KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
Bab 5
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Januari 2018
kisah cinta dua hati
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
280

Bacaan







KHAULAH menongkat dagu di atas meja. Lama Sungguh waktu berlalu. Jam dipergelanggan tangan asyik dikerling. Khaulah membelek-belek malas notanya berkali-kali. Nota itu masih kosong tiada niat untuk dia mencatat butir bicara asing yang keluar lalu menyentuh gegendang perdengaran miliknya. Dia sendiri tidak faham apa yang cuba diterangkan oleh Pensyarah di hadapannya. Dia mengeluh sendiri. Dia berpaling memandang Aliya disisi. Fokus benar Aliya mendengar apa yang disampaikan. Entah faham ke tidak sahabatnya yang sorang ini.

Khaulah menyiku lengan aliya lembut. Aliya berpaling geram. Kening diangkat tinggi.

“Apa? Ganggu aje kau ni.” Soal Aliya berbisik bimbang. Matanya masih focus ke hadapan. Sesekali dia memandang sahabat disisinya yang Nampak agak bosan.

“Kau faham ke apa yang Prof Laura cakap tu. Terangguk-angguk. Sepatah ayat dia pun berbelit aku nak paham” Omel Khaulah

“Alah... buat-buat faham ajelah. Sekadar ambik hati! Kalau kau tak boleh sangat. Hah, kau tidor aje. Aku lindung kau.” Cadang Aliya.

“Yalah...” tuturnya malas.

Khaulah berpaling pula ke arah Hafsah. Dia menarik Nota kecil yang berada di tangan Hafsah. 

“Banyak ke yang kau tulis.”Bisik khaulah perlahan.

 Sejak tadi dia melihat Hafsah tertunduk-tunduk menulis sesuatu di dalam buku kecilnya. 

Ketawanya pecah apabila melihat contengan-contengan watak-watak kartun yang ada di nota-nota Hafsah. 

“Listen me, please! Bersama tamparan di atas meja berkali-kali.

 Ketawa khaulah mati bila pensyarah menegur lantang serentak memandang ke arah mereka berdua. Khaulah jadi cuak. Tiba-tiba darah panas berkumpul dikepalanya. Rasa mahu melentus. Mata yang layu tiba-tiba terasa segar kembali. Akibat takut punya pasal. Khaulah cepat-cepat mencapai sekeping kertas di sisinya lalu berpura-pura menulis sesuatu disitu. Bimbang juga andai pensyarahnya perasan dengan gelagat mereka berdua. 

Tersentak badak mereka berdua apabila Prof Laura tiba-tiba bertanyakan soalan dalam dialek yang sukar difahami. 

“You! Matanya tajam memandang khaulah yang tertunduk-tunduk. Aliya menyiku bahu Khaulah lembut.

“Prof Tanya kau tu…” Khaulah mengangkat kepalanya. Terpinga-pinga dia bangun dari duduknya. Longgar lututnya.

“What…” Soal pura-pura tidak faham. 

“I ask you what the meaning of language style ellipsis…”Pensyarah berketurunain dia itu

 “Erm... ellipsis means… Tergagap-gagap Khaulah cuba menerangkannya. Dia memandang Hafsah dengan riak simpati meminta pertolongan. Kepala yang tidak gatal digaru-garu. Air liur ditelan terasa pahit.

Hafsah hanya diam sambil menundukkan kepala ke meja. 

Tak boleh harap desis hati kecil Khaulah.

“You know or not...” Soal Prof Laura setelah lama menanti jawapan yang keluar dari bibir khaulah.

Khaulah menggeleng-geleng kepalanya. Wajahnya tunduk memandang lantai simen yang beku.

“Listen class, if you think my class is not interesting. You have go. But, please! Do not disturb other people learn.” Jerkahnya lantang memberi amarah.

“Be focus! Yes or not.” Soal Prof Laura tajam menatang Khaulah dan Hafsah silih berganti. Aliya ketawa kecil bimbang kedengaran.

Yes! Ujar satu kelas serentak seperti pelajar tadika.

“Sit down” Arah Prof Laura.

“Thank Prof.” Khaulah duduk.

"Please class! Don’t forget to submit your assignment, next week! Your late… No excuse. I hope you understand…” Jelas suara Prof Laura memberi Amarah, mengisi ruang bilik kuliah petang itu. Subjek sckriptwriting telah sampai ke penghujungnya. Kedengaran suara-suara pelajar mengeluh berat. Sudah menjadi lumrah hidup sebagai seorang pelajar universiti, sentiasa disibukkan dengan tugasan yang tak pernah habis.

 Khaulah menyusun buku-buku dan kertas-kertas yang berselerak di atas meja. Lega rasanya. Kelas sudah berakhir. Otaknya sudah tidak mampu menerima sebarang ilmu saat ini. Buku dan kertas dimasukkan ke dalam beg galas yang tersandar di kerusi. 

“Tak Leh Blah, aku tengok muka kau berdua tadi. Macam ayam berak kapur.” Aliya hampir terburai tawanya melihat kerenah khaulah dan hafsah. Ketawanya sedaya upaya cuba ditahan namun akhirnya melentuskan ledakan hingga kelas yang sepi mula bergema dengan hilai tawanya. Beberapa orang pelajar yang masih disitu turut tersenyum.

‘Dah macam langsuir gamaknya…’ gurutu hati khaulah.

Eleh... Time kita. Nanti time dia baru di tahu ayam berak kapur ke berak berdarah! Marah khaulah bila Aliya tidak habis-habis menyindir mereka berdua.

Hafsah menggangguk mengiakan kata-kata khaulah.

“Dahlah!… malas layan kau. Nak pergi surau solat asar kat surau. Kau berdua nak ikutA ke tak?

“Aku ikut…” jawap hafsah pendek.

Khaulah Menggeliat kecil buat beberapa ketika. Sekadar merengangkan otot-otot yang kaku sejak tiga jam yang lalu. Khaulah menoleh kiri dan kanan memerhati rakan-rakan yang lain. Ramai yang telah meninggalkan bilik kuliah.

Khaulah bingkas bangun. Malas melayan kerenah sahabatnya yang sorang ini. suka sangat mengusiknya. Bukan simpati dengan nasibnya dimarah prof laura. Sejak tadi tak habis ketawa. Aliya termangu sorang diri bila khaulah dan hafsah berlalu pergi meninggalkannya.

Wei… korang jangan tinggal aku. Sorry… nak ketawa dah. Janji…pujuknya dari belakang dan berlari kecil mengikuti sahabatnya.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku