Permata hatiku
Bab 4
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Januari 2018
Cintα Pαling Sweet Bilα Sαling Memαhαmi Sαtu Sαmα Lαin . Bilα Bergαduh Adα Yαng Mengαlαh. Bilα Merαjuk Adα Yαng Pujuk .Betul Tak ?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
156

Bacaan






 
  Ryan sangat sibuk dengan perlaksanaan projek Citra Holding bersama company Datuk hisyam.Maklum lah Ryan baru pertama kali mengendalikan sendiri projek Citra holding.Ryan sendiri harus teliti dengan segalanya .Banyak benda Dia sendiri kena ketahui dan belajar dengan Datuk Hisyam .Segala tanggungjawab serta  urusan syarikat Ryan kendali semua.

 
 Dan bila kau hadir bagai satu mesteri,
 ternyata  diriku bagai suda
h dijampi,
dan bila kau hambakan hatiku kembali
ternyata hanya kau harus aku cintai.

 
Deringan handphone Ryan menggamit telinga  bilik hotel .siapa pula yang telepon nie terpampang di skrin tak ada nama hanya nombor yang keluar .memang sah nombor tak ada dalam contact list handphone.

  "Hairan juga"kata Ryan sendirian.

  "hello,siapa nie" laju Ryan menjawab.

  "assalamualaikum,Encik Ryan Amira nie"suara lembut Amira di dalam talian.

  "walaikumsalam"tiba-tiba terkedu lidah Ryan terdengar suara Amira yang sopan ,padahal Ryan sendiri menjawab panggilan tanpa salam.Ryan memang macam tu kalau tak kenal nombor telepon memang menjawab tanpa memberi salam.

  "sorry , i tak tahu yang awak kol tadi"

  "tak apa lah awak,saya tahu,tu semua salah saya juga lah awak,sepatutnya saya beritahu awak dulu tadi sebelum call kalau tak ya pun saya mesej awak dulu whatsapp ke wechat ke"Amira cuba menyenangkan hati Ryan yang serba salah tadi.

  "ada apa awak call i nie,nak ajak i dating or what  cik adik" Ryan sengaja mengaju soalan begitu pada Amira.Nak tengok respon  Amira pula Ryan nie.Taktik Ryan mesti ada nak tengok sejauh mana isi hati Amira .
 
   "Tak..papa yang suruh saya call awak,kata papa nak ajak awak makan malam di rumah saya lah awak,awak nie...kalau nak keluar dating kena lah tanya papa Saya dulu "Amira lagi mengusik Ryan.

  "Ok tak apa lah awak saya siap dulu nanti saya kol awak kalau saya  sudah siap nak berkemas"

  "Awak belum mandi lagi kah dari site petang tadi,bau lah awak,orang tak nak kalau tak mandi,kalau dijual confirm orang tak nak beli.macam kambing lah awak nie" makin menjadi-jadi Amira mengusik Ryan.

  "ya lah awak,kalau awak nak tahu,kambing walaupun tak mandi tapi harganya tetap juga mahal kalau dijual tau.Jangankan manusia,lebih lagi mahal harganya"(sambil ketawa kedua-duanya)

   Ryan lepas mandi terus saja berkemas driver Datuk Hisyam dah tunggu di pekarangan lobby hotel.sesampai saja dekat rumah Datuk Hisyam Ryan terus bersalaman dengan Datuk berborak kecil dan terus ke meja makan.

  "Amira tolong ambikan Nasi dengan Ryan" Datuk Hisyam bersuara,sambil tersenyum memandang Ryan.

      "hesy papa nie sengaja nak kenakan aku depan mama lah nie"kata dalam hati Amira.terus angkat dari kerusi tempat dia duduk sebelah mamanya.Datin Alyah.perlahan dia menuju ke tempat kerusi Ryan lalu menghidang nasi dengan Ryan.

  "susah-susah lah awak nak hidang kan saya" sambil memandang senyum muka Amira yang tengah buat muka serius manja dengan Ryan.

  "Tak ada hal lah awak,awak kan tetamu kehormat papa" gusar Amira lagi.

   "Along tolong ambikan lauk untuk Ryan,letakan sambal chili merah pada pinggan ,sedap tu Ryan saya yang masakan untuk Ryan tadi".Rupa-rupanya along nama panggilan Amira di rumah.

 "baik lah Mama "sambil menceduk lauk kedalam pinggan Ryan.

  "ini sambil sangat pedas"bisik suara kecil Amira pada Ryan.Amira ingat Ryan tak makan benda pedas -pedas nie maklum lah asal orang bandar.Pada hal Ryan suka makanan Ala kampung akan  tetapi tak tahu sama ada tahan  pedas sambal chili pedas atau sebaliknya.

  Sambil makan Amira asyik memerhatikan Ryan nak tengok sama ada  Ryan akan akan rasa kepedasan .Tapi ternyata Ryan Kekal beselera makan.

  "Dia tak Rasa pedas kah dengan sambal yang mama buat tu.."berbisik sendiri si Amira.sambil memandang muka senyum Papanya.

 "Ryan tambah lagi nasi"ungkap ringkas Datuk Hisyam.

  "baik lah pak cik "

  Amira makan Asyik memerhatikan gerak-geri riak muka Ryan .

    pelik pula saya tengok encik Ryan nie makan makanan ala kampung dengan sambalnya yang pedas tak juga rasa panas dekat mulut dia,adakah dia suka makan pedas atau tidak.
jauh Amira mengelamun.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku