Permata hatiku
Bab 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Januari 2018
Cintα Pαling Sweet Bilα Sαling Memαhαmi Sαtu Sαmα Lαin . Bilα Bergαduh Adα Yαng Mengαlαh. Bilα Merαjuk Adα Yαng Pujuk .Betul Tak ?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
126

Bacaan






Pejabat Citra Holding agak sunyi,hanya yang kedengaran bunyi detik jam di depan dinding pejabat.Kelihatan kelibat Tan Sri Imran melangkah masuk pejabat.Seorang majikan yang sangat tegas dalam kerjayanya dan sangat mengambil berat akan kebajikan pekerjanya.Tanpa pilih kasih,juga sangat-sangat menghargai setiap hasil kerja yang cemerlang oleh  pekerjanya.Kebiasanya akan mendapat hasil atas kerja yang cemerlang.

 "Ryan masuk pejabat saya sekarang" kata Tan Sri.

Ryan satu-satunya staff harapan Tan Sri Imran.Tanpa bercakap banyak Ryan terus melangkah masuk ke bilik Tan Sri.

 "Ryan..Saya nak kamu uruskan projek kita yang berada di Johor,nanti disana kamu akan dibantu oleh PA Datuk Hisyam."

  sambil menelaah fail yang Ryan bagi untuk sign tadi.Tan sri mebelek-belek kertas kerja Ryan yang begitu teliti,dan tersusun rapi mengikut urutan.Sambil tersenyum melihat setiap kerja yang Ryan berikan pada syarikatnya.Dia sangat memerlukan orang macam Ryan dalam syarikat.

" ok Ryan saya serahkan segala tugas tentang projek di Johor kepada kamu,apa-apa masalah kamu beritahu saya saja"tegas Tan sri lagi.

 "Baik Tan Sri" Ryan lalu mengambil fail dari meja Tan Sri.segala urusan yang diperlukan sudah siap di sign Tan Sri  untuk menyiapkan segala projek di Johor.projek terbesar Citra Holding baru dikendalikan oleh Ryan sendiri.

 Di Johor,Ryan terpinga-pinga mencari seseorang di Airport  PA Datuk Hisyam tak sempat nak jemput Ryan.
 "Encik Ryan.."satu suara ayu membelai telinga Ryan.Nurul Sharifah Amira Anak kepada Datuk Hisyam.memandangkan PA Datuk Hisyam tak sempat nak jemput Ryan Jadi anaknya ditugaskan untuk menjemput Ryan di Airport Senai Johor.

 "Ya..sa..sa.ya Ryan"lafaz Ryan agak terketar -ketar melihat anak Datuk Hisyam.pertama kali dia melihat Amira dengan nama yang lebih dikenali dan lebih sinonim sekali.

 "kata dimulakan dengan ABC angka dimulakan dengan 123,lagu dimulakan dengan Do Re Me ,cinta dimulakan Aku dan Kamu". bisik hati Ryan.mengelamun sekejap Ryan.Dia sendiri tidak tahu hala tuju nak berkata apa,seolah-olah hilang arah tuju.ke kanan tak jadi ke kiri pun tak jadi.Dia lagi gementar berhadapan dengan seorang bidadari yang muncul saat dia perlukan cinta.
 Amira terus mempelawa Ryan masuk ke dalam kereta BMW yang debekalkan dengan driver syarikat Datuk Hisyam.sepanjang perjalanan Ryan sepatah kata pun tak terkeluar,agaknya malu dengan Amira.
 "Encik Ryan Dah makan" tiba-tiba Amira berkata.Ryan terpinga-pinga membuat muka malu.sambil mengaru belakang kepala dengan tunjuk jari kananya.
 "ha..sebenarnya saya dah makan tadi,,,di..di rumah tadi"kata Ryan tersekat sekat.Amira tersenyum panjang melihat sikap Ryan yang tak keruan dari tadi.Sejak memandangnya.
 "Encik Ryan,itu kat rumah Awak lah dah berjam yang lalu,mesti Awak lapar kan" soal Amira lagi.

"tapi CIk..cik sapa tadi,"tak ingat pula Ryan nama si gadis cantik tadi.Apalah engkau nie Ryan desus hatinya.
 
  "Cik Amira," kata Amira pantas dengan keraguan Ryan.
 
  "owh Amira..cik Amira"keluar lantas suara Ryan.Ryan serba salah kerana dia sendiri tahu Amira tahu dia segan untuk bertutur kata dengan Amira,apatah lagi makan bersama.Jauh sekali Tak lah.
 "Encik Ryan nak makan kat mana ye..." lembut merdu membuai telinga Ryan.
 
Ryan terdiam sekejap.sebab dia sedang memikirkan apa yang perlu dia jawab untuk kali ini.Dia seolah olah-olah dibuai mimpi indah.mengelamun dengan naluri cintanya.Entah datang dari mana.dia sendiri tidah tahu akan wujudnya naluri itu,keliru Ryan dibuai kata Amira.
 "Tak payah ber..encik dengan saya Cik Amira,panggil saja Ryan dah cukup" mula berani buka kata-kata Ryan.Dia sendiri perlu yakin akan diri sendiri.

 "Tengok awak sendiri yang ber Cik...dengan saya"balas Amira seolah-olah mengusik hati Ryan.
 "panggil saja Amira,dah cukup untuk saya,Ryan"

Lidah Ryan terkedu tak tahu nak cakap apa.Ryan senyum panjang melihat tepi pintu kereta sambil memandang permandangan indah sepanjang perjalanan ke hotel tempat dia menginap.
 "Ryan tak apa mungkin awak tak sudi makan dengan saya"kata Amira lagi usik hati Ryan.

 "Awak jangan kata macam tu tak baik tau..seorang gadis ajak seorang jejaka makan,jejaka tu tiba-tiba kata tak nak...kalau macam tu awak bawa saya makan kat tempat yang paling top sekali kat Johor nie,tapi saya tak nak yang dekat hotel tau,saya nak yang di gerai-gerai popular"

 "ok...kan bagus macam tu awak"jawab Amira ringkas.Driver hanya tersenyum lebar melihat gelagat dua anak muda yang sedang di alam pekerjaanya.

 "Amira kita nak pergi mana nie" soal pak Hassan driver Datuk Hisyam.

 "pak cik kita bawa tetamu istemewa kita ini pergi makan kat...mana ya,hotel Dia tak nak,hmm,kalau macam tu kita bawa dia pergi restoran malay village lah pak cik.Ryan ok tak?"
buai manja Amira pada Ryan.Amira satu-satunya anak Datuk yang paling manja dengan semua orang.Manjanya ada batasnya juga.tapi dalam tugas dia memang tegas.

 "Saya ikut je."ringkas kata Ryan,dalam hati memang dia nak terus bersama Amira.Dah lah comel,manja lagi tu.Adui hai bisik hati geramnya.

  "Betul ke nie" kata Amira mencelah kata Ryan.Amira nie ada-ada je jawapanya dan soalnya pada Ryan.Dia sengaja menguji segala pertuturan Ryan sebab dia sendiri ingin tahu orang yang bekerjasama dengan Syarikat Datuk Hisyam menjalankan kerja penuh tulus dan Amanah bagi menggelakan tiada sebarang unsur penipuan pada kedua pihak.
 Ternyata Ryan orangnya sangat ikhlas dalam kerjayanya.Tak perlu di uji pun Ryan sememangnya yang terbaik dari Citra Holding.sebab tu Tan Sri Imran meletakanya sebagai ketua projek di Johor.
 
 "ya lah betul lah nie cik Adik " (comel) kata hati kecil Ryan.sambil senyum kambing.

 "ok abang comel,awak panggil cik Adik ,saya panggil awak Cik abang.Jangan marah ye.."Amira membetulkan tudung sedikit longgar.sambil senyum manis kelihatan lesung pipinya di depan cermin kereta.Memandangkan dia duduk di depan dengan pak Hassan,Ryan semestinya di belakang.






 


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku