Gila
Bab 4
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Januari 2018
Kehidupan Humiara berubah 180 darjah bila dia dihantar untuk berkhidmat sebagai doktor pesakit gila di sebuah pulau terpecil terperosok jauh dari tanah besar. Di sini dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Emir, seorang suspek pembunuhan kejam yang dipercayai mempunyai penyakit mental. Namun setelah beberapa sesi pertemuan, Humaira sangsi dengan Emir. " Doc, kau percaya tak aku tak gila?" - Emir. Pulau Aman, tidak seaman namanya. Penuh dengan misteri dan muslihat. Siapa Emir yang sebenarnya?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
122

Bacaan






Firdaus hempas fail kertas coklat itu di atas meja kerjanya. Perbualan antara dia dan pihak atasan mula memutar di belakang benaknya.

" Maaf, kami tak dapat tukarkan Emir ke fasiliti Pulau Aman."

" Tak dapat atau tak boleh?" Kening Firdaus bercantum tidak faham dengan alasan bodoh itu.

" Detektif Firdaus, fasiliti Pulau Aman bukan untuk pesakit mental seperti Emir." Terang perempuan bertudung rasmi biru gelap. Wajahnya tenang tidak seperti Firdaus yang sudah hilang senyumnya.

" Puan, puan kena faham. Emir bukan pesakit mental yang boleh kita letak dia dalam perimeter tempat awam. He's too dangerous. Sampai sekarang, tak ada motif yang tepat kenapa dia bunuh-." Ayatnya tak sempat habis bila perempuan itu memotong.

" Kes Emir belum selesai Detektif Firdaus. Dia masih belum buat pengakuan dan pihak mahkamah sudah beritahu Emir akan terus dibicarakan. Keputusan pihak kami muktamad, detektif Firdaus. Harap awak beri kerjasama."

" Okay- okay thanks." Firdaus angkat tangannya menyerah kalah sebelum dia lepas keluhan geram. Tak berjaya nampaknya. Tapi bila tapak kakinya sudah separa keluar dari pintu keluar, dia memusingkan badannya.

I will prove it to you. Who is the real Emir Ibrahim." Janji Firdaus pada perempuan bertudung rasmi biru gelap itu. 
Riak terkejut perempuan itu terus saja memutar. Ah! Aku tak patut cakap macam tu tadi.

Firdaus buka tali pinggang yang tergantung dua pucuk pistol Glock 17 di pinggangnya. Sebaik saja dia menghenyakkan punggungnya, tangannya tangkas membuka fail Emir di hadapannya.

September 2000 - Suspek pembunuhan seorang kanak - kanak perempuan bawah umur ditahan reman.

Suspek berumur 17 tahun itu dipercayai mencabul, merogol dan membunuh Farah Ain binti Hamdan, 12 tahun di sebuah kediaman terbiar di pinggir Taman Antarabangsa, Ampang.

Berdasarkan pepemeriksaan autopsi, mangsa dipercayai dicekik sehingga mati dan dirogol berkali - kali sebelum alat sulit mangsa dibuang dan mayat mangsa ditanam di tanah perkuburan bukan Islam.

Gigi geraham Firdaus berlaga keras. Dadanya seakan - akan mahu pecah saja. Sakit pada jantungnya menjadi - jadi. Bagaikan duri yang mencucuk pedihnya. 
" Ain..."

***

Jarum jam sudah merangkak ke angka enam setengah petang. Firdaus mendapati dirinya di dalam pantri pejabat. Air kopi yang meluncur laju dari mesin kopi dipandang kosong. Firdaus diam seribu meskipun air kopi sudah terhidang untuk di ambil.

" Banyak sangat you fikir Fir. Nah, nanti sejuk pulak kopi you ni." Aisyah menguntum senyum buat detektif muda itu. Cawan kertas yang berisi kopi panas itu dihulur pada Firdaus.

Sedar akan hal itu, Firdaus mematikan lamunannya lalu dengan senang hati dia ukir satu senyuman balas. " Sorry, I tak perasan. Thank you." Cawan kertas bertukar tangan.

" Jangan kerja kuat sangat. You kena jaga kesihatan you juga. Risau I nanti, kalau you tiba - tiba jatuh sakit." Nasihat Aisyah merangkap senior detektif pada Firdaus. Dalam diam, dia juga menaruh perasaan istimewa pada Firdaus.

Mana tidaknya. Firdaus memang seorang jejaka yang menarik. Menarik dari segi rupa dan personalitinya. Kalau namanya disebut saja di jabatan, semua orang akan ketar kaki. Lebih - lebih lagi bila terpaksa menjadi teman sekerjanya. Memang diperah sungguh - sungguh tenaga si teman kerja. Tapi, dia disanjungi dan dihormati dek kecekapannya dalam menyelesaikan sesuatu kes.

" Ish, tak ada hal punyalah. Mental I masih kuat. Jangan risau." Ujar Firdaus yakin. Perlahan - lahan dia mencicip air kopi dari cawan namun perasaannya jadi berasa kurang senang bila jari - jemari Aisyah mula merayap ke lengan sasanya.

" Apa kata I bagi suggestion?" Kedengaran menggoda suara Aisyah di telinga Firdaus. Aisyah mula merapat ke dada bidang Firdaus.

Oh! Man. This is not good! Not good at all!

Firdaus angkat kening lurusnya, " What suggestion?" Lengannya yang diusap Aisyah manja dibiarkan saja. 
How about we go for a vacation? Krabi. Just the two of us." Belum sempat Firdaus menolak, Aisyah menambah. 
" And I boleh tolong luluskan borang transfer Emir ke Pulau Aman." Umpan si Aisyah. Mata bundarnya mula merenung si mata kuyu.

Oh... I see... I see your moves Aisyah.

Firdaus tarik senyuman bermakna. Begini permainannya ya?

" I'd prefer a vacation on your bed tonight. How bout that?" Jari runcing Firdaus melekap di bibir nipis Aisyah. 
Mata Aisyah bersinar mengerlip, nafasnya jadi turun naik. Tidak percaya, umpannya menjadi.

Perfect! I'll cook dinner for you. A quick one. You know how to find me, right?"

Firdaus senyum herot. Anak matanya mengekori tubuh munggil gadis 34 tahun itu menyelusuri susur bilik separa lut sinar. Dia mengeluh kecil. 
Better work Aisyah." Diteguk sehingga habis air kopi yang sudah suam - suam kuku itu. 
***

Bunyi desah berahi keras memantul - mantul ke dinding. Akhirnya setelah tiga puluh minit, dia mengakhiri pertarungannya di ranjang. Usai itu, dia bangun menuju ke bilik mandi. Bila dia keluar dari bilik mandi, Aisyah sudah sedia dengan hidangan makan malam di meja makan.

Speghetti je Aisyah? Pfttt... Serious? Aku ni tekak melayu tahu. Aduh.

Firdaus angkat kening melihat dua pinggan berisi mi orang Inggeris bersos tomato di atas meja makan. Seleranya putus.

" I dah siapkan makan malam." Kata Aisyah. Baju Firdaus yang berselerakan di atas lantai, dikutip  dan diletak kemas di kepala kerusi.

" Sorry, I tak lapar. I kena balik office." Seluar dan kemeja di kepala kerusi disarung ke badannya. 

" Oh... Tak apa. I ingatkan you nak stay for the night?" Lembut Aisyah cuba memujuk Firdaus untuk tinggal lebih lama. Tapi nyata, lelaki itu mentah - mentah menolak.

I've got a lot of things piling up kat office. I should go." Kaki Firdaus menghayun ke arah pintu tetapi ada yang menghalang.

Satu ciuman melekap dibibir nipisnya tapi dia menolak. " I really need to go. And keep your words sweetie."

" How about us, Fir?" Soal Aisyah.

Don't worry, you bukan orang pertama yang jadi teman tidur I." Begitu saja, dengan sepasang senyuman sinis, Firdaus keluar dari pangsapuri milik Aisyah. 
***

Malam itu, di Pulau Aman, sekumpulan anak muda mula menyambut seorang warga baru di dalam puak kecilnya. Puak doktor gila namanya. Idea siapa? Mungkin si Qidran agaknya.

Hilai tawa mereka berenam memecah kesunyian pulau gila itu. Mana tidaknya, kerancakan mereka agak berbeza bila berhadapan dengan spesis berlainan jantina. Kebiasaannya, mereka berlima saling mendengar cerita keluh kesah dan penat perih bekerja masing - masing. Tetapi malam ini, mereka berlima mula bermiang - miang. Apatah lagi dengan gadis yang begitu cantik seperti Humaira.

" Humaira, macam mana you boleh terima kerja ni?" Tanya Adrian ingin tahu. Dia yang duduk di hujung, mendekatkan dadanya ke hujung meja makan, takut tak dengar jawapan dari bibir si munggil.

" Oh, ada cerita disebalik tu sebenarnya.  Saya ni dah pergi interview 34 kali tapi tak ada rezeki. Semua menolak."

" Tapi, kali ke 35 saya belum habis bercakap lagi, dia dah angkat tangan. 'Bila awak boleh mula bekerja?'... Saya apa lagi, terus melompat dari kerusi. Happy sangat." Bersungguh - sungguh Humaira bercerita tentang tuahnya tempoh hari. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman dek rasa bahagia mendapat merja masih belum habis.

" Terima walaupun jadi doktor pesakit gila?" Tanya Sufian seraya dia menyua tortilla yang dibuat khas oleh Adrian. Resepi baru katanya. Makan malam Maxican style. Tapi si empat perut itu, hanya mengangguk saja. Tidak ada perasaan teruja pun dengan konsep makan malam hari ini.

Humaira mengangguk senang. " Mana - manalah rezeki..." Senyum Humaira.

" Tak takut?" Kening Sufian terangkat.

" Takut?" Humaira menyoal kembali. Ada senyuman tidak yakin terbit dihujung bibirnya. Tangannya pula perlahan naik memeluk tubuh tatkala Sufian merenung ke arahnya.

Bila difikirkan kembali, dia seorang saja perempuan. Hatinya mula gusar. Macam mana dia boleh terlupa akan hal itu?

" Ye la, you seorang je perempuan dalam pulau ni. Nak pulak orang macam you." Ujar Sufian.

" Takkan tak ada perempuan langsung?" Anak mata Humaira meliar ke arah lima lelaki itu dengan harapan salah seorangnya menjawab apa yang dia mahu dengar.

" Hmm, ada tapi sampai waktu kerja saja. Mak cik kantin. Kalau kerja memasak mereka selesai awal, mereka akan balik awal. Jadi cerita dia... Literally, you're a dear in lions den." Terang Omar panjang.

" Korang semuakan baik - baik. Maira tak takutlah." Humaira sedapkan hatinya sendiri.

" Maira, kami berlima ni bukannya gay. We are so much into women. Oh, so you know... We can negociate on our turns."Sufian menambah dengan nada suara menggoda. Humaira keras kejung. Bibirnya terbuka ingin mengatakan sesuatu tetapi malangnya tiada sebutir kata pun keluar dari kotak suaranya.

" Haish! Sudahlah tu Pian...  Cukuplah menyakat. Kang tak pasal dia terjun laut berenang balik." Qidran mencelah membela Humaira yang pucat wajahnya. Sufian menghambur tawa.

" Alahai, innocent betul dia ni." Kata dia dengan sisa tawa. Kecuali Qidran, mereka semua mengekek tawa. 

" Aku dah bagitahu tadi, dia memang naive habis!" Fahrin menyambung. Humaira menjeling pada lelaki tinggi lampai itu.

" You ni Maira, marah pun cantik." Fahrin cuit pipi mulus Humaira bila dia perasan jelingan Humaira.

Oh perasan. Ingat tak perasan. Sedap pulak dia cakap aku naive?

" Maira, awak jangan risau. Kami akan jaga awak baik - baik. Dah jangan takut - takut. Kalau dia orang ni nakal, awak bagitahu je saya, okay? Pandai - pandai saya ajar dia orang macam mana."Ujar Qidran. Humaira menarik nafas lega.

Meskipun umur mereka berlima tidaklah berbeza tetapi Qidran adalah yang paling matang. Cara penampilannya, tutur katanya, sempurna.

Mendengarkan titah Qidran tadi, mereka berempat angkat tangan seperti sudah mengaku kalah.  Lucu bila masing - masing seperti tidak sabar saja ingin menyerah. Mesti Qidran ni orangnya garang. Fikir Humaira.

" Humaira..., eh! Omar.. apa maksud Humaira?" Qidran menyoal si paling bijak mahu mengembalikan suasana.

Omar berpura - pura menyisir jangutnya yang tidak wujud, " Hmm... Kalau tidak silap professor- Yang putih kemerah - merahan. Haa."

" Eh, berangan. Professor konon... Engkau masa belajar pon tidur je keje. Puihh..." Pangkah Sufian.

Wajah cengeng milik Omar mula terlakar, terkecil hati pula dengan Sufian. Malu la dia depan Humaira." Kau mulut jaga siket okay. Aku ni burung hantu. Siang aku tidur. Malam baru aku jaga. Faham."

" Kau burung hantu... Ishh, tak boleh... Tak sesuai. Kau kelawar sesuai." Tambah Sufian.

" Ea? Kelawar eh?" Omar seakan - akan teruja bila teman satu kampusnya, memberitahu sebegitu. Mungkin Sufian lebih mengenali dirinya mungkin.

" Kau pernah tengok muka kelawar macam mana tak Omar?" Pasti ada buah bernas Sufian yang ingin diberi pada Omar. Ternyata, Omar menggeleng, menjadi seorang lelaki yang kurang aktif dengan sukan dan aktiviti luar bukanlah satu perkara yang Omar banggakan.

" Mari sini aku tunjuk. Muka kelawar ni sebiji macam muka kau." Sufian panggil Omar duduk disebelahnya sebelum mereka semua meletus tawa melihat muka cemberut Omar setelah melihat gambar seekor kelawar dari telefon pintar Sufian. 
Begitulah sebelumnya, mereka berdua pasti ada saja perkara yang ingin digaduhkan.

" Lucu la." Humaira sudah mengelap air mata yang menitis kerana gelak keras. Pipinya yang putih sudah mula terkuras merah bak saga.

Muka lelaki di hadapannya semua berubah panik, terutama Fahrin. Dialah orang pertama yang bangun mendapatkan Humaira. Wajah Humaira dipegang lembut.

" You okay tak ni Maira? Merah muka ni, boleh bernafas tak?" Tawa Humaira tadi serta merta putus. Terkebil - kebil dia merenung ke dalam mata bundar di hadapannya.

Fahrin, mata dia cantik. Warna coklat.

" Eh Fahrin!Amboi.. Kami pun belum naik bulu lagi oi." Larang empat yang lain melihat kelakuan Fahrin. Pantang nampak perempuan dahi licin.

" Err... Fahrin, saya gelak je la tadi! Haha, boleh lepaskan tak?" Maira tarik kedua - dua telapak tangan Fahrin daripada wajahnya.

Dia melepas keluh lega sebelum bahu Humaira ditarik merapat ke tubuhnya. Anak matanya merenung ke empat - empat lelaki buas dihadapannya. Dia senyum herot. Humaira yang terkejut mula cuba melepaskan diri tapi pelukan Fahrin terlalu kuat.

" I'll win her first. Just to let you guys know." Kata Fahrin lantang. Kening Humaira hampir bercantum. Gila!




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | BAB 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku