Permata hatiku
Bab 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Januari 2018
Cintα Pαling Sweet Bilα Sαling Memαhαmi Sαtu Sαmα Lαin . Bilα Bergαduh Adα Yαng Mengαlαh. Bilα Merαjuk Adα Yαng Pujuk .Betul Tak ?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
183

Bacaan






  Tiba di hotel Ryan terus check in rasanya badanya terlalu penat dan perlu rehat.Ryan melabuhkan badan diatas tilam empuk terasa lega agaknya dia.

 'Dan bila kau hadir bagai satu misteri,
ternyata diriku bagai sudah dijampi,
dan bila kau hambakan hati ku kembali,
ternyata hanya kau harus aku cintai'

handphone S7
sengaja di biarkan berbunyi oleh Ryan.
"sapa pula yang telepone malam begini luar waktu pejabat."suara kecil Ryan.sambil mengambil handphone tadi yang berada sebelah katilnya.Ternyata terkejut Ryan melihat Maknya Yang telepone.

"assalamualaikum mak"

"walaikumsalam, Ryan sihat?.kenapa tak beritahu mak yang Ryan pergi Johor,"

"Ryan dah beritahu Ayah mak ,suruh Ayah beritahu mak pagi tadi" mengusik hati kecil Maknya.Ryan sangat manja dengan Maknya daripada Ayahnya.

 "Ryan mak ada berita gembira untuk Ryan nie"balas Mak Ryan.

 "Apa dia Mak" ulas Ryan sambil senyum.

 "Mak dah ada calon isteri untuk Ryan,"Mak Ryan merendahkan suara untuk menjelaskan isi kandungan hatinya yang nak dia sampaikan tadi.

 "Mak Ryan muda lagi lah,lagipun Ryan tengah  fokus dengan kerjaya lah" berkerut dahi Ryan mendengar isi hati maknya yang sedang telepone.

 "ha...tu lah Ryan,asyik muda lagi,asyik muda lagi.kalau mak buka Bab cari calon isteri,engkau tu dah tua sayang dah berumur 27 tahun dah dah cukuplah membujang tu.Kalau dah tua nanti sapa yang nak kan Ryan,Mak cik sebelah rumah kita nie pun tak nak kat Ryan." Mak Ryan memang memanjang teleter kata kalau bab cari jodoh anaknya.kononya nak dapat cucu awal.

 "ya lah Mak memang Ryan masih muda lagi lah" Ryan menhembus nafas panjang,hatinya sememangnya dah berbunga,tunggu je kumbang hinggap.
 
 "kalau Ryan tak nak tak apa,tapi dengan satu syarat,?" Datin Elya membuat syarat pada anaknya yang dikatakanya degil dalam soal mencari jodoh.
 
 'Apa syarat nya mak, Ryan akan tunaikan"senang je Ryan jawab.Dia belum tahu lagi apa yang bakal Ryan tempuh lagi nanti dengan syarat Datin Elya.
 
 "selepas tugas Ryan selesai dekat Johor tu nanti mak nak kamu bawa calon menantu mak dan perkenalkan dengan Mak" besar suara Datin Elya membuka syarat terhadapnya.Ryan terkaku lidah seolah terkena dengan  tembakan peluru kena di dadanya.Diam sekejap.

 "Tapi mak..."
 
 "tak ada tapi-tapi"Jawab Datin Elya.tak nak mengalah Datin terhadap anaknya sendiri.Biar beleter panjang diaorang anak beranak riuh bunyi .

 "Mak Ryan kan kerja kat Johor nie mana ada masa, nak cari calon menantu mak lagi"ujar Ryan mencelah kata Maknya.Ryan mula berasa risau dan bersalah,memang lah Ryan tengah cari Jodoh tapi bukan dalam masa terdekat.Nak kenal hati budi calon isteri kenalah  lama bukanya ambil masa sehari dua.Rasa tercabar Ryan dengan Maknya.

 "ok bye,Mak tak nak dengar alasan Ryan lagi,ingat syarat mak mesti ditunaikan nanti".Datin Elya terus menutup telepone.belum sempat Ryan nak berkata apa-apa lagi.
 
 "isyh,Mak nie terus letak pula telepone"kata Ryan sendiri.

 Awal pagi Ryan dah bersiap kemas untuk menghadirkan diri meeting di meja bulat pejabat Datuk Hisyam.Ingatkan Driver Datuk Hisyam nak jemput Ryan dekat hotel,awal dah Ryan buka location buka perkhidmatan UBER menerusi telepone nya.dunia canggih kan daripada nak menyusahkan orang lain.itu lah sikap sederhana Ryan,kalau tak pakai uber pun Grab pun ada,
 
 "awal lagi Ryan dah terkaku duduk di sofa lobby pejabat Datuk hisyam.sesetengah pekerja di situ belum kenal akan Ryan.Ryan sengaja tak nak perkenalkan diri seabagai Anak Tan Sri .Dia juga tak nak digelar boss lagipun dia bekerja dia bawah syarikat Ayahnya.Dia menganggap pekerja yang sama dengan sebagai seorang kawan yang sama lebelnya dengan pekerja lain.seolah dia bekerja tanpa mengira siapa pun dia sebenarnya.

 "Encik Ryan " muncul depan dia duduk Amira Anak Datuk menyapa lamunan Ryan yang sedang dibuai angan-angan.
 
 "tak payah ber Encik-Encik lah Amira,kan dah  janji semalam."Ryan membelai kata ,buat muka merajuk sikit pada si Amira.
 
 "hahaha (ketawa kecil) ya tak ya juga kan awak,Ryan" malu juga lirik muka Amira.kali ini Amira kena oleh Ryan.Ryan senyum lebar memandang dalam mata Amira.Amira sedikit menundukan kepala.segan juga Amira.tangannya terus diangkat  tanda mengalukan Ryan masuk kepejabat.

 "awak,"bisik Ryan pada Amira

" ya Awak,ada apa" suara Amira juga diperlahankan.

"Awak cantik hari ini ..."Ryan mengukuh kata menyakinkan diri untuk bersemuka dengan Amira.Sebab kan semalam Amira suka kenakan Ryan.sekarang giliran Ryan pula mengusik hati Amira.
 
 "ish Awak nie Ryan,tu Datuk dah sampai.Nanti Datuk marah baru awak tau."balas Amira sambil tersenyum.terus melangkah ke bilik Meeting.

 "Datuk tak akan marah saya lah awak".jelas Ryan lagi ,semakin hampir di pintu bilik meeting Datuk Hisyam.Ryan terus mengusik manja Amira.
 
 "Nanti Datuk dengar awak" Amira menutup kata dengan nada perlahan.

 "Apakhbar Datuk, Saya Ryan"wakil dari syarikat Citra Holding untuk berbincang dengan Datuk pasal perlaksanaan projek kita yang ada seakarang.Ini ada beberapa fail yang Datuk perlu terliti terlebih dahulu,kemudian Datuk sign."terkejut Amira dengan sikap Ryan.dia ingatkan Ryan nak bersuara besar pada Datuk tentang usik-mengusik tadi.Tapi Ryan terus selitkan dengan tugasnya.
 
"Baik Ryan,Tak payah panggil Saya Datuk.Panggil saja Pak cik".urmm..tak sangka pula Datuk hisyam sangat merendah diri orangnya.Sama seperti Ayahnya juga sikap Datuk hisyam.hatinya lembut ,patutlah Tan sri Imran sangat hormat pada Datuk Hisyam dan memang patut pun diarong saling tolong menolong dalam urusan pejabat serta urusan syarikat.Ternyata banyak persamaan.
 
" Perkenalkan Anak saya Amira ,Ryan"Datuk hisyam memperkenalkan Anaknya pada Ryan.pada hal Ryan sudah kenal akan Amira semalam.Cuma Datuk sendiri yang tak ingat  suruh Amira jemput Ryan semalam.

  "Dah kenal dah pa...kan papa suruh Amira jemput Ryan semalam di airport Senai."celah Amira sambil mengeleng kepala.

 "ahaa..lupa papa sayang,baguslah kalau sudah kenal senang lagi kerja papa.."Ryan tersenyum melihat coroteh manja anak beranak itu.

 "senang kerja apa pa..papa jangan main -main" soal manja Amira.terus mendekati papanya Datuk Hisyam

 "Terima kasih Datuk,,,pak cik..hehehe "mengelabah Ryan .

 "Awak jangan bersengkongkol dengan papa pula " sinis Amira terus memandang muka Ryan serius manja.

 "Tak maksud saya terima kasih sebab sudi berurusan dengan Citra Holding" sambil ketawa kecil Ryan Dan papa Amira.memandang antara satu sama lain.

 "baik lah cik Amira"Ryan mengangkat bahu pada datuk Hisyam.Amira sedikit terkedu malu dengan Ryan.Entah apa yang dirancang Ryan,Tan Sri Imran,dan Datuk Hisyam.






Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku