Permata hatiku
Bab 3
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Januari 2018
Cintα Pαling Sweet Bilα Sαling Memαhαmi Sαtu Sαmα Lαin . Bilα Bergαduh Adα Yαng Mengαlαh. Bilα Merαjuk Adα Yαng Pujuk .Betul Tak ?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
108

Bacaan






 Suasana di banglo mewah Tan sri Imran agak sunyi,disurami angin pagi waktu berhujung minggu.Kelihatan kereta mewah Audi  menuyusuli pekarangan halaman rumah Tan Sri.kereta terus di parkir di tepi sisi belakang parkir kereta Tan sri Imran.Datuk Ikram seorang kenalan Tan Sri dalam bidang perniagaan ,kelibat anak dan isteri Datuk ikram ada juga masuk ke banglo Tan Sri.

 "Assalamuailaikum Tan Sri" suara serak Datuk Ikram.Datuk Ikram seorang yang berumur hampir 60 tahun kalau diikutkan dah lama pencen .Disebabkan anak Datuk Ikram hanya seorang anak perempuan jadi berat dan susah untuk Datuk Ikram mengantikan tempatnya.

 "waalaikumusalam" Kedengaran suara Tan Sri dari dalam rumah.keluarga Tan Sri yang tengah sarapan pagi terus keluar melihat tetamu yang datang di awal pagi.Alangkah terkejutnya Tan Sri Imran melihat kawanya sudah tercengak di pintu.

 "Datuk Ikram,jemput masuk Datuk.kenapa tak call dulu sebelum Datuk datang dapatlah saya buat special breakfast untuk Datuk"(sama-sama ketawa).sambil berpelukan tanda lama tak jumpa.Tan sri terus mengalu-alukan Datuk beranak duduk di ruang tamu.Tan Sri sendiri tak tahu apa hajat Datuk Ikram datang rumah awal pagi.Datuk Ikram melihat sekeliling rumah Tan Sri mengeleng kepala tanda kagum akan design serta perabot mewah Tan Sri Imran.sementara Datin Ema isteri kepada Datuk Ikram terpegun bergosip kecil dengan anaknya si Leha tentang kemewahan rumahTan sri Imran.Tan Sri Imran mengarahkan pembantu rumah Mak Cik Senah untuk menyediakan sedikit jamuan ringan pada Datuk Ikram dan keluarga.

 "Mak Senah,tolong bawakan kopi saya yang ada dekat meja tadi"sayang juga Tan Sri tak  nak membazir air yang baru diminum tadi.itu lah sikap Tan Sri.Mak senah salah  seorang pembantu rumah yang amat setia dengan keluarga Tan Sri Imran dari zaman Ryan masih kecil lagi dalam umur 6 tahun Mak senah dah jadi Pembantu rumah.Masa itu Tan Sri belum dapat gelaran Tan Sri macam sekarang .Hanyalah seorang pekebun kecil.memandangkan mak senah seorang ibu Tunggal hanya ada anak seorang dia jadi kesian dan suruh mak Senah tinggal dan bekerja dengan mereka.

 "Apakhabar Datuk,Datin,anak ini sapa Datuk Ikram"lantang suara Tan Sri menegur Datuk.Tan Sri senyum memandang Leha yang duduk bersebelahan dengan Datin Ema.

 "Ini lah leha salah satunya anak saya Tan Sri" ucap Datuk Ikram sambil mengangkat kedua belah tangan separuh badan menghala ke anaknya Leha.Leha tersenyum malu melihat Tan Sri.
 
 "Dah besar dah kamu Leha dulu semasa saya masih berurusan dengan Papa kamu kamu masih 3 tahun kah 4  tahun Datuk?" soal Tan Sri pada Datuk Ikram.

 "3 Tahun Tan Sri" lantas Datuk bersuara.Datuk Ikram banyak cerita dan kenangan ketika masih di pedalaman serta berurusan dengan Tan Sri ketika dulu.Sikap Datuk Ikram orang tamak harta,megah dengan kemewahan,dan dia sanggup buat  apa saja untuk mendapatkan gelaran serta nama baik syarikatnya.
 
 "Tan sri dah berapa orang anak" tanya Datuk Ikram,sambil memandang muka Tan Sri .Tan Sri hanya tersenyum dan ketawa kecil.

 "Ada dua orang saja anak saya,seorang lelaki yang tua Ryan,dan yang perempuan Salihah.Ryan sudah pergi ke Johor sebab saya suruh uruskan projek saya bersama Datuk Hisyam di Johor,selaha pula tengah sambung belajar di UK."Tan Sri memperbetulkan duduknya.

 "oo..begitu rupanya"Datuk Ikram dan Datih Ema sama-sama memandang antara satu sama lain sambil senyum kambing.Beribu muslihat yang ada di dalam diri mereka pada ketika itu.Rasanya tak sabar nak balik rumah untuk becerita panjang dan pasang strategik pemasaran peracangan bagi mendapatkan sesuatu yang lumayan.
 
 "bolehlah kita berbesan nanti"cuit kata Datin Ema lantas bersuara kecil.terus memusing kepalanya memandang anaknya si Leha.Leha hanya terkedu malu melihat emaknya.leha yang berpakaian seksi tak dapat nak mengerakan badanya kerana memakai skirt pendek agak tidak senang  mata Datin Elya memandang.muka cantik putih gebu.

 "Apa salahnya kalau dah jodoh kan" jawan Datin Elya.

 "Apa hajat Datuk kesini sebenarnya saya pun jadi hairan,sejak betahun kita tak jumpa.Dan macam mana Datuk temukan alamat rumah saya disini hehehe "(ketawa tak ikhlas).

 " Tak ada hajat pun Tan Sri saja nak bertemu dengan kawan lama kebetulan lalu dekat sini. Dunia kan canggih Tan Sri search  je nama company check mana pejabat Tan sri tanya PA Tan sri mana alamat rumah Tan Sri"muka penuh bersemangat.sememangnya ada agenda panjang dia sendiri nak rancang yang Tan Sri sendiri tidak tahu .

 "Begitu rupanya.Ya tak ya juga Datuk"Tan Sri segan  silu nak berkata lagi.berbual panjang antara mereka sebab lama tak jumpa.Dari cerita pendek hinggalah ke panjang Datin Elya hanya mendengar sambil tersenyum melihat.sebenarnya Datin Elya cuba berkenan melihat si Leha anak Datuk Ikram tapi dalam masa yang sama dia selitkan satu resipi memilih bakal menantunya nanti.Datin Elya bukan sebarang orangnya,dia begitu teliti melihat keadaan sekeliling.

 "baik lah Datin,Tan Sri Saya balik dulu sebab nak temankan dua anak beranak ini shooping di forest city ." Datuk bergerak dan bersalaman dengan Tan Sri sebelum beredar meninggalkan Tan Sri sekeluarga.

 "Abang cantik juga si Leha tu,tapi terlalu seksi lah saya tengok" Datin Elya memandang tajam mata Tan Sri suaminya yang tercinta.

 "Abang pun tekedu juga juga melihat anak Si Datuk Ikram tu,dulu comot je muka dia,dah besar cantik juga rupanya,boleh dijadikan menantu ke Ayang"sengaja Tan Sri ajukan soalan pelik dengan Datin.Sebab dia tahu Datin tengah cari calon menantu yang sesuai untuk anaknya Ryan.

 "isyh abang nie kesitu pula"


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku