Kehadapan Diari
Bab 1
Genre: Cinta
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Januari 2018
kehadapan diari...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
102

Bacaan






“Kau pasti ada sini?”Soal Adam sambil matanya liar memerhati sekeliling.

Syakir tidak hiraukan soalan Adam untuk kesekian kali.Sejujurnya,dia sendiri tidak tahu di mana dia letakkan telefonnya.Hilang!

“Kir,sudahlah.Dah maghrib ni.Nanti aku try tanya dalam group Whatsapp.Mungkin ada orang terjumpa.”Ujar Adam setelah melihat langit semakin gelap.Sedari cerah selepas perlawanan bola sehinggalah ke lewat maghrib.Mencari namun tiada hasil.Dengan sugul,Syakir pasrah.Dirinya mengangguk.

Setelah solat maghrib,Syakir kelihatan termenung.Dirinya yang sedang baring hanya memerhati bilahan kipas sedang ligat memusing.Macam mana ni?Patutkah aku memberitahu papa?Tetapi...

Syakir mengeluh panjang.Kalau aku tidak beritahu papa pun,sekurangnya aku beritahu pak cik.Mungkin pak cik boleh sampaikan kepada papa.Fikirnya sejenak.Syakir bingkas lalu menuju ke bilik Adam.

“Adam,pinjam telefon kau kejap.”

“Ada atas katil tu.Ambillah.”Jawabnya ringkas tanpa menoleh.Dirinya sedang sibuk dengan permainan Dotanya.

Telefon dicapai lalu nombor didail.Beberapa minit kemudian,panggilan dijawab.

“Hello…”

 

***

 

Telefon milik Diana tidak berhenti berdering sedari tadi.Vibrate sebetulnya kerana dirinya sudah setkan ke mod senyap.Namun,ia tetap menjengkelkan.Sudahnya,Diana mencapai telefon tersebut lalu mematikannya.

“Kau tak nak jawab panggilan tu?”Soal Syaza.

Diana hanya menggeleng.Luka masih belum sembuh.

“Ikut kau lah”
Diana bingkas dari katil lalu mencapai begnya di atas meja.Buku diari dikeluarkan sebelum kembali ke katil beserta alat tulis.

“Nak buat luahan perasaan dalam diari lah tu.”Seloroh Syaza.

Diana hanya mencebik.

Aik.Bisik Diana seteleh membuka diari tersebut.Helaian diselaknya rakus.

“Aik?Aik?”Nadanya semakin tinggi.

“Kenapa Diana?”Soal Syaza melihat Diana yang walang.

“Buku.Buku!”

“Kenapa dengan buku kau?”

“Ini bukan buku aku!”

Syaza bingkas dari katil menuju ke katil Diana.

“Apa kau merepek ni?Memang buku kau kan?”Soal Syaza keliru.Dari luaran nampak sama seperti buku yang selalu dikepit Diana.Tidak pernah pula dia membelek buku tersebut.Ya lah.Privasi orang kan.

“Bukan.Memang buku sama tapi ni bukan buku aku Za.”Balasnya sambil menunjukkan beberapa helaian buku tersebut.

“Habis tu buku siapa yang kau pegang ni?”

Diana mengetap bibirnya.”Entahlah...”

 

***

 

Syakir tersedar saat hujan turun membasahi zinc halaman rumah.Telefon bimbit dicapainya dari atas meja.Memang selalu situlah tempat diletaknya.

Eh lupa.Telefon aku hilang.Getusnya di dalam hati.Pukul berapa ni?

Syakir bingkas menuju ke tandas.Sebelum melangkah masuk,dirinya sempat menjenguk Adam yang berada di dalam bilik bertentangan tandas.Kepalanya diggelengkan.

“Kau belum tidur Dam?”Soalnya setelas selesai urusan.

“Belum.”

“Pukul berapa sekarang?”

“2 pagi.Oh ya.Tadi ada orang telefon.”

“Telefon?Siapa?”

“Aku rasa ayah kau.”

“Ohh..”
Syakir baring di katil milik Adam.

“Kau dengan bapa kau ada kes apa?”Soal Adam.Sejak sebulan dua ini,kelihatan Syakir runsing.Sudah ditanya tetapi asyik mengelat sahaja sahabatnya itu.

“Tiada apalah”

“Ya lah tu.”

“Apa papa aku cakap?”

“Dia suruh kau call dia balik nanti.Kau call lah.Alang-alang mintalah telefon baru.”

“Banyaklah kau.Sudahlah.Aku nak balik bilik aku.”

Syakir bingkas lalu kembali ke bilik.Lampu meja dibukanya.Beg dicapai lalu buku diari miliknya dikeluarkan dari perut beg.

“Eh?”Bisiknya di dalam hati.

Helaian diselak rakus.”Bukan buku aku ini.”Dirinya menyelak lagi sehingga ke muka surat terakhir.”Buku siapa yang aku pegang ni?”

 

Kehadapan diari,

Kenapa dunia ini begitu berat?Aku tahu Tuhan tidak akan menguji seseorang jikalau dirinya sendiri mampu menanganinya.Tetapi,adakah aku mampu menanganinya?S.O.S

 

Syakir menaikkan keningnya sebelah ke atas.S.O.S?Buku siapalah aku pegang ni?Dan yang paling penting,dimana buku aku?!

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | EPILOG |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku