Spy Hati Dari Chantilly
Bab 10
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Januari 2018
Andai Harus Memilih..Hidup Bahagia Atau Hidup Dalam Bahaya
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
56

Bacaan






SURI Imani terperuk resah dan muram di sofa empuk di ruang tamuapartmennya. Televisyen di hadapannya sedang menayangkan telenovela Filipinayang langsung tidak mampu menarik perhatiannya.

Hatinya sedang berkecamuksaat ini. Fikirannya sedang terganggu. Tidak ada satu saat pun dalam hidupnyaselain menyesali apa yang telah berlaku. Kerana dia mementingkan diri, seluruhkeluarganya porak-peranda. What have you done Suri? Kau yang melakukankesalahan itu, lalu kenapa orang lain yang menerima tempiasnya? Kenapa?

“Mama nak Suri balik.Kami rindukan Suri. Baliklah sayang.” Suara mamanya di talian beberapa malamyang lalu singgah ke benak fikiran.

“Suri tak boleh, mama.Suri tak sanggup.”

“Bukan salah Suri.”

“Tapi Suri tahu ayah danKak Lin takkan maafkan Suri. Suri dah buat perkara jahat, mama. Suri ni jahat.”

“Jangan cakap macam tu,sayang. Suri tak jahat. Suri cuma buat apa yang Suri rasa patut. Betul cakapSuri tu, Farid tak patut muncul dalam keluarga kita. Sebab dia, kedua-dua anakkesayangan mama menderita.”

Suri Imani menekup wajah.Farid Ilham! Lelaki itu muncul dalam hidupnya sebagai penyelamat, tetapiberakhir sebagai orang yang menyeksa hidupnya. Dia mencintai lelaki itu kalipertama bila lelaki itu menyelamatkan nyawanya lima tahun yang lalu. Dia memujalelaki itu diam-diam saat Farid ditemuinya tiga tahun kemudian bila diamenyertai fakultinya menjalani projek amal di rumah anak-anak yatim. Lelaki itudoktor yang merawat anak-anak yatim di Rumah Sri Kenangan itu tanpa sebarang bayaran. Tampan, berpendidikantinggi dan baik hati, itulah kriteria utama yang mengikat hatinya pada Farid.

Memang dia berusaha kerasuntuk memikat Farid ketika itu. Berbagai usaha dilakukannya dan hasilnya lelakiitu sudi keluar bertemujanji dengannya. Dia tidak kisah biarpun dikatakankawan-kawannya perigi mencari timba. Baginya Farid adalah segala-galanya.

Tapi apabila Faridbertemu kakaknya Darlina Husna, lain pula jadinya. Entah sejak bila pertemuankali pertama itu disusuli lagi dengan pertemuan berikutnya. Dia langsung tidaktahu apa-apa. Di hadapannya Farid tetap mesra seperti biasa, malah rapat dengankedua-dua ibu bapanya. Tetapi di belakangnya, rupa-rupanya lelaki itu bercintadengan kakaknya sendiri.

Hancur luluh hatinya bilamengetahui kedua-duanya sudah mengambil keputusan mahu berkahwin. Gelap-gelitadunianya mendengar perkhabaran itu. Malam itu dia menangis sehingga air matanyakering. Pelbagai perasaan melahar di lubuk hati. Dia benci Farid. Malah diamembenci Darlina yang dianggap merampas satu-satunya lelaki yang dia cintai.Sampai hati kakaknya.

Kerana sudah tidak mampumenahan diri, maka dia nekad melakukan sesuatu yang paling bodoh yang kinidikesalinya. Tiga bulan yang lalu dia menjadi orang yang merampas kebahagiaankakaknya sendiri.

 

Tigabulan lalu…

 

MAJLIS berlangsungcukup meriah. Tetamu ramai yang datang silih berganti. Rumah Tuan MegatHasanuddin hari itu riuh-rendah seperti pasar. Yang datang bukan sahajajiran-jiran dan kenalan mereka, tetapi juga sanak saudara dari kampung mereka.Semuanya datang untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulung Tuan MegatHasanuddin dan Puan Zarina, Darlina Husna.

Darlina cantik disolekoleh mak andam. Di belakang Darlina, Puan Zarina tersenyum mulus. Prihatinmemastikan persiapan hari bahagia anak gadisnya berjalan lancar. Sesekali diamemberi arahan itu ini. Blusher kena tebal sikit, gincu kena merahmenyala, biar nampak seri Darlina di atas pelamin. Maklumlah sebelum berkahwindengan ayah Darlina, dia seorang bekas peragawati yang mahir bergaya di pentasperagaan.

“Mama ni, nanti marah makandam tengok mama pulak yang sibuk-sibuk.” Darlina sempat berbisik pada si ibuselepas mak andam yang menyoleknya ke bilik air sebentar. Puan Zarina ketawakecil. Apa boleh buat? Can’t help!

“Suri mana, mama? Daritadi Lin cari dia, tak ada pun.” Darlina mencari-cari kelibat si adik yangtidak nampak batang hidung sejak tadi.

Puan Zarina turutmenoleh. Dahinya berkerut sedikit. Tadi dia ada nampak Suri Imani, tetapi lepasitu gadis itu lesap.

“Ada kat luar agaknya.Lin bukan tak tahu adik Lin tu, memang pendiam sejak dua menjak ni. Entah apasebabnya. Mama nak tegur pun takut tengok muka mencuka tu,” keluh Puan Zarina.

Darlina terdiam. Memangdia perasan sikap Suri Imani agak berubah dua tiga menjak ini. Pendek kataadiknya itu tidak banyak bercakap dengannya mahupun dengan ahli keluarga merekayang lain. Sepatah yang ditanya, sepatah jua yang Suri Imani jawab.

“Pengantin lelaki dahsampai!” Suara teriakan teman-temannya muncul dari luar.

Darlina segera memandangmamanya. Wanita itu tersenyum-senyum sahaja memandangnya.

“Farid dah sampai tu. Taklama lagi mama dapat menantu sulung, happynya.” Puan Zarina membayangkankegembiraan.

Darlina hanyatersenyum-senyum. Memahami bahawa mamanya memang menyukai Farid selama ini.Terima kasih pada Suri Imani yang memperkenalkannya dengan Farid  tiga tahun yang lalu. Kalau bukan kerana SuriImani, tak mungkin dia akan jatuh cinta dengan lelaki sebaik dan seromantisFarid.

Ketika dia diiring turunke bawah, matanya segera terpandang rombongan Farid Ilham. Farid duduk tidakjauh dari ayahnya, Doktor Maliki. Mata Darlina dan Farid saling bertentangan.

Hari itu Farid kelihatankacak berbaju Melayu warna krim dan samping yang sodondon. Kena pula denganbaju Darlina yang senada.

“Tepi sikit, bagi laluanpada pengantin.” Entah suara siapa yang melaung. Riuh-rendah kedengaranmembuatkan ada tetamu yang ketawa dibuatnya. Darlina tersipu-sipu melewatideretan tetamu yang duduk bersepah.

Farid tak putus-putusmemandang wajah bakal isteri yang bermekap agak tebal dari biasa. Darlina kelihatancantik dengan baju nikah yang mereka pilih berdua beberapa minggu yang lalu.

“Kalau dah siap sediasemuanya, bolehlah kita mulakan acara akad nikah.” Kadi memulakan bicara.

Hari itu sepatutnya tugasTuan Megat Hasanuddin yang menikahkan pasangan itu. Tapi kerana keadaankesihatan lelaki itu tak mengizinkan, maka tugas itu dipikul berwalikan walihakim.

Acara dimulakan denganbeberapa pertanyaan yang ditujukan pada pasangan yang mahu bernikah hari itu.Farid kelihatan tenang menjawab pertanyaan-pertanyaan itu. Tuan MegatHasanuddin kelihatan lega hati seraya menyimpul senyuman pada bakal besannya,Doktor Maliki dan isteri.

Darlina di sisi mamanyaasyik mencari-cari kelibat Suri Imani. Aneh! Suri Imani tidak kelihatan sejaktadi.

“Mama, Suri tak ada katsini pun,” bisik Darlina di telinga mamanya.

Puan Zarinatercengang-cengang. Tak ada? Aneh! Ke mana anak gadisnya yang seorang itupergi?

“Farid Ilham Bin AhmadMaliki, aku nikahkan akan dikau dengan Darlina Husna bt Megat Hasanuddin berwalikanhakim dengan mas kahwin...” Suara tok kadi berkumandang, membuatkan perhatianDarlina pada soal Suri Imani terhenti seketika.

Darlina menoleh ke arahFarid, mengharapkan Farid mampu menjawab akad perkahwinan mereka dengan baik. Tapibelum sempat Farid mahu menjawab, suatu suara muncul di tengah ruang tamu itu.Seisi mata mula menyedari kehadiran seorang gadis berbaju kurung warna hijaupucuk pisang, tercegat di hadapan mereka.

Air mata si gadisberlinang di pipi, membuatkan sudah banyak mulut yang tertanya-tanya apa yangtidak kena dengan gadis itu. Tuan Megat Hasanuddin bingkas bangun.

“Suri, kenapa ni?” Suaralelaki itu agak bimbang.

Puan Zarina turut meluruke arah anak gadisnya yang kelihatan sedih. Wajah Suri Imani tidak terurus,lemah seperti sudah hilang daya mahu meneruskan hidup. Darlina turut tergamanmelihat keadaan si adik.

“Suri jangan buat mamarisau. Kenapa ni, sayang?” Suara Puan Zarina pula singgah.

Suri Imani tidakmenjawab. Matanya memandang sayu ke arah Farid yang kelihatan tertanya-tanya.

Suri, is thereanything happen? Kalau ada, cakap dengan abang,” pujuk Farid pula. Prihatindengan Suri Imani yang akan menjadi adik iparnya tidak lama lagi.

“Sebelum abang kahwin,Suri cuma nak tanya sesuatu. Suri tak tahu patut atau tak Suri tanyakan hal ni.Tapi kalau Suri tak tanya, Suri akan menyesal seumur hidup.” Suri Imani mulabersuara seraya memandang ke arah Farid.

Farid mengerutkan dahi.Apakah maksud gadis itu

“Abang tahukan yang Surisukakan abang?”

“Suri! Apa yang kamumerepek ni?” Wajah Tuan Megat Hasanuddin merah padam. Hampir tidak percayamendengar kata-kata yang Suri Imani tuturkan.

Farid tergaman. SuriImani menyukainya? Dia tahu setiap pasang mata kini memandang dirinya.Termasuklah ayah dan ibunya yang turut tercengang-cengang melihat drama sebabakitu.

“Suri, mengucap sayang.Farid kan bakal abang ipar Suri. Dia kan bakal suami Kak Lin kamu. Kenapa jadimacam ni?” keluh Puan Zarina.  SesekaliPuan Zarina menoleh ke arah Darlina yang kelihatan pucat-lesi.

“Suri ingat abang sukakanSuri selama ni. Suri dah lama taruh hati pada abang. Suri ingat Suri bolehterima bila abang pilih Kak Lin berbanding Suri. Tapi Suri tak boleh. Suri takboleh biar abang dirampas kakak Suri sendiri,” rintih Suri Imani, nekad.

Suri, listen here.Abang baik dengan Suri selama ni bukan sebab abang cintakan Suri. Abang cumasayangkan Suri sebagai adik, tak lebih dari tu. Cinta abang hanya untuk Darlina,”ujar Farid, berhati-hati.

Risau hati yang sedangretak di hadapannya itu bakal hancur. Paling dirisaukannya Darlina salah fahamterhadapnya. Ya Tuhan, apakah semua ini? Majlis bahagianya hari ini sudahmenjadi bencana sebelum sempat dia diijab kabulkan dengan Darlina.

“Tapi kita kenal dulu.Kalau bukan sebab Suri, abang takkan kenal Kak Lin. Apa Suri ni tak cantik? Takbaik macam Kak Lin?” desak Suri Imani.

“Bukan macam tu, Suri.”Farid sudah tidak tahu apa yang harus dikatakannya lagi. Pening dia dibuatnyakali ini.

“Suri, pergi naik atassekarang. Ayah tak mahu Suri cakap benda yang bukan-bukan lagi. Suri sedar takhari ni hari pernikahan kakak Suri sendiri? Kenapa Suri sanggup buat macam nidan malukan kami sampai macam ni?” getus Tuan Megat Hasanuddin agak berang.

Suri Imani menggigitbibir. Kelopak matanya semakin dibasahi air jernih. Dia tahu risiko dariperbuatannya kali ini. Dia tahu dia telah menghancurkan hati ramai orang,terutama Darlina. Tapi dia cintakan Farid Ilham sejak dia mengenali lelaki itulima tahun yang lalu. Dan kakak yang paling disayanginya telah merampas cintapertamanya. Adilkah semua ini untuknya? Adilkah?



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog1 | Prolog2 | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku