kehilangan The Grand Conde pasti akan mencetuskan huru-hara diParis. Dan percayalah dia tidak mahu tertangkap dengan berlian itu di salahsatu tangannya.

Ketika botnya berhenti ditepi, dia melangkah naik ke daratan. Langkahnya dihala ke arah sebuah geraiyang menjual bunga-bunga segar. Dia membeli sejambak ros merah. Menghidunyadengan wajah penuh senyuman.

Beberapa orang polisberseragam meluru ke arahnya. Dia tetap tenang, tidak ada niat untuk melarikandiri. Dan semua pegawai polis itu melewatinya tanpa mengesyaki apa-apa. Diamenjauhi tempat itu, lalu menyeberang jalan menuju ke suatu arah. Tetapi sebuahkereta hitam bercermin gelap tiba-tiba berhenti di hadapannya.

Beberapa orang lelakikeluar dari dalam perut kereta. Salah seorangnya tersenyum ke arahnya. Orangnyakelihatan agak muda.

“Tuan Glock?” soal lelakimuda itu.

Wajahnya berkerutmemandang lelaki-lelaki itu. Siapa yang menghantar mereka semua?

“Kau siapa?” tanyanyaingin tahu.

“Sila masuk tuan, kitatak boleh lama di sini. Pihak polis tempatan sedang memburu pencuri The GrandConde sekarang. Lagi lama tuan kat sini lagi bahaya,” ujar lelaki itu.

Dia tergaman. Mahu tak mahu dia masuk ke dalam perutkenderan tersebut.

Di dalam kenderaan,menuju ke destinasi yang entah ke mana, fikirannya terawang-awang. Kejadian diMusee de Conde di luar jangkaannya. Dia mengeluarkan sesuatu dari poketseluarnya. Seutas rantai yang ditemuinya di lantai Musee de Conde dibelek-belekagak lama. Lelaki di sampingnya ikut menoleh. Tertarik dengan rantai itu yangbertatahkan permata berbentuk air mata.

“Kepunyaan dia bukan?Gadis di muzium tu?” Lelaki muda itu turut melirik ke arah rantai itu.

Dia tersentak. Kerlingannyamenerpa ke arah lelaki di sampingnya. Curiga!

 “Siapa kau?”

“Nama saya Aria. Kitapernah jumpa beberapa tahun yang lalu di Pulau Emerald.”

Tuan Glock mengerutkandahinya. Pulau Emerald?

“Tuan Rourke yang hantarkau?”

Aria hanya mengangguk.

Tuan Glock mendenguskeras. Dia menarik nafas panjang.

“Sekuriti di Musee deConde diuruskan oleh sebuah syarikat sekuriti elit di Paris. Setiap satudarinya merupakan era baru teknologi terkini yang agak canggih dan sukardipecahkan. Mereka hantar saya sebagai back-up untuk tuan. Tanpa bantuandari dalam, tak mungkin tuan boleh pecahkan kod di bilik kebal Musee de Conde. Youneed a little help,” ujar anak muda itu tenang. Usianya dalam lingkunganawal 20-an.

Dia ketawa kecil. Lucubunyinya!

Lelaki muda yang dikenalisebagai Aria itu tercengang-cengang memandangnya. Apa yang melucukan TuanGlock? Apakah lelaki itu tidak mempercayai setiap kata-katanya?

“Kau tahu tak, kalaubukan sebab kau, kehadiran aku di Musee de Conde takkan disedari sesiapa. Akudah tetapkan frekuensi yang betul untuk alat sensor haba di bilik kebal tu.Tapi sebab kau, isyarat tu dah dilencongkan. Kau ni bodoh atau apa? Dua isyaratberbeza yang masuk ke panel kawalan sensor akan mencetuskan siren yang telahmengganggu tugas aku di sana. Benda semudah itu pun kau tak tahu?”

Aria terdiam. Habishilang bicara ramah-tamahnya sebentar tadi apabila terkena penangan lelaki disebelahnya.

“Maaf, saya hanya nakmembantu,” ujar Aria dengan rasa bersalah.

 “Kau pernah nampak aku buat kerja ni berdua?”bidas Tuan Glock.

Aria teragak-agak mahumenjawab. Entah kenapa senyuman sinis lelaki itu sedikit sebanyak  membuatkan dia tidak selesa. Sudah lama diamemuja lelaki itu. Sekarang apabila kesempatan untuk bekerja dengan lelaki itumuncul, dia merosakkannya pula tanpa sengaja. Aduh, Aria! What have youdone?

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog1 | Prolog2 | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku