Spy Hati Dari Chantilly
Bab 9
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Januari 2018
Andai Harus Memilih..Hidup Bahagia Atau Hidup Dalam Bahaya
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
54

Bacaan






SELESAImengambil barang-barang peribadinya di kaunter di bahagian penyambut tetamu,dia segera melangkah ke arah pintu keluar bangunan pejabat Nusa Jaya itu.Ketika itulah matanya terpandang sesuatu. Nun di hadapannya, muncul serautwajah yang berjalan beriringan bersama beberapa orang lelaki. Masing-masingsegak bergaya lagak ahli korporat.

Nafas Suri Imani berderukencang. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu lelaki itu menyedari kehadirannya.Bukan sekarang! Dia masih belum bersedia! Suri Imani lekas-lekas berpaling.Tetapi entah dari mana datangnya, wajahnya segera tersembam di dada seseorang.Dia terkejut lantas mendongak.

Matanya bertemu pandangdengan seraut wajah yang kelihatan kaget. Dia terkedu. Aduh! Jiran 6D rupanya!Lelaki pemabuk yang menyusahkan hidupnya malam semalam.

Melihat renungan lelakiitu bertamu di wajahnya, Suri Imani menelan liur. Gugup! Aduh lain macamsungguh lelaki itu memandangnya. Jangan-jangan lelaki itu sudah mengecamdirinya!

Do I know you?”Pertanyaan lelaki itu meletus.

Suri Imani terpempan.Pertanyaan spontan itu mengulit perasaan hairan. Jadi lelaki itu tidak ingatsiapa dia? Barulah lega sedikit hatinya. Dia menggeleng seraya memandang lelakiitu agak berani.

No, I don’t think so.”

But your face, seemsvery familiar.”

Suri Imani buat-buattidak dengar. Dia asyik tertoleh-toleh ke belakang.

Menyedari raut wajah ituseakan gelisah, Mikey Mikhail mengerutkan dahinya. Ada sesuatu yang membuatkangadis itu gelisah. Apa dia? Dia turut memandang ke belakang Suri Imani, namungagal mengesan apa-apa yang aneh di situ.

“Awak boleh tolong sayatak?” Tanya Suri Imani cemas. Nekad sebenarnya!

“Andwhat is that?” Mikey Mikhail tertarik.

Saya kena keluar dari tempat ni. Awak nampak tak lelakikat belakang saya? Yang berjambang tu?”

Mikey menumpukanperhatian seraya mencari-cari lelaki yang dimaksudkan. Sejurus dia nampaklelaki separuh umur itu sedang bercakap-cakap dengan lelaki-lelaki yangmengiringinya. Matanya kembali mencerun mencari wajah Suri Imani.

And what is it withthat man? Your lover?” Mikey Mikhail tersenyum-senyum.

Suri Imanitercengang-cengang mendengarnya. Apa?

“Jadi taste youorang tua? Hmm..interesting choice.” Komen Mikey Mikhail.

Suri Imani mengetapbibirnya. Terasa geram pula mendengar kata-kata tak makan saman lelaki itu. Diasudah malas mahu melayan lelaki itu. Lebih baik dia menyorok dulu sebelumtertangkap. Tapi belum sempat dia mahu beredar, lengannya tiba-tiba dipaut. Diatercengang-cengang saat melihat sepasang tangan lelaki itu sudah mengeluarkansepasang cermin mata hitam dari dalam saku jaketnya lalu dipakaikan kewajahnya.

Tangan lelaki itu turutmendarat di bahunya, meletakkan dia dalam keadaan serba salah. Dari kaca matahitam yang dipakainya dia melihat sejuring senyuman bertebar di bibir lelakiitu, sedang ralit memerhatikan wajahnya.

“Duduk diam-diam, don’t’move. Sugar daddy you dah dekat sangat,” bisik lelaki itu.

Beberapa saat berlalutanpa suara. Suri Imani terpaku seperti patung. Dia amat pasti posisi merekapasti menarik perhatian orang-orang yang berlegar di situ. Bodoh! Pertolonganapakah ini? Dia mahukan status yang senyap-senyap sahaja, tetapi lelaki itu bahkanmembuatkan dia jadi perhatian.

Tapi sebaik dia menoleh,kelibat lelaki berjambang itu sudah tidak kelihatan.

See? Selesai kanmasalah you. He’s leaving now,” ujar lelaki itu.

Suri Imani mengeluh lega.Mujurlah!

“Sowhat’s next?”

Suri Imani tercengang-cengang.Apa maksud lelaki itu?

I did help you right,so you should do me a favor too.” Tagih Mikey Mikhail.

Maksud awak?” Suri Imani kehairanan melihat lelaki ituasyik tersenyum-senyum.

 

DAMN it!Inikah agenda tersembunyi itu? Dia sendiri tidak tahu kenapa dia sanggupmenerima pelawaan lelaki pemabuk sebelah rumahnya itu untuk makan tengaharibersama. Dah gilakah aku ni? Suri Imani, something is going wrong with yourbrain honey! Bisik hati kecilnya.

“Mikey Mikhail,” ujar lelakiitu sebaik mereka menempati salah sebuah meja di situ.

Suri Imaniterpinga-pinga. Mikey what? Mickey mouse? Dia ketawa kecilmendengar lelaki itu menyebut namanya.

What so funny about?”Tanya Mikey Mikhail dengan mata menyelidik. Tercengang-cengang melihat si gadissedang ketawa.

Suri Imani berhentiketawa tetapi dia masih menyimpul senyuman.

“Suri. Suri Imani,”ujarnya pula.

“Hmm..Suri? MacamMahsuri, puteri yang berdarah putih tu?” Giliran Mikey Mikhail pulamempersendakan nama gadis di hadapannya.

Suri Imani terdiam.Okey..faham!

“Nak makan apa?” soal MikeyMikhail sambil asyik menilik menu di tangannya. Dia bukan lapar sangat cuma nakhabiskan masa merawat hatinya yang sedang kecewa dengan datuknya. Kebetulangadis itu muncul pada saat dia memerlukan teman untuk makan tengahari.

“Apa-apa sahaja,” ujar SuriImani acuh tak acuh.

Mata Mikey Mikhailmembulat. Apa sahaja?

Well I don’t thinkthat ‘apa-apa aje’ would be listed in this menu.”

Suri Imani mengeluhpanjang. Hendak tak hendak dia mengambil menu di hadapannya lalu dibelek-belek.

“Nasi goreng USA dan airtembikai.” Pesan Suri Imani pada pelayan yang sejak tadi menanti.

Mikey Mikhail tersenyum.Dia menoleh ke arah pelayan di sampingnya.

“Bagi I fish and chipdengan fresh orange.” Pesan Mikey Mikhail.

Selepas pelayan ituberedar, mata Mikey Mikhail langsung bergerak ke wajah Suri Imani. Gadis itunampak kekok berada bersamanya. Walaupun jelas kelihatan Suri Imani mahuberlagak selamba, tetapi dia tahu gadis itu tidak selesa.

Are you sure wehaven’t met before?” Sekali lagi Mikey Mikhail mahu memastikan.

Suri Imani telan liur.Aduh! Lagi-lagi itu yang mahu ditanya si Mickey Mouse ni. Macam tak ada soalanlain lagikah? Tapi sungguh pun begitu naik risau juga hatinya takut MikeyMikhail mula mengecam dirinya. Dahlah dia bedal hampir separuh makanan daridalam kabinet dapur dan peti ais lelaki itu.

 “You buat apa kat Nusa Jaya tadi? You kerjakat situ?” Tanya Mikey Mikhail ingin tahu.

Suri Imani mengeluh.Kalaulah dia bernasib baik!

“Saya ada interviewkerja.”

Interview?” MikeyMikhail mengerutkan dahinya.

Suri Imani mengangguk.Malas mahu mengulas lebih lanjut perihal temuduganya dengan lelaki yang dialangsung tidak kenal.

“You rasa you boleh dapatkerja tu?”

Suri Imani mengangkatbahunya. Sejujurnya dia tidak yakin.

“Lelaki berjambang tu? Sugardaddy you tu, apa masalah you dengan dia?” Tanya Mikey Mikhail lagi.

Can you please stopit? Jangan asyik sebut macam tu. Saya tak suka.” Herdik Suri Imani. Sudahbosan asyik disalahtanggap oleh lelaki itu.

Okay, I’m so sorry.  Tak suka tak apa. But you shouldn’t getangry like this. You marah-marah macam ni, you makin nampak ‘hot’,”Sengih Mikey Mikhail lagi. Sengaja mahu mengusik.

Suri Imanitercengang-cengang dibuatnya. Hot? Now what? Lelaki itu nak menggodanyapula dengan kata-kata manis?

 “Awak melayu?” Tanya Suri Imani pula. Entahkenapa dia teringin mahu tahu siapa lelaki itu. Bukan sebab dia berminat sangatingin tahu. Tapi sekurang-kurangnya dia mahu tahu dengan siapa dia berjiran.

What kind of questionis that?” Balas Mikey Mikhail. Dahinya berkerut.

“Awak orang melayu kan?”Tanya Suri Imani lagi.

Yes, definitely.”Angguk Mikey Mikhail.

Suri Imani terdiam.

So apa sebenarnyayang you nak tanya?  Kalau I bukan melayu,respon you macamana pulak?” Mikey Mikhail mengerutkan dahinya.

Suri Imani tetap membisu.Tetapi hatinya sudah menjawab pertanyaan itu. Mungkin kalau Mikey Mikhail bukanmelayu, dia takkan memandang rendah lelaki itu. Apa pun, dia tetap berterimakasih kepada lelaki itu kerana telah membantunya mengelakkan diri dari lelakiberjambang yang ditemuinya di Nusa Jaya tadi. Lelaki yang Mikey Mikhail anggapsugar daddynya, walhal lelaki itu sebenarnya adalah ayahnya, Tuan MegatHasanuddin. Sudah tiga bulan lamanya dia tidak bertemu lelaki itu. Tiga bulanayah! Suri minta maaf untuk segala-galanya! I’m so sorry! Hatinya sebak.

“You tak jawab lagipertanyaan I.” Getus Mikey Mikhail.

Lamunan Suri Imaniterhenti begitu sahaja. Dia menentang renungan lelaki di hadapannya denganwajah selamba. Perlukah dia berterus-terang sahaja?

“Awak tak nampak macammelayu,” ujar Suri Imani.

Mikey Mikhail terdiamsejenak. Lama dia memandang wajah Suri Imani tidak berkelip.

“Habis? Nak kena pakaibaju melayu, pakai songkok baru nampak melayu?”

“Tak adalah macam tu.Penampilan awak tak menunjukkan awak orang melayu.” Balas Suri Imani tidak mahumengalah. Geram juga dia kerana disindir begitu.

“Ibu I mat saleh, ayah Iorang melayu. Itu dapat menjawab pertanyaan you?” Renung Mikey Mikhail.

Suri Imani sekadarmenjungkit bahunya. Pura-pura tertarik pada kehadiran seorang pelayan yang mulamembawa hidangan mereka. Di dalam kepalanya, dia hanya mahu cepat-cepatmenghabiskan makanan dan terus beredar dari tempat itu. Lelaki seperti Mikey Mikhailialah jenis lelaki yang mahu dielakkannya. Itu sudah pasti!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog1 | Prolog2 | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku