Gila
Bab 5
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Januari 2018
Kehidupan Humiara berubah 180 darjah bila dia dihantar untuk berkhidmat sebagai doktor pesakit gila di sebuah pulau terpecil terperosok jauh dari tanah besar. Di sini dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Emir, seorang suspek pembunuhan kejam yang dipercayai mempunyai penyakit mental. Namun setelah beberapa sesi pertemuan, Humaira sangsi dengan Emir. " Doc, kau percaya tak aku tak gila?" - Emir. Pulau Aman, tidak seaman namanya. Penuh dengan misteri dan muslihat. Siapa Emir yang sebenarnya?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
136

Bacaan






Qidran mengeleng. Sudah mabuk agaknya si Fahrin ni. Dia kemudiannya tarik hujung baju Fahrin lalu mengeleng. Bau tengik halus menusuk rongga telinganya. Sah. Masih belum belajar budak lepasan luar negara ini mengenai peraturan dalam asrama. 

No alcohol. Drugs and pipes.

Qidran berjalan menuju ke hujung kabinet dapur sebelum dia membuka pintu kabinet dan mengeluarkan sebotol minuman keras. Adrian melongo dan jelas terbit riak risau di wajahnya. Dia mula menoleh ke arah Fahrin yang juga mempunyai riak yang sama.

Ada orang terkena jerat sendiri ke ni?

Humaira pula berjaya melepaskan dirinya dari pelukan Fahrin yang sudah longgar. Tapi belum sempat dia mahu angkat punggung menjauhkan diri dari Fahrin, Fahrin sendiri terlebih dahulu bangun dari duduknya.

" Woah, Qidran. Sumpah aku tak tahu pun mende alah tu ada kat situ." Fahrin mula bersuara. Qidran dengan selamba mengambil botol minuman keras yang masih banyak itu ke singki dan tanpa isyarat, dia menuang air minuman itu ke lubang singki sampai ke titisan terakhir.

What the fuck man! C'mon lah!" Fahrin tiba - tiba naik angin. Tangannya tak sempat merampas botol yang tertonggeng itu dari genggaman Qidran.

" Kau tahu harga sebotol tu berapa Qid?! Mahal wey!" Tambah Fahrin. Rambutnya yang kemas dikusut - kusutkan.

Qidran memancung pandangannya pada Fahrin. " Aku dah cakap. No alcohol, No drugs or even pipes!" Tegas Qidran.

" Kau cakap senang! Aku perlukan benda tu. Jiwa aku kacau Qid!" Fahrin cuba membela dirinya sendiri. Bola matanya jelas merah. Seperti sedang menahan sesuatu kekacauan.

"Jiwa kacau? Sebab projek yang kau selalu buat tu?" Templak Qidran. Firhan tidak membalas dan hanya memandang Qidran kosong.

" Heh... Aku dah agak... Itu bukan alasan. Kau sendiri yang merosakkan diri kau."

" Mulut kau kan Qid.Makin lama makin menyakitkan hati. Kau jangan sampai aku tunjuk siapa diri aku, Qid!" Berang Firhan.

Adrian yang tadinya duduk, kemudian bangun dari kerusi. Dia berjalan menuju dua lelaki bertelagah itu. Botol minuman keras di dalam tangan Qidran dia tarik.

Okay, stop! You guys chill. Ya, aku tahu Firhan agak tipsy tapi kau Qid, jangan tambah api. Aku minta maaf, aku yang bawa masuk botol ni. Consider Humaira please." Adrian pandang Humaira yang terpinga - pinga. Pandangan Adrian tadi, membuatkan Firhan dan Qidran melakukan perkara yang sama.

Only this time, Firhan." Halus Qidran memberi amaran. Dek sebab majlis selamat datang itu sudah menjadi lemau, Qidran heret kakinya masuk ke bilik.

Adrian mengeluh dan memandang wajah sugul Firhan. " Stay Fir."

Tapi Firhan juga naik ke biliknya di atas. Akhirnya tinggal mereka berempat saja. Semuanya sudah menunjukkan minat basi. Ketiga - tiganya tidak berminat untuk menerangkan tentang apa yang sebenarnya berlaku pada Humaira. Mungkin belum masanya.

Konklusi malam pertama : Aneh.

***

Humaira buka matanya bila pengera jam memekik - mekik menyuruhnya jaga. Dia mula pening lalat. Ini mungkin sebab tidur yang tak lena semalam. Sudah menjadi satu perkara lumrah tidak dapat melenakan tidur bila kali pertama melelapkan mata di tempat asing.

Lambat - lambat dia heret kakinya ke bilik air yang berada bersebelahan dengan almari baju. Meskipun bilik airnya kecil tapi Humaira sudah cukup senang dengan kelengkapan yang ada. Pili air diubah beberapa kali sehingga pancuran air yang keluar jadi suam - suam kuku.

Usai itu, dia menyiapkan dirinya. Cukup dengan seluar jeans potongan boot dan kemeja putih yang dimasukkan ke dalam seluar. Dia sedia memulakan hari pertamanya.

" Hmm, pucatlah pulak." Humaira capai lipstik warna merah jambu pemberian Adila dan disapu sedikit warna coklat muda dan tua pada kelopak matanya.

" Kerja kena nampak professional Maira. Bukan kolej dah ni." Humaira memberi semangat pada diri sendiri. Rambutnya yang panjang beralun, disanggul seperti kebiasaannya. Beg dan kelengkapan alat tulis disumbat masuk ke dalam beg galas. Berpuas hati dia menuju ke pintu bilik.

Perlahan, Humaira buka pintu bilik bila dia sudah menyiapkan dirinya. Kepalanya tertoleh ke kiti dan kanan, mencari kelibat sesiapa saja yang tertangkap pada korneanya. Kosong. Dia senyum lega.

" Baru pukul 7. Sempat breakfast ni." Dia membolosi badannya keluar dari bilik. Kakinya laju menuruni anak tangga tapi terhenti dipertengahan bila dia terlihat kaki seseorang tergantung di lengan sofa hitam. Dia mengamati susuk tubuh yang terbaring di sofa.

" Fahrin?" Hatinya mula tidak senang. Mahu tidak mahu, dia kembali memanjat tangga.

Morning princess. Lupakan je kalau awak nak lari dari saya, pergi mana pun kita jumpa juga." Sapa Fahrin yang sudah bangun dari baringnya. Kaki panjangnya menapak ke kaunter sarapan.

Benar juga kata Fahrin. Dia sudah terperangkap dalam sangkar singa. Pusing - pusing titik yang sama juga dia jumpa. Lagipun, membuat musuh dengan penghuni pulau ini memang tak ada dalam kamus "survival" hidup di Pulau Aman milik Humaira.

Lambat - lambat dia memalingkan badannya. Fahrin yang memandang perempuan itu dengan senyuman. Dia kemudiannya, turun kembali. " Oh, saya lupa kunci bilik tapi bila awak panggil, teringat pula saya dah kunci tadi." Humaira sengih.

Teruknya menipu.

" You aren't good with lies love. Don't make it a habit. Come, I serve you breakfast." Pelawa Fahrin. 
Rasa serba salah mula menjalar, Humaira heret kakinya ke kaunter sarapan.

" Maaf... Saya bukannya nak lari dari awak."

" Kalau macam tu, kenapa? Sebab semalam?" Kening Fahrin terjungkit.

" Semalam? Saya tak kisah pun. Itu hidup awak. Saya tak masuk campur." Humaira sememangnya tidak mahu terjerumus dengan hal - hal sebegitu. Lagipun, dia sudah sibuk membelek kain dia sendiri. Apatah lagi bila berada di pulau yang mana, dia satu - satunya perempuan sebagai penghuni.

Firhan angguk kecil dan menyambung, " Bukan tu maksud saya... Saya tahu bukan itu punca awak lari dari saya Maira."

Humaira bertemu mata dengan Fahrin. Dia menarik nafas gementar. " Err... Macam mana nak cakap ya?" 
Speak up Maira. Soal sakit hati belakang kira, yang penting jujur."

Jujur? Kelakar la kau Fahrin. Sejak bila kau pandai jujur ni? Sejak Humaira datang jadi penghuni rumah gila ni?

Monolog Fahrin seraya menolak sepotong sandwich telur beralas sayur segar pada Humaira lalu dia henyak punggungnya di kerusi sebelah.

" Saya sebenarnya tak selesa awak sentuh - sentuh saya. Tak elok." Humaira senyum kelat. Berdebar - debar jantungnya menunggu jawapan dari Fahrin. Apa Fahrin merajuk, atau terus mengisytiharkan perang dengannya? Dua - dua keputusan pun, dia tak mahu sebenarnya.

Fahrin angguk kepalanya seperti memahami sebelum dia ketawa kecil. " Boyfriend?" Soal Fahrin. 
Humaira mengeleng. Fahrin senyum sambil menongkat dagu. 
" Have you been in a relationship before?
Humaira mengeleng lagi. Fahrin pula mengangguk lagi seraya dia ketawa. 
" Tak pernah? Serious?" 
Kali ini Humaira bukan mengeleng, tapi mengangguk. Mulutnya penuh dengan sandwich. Tak mampu membalas dengan kata.

Interesting..." Fahrin senyum sampai ke telinga. Sebenarnya dia senang mendengar Humaira belum pernah ditakluk sesiapa.

Baginya itu satu perkara yang istimewa. Bukan, amat istimewa bagi seorang secantik Humaira. Mana mungkin tiada siapa yang ingin mendekati gadis berkulit gebu ini.

Interesting? Loser ada la." Cebik Humaira.

" Tak ada yang cuba - cuba?" Soal Fahrin.

Humaira termenung seketika. " Tak ada, mungkin." Entah kenapa jawapan itu membuatkan perutnya tidak selesa. Tatkala ada bayangan seseorang mahu singgah di benaknya, Fahrin terlebih dahulu memotong.

" Okay apa, awak tak adalah membuang masa. Anyway, maaf kalau awak tak selesa. Won't happen again next time." Ujar Fahrin senang. Fahrin ambil pinggan kosong dari tangan Humaira dan menuju ke singki. Pinggan - pinggan tadi dibasuh dan diletakkan di atas rak. Humaira di kerusi hanya memerhati saja. Kagum.

Okay, Maira. Fahrin. Three words. Handsome.Spontanous. And- surprisingly a gentleman.

" Jom, we better go before hantu - hantu lain bangun. I tak larat nak buat breakfast banyak - banyak. I'll walk you to your workstation." Pelawa Fahrin. Humaira lega seraya tergelak kecil dengan gelaran yang meniti di bibir nipis Fahrin.

Dia menerima pelawaan Fahrin dengan anggukan dan satu senyuman. Sekurang - kurangnya Fahrin ada menjadi peneman.

***

Fahrin sapa seorang lelaki berjanggut putih yang duduk di meja segi empat. Raut wajah lelaki itu tampak masih segak meskipun di pipinya, jalur - jalur usia sudah bermaharaja lela. Bola mata lelaki itu beralih ke arah Humaira bila dia menjawab sapaan Fahrin.

" Ini Humaira. Doktor baru. Encik Adam, tolong tengok - tengokkan dia ya? Dia pun sorang saja perempuan di sini. Takut juga kalau banduan - banduan lain apa - apakan dia. Bahaya."

Bahaya? Apa - apakan yang macam mana? Dia orang nak bunuh aku ke?

Humaira yang tadi tenang berubah gusar. Jantungnya berdegup kencang. Otaknya sudah bercelaru antara dua keputusan,tunggu di sini dan teruskan kerjanya atau pura - pura terkena penyakit berbahaya dan dibawa pulang ke kampung.

Namun mendengarkan tawa halus Encik Adam, Humaira membuahkan senyuman kelat yang sedikit sebanyak menenangkan gelora hatinya.

" Umur kamu berapa?" Soal Encik Adam pada Humaira.

" 23 tahun. Tahun ni." Humaira berjaya mengeluarkan beberapa patah perkataan.

" Sebaya anak sulung saya. Haha. Jadi awak bolehlah panggil saya, Ayah Dam. Saya penjaga bilik ni."

"Kamu jangan risau, banduan ni semua di dalam lokap masing - masing. Bila awak perlu jalankan sesi dengan mereka, saya akan bawa mereka dalam straitjacket. Keselamatan doktor keutamaan saya." Humaira mengangguk faham.

" Jadi, selamat datanglah pada Doktor Humaira." Senyum Encik Adam mesra. Tangan Encik Adam hulur pada Humaira.

" Panggil saya Maira. Tak payah doktor - doktor. Hehe. Saya biasa - biasa je." Humaira tersimpul malu. Huluran tangan Encik Adam disambut mesra.

Fahrin yang berdiri di sebelah, meminta izin untuk beredar dari situ. Usai mereka menghantar Fahrin pergi, Encik Adam bawa Humaira ke bilik pejabatnya.

" Ini bilik Maira. Saya dah kemaskan semalam. Dah enam bulan bilik ni tak bertuan." Ujar Encik Adam

" Oh, sebelum ni siapa tuannya?" Beg tangannya selamat mendarat di atas meja putih berkaki logam hitam. Humaira kembali memandang ke arah Encik Adam.

" Doktor Aliff."

" Oh. Sekarang dia kat mana?"

" Dia... Berpindah." Humaira menongkat kening bila dia merasakan jawapan Encik Adam seakan - akan tidak jujur. Ada berhenti yang lama di antara dia dan berpindah.

" Cik Maira tak mungkin berminat nak dengar cerita doktor Aliff rasanya. Lagipun, dia dah lama keluar dari pulau ni." Encik Adam diam lagi sebelum dia menyambung,

"Apapun, nanti pukul 12 tengah hari, kita akan terima pesakit baru. Emir Ibrahim. Saya ada letakkan dokumen diri dia atas meja. Nanti 11.30 pagi saya datang jemput cik Maira untuk ke bilik sesi." Kata Encik Adam sebelum dia hilang dari pandangan Humaira.

" Pelik betul. Mungkin sebab ni pulau gila kot. Unsur misteri disitu. Haha. Betul juga. Logik. Agaknya doktor Aliff tu pindah sebab nak dekat dengan bini dia kot." Humaira menenangkan dirinya sendiri. Entah betul tidak andaian yang dia reka.

Dia tahu, ada perkara yang Encik Adam sembunyikan daripadanya dan dia amat berharap perkara itu bukan sesuatu berhubung kait dengan tempat ini.

Humaira mundar mandir dari hujung dinding ke hujung satu lagi. Dia mengeluh kecil. Anak matanya meneliti segenap bilik. Dari bawah meja sampaikan di atas almari buku. Tak ada perkara yang mencurigakan yang dia jumpa. Alat dengar atau kamera litar tertutup lansung tidak dia ketemu. Akhirnya dia melepas lelah lega.

" Kau ni fikir banyak sangatlah Maira. Dah la nanti kau nak jumpa pesakit pertama- Ah! Pesakit pertama! Alamak! Satu apa pun aku tak baca lagi pasal pesakit ni." Terkocoh - kocoh Humaira berlari ke arah meja kerja dan mencapai dokumen berwarna coklat.

Pesakit No 25121 - Emir Ibrahim

25 tahun. 
Pekerjaan - tidak dikenalpasti. 
Tempat kelahiran - tidak dikenalpasti.

Humaira membelek lagi, aneh membaca butiran pesakit ini. Tiada rekod peribadi. Dahinya sudah cukup kedut seribu sehingga dia buka membaca report milik lelaki misteri itu.

Matanya membulat. Jadi inilah dia orang gila yang diceritakan Fahrin semalam. Dia menelan air liur. Tidak menyangka dia akan bertemu dengan pembunuh gila hari ini.

Dada Humaira turun naik membaca bait - bait yang tertulis dalam report sesi soal siasat Emir. Dia boleh merasakan aura Emir dibiliknya sendiri meskipun dia belum bertentang mata dengan lelaki itu.

" Suspek pembunuhan seorang gadis bawah umur 18 tahun lalu? Jadi, dia pernah terlepas?" Humaira naik seram sejuk. Bulu roma di belakang tengkuknya sudah tegak berdiri. Humaira angkat dokumen itu sebelum beberapa keping gambar terjatuh di atas meja.

Perlahan Humaira terbalikkan kertas putih tebal itu untuk melihat gambar. Hampir saja dia menjerit melihat gambar mayat seorang lelaki dan seorang budak yang tidak sempurna tubuhnya. Bila dia mengamati gambar itu, dia menutup mulut. Kedua - dua mangsa hilang alat sulit.

Paling teruk, gambar budak yang sudah tidak ada rupa jantina perempuan. Kedua - dua buah dadanya hilang dan alat sulitnya juga sudah dipotong hilang antara dua celah peha. Melihatkan gambar itu, Humaira pening kepala.

Jari - jemarinya cepat menyimpan gambar - gambar tersebut. Makin lama dia tengok, makin banyak penyakit datang padanya. Tadinya pening, kini dia berasa loya pula. Bagaimana kalau perkara itu terjadi pada dirinya. Dipotong - potong semacam daging ayam.

TOK! TOK!

Bunyi pintu diketuk membuatkan Humaira terperanjat di kerusi duduknya. Dadanya yang berdebar kencang diurut keras. 
" Ma-masuk," Ujar Humaira memberi izin si pengetuk pintu untuk masuk ke bilik. 
" Cik Maira. Dah pukul 11.30."




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | BAB 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku