Spy Hati Dari Chantilly
Bab 4
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Januari 2018
Andai Harus Memilih..Hidup Bahagia Atau Hidup Dalam Bahaya
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
49

Bacaan






SURI Imani sedang duduk bersantai di beranda rumah apabila mendengarnamanya diseru Hana, teman baiknya. Perhatiannya segera beralih. Wajah Hananampak tegang seraya memandang ke arah skrin televisyen leper yang berada diruang tamu.

“Kenapa, Hana?”

“Tu bukan berlian yangkita tengok semalam, kan?” soal Hana ingin tahu.

Dia menoleh ke arah televisyen.Tertarik dengan gambar berlian di hadapannya dengan caption Le DiamantManquant.

“The Grand Conde,” bisikSuri Imani tanpa disedari.

Walaupun dia tidak fasihberbahasa Perancis tetapi sedikit sebanyak dia tahu apa yang sedang berlaku.Paris dikejutkan dengan berita kehilangan The Grand Conde, berlian yang beradadi Musee de Conde yang dilawati mereka semalam.

 “Pelik! Punyalah banyak berlian yang lebihberharga kat situ, kenapa pilih The Grand Conde?” Bisik Suri Imani, seperti khusyukmemikirkan sesuatu.

“Agaknya dia suka TheGrand Conde tu. Macam kau jugak,” ujar Hana.

“Suka?” Kerut di dahinyamelebar.

Pink diamond withpear shape and 9.01 carats. Not so lovely for woman. Every women will love Roseof Dubai or Pink Star but not The Grand Conde.”

Entah kenapa kata-kataitu diulang tayang di fikirannya. Selain dari dirinya, ada seseorang yang lebihmengenali The Grand Conde. Dan orang itu adalah lelaki yang ditemuinya di depanruang galeri yang menempatkan The Grand Conde.

Dia memejamkan matasebentar. Cuba mengingatkan wajah lelaki itu. Cuba mengingatkan bagaimana suaralelaki itu? Apakah sama dengan suara lelaki bertopeng yang ditemuinya semalam?Tetapi sejurus kemudian dia membuka matanya dan mengeluh. Bukan senang nakmengingatkan suara yang hanya berbual dengannya tak sampai lima minit pun. Ah!Tak mungkin! Lelaki sekacak itu tak mungkin seorang pencuri! Aku banyak sangattengok filem Inggeris ni! Hati kecilnya menolak sangkaan yang baru tumbuh difikiran.

 “Kau dah kemaskan barang-barang kau?”Pertanyaan Hana membuatkan dia tersentak. Segera dia berpaling ke arah temanyang terkelip-kelip memerhatikannya.

“Dah, aku dah siap kemas.Malam nanti Farid datang ambil aku,” ujar Suri Imani, tersenyum.

 “Untungnya orang tu, boyfriend hantarpergi airport,” usik Hana.

“Mestilah dia hantar.Kalau bukan dia siapa lagi,” ujar Suri Imani, ketawa kecil.

Hana hanya mencebik.

“Kau tu patut berterus terangaje dengan Farid. Aku takut nanti kau yang perasan lebih sedangkan Farid tuhanya anggap kau tu kawan biasa dia,” nasihat Hana.

Dia hanya mampu tersenyumhambar. Berterus terang? Tidak cukupkah lagi signal yang dtunjukkannya padaFarid? Semua perilakunya hanya menunjukkan yang dia amat menggilai lelakibernama Farid Ilham itu.

“Dia akan jadi hak aku,Hana. Kau tengoklah nanti.” Suri Imani mengetap bibir. Bertekad sepenuh hatimahu memiliki hati lelaki itu.

 

FARIDtersenyum memandangnya. Dia juga. Matanya asyik meraut pandang wajah Farid yangsedang memandu. Sesekali Farid menoleh. Wajah lelaki itu berkerut melihatnya.

“Kenapa Suri asyikpandang abang macam tu?” soal Farid.

“Suri berat hati naktinggalkan abang kat sini,” rengek Suri Imani. Manja macam anak kucing!

“Abang masih ada seminggukat sini. Nanti abang balik Kuala Lumpur, abang call Suri. Kita keluarmakan sama-sama,” cadang Farid, tersenyum.

“Lepas abang balik nanti,ikut Suri balik rumah ya? Suri nak kenalkan abang dengan famili Suri. Abangmesti kenal dengan Kak Lin. Dia kakak kesayangan Suri. Kalau abang dah kenaldia, mesti abang suka dia. Dia baik, cantik.”

“Baik dan cantik macamadiknya?” Farid ketawa besar.

Suri Imani hanya mampumembalas ketawa Farid dengan senyuman. Bunyinya macam membanggakan diri, tetapiitulah kenyataan. Dia memiliki seorang kakak yang cantik dan sempurnaserba-serbi. Dan sebagai seorang adik, tak salah dia berbangga dengan kakaknyasendiri.

“Abang hantar Suri sampaisini aje tau. Abang kena balik ke hotel untuk pembentangan sesi malam ni. Maafya,” ujar Farid seraya menghentikan kereta yang dipandunya ke seberang jalanLapangan Terbang Antarabangsa Paris Charles de Gaulle. Sesetengah pendudukParis lebih mengenali Charles de Gaulle sebagai Roissy Airport.

“Tak apa, Suri fahamabang sibuk,” ujar Suri Imani, kemudian keluar dari perut kereta.

Farid turut keluar lalumengeluarkan bagasi Suri Imani dari dalam perut kereta.

Suri Imani memandang kearah Farid dengan wajah sedih. Seminggu dia berada di Paris, dan dalam tempohini, Farid jarang-jarang menemaninya. Lelaki itu terlalu sibuk berseminar.Mujurlah ada teman-teman lamanya seperti Hana, Atea dan Rachel yang sanggupmenemaninya berjalan-jalan di Paris.

“Ni yang buat muka sedihkenapa? Macamlah abang tak balik lagi.” Farid sempat lagi berseloroh sebaik sahajadilihatnya wajah Suri Imani muram sekali.

“Suri sedih.”

“Sedih nak tinggalkanabang kat sini?” Farid tersenyum-senyum.

Suri Imani hanyamengangguk. Dah tahu bertanya pulak!

“Abang pun sedih bilaSuri pergi nanti. Siapa nak temankan abang makan Croissont lagi?”

“Suri batalkan aje tiketdan temankan abang seminggu lagi boleh?”

Farid ketawa besardibuatnya. Sudah sampai depan CDG pun gadis itu masih mahu membuat kelakar.

“Suri tak rindu mama dan ayah?Tak rindukan kakak Suri yang baik dan cantik tu?” soal Farid, sengaja menguji.

Suri Imani terdiam. Siapakata tak rindu? Tapi dia lebih berat hati mahu berpisah dengan lelaki yangpaling dicintainya. Farid ini macam tahu-tahu sahaja mencari kelemahannya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog1 | Prolog2 | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku