BAHTERA SELUAS LAUTAN
Bab 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 09 Januari 2018
Seorang anak raja dari Pulau terpencil telah menjadi orang buangan kerana fitnah dari Bendahara. Terlalu mempercayakan orang kanannya, tegar untuk diusir anakandanya sendiri. Namun, tidak terbatas kekuatan dan semangat anak raja tersebut sehingga dibinanya sebuah Negara Bahtera dengan hanya tanah sejengkal di tengah lautan yang kemudiannya menjadi sebuah negara terhebat.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
36

Bacaan






BAB 1: Tebing Aur PuteraRaja

DIMANA RANTING PATAH, DI SITU AIR DI SAUK. Pepatah adamemesan adat menghormati peraturan dan budaya sesebuah negara atau tempat.Tambah lagi dengan aforisme masuk kandang kambing mengembek, masuk kandangharimau mengaum. Samalah seperti negara pulau kecil di kelilingi lautan tidakbernama. Negara Pulau Luangan nama diberi. Namun, peraturan pasti akandilanggari. Namun, adakah anakanda kepada pemerintah sendiri sanggupmelanggarinya?

            “PUTERA!” Yabang membisik.

            Putera Telang menoleh lalu desis rapat ke cuping telinga Yabang, “Yabang… Jangan disebut gelaran istana patik diluar istana. Panggil saja nama patik, Telang. Jangan takut.”

            “Maafkan hamba, tuanku... Eh, ampun. Saudara Telang. Mana hamba tak bimbang, Telang. Engkau sudah karib denganku sejak kecil. Namun, sekarang kau sudah bergelar putera dan aku sebagai pengawal peribadi kau. Tidak biasa.”

            Putera Telang berjalan gembira sambil memerhatikan gelagat dan aktiviti rakyat yang sangat peramah dan girang. Baginda suka menyelinap keluar istana dengan penyamaran kerana bosan di istana. Baginda tidak mempunyai sesiapa selain Yabang dan sunyi sepi di sana. Pada awalnya, Raja Luang telah melarangnya keluar sejak kemangkatan permaisurinya. Raja Luang yang gemar merangka peraturan melarang orang istana keluar tanpa izinnya selepas itu.

            “Telang…Marilah pulang ke istana. Nanti jikalau ada yang perasan akan engkau di sini, engkau bakal dihukum seperti dahulu. Hamba sendiri tak sanggup melihat engkau merana lagi.” Nasihat Yabang kepada Putera Telang yang telah pun derhaka kepada ayahandanya.

            Hukuman yang menyakitkan dan memalukan yang pernah baginda rasai. Masih kekal parut-parut luka daripadanya. Terimbas di benak fikiran baginda di hari tersebut.

            “Mengapa payah sungguh anakanda untuk patuh dengan ayahanda. Adakah anakanda mahu menjadi pembelot kepada ayahanda?” Raja Luang murka dengan Putera Telang yangt elah ditangkap keluar istana dan dikerumuni rakyat.

            “Ampun, ayahanda. Bukan anakanda mahu derhaka pada ayahanda. Tapi peraturan baharu ayahanda ini tidak masuk akal…” belum sempat dihabiskan kalimah disentak raja,

            “Biadap! Beta murka dengan engkau. Pengawal ikat putera di tiang hukuman, sekarang!” titah Raja Luang di anjung istana, murka dengan kata-kata darah dagingnya.

            Pengawalmenarik Putera Telang yang melutut keluar anjung lalu ditolak di tiang asing terbuka. Terikat baginda dengan tali di kaki dan di pergelangan tangan yang memeluk tiang kecil tersebut. Baju Putera dikoyak menampakkan belakang badannya kekar berukir. Hukuman bakal dilangsungkan. Raja Luang mencemar

            “Bawakan beta kayu sebatan.”

            Dihulur menunduk kayu sebat kepada Raja. Esakan Putera Telang kuat bergema di anjung perpatih, “Ampun tuanku. Ampunkan anakanda. Tidak bermaksud untuk anakanda mahu mengguris hati ayahanda.”

            Hati Raja Luang tergesel sejenak, namun diendahkan tidak peduli. Raja Luang menoleh dengan pandangan tajam ke pengawal teragak-agak menitah, “Panggil semua perpatih dan orang istana ke tempat hukuman. Beta mahu semua tahu bahawa PuteraTelang Luangan telah menconteng arang di muka beta.

            “Dunggg!!!”

            Gong dipalu untuk memanggil perpatih dan orang istana pabila ada ijtimak. Namun,kali ini bakal mengejutkan semua lagi-lagi Bendahara Tun Kaja yang licik. Tidak lama masa dicumbu, ramai yang berkumpul di kawasan hukuman.

            Muka Putera Telang yang menangis digari tiang, memeranjatkan semua. Bendahara Tun Kaja malah mengukir senyum jahatnya.

            “Ampun beribu ampun tuanku. Patik sembah harap diampun,” ucap Tun Kaja menyembah, “apa hajat tuanku memanggil kami semua ke sini?”

            Raja Luang mengangkat kayu sebat lalu murka, “Barang siapa yang berani menderhaka beta, akan beta jatuhkan hukuman tidak kira siapa pun. Dan hamba hina ini telah mencerca beta dan dia ialah putera negara sendiri. Bakal beta menyebatnya lima puluh kali di hadapan semua agar kalian faham keadilan beta.

            Libasan pertama mengoyak ruang roma kulit Putera Telang. Setiap jeritan dan teriakan baginda didengari dan dikasihani semua. Ada yang menangis melihat Putera Raja yang kacak rupawan dengan badan kekar diseksa sebegini di khalayak. Luka mula kelihatan dan darah menitis sedikit demi sedikit bila tiba libasan ke empat puluh. Putera Telang semakin lemah. Pitam baginda bersandarkan tiang tidak berbaju kesejukan.

            “Dayang,selimutkan Putera,” titah baginda tidak menghabiskan hukuman.

            Dayangmembawa selimut menutupi badan putera. Kesakitannya masih segar di ingatanbaginda.

            “Telang!”panggil Yabang perlahan.

            “Iya?”terkejut baginda dari lamunan silam.

            “Jompulang.”

            “Baiklah,”ujarnya seraya berpusing ke belakang. Baginda tak sedar akan gadis cantiksedang berjalan di belakangnya. Dia terlanggar gadis tersebut sehingga terjatuhke bumi.

           Diperhatigadis tersebut dan baginda merasakan ketenangan di hati. Bagai bunga disiramembun permata. Hujan yang membasahi kemarau. Wajahnya ditatap suci.

            Yabangterkebil-kebil membantu gadis tersebut yang jatuh padahal bukan dia yangmelanggar.

            “Cikadik tak apa-apa?” Yabang bertanya.

            “Jalansempit diguna semata, harap tidak bawa buta.” Sindir gadis tadi sambil bangunberdiri.

            Putera malah menyorokkan wajahnya. Gadis tadi agak jengkel.

            “Maafkan kami, saudari. Kami akan lebih peka selepas ini.” Yabang menghalang.

            “Takmengapa. Hamba pun ada kerja yang perlu dilakukan. Pesan kepada si buta, janganlupa bawa tongkat bila keluar. Saya pergi dahulu.” Berlalu dia pergi.

            Yabangmenggeleng kepalanya kecewa. Lalu dilihat Putera Telang tidak peduli. Putera Telangpertama kali melihat gadis secantik itu. Tidak di istana mahupun di mana-mana.Baginda mula merasakan sesuatu yang belum pernah dia alami. Sekali pandangsahaja dapat kekal terukir di hati. Cinta? Cinta pandang pertama? Putera Telangrungsing dalam perjalanan pulang ke istana berlarutan hingga ke malam.

            “Siapagerangan gadis itu?” desis hati kecilnya.

 

            



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku